下載應用程式
74.15% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 660: Turun ke Dasar Cenuram (1)

章節 660: Turun ke Dasar Cenuram (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mereka baru sahaja turun setakat sepuluh meter tetapi ketika menghadap cahaya matahari sekalipun, darjah penglihatan mereka sudah begitu rendah. Memang munasabah kalau dikatakan cahaya matahari langsung tidak dapat tembus ke bahagian dasar cenuram itu.

Jun Wu Xie melupakan hal ini dan terus fokus untuk turun ke bawah dengan berhati-hati.

Perjalanan turun ini memang dijangka akan mengambil masa yang lama. Sebab itulah sebelum mula turun tadi, Jun Wu Xie dan rakan-rakannya sudah melilitkan tali ke pinggul mereka sebagai langkah persediaan.

Menuruni cenuram ini adalah sesuatu yang perlahan dan membosankan, tetapi tak ada seorang pun yang mengambil mudah hal ini. Tali yang mereka genggam itu adalah satu-satunya tempat pergantungan nyawa mereka. Jika terlepas sedikit pun, mungkin mereka akan terus jatuh ke dalam jurang yang tidak terduga dalamnya itu dan terus hancur berkecai!

Ketika diselubungi kabus tebal itu, ahli kumpulan ini tidak dapat menentukan perjalanan masa. Apa yang mereka nampak di sekeliling mereka hanyalah keputihan yang menyilaukan, membosankan dan tidak berubah. Kalau mereka tidak merasakan suhu di sekeliling mereka semakin jatuh, pasti mereka merasakan yang mereka sebenarnya langsung tidak bergerak.

Jun Wu Xie kembali fokus dan meneruskan perjalanan turun yang panjang dan meletihkan.

Kalau dia cuba melakukan semua ini hanya dengan kekuatannya dari kehidupan yang lalu, pasti dia tidak dapat bertahan sehingga sekarang. Tetapi kini setelah dilahirkan semula, kuasa rohaninya telah meningkat. Sepanjang perjalanan turun ini, kuasa rohaninya membantu dia mengurangkan ketegangan fizikalnya. Kedudukan Jun Wu Xie adalah di tengah-tengah rakan-rakannya, kira-kira satu meter daripada mereka yang berada di sisinya. Mereka sengaja mengekalkan jarak sebegini untuk membolehkan mereka saling mengawasi apabila perlu.

Pada mulanya, Jun Wu Xie masih dapat lagi melihat Rong Ruo di kirinya dan Qiao Chu di kanannya. Tetapi semakin jauh mereka turun, darjah penglihatan juga semakin berkurangan kerana kabus semakin tebal dan cahaya matahari tidak dapat tembus sepenuhnya. Kawasan sekeliling menjadi gelap dan suram. Kelembapan yang dingin mula terasa.

Jun Wu Xie tidak dapat lagi melihat wajah Rong Ruo dan Qiao Chu dengan jelas dan hanya samar-samar dapat melihat susuk tubuh mereka.

Mereka belum pun menyudahkan separuh perjalanan dan situasi sudah begini teruk.

Pada ketika itu, Jun Wu Xie semakin berwaspada memikirkan apa yang mereka bakal tempuhi di dasar Cenuram Penghujung Syurga itu nanti.

Semakin jauh mereka turun, suhu sekeliling mula jatuh sehinggakan mereka dapat merasakan kedinginan. Jun Wu Xie tidak ada pilihan selain menggunakan sedikit kuasa rohaninya untuk menyelubungi dirinya bagi mengurangkan penurunan haba badannya.

"Mungkin kita patut berehat dulu?" Suara Qiao Chu tiba-tiba bergema.

"Dah berapa lama kita turun?" Suara Fei Yan pula menyampuk dari kegelapan.

"Saya tak tahu."

Jun Wu Xie terdiam sebelum menjawab, "Sepuluh jam."

Dia telah mengira setiap saat di dalam mindanya. Tanpa disedari, sewaktu dia tiba pada jam keenam, separuh hari sudah pun berlalu.

"Mari berehat dulu," kata Jun Wu Xie.

Walaupun tangannya dilindungi sarung tangan yang tebal, daya geseran yang berterusan selama sepuluh jam itu telah menyebabkan tapak tangannya berasa sedikit kebas.

Itu pun dia sudah menggunakan kuasa rohani untuk melindungi badannya. Kalau mereka tak buat persediaan awal dan tak memiliki kuasa rohani sebagai sokongan, mereka mungkin tidak dapat bertahan selama ini.

"Baik! Patutlah saya rasa ada yang tak kena. Lapar rupanya. Mari kita berehat dan makan untuk mendapatkan tenaga," kata Qiao Chu dengan nada sedikit gelisah.

Semua orang bersetuju dengan cadangan itu dan mereka menumpukan kuasa rohani pada sebelah tangan untuk mengukuhkan pegangan pada tali. Kemudian mereka menahan kaki pada muka cenuram untuk mengekalkan keseimbangan sebelum mencapai beg pada pinggang masing-masing. Mereka mengeluarkan kepingan daging kering untuk dimakan.

Di bawah suhu yang rendah itu, kepingan daging tersebut menjadi keras seperti batu. Air yang mereka bawa juga hampir membeku.

Dalam situasi sekarang ini, mereka tak ada pilihan selain makan apa sahaja yang ada untuk mengalas perut.

"Ye Sha, Ye Mei." Jun Wu Xie memegang daging kering tetapi dia tidak terus makan. Sebaliknya, dia memanggil Ye Sha dan Ye Mei yang turun selangkah lebih awal dari mereka semua.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C660
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄