下載應用程式
5.94% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 59: Akhir Musim Virus — Sudah Menjemput Xia Xinghe

章節 59: Akhir Musim Virus — Sudah Menjemput Xia Xinghe

編輯: EndlessFantasy Translation

Dia tidak boleh menerima langsung kelibat Xinghe dan dia menyangkakan anaknya juga merasakan benda yang sama.

Jadi, kenapa Tianxin mahu menjemput Xinghe?

Tianxin memeluk lengan ibunya dengan lembut, dan berkata seraya tersenyum, "Mak, kenapa mak tak faham? Xia Xinghe sudah tua dan hodoh sekarang. Dia tak banyak bezanya dengan pengemis. Dia mestilah berasa malu untuk memenuhi jemputan. Tapi jika dia muka tembok, lagi bagus. Kita akan ada badut percuma untuk hiburkan semua orang."

Hadirin-hadirat untuk majlis Xi Lin adalah orang-orang kaya dan terkenal di Bandar T.

Suasana malam itu pastilah dipenuhi keunggulan dan gaya.

Perempuan liar seperti Xinghe itu pasti akan menyerlah kerana hodoh dalam suasana sebegitu.

Dia mungkin akan memakai sesuatu yang lebih teruk daripada apa yang dipakai oleh pelayan malam itu.

Jadi, dia pasti akan menjadi bahan jenaka majlis tersebut. Bukan itu sahaja, dia pasti akan memalukan dirinya sendiri serta anaknya yang tak guna itu.

Tianxin nekad untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada Xinghe jika perempuan liar itu berani datang. Dia akan pastikan perempuan tersebut mati kerana terlampau malu.

Senyuman Tianxin semakin melebar apabila dia memikirkan perkara tersebut.

Perempuan jalang itu berani memalukan saya pada masa lalu; saya pasti akan membalas kebaikannya!

Selepas memahami tujuan anaknya, Puan Tua Chu menepuk-nepuk tangan anaknya dengan penuh kasih sayang. Dia tersenyum dan berkata, "Idea yang hebat. Anak mak memang pintar. Kamu betul. Kita perlu mengambil peluang ini untuk mengajar dia supaya dia sedar diri. Biar dia tahu yang dia memang tak mampu menyaingi anak mak."

"Saya akan telefon Mubai sekarang," Tianxin yang didorong ibunya terus mengambil telefonnya dan mendail nombor Mubai.

Mubai terkejut apabila Tianxin menelefonnya untuk memintanya menjemput Xinghe.

"Mubai, Lin Lin sudah bertahun tidak berjumpa ibunya. Kita perlu menjadi sopan dan menjemputnya. Sebelum ini lain lah kerana kita tidak tahu di mana dia berada. Tapi memandangkan kita sudah mempunyai maklumatnya, kita perlu menjemput dia. Saya pasti Lin Lin juga mahu berjumpa dengannya. Kita perlu jemput dia kali ini atau saya bimbang dia masih mahu berjumpa dengan Lin Lin selepas kita berkahwin."

Otak licik Tianxin memang berguna. Dia tahu bahawa Mubai sangat mengambil berat mengenai anak lelaki tak guna itu. Jadi, dia menggunakan Xi Lin sebagai alasan untuk menjemput Xinghe.

Dia percaya bahawa demi kebaikan Xi Lin, Mubai pasti akan bersetuju.

Dia langsung tidak tahu bahawa Mubai sudah lama menjemput Xinghe secara tidak rasmi terlebih dahulu.

Mubai sudah tentulah tidak mendedahkan perkara ini. Dia cuma berkata dengan perlahan, "Saya akan menjemput dia. Ada apa apa lagi?"

"Itu sahaja. Mubai, saya pasti akan datang awal ke majlis tersebut."

"Okey."

"Kalau begitu, saya letak dahulu telefon…" bibir Tianxin mengukir senyuman berjaya selepas dia mengucapkan selamat tinggal. Xia Xinghe, habislah kamu kali ini!

Di sebelah sana pula, Mubai perasan bahawa Lin Lin memerhatinya dengan curiga selepas dia meletakkan telefon.

Lin Lin pasti terdengar perbualan telefon ayahnya dan tertanya-tanya siapakah 'dia' yang akan Mubai jemput.

Lin Lin merasakan satu perasaan yang tidak boleh digambarkan bahawa 'dia' itu merupakan seseorang yang istimewa.

Mubai tunduk merapati kanak-kanak itu, "Esok hari lahir kamu. Hadiah apa yang kamu mahukan?"

"Saya tak mahu apa apa." Jawab Lin Lin dengan jujur.

Kanak-kanak lelaki itu lahir di dalam dulang emas. Dia tidak perlukan apa apa. Dia juga tidak mahukan apa-apa.

Lagipun, majlis ulang tahun seperti ini agak membosankan baginya. Orang dewasa akan bergaul sesama mereka dan dia akan dilupakan. Kalau boleh, dia tidak mahu menghadiri majlis tersebut.

Mubai tersengih nakal. "Kamu pasti kamu tak mahu apa apa? Ini lah masanya ayah menunaikan apa sahaja permintaan kamu. Jadi, jangan lepaskan peluang ini."

Riak muka Lin Lin berubah menjadi teragak-agak.

Lin Lin mempunyai satu permintaan tetapi dia tidak rasa ianya boleh menjadi kenyataan.

Kerana mereka tidak akan pernah bersetuju dengannya…

Dia tidak mahu menyuarakan permintaanya dan kemudiannya ditolak. Jadi, dia hanya menggelengkan kepalanya dan berjalan keluar dari bilik tersebut.

Mubai melihat bayang-bayang anaknya yang kelihatan sunyi dan menahan kemahuannya untuk memberitahu Lin Lin mengenai jemputan untuk Xinghe.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C59
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄