下載應用程式
73.14% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 651: Tiada Siapa Boleh Membuli Pesakit Saya (3)

章節 651: Tiada Siapa Boleh Membuli Pesakit Saya (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lelaki-lelaki itu lari lintang-pukang bagai nak gila. Jun Wu Xie tidak tergesa-gesa mahu mengejar mereka. Dia menyuruh Tuan Embek Embek menurunkannya dulu sebelum melambaikan tangannya dengan bersahaja dan menyuruh Tuan Embek Embek mengejar mereka.

"Saya mahu mereka hidup-hidup," Jun Wu Xie mengingatkan Tuan Embek Embek dengan dingin.

Tuan Embek Embek terus mengaum dengan kuat sehingga menggegarkan bumi sebelum meluru pergi dengan pantas!

Jun Wu Xie menuju ke sisi binatang hitam itu. Matanya mengecil sewaktu memandang Mu Qian Fan yang tidak sedarkan diri. Dia menghulurkan tangannya dan memeriksa nadi Mu Qian Fan. Setelah memastikan dia masih hidup, Jun Wu Xie terus membuka Beg Kosmos dan mengeluarkan beberapa botol eliksir. Jun Wu Xie mengangkat kepala Mu Qian Fan yang terkulai itu dan menuangkan eliksir ke dalam mulutnya.

Jun Wu Xie merawat luka-luka Mu Qian Fan tanpa berkata apa-apa. Kekecohan yang berlaku sebentar tadi terus lenyap dan kawasan itu diselubungi kesunyian. Binatang hitam itu baring di atas rumput tanpa bergerak. Walaupun binatang hitam ini adalah makhluk roh, ia memiliki suhu badan setelah bertukar rupa menjadi bentuk fizikal. Jika Mu Qian Fan yang sudah banyak kehilangan darah itu diletakkan di atas tanah pada malam yang dingin begini, dia mungkin akan mati disebabkan hipotermia.

Ketenangan di sini begitu berbeza dengan keadaan panik di bahagian lain hutan itu. Lelaki-lelaki tadi bergegas lari untuk menyelamatkan diri, tetapi kelajuan kaki mereka bukan tandingan kepantasan Tuan Embek Embek yang hebat itu.

Sejurus kemudian, Tuan Embek Embek sudah pun dapat mengejar mereka. Akal mereka diselubungi ketakutan yang melampau, lalu mereka menjerit menyuruh roh berkontrak masing-masing menyerang Tuan Embek Embek. Namun begitu, Tuan Embek Embek hanya perlu menghayunkan beberapa ekornya dengan bersahaja. Roh-roh berkontrak yang kecil dan lemah itu terus terpelanting.

Roh-roh berkontrak binatang itu melayang ke udara tetapi Tuan Embek Embek tidak akan melepaskan semuanya semudah itu. Ekor-ekornya yang besar terus melingkari roh-roh berkontrak ini. Tuan Embek Embek kemudiannya mengangkat roh-roh ini tinggi ke udara sebelum menghempaskan semuanya ke tanah!

Lolongan dan raungan yang menyedihkan kedengaran di seluruh hutan itu. Walaupun makhluk roh tidak berdarah, kesakitan masih dapat dirasakan.

Dalam sekelip mata, roh-roh berkontrak itu sudah pun diseksa oleh Tuan Embek Embek sehingga hampir mati. Semuanya tidak mampu lagi untuk mengerang kesakitan.

Ketika lelaki-lelaki ini melihat betapa mudahnya roh-roh berkontrak mereka dikalahkan, mereka semua lari bertempiaran sambil menjerit.

Tuan Embek Embek tidak tergesa-gesa bertindak. Salah satu ekornya dililit pada semua roh-roh berkontrak yang kini teramat lemah itu lalu ia berdiri setinggi yang boleh. Daripada sudut pandangannya yang tinggi itu, Tuan Embek Embek mencari lelaki-lelaki yang melarikan diri melalui celah-celah pokok yang tebal.

Kesunyian malam itu sekali-sekala dipecahkan oleh bunyi jeritan dan raungan. Suara-suara mereka dipenuhi kekecewaan dan ketakutan, tetapi tiada orang lain di situ yang dapat mendengarnya!

Selepas Jun Wu Xie selesai merawat luka-luka Mu Qian Fan, binatang hitam itu akhirnya mencapai batasnya dan tidak mampu lagi mengekalkan bentuknya. Ia bertukar menjadi Hitam Kecil dan terus berlingkar keletihan di atas tanah, langsung tidak bergerak walau seinci.

Jun Wu Xie mengangkat tangannya dan menggunakan Teknik Pemulihan Roh untuk merawat kecederaan Hitam Kecil secara perlahan-lahan.

Tanah di bawah kaki mereka dirasakan bergegar. Jun Wu Xie terus mendongak. Tuan Embek Embek telah kembali. Ekornya melingkari lelaki-lelaki yang melarikan diri tadi beserta roh-roh berkontrak mereka. Roh-roh itu begitu lemah sehinggakan menjadi seperti lut cahaya.

Mata Jun Wu Xie mengecil. Tuan Embek Embek cepat-cepat menghulurkan lapan ekornya ke hadapan Jun Wu Xie lalu melepaskan lilitannya. Sepuluh orang lelaki berwajah pucat lesi serentak jatuh tergolek ke atas tanah.

"Jangan… jangan bunuh kami…" Ketua kumpulan lelaki itu begitu ketakutan sewaktu dia duduk di atas tanah. Dia memandang Jun Wu Xie dengan mata yang dipenuhi perasaan gerun. Mukanya kelihatan pucat.

Lelaki-lelaki lain dari kumpulan itu menggigil dengan tidak terkawal di sebelah ketua mereka. Langsung tidak berani untuk bergerak dan hanya melutut di atas tanah.

"Kenapa kamu mahu bunuh dia?" tanya Jun Wu Xie. Pandangan matanya begitu dingin sewaktu dia merenung ketua kumpulan itu.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C651
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄