下載應用程式
52.13% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 464: Untung Juga Jadi Comel (2)

章節 464: Untung Juga Jadi Comel (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Qiao Chu berasa sangat malu sehingga tidak mampu memandang Jun Xie. Roh berkontraknya melakukan perbuatan yang melampau dan tidak tahu malu. Mujurlah Beruang Yin Yang ini tidak boleh bercakap. Kalau Beruang Yin Yang ini menyuarakan segala-galanya di dalam hatinya, Qiao Chu pasti sudah terjun ke dalam tasik itu akibat terlalu malu.

Jun Wu Xie memandang susuk tubuh berbulu di hadapannya ini yang sedang menundukkan kepala dan menghulurkan kaki depannya. Mata Jun Wu Xie menjadi kecil dan dia menepis kaki Beruang Yin Yang itu ke tepi.

"Oww~" Beruang Yin Yang itu melolong sedih sambil memegang kakinya yang telah di tepis tadi ke dadanya. Wajahnya kelihatan sedih, memberi pandangan penuh rayu pada Jun Xie.

"Kecederaan Ular Tulang Berkepala Dua tu lebih parah. Beri laluan." Wajah Jun Wu Xie kelihatan tegas sewaktu memarahi Beruang Yin Yang.

Beruang Yin Yang itu berpaling memandang Ular Tulang Berkepala Dua yang tidak bertenaga dan tidak mampu bergerak itu. Ular itu hanya terbaring di atas tanah. Beruang Yin Yang berpaling semula dan memandang Jun Xie sekali lagi sebelum dengan berat hatinya mengangkat punggungnya yang besar. Beruang itu beralih dan memberi sedikit ruang sebelum mengangkat Ular Tulang Berkepala Dua itu lalu meletakkannya di hadapan Jun Xie. Beruang itu mengalih kedudukannya sekali lagi dan duduk di belakang Jun Wu Xie. Kaki-kaki belakangnya dijulurkan di kedua-dua belah sisi Jun Wu Xie.

Mujurlah beruang ini berbadan besar. Kelebaran badannya memberikan Jun Wu Xie ruang yang cukup untuk bergerak dan melakukan Pemulihan Roh.

Qiao Chu tak mampu lagi melihat perangai dungu roh berkontraknya ini. Dia memegang dadanya dan berpusing untuk bersandar di bahu Fei Yan. Qiao Chu kelihatan amat malu.

"Boleh tak saya minta tukar roh berkontrak lain? Ini dah terlalu melampau. Rolly saya tak mungkin buat sesuatu yang memalukan seperti ini!"

Qiao Chu hanya mahu mengingati kemegahan dan kekuatan Rolly sebagai Beruang Yin Yang yang berkuasa dan layak dihormati. Dia tidak sanggup menerima hakikat yang beruang panda berwarna hitam putih dan berbulu lembut ini, yang sedang cuba berkelakuan comel, adalah roh berkontrak miliknya.

Roh berkontrak merupakan makhluk roh dan apabila tercedera, roh-roh ini tidak merasakan kesakitan yang sama seperti manusia yang mengalami seksaan melalui badan dan tulang mereka. Apabila roh berkontrak cedera parah, roh-roh ini menjadi amat lemah dan diseksa kesakitan dalam bentuk yang lain. Kesakitan yang menyeksa roh-roh berkontrak ini tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Semenjak Rolly menyedari yang apabila Jun Xie meletakkan tangan padanya, kesakitannya berkurangan dan kecederaannya mula sembuh, itu saja yang dipedulikannya. Manusia bertubuh kecil ini mampu menghilangkan kesengsaraannya.

Jun Wu Xie langsung tidak memberikan perhatian pada beruang panda yang cuba sedaya-upaya untuk melekat padanya itu. Dia mengangkat tangannya dan menyelubungi tapak tangannya dengan tenaga rohani. Tenaga tersebut dipindahkan ke badan Ular Tulang Berkepala Dua, merawat kecederaannya sedikit demi sedikit.

Mudah sahaja untuk memperkatakan tentang pemulihan roh yang telah tercedera, tetapi proses sebenarnya amat rumit. Roh tidak mempunyai rupa bentuk dan apabila tercedera, roh-roh ini akan menjadi lemah. Untuk membolehkan pemulihan sepenuhnya dilakukan, satu tahap ketahanan dan kekuatan minda diperlukan. Kuasa tenaga roh yang akan disalurkan kepada roh berkotrak itu perlu tepat dan terkawal. Jika aliran tenaga itu terlalu lemah, sebarang kecederaan tidak akan dapat dirawat. Kalau terlalu kuat pula, aliran tenaga roh itu mungkin membakar inti pati roh berkontrak tersebut.

Sepanjang tempoh pemulihan tersebut, Jun Wu Xie perlu mengekalkan aliran tenaga roh yang sekata. Kepantasan juga perlu konsisten secara berterusan.

Jun Wu Xie amat mahir dalam menghasilkan ketepatan penuh teliti yang diperlukan. Dia juga mendapati, setelah dia mencapai peningkatan tahap, kuasa rohaninya bertambah banyak. Walaupun kuasa ini masih belum cukup untuk menyembuhkan Ular Tulang Berkepala Dua dan Beruang Yin Yang dengan sekali rawatan, tempoh masa keseluruhan proses rawatan ini dapat dipendekkan. Kecederaan Ular Tulang Berkepala Dua dan Beruang Yin Yang tidak separah kecederaan Teratai Salji. Jadi, jika semuanya berjalan lancar, Jun Wu Xie yakin yang dia mampu merawat kedua-dua roh berkontrak ini dengan baik.

Jun Wu Xie menjalankan pemulihan Ular Tulang Berkepala Dua ini dalam keadaan senyap. Rakan-rakannya yang lain juga hanya berdiri diam-diam, tidak berani mengganggu perhatian Jun Xie walau sedikit. Malah Qiao Chu yang begitu malu dengan tindakan roh berkontraknya, terpaksa menelan rungutannya. Dia diam sahaja sambil mencangkung di satu sudut, mengunyah-ngunyah bekalan makanan kering dan memerhatikan Jun Xie yang sedang melakukan Pemulihan Roh.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C464
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄