下載應用程式
31.46% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 280: Tamparan Kelima (2)

章節 280: Tamparan Kelima (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Pemuda itu menahan pukulan rotan itu tanpa bersuara. Kepalanya ditundukkan dan dia mengetap rahangnya dengan kuat. Matanya yang cantik itu tidak menunjukkan sebarang kesan takut atau gerun, tetapi memancarkan sinar kedinginan dan kelihatan tenang.

Pukulan rotan tanpa henti itu bergema di seluruh ruang bawah tanah berkenaan. Dua orang pengikut yang berada di luar ruang itu menundukkan kepala sewaktu mereka mula "menyiapkan" dua kambing korban yang baru tiba tadi.

"Budak di dalam tu masih mampu bertahan. Dia masih lagi hidup!" Salah seorang pengikut itu berkata dengan bersahaja. Dia sudah biasa dengan eksperimen menyeksakan yang berlaku setiap hari di ruang bawah tanah itu. Hanya Hua Yao yang masih hidup selepas sepuluh hari berada di dalam tangan Ke Cang Ju yang kejam itu. Sebelum dia, tidak ada sesiapa yang mampu bertahan selama itu.

Jangan kata sepuluh hari, tak ada sesiapa yang dapat bertahan lebih daripada lima hari! Mana-mana rekrut yang dihantar ke sini kebanyakannya akan mati selepas tiga hari. Kalau mereka berjaya selamat sekalipun, nasib yang lebih teruk daripada kematian menanti mereka. Daya penglihatan dan suara mereka akan dirampas, dan mereka menjadi buta serta bisu. Mereka tidak akan dapat mengucapkan sebarang kata-kata bantahan atau makian dan direndam di dalam bekas yang diisi penuh dengan racun. Kematian itu sebenarnya menjadi satu kelegaan bagi mereka.

"Saya ada tengok dia pagi tadi. Dia tak akan bertahan lama lagi." Seorang lagi pengikut membalas tanpa sebarang ekspresi wajah.

"Saya tertanya-tanya, berapa lama dua ekor kambing ini akan bertahan. Dua hari? Atau tiga hari? Budak ini nampak kurus, tapi sebenarnya badannya berotot juga," kata pengikut itu sambil dia menggunting pakaian Qiao Chu. Di sebalik bajunya yang sudah koyak itu, dadanya yang tegap berotot bersinar di bawah cahaya malap api obor. Pengikut itu mengagumi badan Qiao Chu seketika. Dia mengagumi badan Qiao Chu dan apabila tidak dapat lagi mengawal dirinya, dia menyentuh dada pemuda itu. Pengikut itu yang terlalu asyik dengan perasaan kagumnya dan apa yang dirasakan di hujung jarinya tidak menyedari kambing korban yang terbaring di situ kelihatan menggigil di bawah sentuhannya.

Seorang lagi pengikut itu mencebik melihatkan tuah rakannya. Dia merenung budak yang kecil molek dan kurus di hadapannya dan baru sahaja mahu memulakan tugasnya dengan penuh pandangan hina.

"Tak tahulah kalau budak itu dapat bertahan, tapi kalau yang ini, bertuahlah kalau dapat bertahan sehari."

Sambil bercakap, dia mengambil pisau dan mengangkat tangannya. Dia baru sahaja mahu memotong pakaian budak itu apabila tangannya ditahan.

Pengikut itu menjadi kaku. Perasaan terkejutnya menjadikan dia tidak dapat bergerak. Dia memandang dengan perasaan tidak percaya pada tangan kecil yang menggenggam pergelangan tangannya!

Tangan milik budak kecil yang terbaring di hadapannya ini.

"Hitam Kecil." Jun Wu Xie yang beberapa saat yang lalu tidak sedarkan diri, tiba-tiba membuka matanya yang dingin dan menggerunkan itu. Setelah mendengar panggilan itu, seekor binatang hitam yang besar tiba-tiba muncul di dalam ruang bawah tanah berkenaan!

Kedua-dua orang pengikut itu tadinya tenang dan santai, kemudian mereka tiba-tiba terlihat binatang hitam besar itu. Sebelum sempat mereka bertindak, binatang hitam itu sudah menerkam mereka sepantas kilat dan menghimpit mereka ke lantai.

Bagaimana binatang besar itu dapat masuk ke ruang bawah tanah ini?

Mereka pula langsung tidak menyedari apa-apa!

Pisau belati yang mereka pegang tadi terjatuh ke tanah sewaktu mereka diterkam oleh binatang besar itu. Binatang itu menekan mereka di bawah kakinya, kukunya yang tajam hampir menembusi arteri di leher mereka. Kalau ditekan sedikit lagi, nyawa mereka pasti melayang!

Semuanya berlaku terlalu pantas dan mereka hanya terpandang sekilas bayang-bayang besar itu sebelum mereka sendiri sudah dihimpit. Mereka langsung tidak dapat bertindak.

"Dengar saja mereka bersuara, bunuh mereka." Suara dingin yang jelas itu kedengaran di telinga kedua-dua orang pengikut Puncak Awan Tersembunyi. Mata mereka terbeliak ketakutan apabila menyedari dari mana datangnya suara itu.

Satu susuk tubuh kecil bangun perlahan-lahan daripada platform kayu itu. Pemuda bertubuh kecil yang tadinya pengsan kini duduk memandang mereka dengan mata yang menyebabkan perasaan gerun sehingga ke tulang. Pengikut itu terbaring di atas lantai, tidak berani untuk bergerak walau sedikit.

Mereka menelan air liur.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C280
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄