Istana Cahaya WhiteFairy
"Yang mulia, Saya dah dapat maklum balas dari menara sihir!" Bicara sang asisten diraja. Kirito Agashi.
"Apa maklum balas mereka?" Tanya Ayato dengan perasaan yang kian gelisah. Fikirannya tidak henti memikirkan keselamatan anak-anaknya bersama pelajar serta para guru yang berada di academy. Yang kini telah ditawan oleh pihak musuh.
"Mereka akan segera memberi bantuan. Bantuan mereka terdiri dari kelas B yang mulia!" Bicara Kirito sambil menunjukkan beberapa data peribadi yang dikirimkan oleh menara sihir.
"Dan ini antara pasukan yang akan dihantar untuk membereskan masalah di akademi yang mulia." Sambungnya kembali.
"Baiklah! Itu berita baik untuk kita. Mintak yang lain untuk segera berangkat. Keselamatan mereka keutamaan kita!" Arah Ayato dengan penuh penekanan.
"Baiklah yang mulia! Akan saya laksanakan." Balas Kirito lalu beredar untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh ketuanya.
Ayato berdoa dalam hati akan keselamatan para remaja yang berada di akademi dan tidak lupa pada ahli keluarganya. Khususnya untuk bakal menantunya.
"Hanya pada kamu nak ayah berharap! Ayah harap kamu dapat melindungi mereka." Bicaranya sayu lalu melangkah mendekati kearah kudanya yang telah disiapkan untuk dia berangkat ke akademi. Dia berharap dia tidak terlambat sampai!
Academy WhiteFairy
Sakurai tersenyum sumbing melihat kearah tubuh ramping milik Aiko yang kini sedang tergantung di udara. Keadaan gadis manis itu sangat kasihan, malah pakain gadis itu turut hampir terdedah. Setiap bahagian bajunya terkoyak sehingga memperlihatkan kulit putih mulus milik si gadis malang tersebut.
Riak wajah gadis malang itu turut sayu dan kosong. Jiwa gadis itu seakan tiada. Bahkan dunianya turut kosong. Langsung tiada sinar kehidupan yang terpancar di wajah bersih itu. Seakan gadis itu telah hilang semangat hidupnya.
Tidak kalah menyedihkan keadaan Akira yang kini sedang tertiarap di tanah. Pandangan pemuda itu tajam merenung kearah musuhnya yang kini sedang menatap kearah adiknya dengan pandangan nakal dengan penuh hasrat.
"Si...sial! Lepaskan ADIK AKU!!" Jerit Akira yang sedaya upaya cuba bangkit tetapi rasa tekanan kuat diseluruh tubuhnya menghalang untuk dia bangkit berdiri. Seakan ada sesuatu yang menghalang tubuhnya untuk berdiri.
"Ahhh kau masih boleh bersuara ya!" Kata Sakurai tanpa mengalirkan pandangan dari Aiko.
"Argh!!" Akira menjerit kesakitan bila merasakan tekanan yang dahsyat yang menekannya. Sehingga dia terbatuk darah.
"AKIRA-SAMA!"
"ABANG LONG!"
Jerit kedua bersaudara Nagasaki dan Auni secara serentak. Mereka bertiga terlihat risau dengan keadaan Akira yang kian melarat.
Malah jeritan kesakitan Akira telah menyedarkan Aiko dari dunianya. Susah payah dia menggerakkan kepalanya kearah Akira yang dapat dia lihat abangnya kini berada di posisi yang sangat tragis. Darah segar masih melekat di mulut abangnya.
"Abang Long!" Hati Aiko sayu melihat keadaan abangnya bersama yang lain. Apatahlagi posisinya yang sekarang sedang tergantung di udara dengan pakaiannya yang telah koyak sana sini.
Aiko terkejut bila merasakan ramasan di peha kanannya. Lantas dia melihat kearah tubuhnya dan dapat dia lihat tangan kasar milik Sakurai sedang membelai pehanya dengan gerakan seksual.
Seketika tubuhnya bergigil ketakutan. Entah kenapa dia merasakan akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku padanya.
"JANGAN!! BERHENTI!" jerit Aiko bila merasakan usapan itu kian naik atas tubuhnya. 'Ryu!! Tolong Ai Ryu!' jerit Aiko dalam hati dan masih berharap akan keajaiban yang berlaku.
"Hehehe! Makin kau melawan. Makin kau nampak menarik Aiko Hayashi. Hmmm bau kau sangat menyelerakan!" Hidu Sakurai di leher putih milik Aiko yang kini telah menangis ketakutan.
"Lepas kan aku! Hisk! Ryu Tolong!" Bicara Aiko dalam tangisan. Dia cuba meronta tapi dia langsung tidak dapat merasakan tubuhnya sendiri.
"Terus sebut nama jantan tu! Sampai ke sudah dia tak akan BANGUN DARI KEMATIAN HONEY!" kata Sakurai. Dengan biadapnya dia menjilat pipi kanan Aiko yang basah dengan Air mata.
"Sedap! Mesti kau masih virgin kan! Ahhhh untungnya aku. Putera bodoh tu jaga kau ngan baik, last-last aku yang rasmi kan kau honey. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHANANANA" gelak Sakurai lalu memulakan aksi merabanya diseluruh tubuh Aiko tanpa tertinggal setiap inci di setiap lekuk tubuh ramping milik Aiko yang sangat menggoda.
Setiap ramasan disertakan dengan jeritan Aiko yang tidak rela tubuhnya disentuh oleh orang lain selain tunangnya. Tapi apakan daya dia hanya mampu menangis tanpa dapat mengelak kerana tubuhnya dikunci dengan sihir.
Manakala yang lain hanya mampu melihat dengan pandangan yang membara kerana tubuh mereka sama dilumpuhkan oleh Sakurai. Ada diantara mereka yang mengalirkan pandangan kearah lain kerana tidak sanggup melihat keadaan Aiko yang diperlakukan tidak senonoh oleh musuh.
"AIKO!!" Jerit Akira dengan hatinya yang hancur bila melihat keadaan adiknya yang diperlakukan tidak senonoh di hadapannya.
Sakurai ingin mencium mulut Aiko tetapi terhenti bila secara tiba-tiba dia merasakan aliran sihir yang datang kearahnya dengan kelajuan cahaya.
Kerana tidak siap menerima serangan yang mendadak, tubuhnya terpelanting dengan sangat keras ke dinding bangunan.
Serangan tersebut berjaya mematahkan sihir lumpur yang dihasilkan oleh Sakurai. Kini mereka semua dapat mengeratkan seluruh tubuh dengan keinginan mereka.
Aiko memejamkan matanya bila merasakan tubuhnya rebah ke tanah tapi dia hairan bila dia merasakan tubuhnya dipeluk oleh seseorang dan bau badan ini merupakan sosok yang sangat penting untuknya.
Aiko membuka matanya perlahan-lahan lalu mendongakkan kepalanya. Seketika tangisannya pecah bila melihat wajah sang kekasih yang sedang tersenyum manis kearahnya bersama luka di muka yang masih basah.
"Abang Ryu! Is that you?This is not a dream is it?" Ujar Aiko yang seakan tidak percaya bila melihat sosok itu yang sedang tersenyum lemah kearahnya.
"Sorry I'm late sweetty!" Kata Ryunosuke dengan lembut tetapi nafas lelahnya dapat ditangkap olen Aiko.
"Luka! Awak okey ke?" Aiko muka risau bila melihat keadaan kekasihnya yang berlumuran darah di kawasan muka.
"I am okey! Luka sikit je." Katanya tenang lalu pandangannya dibawa kearah sahabatnya yang kini sedang menahan air mata. Dia hairan dengan mimik muka sedih yang ditunjukkan oleh Akira.
Setibanya dia disamping Akira, tanpa sempat dia bertanya tubuhnya dipeluk kuat oleh Akira sambil menangis. "Hisk! Serius lah! Kau masih hidup! Hisk..hisk kau ni jangan buat o..rang takut!!" Esak Akira sambil memeluk kencang tubuh sahabatnya.
"Se... sebaliknya aku akan mati dalam pelukan kau kawan!!" Kata Ryunosuke yang merasakan tubuhnya hampir patah dua akibat pelukan yang cukup kencang diberikan oleh sahabatnya itu.
Tapi keluhannya tidak didengari oleh Akira. Pemuda itu masih memeluknya cuma tidak kuat seperti tadi kerana dia dapat merasakan salah satu lengannya pedih akibat menerima cubitan dari Aiko yang masih dalam gendongan Ryunosuke.
"Yang Mulia! Baguslah yang mulia selamat. Kami fikirkan yang mulia tidak selamat!!" Kedengaran beberapa pelajar dari academy FairyTaniah menyapa Ryunosuke dengan tangisan kesyukuran.
Kini mereka kembali mendapat sinar kebahagiaan bila melihat sang ketua mereka kini berdiri di hadapan mereka dalam keadaan bernyawa walaupun terdapat luka yang cukup serius di tubuh ketua mereka.
Ryunosuke tersenyum lembut memandang satu persatu juniornya. Manakala Akira dan Aiko saling memandang diantara satu sama lain. Seakan memberi isyarat diantara satu sama lain dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu.
Dalam beberapa minit aksi memandang akhirnya Akira melepaskan rangkulan dari tubuh sahabatnya dengan terpaksa. Dan tidak lupa riak wajahnya yang masam manakala Aiko tersenyum bahagia dan kembali memeluk tubuh kekasihnya dengan mesra.
"Nanti kita sembang. Sekarang bukan masa yang sesuai. Mieko kesinilah. Tolong bawa Aiko dan yang lain untuk dapatkan rawatan. Masalah disini biar saya dan Akira yang uruskan." Pinta Ryunosuke lalu menyerahkan tubuh Aiko kepada Mieko. Pada mulanya Aiko menolak dan tidak ingin berpisah dengan Ryunosuke.
Tetapi setalah diyakinkan oleh Ryunosuke akhirnya Aiko bersetuju untuk meninggalkan kekasihnya dengan syarat tertentu.
Setelah mereka yang cedera hilang dari pandangan mata Ryunosuke dan Akira. Kini mereka kembali ke mood serius.
"Akira kau masih mampu kan?" Soal Ryunosuke kepada Akira yang tersenyum sumbing memandang kearah musuh.
"Aku tunggu kau dari tadi! Aku ada teknik baru nak tunjuk pada kau." Balas Akira sambil meregangkan tubuhnya.
"Okey faham! Cepat kita selesaikan mereka cepat kita rehat." Putus Ryunosuke lalu mengeluarkan pedang silver yang memiliki corak merah disetiap bilah pedang.
Akira tersenyum kecil, dia tahu mood kawannya itu kini dalam mood serius. Dah lama dia tidak melihat pedang utama yang menjadi pedang kesukaan rakannya itu.
"Lelaki tadi milik aku! Yang lagi dua orang tu kau uruskan. Aku nak ajar mamat tu." sambung Ryunosuke lalu tubuhnya lesap dari pandangan mata Akira. Akira hanya berkata ya. Kini pertarungan yang sebenarnya baru bermula.
Di bongkahan bangunan terlihat sosok Sakurai yang keluar dari celah-celah runtuhan dengan wajah yang bengis.
Ryunosuke tersenyum sinis kearah Sakurai lalu dengan bersahaja dia memeluk tubuh dan pedang kesayangannya disarungkan semula yang terletak di samping pinggang kirinya.
"Wau muka tu jangan tunjuk sangat! Tak ada BETINA nak kat KAU NANTI!" kata Ryunosuke dengan nada bersahaja. Tetapi terdapat sindiran pada kata-katanya dan ditujukan khas pada musuhnya.
"BETINA! kiranya POMPUAN KAU PUN BETINA JUGAK LAH YE!?" Balas Sakurai dengan pandangan tajam.
"Tidak! Perempuan aku bukan betina. Dia gadis yang Baik dan tak sesuai berpasangan dengan BINATANG MACAM KAU!
Sebab tu dia berpasangan DENGAN AKU.
walaupun kau kata yang aku ni LEMAH! Apa lagi? Ahhh... PENGECUT!
Tapi aku masih tahu HARGAI PERASAAN dan MARUAH PASANGAN SENDIRI!
Oleh sebab itu aku dapat pasangan yang masih bergelar GADIS MANUSIA tak macam kau yang kerap dapat BETINA!" kata Ryunosuke dengan beberapa ayat yang sengaja ditekankan agar didengar dengan jelas oleh lawan bicaranya.
"MATI! AKU AKAN PASTIKAN KAU TAMAT KAT TANGAN AKU." jerkah Sakurai dengan hati yang membara.
"Hah!! Kau nak mati! Wahhh kau sendiri mintak. Tapi aku tak ada kejam sangat. Aku pisahkan salah satu pergelangan tangan kau agar kau mula BERTAUBAT!" kata Ryunosuke dengan suara ceria.
Tak dapat lagi menahan perasaan, Sakurai mula aksi penyerangan secara membabi-buta. Namun segala serangannya dapat ditangkis mudah oleh Ryunosuke. Walaupun tubuhnya dalam kondisi terluka parah.
Manakala di posisi Akira, pemuda itu tanpa henti melancarkan aksinya kepada dua lawannya dengan kecepatan yang cukup sulit dilihat oleh matar kasar. Setiap serangannya dapat mencederakan kedua lawan dengan mudah.
"Kenapa dia makin kuat!" Akira tersenyum senis bila mendengar persoalan dari lelaki berjubah hitam tersebut.
"Korang yang mudah membuat kesimpulan sendiri. Jadi terima dengan lapang dada!" Kata Akira sambil tersenyum manis kearah dua orang manusia yang berlainan jantina yang masih tadi mengenakan jubah bertutup.
"Budak ni menguji kesabaran aku! Aku tak boleh kalau budak ni tak mati?!" Kata Edy dengan kesal sambil menggempalkan tangannya.
"Aisss cuba lah beradap sikit dengan orang!" Akira tersenyum sumbing lalu kembali melancarkan aksinya pada kedua sasarannya.
"Bagi le aku tarik nafas dulu!" Keluh Edy yang kembali memasang pertahanan begitu jugak dengan Haibara. Mereka berdua agak sulit mengimbangkan pertarungan 3 lawan 1.
Sedari tadi Akira tidak memberi mereka celah untuk menyerang. Malah, Akira turut tidak memberi diaorang rehat miskin pun seminit. Akira hanya memberi mereka tekanan yang cukup besar.
Akira tersenyum kecil bila melihat pergerakan musuhnya yang kian melemah. Dia sedikit merasa lega bila musuhnya berjaya masuk kedalam permainannya.
'Makin lemah korang, makin mudah kerja aku!' bisik hati kecilnya.
Manakala di posisi Ryunosuke, Sakurai agak kesusahan menghadapi segala serangan yang dilontarkan oleh Ryunosuke. Pemuda itu cukup tangkas dalam segala pergerakannya.
Sakurai dapat merasakan perubahan tenaga yang sangat berbeza dari sebelum pertarungan kedua mereka. Seakan musuhnya itu sengaja menyembunyikan kekuatannya.
"Lain! Kau agak lain. Tak macam tadi! Apa kau sengaja budak?" Soalnya pada Ryunosuke tetapi pemuda itu hanya diam dan fokus pada serangannya.
"Sial! Kau memang tak ada adap" jerkah Sakurai bengang dengan riak muka yang dipamerkan oleh saringannya. Riak tak ada perasaan!
"Kau cakap memang tak cermin diri sendiri! Lagi satu, kau tu yang bodoh tak geti nilai seseorang itu dengan betul. Jadi salah siapa?" Kata Ryunosuke dengan senyuman iblisnya.
Dan ya kemarahan Sakurai meletup bila mendengar hinaan dari mulut seorang putera mahkota yang sangat dibencinya. Niatnya untuk membunuh pemuda itu kian besar. Tak di hiraukan ancaman yang mulia andai dia langgar arahan.
Difikirannya, sosok pemuda itu boleh dihidupkan kembali dari kematian dan hidup selayaknya boneka pada sang ketua.Sepertimana nasib keluarga pemuda itu. Yang kini hidup dalam tahanan yang mulia.
"Aku yakin! Kau pasti tak tahu dengan nasib keluarga kau!" Tiba-tiba Sakurai membuka topik yang cukup menyakitkan bagi Ryunosuke.
Sakurai tersenyum kemenangan bila umpannya mengena mangsa. Tidak mensia-siakan peluang yang ada. Sakurai menyerang Ryunosuke dengan kekuatan penuh.
TING!! Bunyi pedang berlaga diantara dua arah. Sedaya upaya Ryunosuke cuba mengawal emosinya dan cuba fakus pada perlawanan mereka.
"Anak dan abang jenis apa kau ni! Sanggup tinggalkan keluarga kau di medan perang semata-mata untuk selamatkan nyawa kau! Jantan macam ni yang dibanggakan oleh para gadis diseluruh dunia!? Sangat memalukan!" Katanya dengan penuh hasutan.
Seketika fokus Ryunosuke terganggu bila mendengar perkara yang telah lama dia kuburkan. Kini dia kembali mendengar perkara tersebut dan telah berjaya membuka luka lamanya.
Sakurai tersenyum senang bila umpannya telah kene sasaran. Tanpa melepaskan peluang yang ada dia menghayunkan pedangnya dengan sekuat tenaga.
TING!! Ryunosuke tersenyum kecut bila dapat menghalang tebasan dari pihak lawannya. Sedikit je dia lalai, maka pedang itu akan menusuk tepat ke jantung.
"Kenapa? Kau tak boleh dengar aku bukak pasal masa silam kau!
SEORANG PUTERA MAHKOTA YANG DISEGANI OLEH SELURUH DUNIA MENGKHIANATI KELUARGA DAN KERAJAANNYA SENDIRI!
LEBIH MEMENTINGKAN NYAWA SENDIRI DARI MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN!
SEPATUTNYA KAU KORBANKAN NYAWA KAU YANG TAK BERHARGA TU PADA KERAJAAN KAU! TAPI SEBALIKNYA KAU YANG KORBANKAN KERAJAAN KAU UNTUK KEPENTINGAN DIRI KAU SENDIRI.
MALAH LAGI KEJI KAU KORBANKAN KESEMUA ANGGOTA KELUARGA KAU.
KAU GAGAL! KAU GAGAL MENJADI KETUA YANG BAIK RYUNOSUKE NISHIMURA!
KAU TAK LAYAK UNTUK SEMUA ORANG TERMASUK AIKO HAYASHI." tekan Sakurai.
Ryunosuke terpegun, mindanya kembali berfikir negatif. Pegangan pada pedangnya kian melemah dan itu dapat dilihat oleh Sakurai yang kini sedang tertawa senang dalam hati.
Sakurai menyiku perut Ryunosuke menggunakan lututnya lalu menendang tubuh Ryunosuke dengan kuat.
Brushh!!! Tubuh Ryunosuke terpelanting kebelakangan sepanjang 5 meter dari tempat dia berdiri. Sakit! Itu lah yang dirasakan oleh Ryunosuke malah akibat serangan tersebut dia terbatuk darah.
Dalamannya kian mendapat cedera yang cukup parah. Dan badannya dapat diarasa telah sampai pada limit. "Ahrg! Sa..sakit." keluh Ryunosuke sambil cuba untuk bangkit kembali.
"RYUNOSUKE!" Jerit Akira, dia ingin melangkah kearah sahabatnya tapi terhalang oleh Edy. "Lebih baik fikir keselamatan diri sendiri daripada orang lain." Kata Edy dengan suara dingin.
Akira hanya bergumam tidak jelas. Hatinya sedingin ais. Otaknya ligat berfikir agar dapat menolong sehabatnya yang dia tahu bahawa tubuh sahabatnya itu telahpun sampai pada batas.
Kalau tidak diberi rawatan segera. Maka peratus sahabatnya tidak dapat turun bertarung sangat lah tinggi. Malah nyawa sahabatnya turut dijadikan taruhan.
"Aku okey! Fokus pada lawan kau. Aku boleh bertahan lagi" Kata Ryunosuke pada Akira secara tak langsung memberi maksud tertentu pada sahabat kecilnya.
" Baik! Mohon bertahan. Jangan hampakan Ai." Putus Akira tanpa rela lalu kembali fokus pada pertarungannya.
Ryunosuke tersenyum kecil lalu cuba menstabilkan tubuhnya. Anak matanya tajam merenung kearah Sakurai yang sedari tadi tidak lepas memandang ke arahnya.
Ryunosuke menghembuskan nafas dan cuba menstabilkan fikirannya. Dia tidak akan terpengaruh oleh hasutan musuhnya.
"A..aku tak akan hampakan dia. Kali ini aku akan tunaikan janji aku pada dia." Kata Ryunosuke dengan penuh tekad.
Dia akan bercuba bertahan sedaya upaya sehingga bala bantuan datang dan akan dia pastikan salah satu dari mereka bertiga akan menjadi tahanan menara sihir.
"Hmm sakit Midori!" Adu Auni dengan perih bila lukanya diubati oleh seorang pelajar yang bernama Midori.
"Tahan sedikit Auni-sama. Luka anda perlu diubati dengan segera dan akan sedikit sakit." Kata Midori dengan lembut.
Auni hanya mengangguk kepalanya patuh tanpa mengeluarkan suara lagi. Pandangannya dilarikan kearah saudara keduanya yang kini sedang mendapatkan rawatan dari Mieko.
"Kak Aiko!" Panggil Auni yang masih teragak-agak. Merasakan namanya disebut, Aiko menoleh kearah Auni yang sedang menatapnya sendu.
"Ada apa Auni? Adakah badan kamu masih terasa sakit?" Soal Aiko dengan kerisauan. Dan sikap itu dapat dilihat jelas oleh semua orang termasuk adiknya.
"Ma..maaf. Ini semua salah Auni.
Ka..kalau Auni tak degil untuk tolong abang dan kak mungkin semua ini tak akan terjadi!
Abang Akira tak perlu berdepan dengan musuh tanpa bantuan orang lain. Dan jugak dia mungkin tak..."
"Ini bukan salah kamu. Walaupun kamu tak muncul mereka berdua akan tetap buat benda yang sama. Kakak tak akan mampu halang keputusan mereka berdua terutamanya keputusan dia." Potong Aiko dengan suara yang lembut.
"Tapi keputusan yang dia buat sangat berisiko. Tutur kata dia jugak sangat tak beradab.
Dia tak sepatutnya letakkan nyawa yang mulia pada situasi yang berbahaya! Nyawa yang mulia Hayashi sangat lah berharga. Dasar anak ha.."
"DIAM NANAMI! SIAPA YANG HAJAR KAMU UNTUK BERKATA TIDAK SOPAN! KAMU SEDAR APA YANG KAMU CAKAP!?" jerkah Yoshihiro.
Nanami terpegun bila pertama kali dalam hidupnya, dia di jerkah oleh abang kandungnya. Padahal semua orang tahu bahawa sosok abangnya itu tidak pernah meninggikan suara padanya. Tapi hanya untuk seorang pelajar yang datang dari golongan bawah, abangnya berubah 100 peratus. Dari seorang yang penyayang kepada seorang yang bengis.
"Apa keluarga kita telah manjakan kamu sampai kamu mengeluarkan kata-kata yang tidak mencerminkan seorang NAGASAKI!" Nanami menundukkan wajahnya kebawah. Tidak berani untuk bertentang mata dengan sang abang.
"Tak cukup kamu buat masalah! Sekarang kamu nak tambah lagi masalah pada keluarga kita?
BERAPA KALI ABANG PESAN PADA KAMU, JANGAN NILAI SESEORANG DENGAN LUARANNYA SAHAJA. KITA TAK TAHU DALAM SESEORANG ITU MACAM MANA.
TIDAK SEPERTI LUARAN BURUK TAPI DALAMAN TIDAK BERGUNA! TIDAK SEMESTINYA LUARAN CANTIK TAPI DALAMANNYA TURUT CANTIK DAN BERGUNA.
KESOPANAN, KEBERIBAWAAN MENCERMINKAN DARI SIKAP SESEORANG ITU. JADI JANGAN KAMU JADI SEPERTI MEREKA SEMUA. PANDANG SESEORANG TANPA MENGUNAKAN FIKIRAN TAPI HANYA PANDANG PADA NAFSU DUNIA SAHAJA.
CUKUP KAMU TUTUP MATA DAN JADI PENDENGAR! TIDAK PERLU UNTUK TURUT BERSUARA. INGAT SETIAP LANGKAH YANG KAMU AMBIK KENE BERHATI-HATI. SILAP LANGKAH MAKA KAMU AKAN JATUH KEJURANG KEHANCURAN." kata Yoshihiro dengan suara yang tinggi dan tegas.
"Dan saya harap kalian semua akan bukak mata selebar-lebarnya. Jangan jadi orang TAK BERGUNA hanya tahu mencari kekurangan orang lain untuk kepuasan diri sendiri!" akhir Yoshihiro sebelum mendekati kearah Aiko dan Mieko.
Auni, Nanami serta para pelajar dan guru mendiamkan diri. Kata-kata yang dilontarkan oleh Yoshihiro sangat mencuit hati mereka.
"Macam mana keadaan Aiko?" Kata Yoshihiro kepada Mieko yang sedari tadi mengambil tugas pada kesembuhan Aiko.
"Beransul pulih!" Balas Mieko tanpa menghiraukan kehadiran Yoshihiro. Pandangannya tetap fokus pada luka yang dialami oleh sahabatnya sekaligus manjikan dan puteri kerajaan WhiteFairy.
"Perlukan bantuan! Mana kau kian melemah." Kata Yoshihiro dengan nada datar tapi niatnya baik untuk menolong cuma cara bertutur nya yang mudah disalah erti.
"Hmm korang semua memang tak geti bicara dengan sopan ya." Balas Mieko dengan senyuman kecil. Entah kenapa fikirannya boleh terimbau masa-masa kemegahan academy Fairytania.
"Tak salah kalau kita berharap dia masih bernafas." Kata Yoshihiro dengan penuh makna dan hanya difahami oleh Mieko.
Yoshihiro tersenyum sumbing bila melihat perubahan di wajah Mieko. Sehingga kehari ini tiada siapapun tahu tentang perasaan Mieko pada saudara sahabat. Ryaito Nishimura.
Malah Aiko sendiri tidak menyedari akan percintaan segitiga diantara Mieko, Ryaito dan tunangan pemuda itu.
"Baiklah anggap anggin lalu." Mengalah Yoshihiro lalu membantu Mieko dengan cara menyalurkan mananya kepada Mieko.
Makan masa setengah jam akhirnya penyembuhan Aiko dapat diselesaikan dengan sempurna oleh Mieko bersama Yoshihiro.
"Terima kasih kalian berdua. Nagasaki-san anda pun perlu berehat untuk pulihkan stamina anda walaupun luka anda sudah pulih. Mieko awak pun sama! Berehatlah sebentar." Kata Aiko sambil mengarahkan keduanya untuk berehat disampinya.
"Baiklah Yang Mulia puteri Mahkota." Kata keduanya sambil membungkukan badannya kearah Aiko. Gadis itu agak terpegun bila mendengar panggilan yang sudah lama tidak digunakan olehnya semenjak kehilangan calon suaminya yang sedang asyik menyembunyikan identiti pada semua negara-negara sihir.
"Herm! Buat masa ni simpan dulu. Saya tak pasti lagi pasal keputusan dia dalam hubungan kami." Tegas Aiko dengan muka merah dan tidak suka dengan panggilan tersebut.
Sejujurnya dia sangat berharap untuk kembali menggunakan panggilan itu semula. Tapi dia sedar bahawa calon suami masa depannya itu perlukan masa.
Oleh itu dia akan tetap menunggu sehingga pemuda itu kembali semula padanya dan tidak lupa kembali muncul di publik serta mengumumkan tentang hubungan mereka yang masih berjalan. Dan dia yakin bahawa hari itu akan tiba sekiranya dia tetap menguatkan hatinya untuk memberi masa pada sang kekasih hati.
"Anda sedari dulu memang tidak pandai berbohong yang mulia puteri." Usik Mieko lalu beredar ke arah Sakura yang kini telah sedar dari pengsannya.
"Nee Nagasaki-san, adakah ketara?" Soal Aiko pada Yoshihiro dengan wajah yang memerah.
"Ya! Sangat ketawa yang mulia puteri." Balas Yoshihiro denagn senyuman kecil. Sedaya upaya dia cuba menahan ketawa bila melihat riak muka lucu yang dipamerkan oleh Aiko.
"Saya doakan anda agar dapat kebahagiaan bersama Nishimura-Sama. Anda dah banyak berkorban yang mulia puteri." Bisik Yoshihiro kepada Aiko.
Gadis manis itu mengganggukkan kepalanya sambil tersenyum sayu kearah Yoshihiro. "Terima kasih atas doanya Abang Hiro." Kata Aiko dengan tulus.
"Sama-sama. Dan tolong jangan panggi saya dengan panggilan abang di hadapan Nishimura-Sama. Saya tidak mahu bermalam di Hospital kerajaan." Gurau Yoshihiro dengan senyum kecilnya.
"Haha baiklah. Saya akan ingat itu." Balas Aiko sambil tertawa kecil. Suasana hatinya membaik seketika. Tapi tidak mampu untuk menghilangkan rasa risau kepada dua sosok yang sangat berharga padanya yang kini sedang berjuang mempertahankan mereka semua.
"Diaorang berdua pasti balik dalam keadaan selamat. Hanya tunggu beberapa minit sahaja untuk bantuan sampai. Semuanya akan kembali normal." Sambung Yoshihiro dengan nada perlahan dan hanya didengari oleh Aiko sahaja.
"Saya berharap begitu." Balas Aiko dengan nada rendah dan cuba menyakinkan diri tentang kepulangan sang kekasih dalam kondisi selamat kedalam dakapannya.
Kembali ke posisi Ryunosuke dan Akira...
Ryunosuke menghayunkan pedangnya ke arah Sakurai dengan pergerakan cepat. Sesekali dia akan menyerang musuhnya dengan menggunakan sihir.
Begitu jugak yang dilakukan oleh Akira. Mereka berdua melawan musuh dengan sisa tenaga serta mana yang kian tipis.
Stamina yang mereka miliki kian menipis akibat pertarungan yang berlansung yang hampir melebihi 3 jam.
"Aku dah hampir pada batas. Siut diaorang ni tak geti nak menyerah ke?!" Edy mengeluh dengan perasaan geram. Kini dia dapat merasakan sesak di adanya akibat dari pengguna mana gelap yang telah melebihi masa yang dihadkan.
"Diam lah! Huh....kita masih boleh bertahan lagi. Sakurai pun masih tak beri apa-apa arahan pada kita. Jadi kita masih ikut rancangan asal. Jangan banyak bunyi." Kata Haibara lalu kembali menyerang kearah Akira dengan sihir gelapnya.
Tapi malangnya serangan itu dapat dibaca mudah oleh Akira. Pemuda itu dapat menangkis serangan itu dengan mudah dan tidak lupa untuk memberi senyuman kemenangannya.
Haibara menggenggam buku limanya erat. Hatinya geram bila setiap serangan yang dilancarkan dapat di tepis dengan mudah oleh Akira. Seakan serangannya itu tidak seberapa.
Padahal dia dah menggunakan seluruh kemampuannya. Tapi masih tidak dapat menjatuhkan sosok itu yang sehingga saat ini masih mampu berdiri tegak tanpa sebarang beban.
"Sudah lah! Baik korang serah diri. Tubuh korang pun dah sampai limit.
Dari jadi pape-pape kat korang baik korang serah diri. Jangan risau kalau korang beri kerjasama dengan pihak kami.
Aku jamin yang hukuman korang akan diringankan." Kata Akira dengan niat memujuk. Tapi malangnya di memberi kesan pada Edy mahupun Haibara. Keduanya tetap dengan niat asalnya.
"Jangan mimpi ! Sebaliknya kau yang akan kami buat menyerah." Kata Edy dengan bengis. Akira menggelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
"Kalau itu kehendak korang. Aku tak boleh buat apa. Aku cuma untuk tolong korang, tapi nak buat macam mana. Korang masih keras kepala! Jadi terpaksa aku ambik tindakan." Kata Akira, pada akhirnya dia membuat keputusan untuk menamatkan permainan mereka. Dia pun sudah kepenatan melawan dua musuh sekaligus.
Apatahlagi luka yang dialaminya masih belum mendapat rawatan. Jadi baik dia tamatkan sahaja sebelum musuh dia membuat kerja gila.
"Tidak semua itu..uhuk!!" Tak sempat edy mahu menghabiskan kata-katanya, secara tiba-tiba satu pukulan yang cukup kuat menghentam ke tengah dada bidangnya. Akibat dari serangan tersebut, Edy terbatuk darah lalu tumbang di kaki Akira.
Haibara tergamam seribu bahasa, tubuhnya secara tiba-tiba mengeras. Dia terkejut bila melihat teman seperjuangannya kini sedang terkapai pengsan di kaki Akira.
"Ba.. bagaimana? Ini mustahil! Kami tidak mudah.."
"Tidak ada yang tidak mustahil! Awak kene tahu bahawa ilmu terlarang akan lemah bila bertemu ilmu suci. Jadi jangan kata mustahil lady." Potong Akira dengan nada berwibawa.
Untuk pertama kali dalam hidup Haibara, tubuhnya secara spontan mundur dari pertempuran. Tidak pernah, tak sekali pun dia merasakan ketakutan dan kekalahan sepanjang dia menjalankan misi yamg diamanahkan padanya bersama rakan seperjuangan.
Tapi pada hari ini, segala keegoan dan kepercayaan diri yang tinggi hilang dalam satu hari. Lagi menyedihkan lagi dia kalah pada seseorang yang dianggap LEMAH!
"I..ini tak kelakar! HOI BANGUN! KAU BELUM MATI LAGI KAN?!" jerit Haibara kepada sosok Edy yang masih tidak bergerak. Dia tidak percaya pada semua yang terlihat di matanya. Mereka tidak semudah itu KALAH pada LEMAH.
"Ah-Ah! Lady jerit sekuat mana pun, dia tidak akan bangun. Baik Lady beri kerjasama pada kami." Pinta Akira dengan lembut. Sikapnya agak manis tidak seperti sikapnya pada sosok yang kini sedang terkapai tidak sedarkan diri di kakinya.
"Berhenti panggil aku lady! Aku bukan lady kau!?" Jerkah Haibara dengan nada yang meninggi. Jelas di pandangan Akira bahawa sosok wanita yang disebalik jubah itu sedang mengawal emosi ketakutannya.
"Seorang Lady tak elok meninggikan suara pada anggota kerajaan. Itu sangat tidak sopan Lady." Tegur Akira dengan niat ingin mengusik. Tapi dalam masa yang sama dia cuba melengahkan masa. Ada lagi beberapa minit sahaja bantuan dari menara sihir akan tiba bersama rombongan bantuan dari istana.
"ARGHH!!" Kedengaran jeritan kesakitan dari arah perlawanan diantara Ryunosuke vs Sakurai.
Keduanya menoleh. Dan Akira mahupun Haibara terpaku melihat keadaan keduanya yang mengalami kecederaan yang teruk,terutama pada Sakurai.
Pemuda itu sedang menahan sakit akibat lengan kanannya terputus dan dapat diteka siapa perlakunya. Yang lain tak bukan adalah Ryunosuke yang sedang mengibas pedangnya yang berlumuran darah.
"TAK GUNA! BERANI KAU..ARGH" Sakurai mengeram kesakitan dia cuba menutup luka besar yang terdapat di lengannya. Dia memandang kearah lawannya dengan perasaan bengang.
"Itu balasan kau kerana berani usik pasangan aku!" Kata Ryunosuke dengan dingin.
"Ketu...ahhh!!" Jerita Haibara bila merasakan tubuhnya diserang secara tiba-tiba. Akhirnya tubuhnya rebah ke tanah.malah kesedarannya kian punar.
"SERAH DIRI SEKARANG ! KALIAN SEMUA TELAH DIKEPUNG" jerkah satu suara serak milik sang raja yang merupakan ayah kepada Akira. Tidak lupa disampingnya turut hadir sang penyehir Agung.
"Sial! Kau memang sengaja." Sakurai akhirnya sedar bahaya pertarungannya bersama putera mahkota dari kerajaan Rull Magic hanyalah helah semata-mata.
Patutlah kedua putera mahkota dari dua kerajaan berbeza masih sanggup bertarung dengan kondisi badan yang tidak mengizinkan. Rupanya itu hanya helah agar mereka bertiga ditahan sehinggalah para bantuan dari menara pusat dan kerajaan WhiteFairy tiba pada masanya.
Lagi memeningkan kepalanya, masalah yang baru saje ditimbulkan tanpa dia Sakurai sendiri. Kini kewujudan mereka akan diketahui oleh seluruh kerajaan rasmi dan itu akan menimbulkan kemarahan dari sang raja yang menjadi pemimpin kumpulan mereka.
"Tu..an!" Sakurai mengalirkan pandangan keadah Haibara yang terduduk di tanah dalam kondisi tubuh yang sangat perihatin. Malah jubah hitamnya telah separuh terkoyak dan perlihatkan separuh tubuh sang pemakai.
"Sial! THIS IS ALL YOUR FAULT. THE MISSION FAILED BECAUSE YOU BOTH ARE WEAK!" Amuk Sakurai dan itu mengejutkan Haibara yang kini menatap kearah Sakurai dengan hati yang tidak terima. Padahal kesalahan ini semua berpunca dari sikap Sakurai sendiri yang masih ingin bermain dengan pihak musuh sehingga tidak sedar bahawa musuh telah menjerat mereka kembali.
"APA MAKSUD KAU! INI SEMUA KAU PUNYA PASAL.
KALAU KAU TAK BERKERAS NAK BERMAIN DENGAN MEREKA, SEMUA INI TIDAK AKAN BERLAKU!
DISEBABKAN NAFSU KAU KAT BETINA TU! KITA DIKEPUNG ! THIS IS ALL YOUR FAULT DON'T BLAME BOTH OF US!!" Jerit Haibara dengan perasaan marah yang menggebu-gebu.
Dia tidak terima bila disalahkan 100%, padahal semua masalah ini bukan dia puncanya. Tapi pemuda itu sendiri yang cari penyakit. Dah jadi nak salah kan orang lain! Banyak cantik.
"KAU.."
"EHEM! Tak kisah salah siapa. Letakkan senjata. Buang tenaga kalau korang masih nak melawan. Percayalah. Kalau korang bertiga masih berdegil, maka tamat riwayat korang bertiga." Jerkah Sasuke dengan suara tegas dan kuat.
Sakurai tersenyum sumbing manakala Haibara menatap Sasuke dnegan takut tapi tetap ditutupnya.
'Aura orang tua itu sangat kuat!' bisik hati Haibara yang tergamam bila merasakan aura mana suci yang cukup kuat berasal dari sang penyehir Agung dan tidak lupa dari snag pemerintah kerajaan WhiteFairy.
"Tidak semudah itu! You two sleep peacefully!korang berdua hidup sangat mengecewakan." Kata Sakurai dingin keadah Haibara dan jugak Edy yang menatapnya dengan pandangan yang tidak dapat dibaca.
Selepas mengucapkan kata-kata terakhirnya dia melancarkan sihir sepantas kilat kearah dua sosok yang terduduk ketakutan ke arahnya dan tudak lupa riak wajah yang tidak rela dibunuh dengam cara yang bagi mereka cukup keji.
Mereka rasa ini tidak adil! Bukan kesalahan mereka tapi mereka dihukum mati oleh sang ketua. Apakah hidup mereka serta kerja keras mereka berdua tidak berharga dan tidak dipandang oleh sosok tersebut?
Haibara mahupun Edy hanya tersenyum pasrah menghadapi kematian mereka meskipun mereka tidak terima. Keduanya memejamkan mata dengan pasrah. Tapi...
BUSH!!
pelik! Mereka masih bernafas malah mereka tidak rasa sakit sama sekali.
Haibara merasakan tubuhnya melayang manakala Edy merasakan dalam posisi yang sama seperti tadi. Keduanya membuka mata secara serentak dengan kehairanan.
Tidak di duga, dua sosok yang menjadi musuh mereka dan sempat mereka hina kini menjadi penyelamat. Padahal mereka adalah musuh! Itu agak rugi kalau mereka berdua hilang nyawa disebabkan mereka yang titlenya adalah MUSUH YANG INGIN MELENYAPKAN KEDUA PUTERA MAHKOTA. Itu sangat merugikan.
"Sangat kejam! Aku tak sangka apa yang kau cakap kan itu bukan main-main Ryunosuke. Dia betul-betul melenyapkan kawan sendiri." Kata Akira yang menghalang salah satu serangan yang ditujukan kepda Edy.
"Itu semua hasil penyelidikan. Pada mulanya aku tak percaya tapi bila aku tengok sendiri sikap mereka akhirnya aku faham.
Kematian merupakan hal biasa dalam kumpulan mereka. Melakukan kesalahan ataupun dituduh bersalah maka kematian lah akhirnya, untuk kebaikan kumpulan pun akan ada kematian pada akhirnya.
Tak ada satu pun langkah yang tidak melibatkan kematian pada setiap anggota. Terutama pada ahli yang berada di pangkat bawah.
Ibaratkan mereka adalah hamba dan perisai pada para ketua atasan mereka. Nyawa ahli tidak berharga pada mata semua para ketua.
Kumpulan yang hanya mementingkan kekuatan yang akan mengawal segalanya. Itu yang kau katakan baik lady! Pemikiran anda sungguh bermasalah." Bicara Ryunosuke dengan tenang sambil merangkul tubuh Haibara dengan kemas.
Tubuhnya mendarat di sekitar Sasuke dan jugak bakal ayah mentuanya. Riak wajahnya masih sama dingin. Tidak seperti Haibara, yang kini sedang terpesona dengan pemuda itu.
Tanpa sedar dia turut merangkul lehir Ryunosuke dengan mesra dan untuk pertama kali dalam hidupnya . Dia merasa selamat dalam pelukan yang didapatkan dari Ryunosuke. Walaupun itu hanya sementara. Sungguh hangat!
"Dasar ketua tak bertanggungjawab! Dia hina kau macam-macam. Last-last dia lagi teruk. Bukan tinggalkan sahaja anggota tapi sanggup bunuh diaorang. Binatang betul!" Kata Akira dengan kesal bila melihat sosok Sakurai tidak lagi terlihat. Mungkin pemuda itu telah berjaya melarikan diri.
"Ko... korang bunuh je kitaorang berdua! Kitaorang tak akan bukak mulut." Kata Edy dengan dingin. Manakala Haibara memilih untuk mendiamkan diri.
"Sepatutnya ucapkan terima kasih!" Kata Akira dengan kesal tetapi tetap di lapahnya tubuh Edy yang masih lengkap berjubah.
"Ketua korang tu dah larikan diri. Dari sini korang berdua dah tahu sikap dia dan korang berdua masih ingin setia! Memang bodoh korang ni." Balas Akira dengan nada mengejek.
Edy menatap kesal kearah Akira dan dengan tenaga yang tersisa dia menolak bantuan dari pemuda tersebut. Akibat dari tindakannya itu, dia jatuh ketanah kerana tidak mampu menahan berat tubuhnya sendiri.
"Cih dah kalah! Tapi still sombong."
"Cuba kau jadi macam kawan kau tu! Dah sedar diri yang dia dah kalah. Dia hanya diamkan diri tapi dalam masa yang sama ambik kesempatan." Bisik Akira ke telinga Edy sambil menujuk ibu jari kearah sahabatnya yang masih mengendong tubuh wanita yang merupakan rakan dari Edy.
Edy hanya berdeham tanpa niat untuk membalas kata-kata dari mulut Akira yang tidak henti berbicara. Dia sendiri dah penat. Malas nak layan.
Hatinya masih sakit dah masih dalam keadaan terkejut. Dia seakan tidak percaya pada sosok Sakurai yang sangat dia banggakan tapi pada akhirnya sosok tersebut yang ingin menghilangkan nyawanya di muka bumi dengan kesalahan yang tidak dia lakukan.
Apatahlagi kesalahan itu sebenarnya datang dari ketuanya tapi kesalahan itu diletakkan secara bulat-bulat pada anak-anak buahnya.
Entah kenapa, kini dia dapat melihat sikap pentingkan diri pada ketuanya itu. Apakah ketua yang lain sama perangai dengan ketuanya!
Kalau ia, maka dia menyesal telah meletakkan 100% kepercayaan dan jalan hidupnya pada organisasi ini. Sungguh sangat mengecewakan..