下載應用程式
90.32% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 28: Chapter 27

章節 28: Chapter 27

Advanture Guild / WhiteFairy Guild

3 hari kemudian...

Rose si gadis penyambut tetamu yang pernah ditemui oleh kedua putera mahkota dari dua kerajaan sedang terlihat berdiri dihadapan satu sosok pemuda yang berpenampilan mewah dan gagah dalam pakaian formal tuxedo suit bertemakan merah hitam.

Pemuda itu duduk dengan penuh berkarisma. Aura kekuasaannya terpancar dari imejnya yang merupakan seorang bangsawan dan ketua guild sihir.

Tangan kanannya memegang sehelai kertas yang terisi data peribadi seseorang yang cukup dikenalinya. Manakala jari-jemari kirinya asyik mengetuk permukaan meja kayu jati yang berada di ruang peribadinya yang terletak di tingkat teratas yang berada di dalam bangunan Advanture Guild.

"Ryunosuke Hishimura...Berumur 20 tahun....kediaman Ibu Kota Utama WhiteFairy." Satu senyuman muncul dibibir merahnya.

"Keduanya masih memegang status pelajar Academy WhiteFairy. Mereka berdua datang dari jauh hanya untuk bergabung dengan kita Master.

Alasan tidak diberi tahu secara detail. Tetapi melihat usaha mereka yang sanggup turun ke sini dan menginap.

Kemungkinan mereka mempunyai urusan yang cukup penting dan terpaksa menyertai guild.

Miskipun mereka pelajar dan melanggar aturan rasmi pihak advanture. Tetapi kita boleh menjalankan ujian kemasukan dengan syarat yang telah dipersetujui dari pihak menara sihir.

Cuma kita kene buat surat permohonan untuk kemasukan ahli baru yang dibawah undang-undang rasmi Advanture Guild Master." Bicara Rose dengan beraninya menatap kearah sosok yang digelar sebagai Master.

"Itu tidak menjadi masalah Rose. Yang menjadi masalahnya. Apakah mereka mampu menghadapi ujian kemasukan tanpa ada KEGAGALAN!" balas sosok itu dengan suara dingin.

Seketika Rose terdiam. Dia melupakan satu fakta tentang ujian kemasukan untuk golongan yang bukan prasyarat seperti keluarga kerajaan, golongan pelajar mahupun kakitangan kerajaan.

Ujian yang cukup sukar untuk seseorang individu menyertai mana-mana advanture guild bagi setiap kerajaan rasmi yang berada didalam perlindungan Menara Sihir.

"Kamu sendiri sedar bukan. Itu sangat MUSTAHIL. Majoriti yang lulus pun hanya seorang ataupun dua orang dalam tempoh masa tertentu.

Kadang satu tahun pun belum tentu ada yang lulus dalam ujian yang dijalankan. Apatahlagi ujian itu seakan ujian kenaikan class sihir di mana-mana academy sihir yang dianjurkan oleh Menara Sihir.

Walaupun ujian ini ada kebaikannya namun untuk menghadapi ujian itu memerlukan kesabaran, kecepatan dan kepandaian pada level yang luar biasa.

Semua ciri itu tidak ada pada golongan pelajar khususnya yang datang dari golongan bangsawan. Golongan yang penuh dengan sikap ketamakan dan sombong." Sambung sosok itu dengan aura dinginnya.

Namun selang beberapa minit kemudian, dia kembali tersenyum dengan penuh misteri. Dia tertawa kecil dan itu mengundang tanda tanya pada Rose yang merupakan salah satu bawahannya.

"Tapi....kerana ini merupakan permintaan mereka dan kita tidak dibenarkan untuk menolak. Maka kita akan menerima ahli baru dengan berlapang dada.

Ahhh...apatahlagi salah satu dari mereka berlima merupakan sosok yang cukup berharga untuk kemajuan guild kita.

Jadi Rose aku amanah kan dikau untuk mengurus keempat pelajar ini dalam menjalani ujian yang telah disiapkan oleh mereka." Suara pemuda itu lalu menyerahkan dua sampul.

"Dalam kedua sampul itu ada data peribadi keempat pelajar serta ujian yang akan mereka jalani. Tempat dan jenis ujian telah ditentukan oleh Menara Sihir. Kita hanya menjalankan sahaja." Jelas pemuda itu dengan panjang lebar.

Rose membuka kedua sampul tersebut dihadapan pemuda itu. Dia hairan bila melihat nama-nama yang akan menjalani ujian yang bilangannya tidak mencukupi. Ya nama Ryunosuke Hishimura tiada dalam senarai.

"Empat orang sahaja. Bukan mereka berlima?

Bagaimana dengan pelajar yang bernama Ryunosuke Hishimura. Adakah dia di kecualikan?" Soal Rose dengan penuh tanda tanya. Lagi menghairankan bila melihat senyuman pemuda itu yang kian melebar. Nampak kebahagiaan yang terpancar di wajah itu.

"Dia tidak memerlukan ujian kemasukan. Sebaliknya tanpa arahan dari Menara sihir, kita akan menerimanya dengan berlapang dada.

Sosok itu sangat berharga. Sangat disayangi kalau kita menolak permata yang cukup bersinar." Ujarnya dengan penuh misteri.

"Undang dia kesini secara peribadi. Katakan padanya, kali ini aku yang akan sajikan teh kesukaannya." Bicara sosok itu kembali lalu memerintahkan Rose untuk beredar.

Setelah tidak melihat sosok bawahannya, dia bangkit dari kerusi megahnya. Dia melangkah kearah pintu kaca yang bersaiz besar dan lebar yang terdapat di belakang meja kerjanya.

Pintu yang menghubungkan ruang balkoni dan ruang kerjanya. Saiz bolkoni miliknya sangat luas seakan ukuran bilik tidur. Dengan penuh anggun, dia keluar dari pintu itu dan menghampiri penghujung bolkoni biliknya yang terdapat penghalang yang dibina mengikut tema barat.

Dia menyandarkan tubuhnya dengan memeluk tubuh. Kedua matanya terpejam menikmati angin malam yang menyentuh seluruh tubuhnya.

"Ryunosuke Hishimura." Bicaranya dengan pandangan yang penuh misteri.

Keesokan harinya. Rose secara individu muncul di pintu rumah yang menjadi kediaman kelima pemuda tersebut. Kedatangan Rose disambut oleh Kaito yang menatap hairan ke arah sosok yang tidak dikenalinya.

Sikap berjaga-jaga muncul dalam dirinya, walaupun gadis itu berpewatakan baik dan tidak lengkang dengan senyuman. Tapi musuh mempunyai perbagai wajah. Jadi dia tetap akan mengambil sikap berwaspada pada semua orang yang tidak dikenalinya. Bahaya tidak kenal tempat!

"Selamat pagi! Boleh saya berjumpa dengan Akira Hayashi, Yoshihiro Nagasaki, Shinji Nakamura dan Kaito Konamori

Kalau Tuan Nishimura ada! Saya ingin menyampaikan sesuatu hal yang penting kepadanya secara individu." Suara Rose dengan nada suara sopan dan lembut.

Kaito terkejut bila namanya turut disebut oleh gadis itu lalu dia meminta izin untuk memberi tahu pada yang lain akan kedatangan gadis itu kediaman mereka.

"Nee Ryu-Kun! Kau kenal ke orang tu?" Soal Shinji setelah selesai sesi perkenalan dari gadis misteri yang bernama Rose. Sosok gadis yang bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan pendaftaran mereka berempat kecuali Ryunosuke.

Katanya Ryunosuke akan diuruskan secara langsung oleh guild master. Dan orang penting tersebut meminta Ryunosuke untuk hadir ke guild dalam masa terdekat diatas urusan tertentu.

Melalui penerangan yang telah dijelaskan secara terperinci oleh Rose. Mereka diminta untuk merehatkan diri sebelum menjalani ujian kemasukan ahli baru yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib yang akan berlangsung dua hari lagi.

Apa yang dia tahu, melalui ujian tersebut mereka akan dinilai. Sama ada mereka diterima ataupun tidak. Malah ujian tersebut menentu tahap rank seseorang. Kalau mereka mendapat pointer tertinggi maka mereka akan berada di rank atas.

"Aku tak pasti! Mungkin guild master itu kenalan business sewaktu aku di FairyTania.

Itu masalah aku korang tak perlu fikirkan. Baik kalian semua fokus pada ujian kemasukan." Kata Ryunosuke lalu menatap keempat rakannya dengan pandangan serius.

Hening, keempatnya hanya mendiamkan diri.

" Nee Ryu apa itu rank? Macam tingkat sihir ke?" Soal Kaito dengan minda yang mula kusut.

"Rank dan tingkat sihir seakan sama. Tapi masih ada perbezaan. Hei jangan cakap kau tak baca buku yang aku bagi dekat kau?" Kata Shinji dengan kesal.

Kaito hanya tersengih sambil menggaru tengkuknya. Dia mula rasa malu.

"You are wasting my time bro." Sambung Shinji dengan hati yang panas.

"Dah! Dah! Jangan nak bergaduh. Aku akan terangkan secara ringkas. Jadi tolong dengar dan fokus. Aku tak akan ulang dua kali. Benda ini penting untuk korang berempat lulus.

Okey untuk istilah dan maksud Rank tu lebih kurang dengan penerangan tentang basic tingkat sihir. Jadi yang itu aku skip. Sebab majoriti dah tahu. Jadi aku tak nak buang masa.

Aku cite pasal perbezaan dan benda penting sahaja. Dengar dan hadam kan.

Tapi sebelum itu, aku akan masuk sikit tentang guild dulu. Takut ada diantara korang yang tak tahu sangat pasal guild.

Okey! Advanture Guild ditubuh dibawah pemantauan Menara Sihir. Tujuannya adalah menjadi orang tengah bagi para penyihir yang tidak berdaftar dalam kelas bangsawan.

Kelas bangsawan ini macam kita lah! Pelajar academy sihir, kakitangan kerajaan. Anggota keluarga kerajaan dan jugak golongan bangsawan. Kiranya orang-orang yang hidup di kota lah. Pendek cite orang kaya dan orang berfikiran moden.

For information, anggota guild semuanya berasal dari perkampungan yang berhampiran dengan tempat guild dibina.

Maksudnya kat sini. Kebanyakan ahli bukanlah berasal dari kampung tetap. Mungkin ada diantara mereka yang berasal dari kampung sebelah ataupun lagi jauh dari sini.

Okey yang ini dah masuk point penting. Setiap Guild akan ada prasyarat bagi setiap ahli yang ingin berdaftar.

Bagi golongan baru. Mereka semua diwajibkan memiliki prasyarat yang telah ditetapkan oleh setiap advanture Guild.

Walaupun sebenarnya, yang bagi syarat-syarat yang menyusahkan ini datang dari pihak menara sihir. Guild hanya ikut sahaja tanpa bantahan. Kalau diaorang bantah! Maka gulung tikar lah jawapannya.

Okey kembali pada prasyarat. Syarat untuk anggota baru salah satunya mereka diwajibkan untuk mengambil ujian kemasukan terlebih dahulu.

Tapi begitu, sebelum berdaftar. Mereka akan diselidiki sama ada latar belakangnya bukan dari golongan bangsawan yang tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana guild diseluruh kerajaan rasmi. Cite nya kita sebenarnya tidak DIBENARKAN untuk BERDAFTAR DALAM MANA-MANA GUILD. Itu menjadi satu larangan."

Mendengar informasi yang terakhir membuatkan Akira tercuit. Kini dia faham mengapa sahabatnya itu mengamuk semasa mereka berdua datang ke guild beberapa hari lalu. Dia tanpa sengaja membuka jati diri mereka berempat yang sebenarnya tidak layak untuk menyertai mana-mana guild.

"Tapi mungkin guild master itu seorang yang pemurah hati."

"Jadi dia benarkan korang berempat untuk berdaftar."

"Walaupun master itu baik hati... kalian tetap diwajibkan untuk mengambil ujian. Yaa jadi aku harap korang akan lulus."

"JIKA GAGAL! Kamu semua kene mengulangi ujian lagi. Tapi sebagai peringatan, hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja dan sekiranya gagal kalian tidak dibenarkan menyertai ujian ini lagi."

Mereka mengganggukkan kepala tanda memahami akan segala yang diterangkan oleh Ryunosuke.

"AHH!! I forgot something important here. Jika korang GAGAL dalam UJIAN. Haaa...sangat disayangkan...

Korang kene korban kan TINGKAT SIHIR KORANG DAN korang kene ULANG SEMULA dari TINGKAT PERMULA di academy.

Jadi...berusahalah semampu yang boleh." Sambung Ryunosuke dengan senyuman termanis yang dia ada.

Kini mereka mula rasa untuk kembali ke ibu kota dan tidak mahu untuk mengambil serta dalam ujian yang mampu menghancurkan masa depan mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C28
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄