下載應用程式
82.69% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 736: Tamparan Kelapan (17)

章節 736: Tamparan Kelapan (17)

編輯: EndlessFantasy Translation

Ye Sha tidak menjawab pertanyaan Gu Ying. Dia sudah pun bersedia untuk melancarkan satu lagi serangan.

Ketika Ning Rui terlihat Gu Ying memuntahkan darah, jantungnya berdebar-debar. Situasi sekarang di luar jangkaan. Ning Rui gagal membuat andaian yang Gu Ying tidak setanding dengan lelaki misteri itu!

Ye Sha melakukan satu lagi serangan. Gu Ying hanya mampu menangkis dengan seluruh tenaga untuk menentang lawannya. Tapi kali ini dia tidak lagi dapat meningkatkan kekuatan rohaninya dan hanya mampu bertahan!

Akhirnya Gu Ying rebah. Badannya dipenuhi luka. Dia mengetap gigi untuk menahan dirinya daripada mengerang kesakitan. Matanya tak berkelip-kelip merenung Jun Wu Xie.

Gu Ying berasa sangat marah!

"Nampaknya kamu tak ada keupayaan untuk menentang." Jun Wu Xie merenung mata Gu Ying yang kelihatan berang, tetapi matanya sendiri langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.

Gu Ying tidak pernah terbayang yang satu hari nanti dia akan mati di Alam Bawahan. Kekuatan Ye Sha begitu mengejutkan, namun apa yang membuatkan Gu Ying kesal tanpa berkesudahan ialah Jun Xie…

Sebaik Ye Sha mahu melakukan serangan maut ke atas Gu Ying, beberapa orang tiba-tiba muncul di Akademi Zephyr. Satu jalur cahaya ungu meluru ke arah Ye Sha dan membuatkan dia terus berundur. Matanya merenung musuh yang bergerak menujunya.

Empat orang lelaki yang tampan muncul di kawasan itu.

Ketika Jun Wu Xie terlihat wajah-wajah penceroboh ini, matanya mengecil sedikit.

Mereka berempat adalah orang yang telah ada bersama-sama Gu Ying di Rumah Lelong Chan Lin tempoh hari!

Orang-orang dari Alam Pertengahan!

Hati Jun Wu Xie menjadi kecewa. Dia telah berkali-kali memeriksa untuk memastikan Gu Ying berseorangan di Akdemi Zephyr kerana dia bimbangkan kehadiran orang-orang yang baru muncul ini. Ye Sha yakin dia boleh menentang Gu Ying. Tetapi jika jumlah musuh meningkat, situasi ini akan menjadi sangat berbahaya bagi mereka.

Ketua kumpulan lelaki ini berkerut dan memandang Gu Ying yang terbaring di atas lantai. Dia bertanya dengan dingin, "Macam mana keadaan kamu boleh jadi begini?"

Melihatkan Gu Ying terbaring berlumuran darah, mata ketua kumpulan itu terbeliak kerana terperanjat. Mereka berani meninggalkan Gu Ying berseorangan di Akademi Zephyr kerana mereka tahu tak ada siapa di sini yang mampu mengapa-apakan dia. Tapi apa yang mereka lihat sekarang telah membuatkan mereka terkejut.

Bukan sahaja Gu Ying telah tercedera, kecederaannya juga amat parah!

Salah seorang lelaki itu terus datang lebih dekat untuk membantu Gu Ying bangun. Dia cepat-cepat mengeluarkan eliksir untuk diberikan pada Gu Ying.

Sebaik terlihat rakan-rakannya, kekecewaan di dalam hati Gu Ying terus lenyap. Dia tidak mempedulikan keperitan yang menyelubungi badannya dan mengangkat kepalanya untuk memandang Jun Xie. Bibir Gu Ying menguntum senyuman kejam.

Dia akui yang lelaki misteri itu sangat kuat. Tapi kini rakan-rakannya telah tiba. Kalau mereka berempat sama-sama menyerang, lelaki misteri itu tak akan mampu menahan mereka!

"Jun Xie… nampaknya saya belum boleh mati lagi… kamu kecewa tak?" Gu Ying tidak memandang orang lain. Matanya hanya tertumpu pada Jun Xie. Dia merenung tajam pada wajah yang kelihatan tenang tanpa perasaan itu, menantikan kalau-kalau ada tanda keresahan yang akan muncul.

"Diakah yang mencederakan kamu?" Ketua kumpulan itu mengikut arah pandangan mata Gu Ying. Sebaik terpandang Jun Wu Xie, dia sedikit terkejut. Budak itu nampak sangat muda, jauh lebih muda berbanding Gu Ying. Tetapi mata budak itu dingin, lebih menggerunkan daripada apa yang pernah dilihatnya.

"Dia tahu tentang Teknik Pemulihan Roh. Jangan bunuh dia dan bawa dia pulang bersama-sama kita." Gu Ying mengetap giginya untuk menahan kesakitan yang memeritkan dan memaksa bibirnya tersenyum. Dia tidak akan bunuh Jun Xie. Dia mahu Jun Xie tahu yang ada kalanya, hidup adalah lebih perit daripada mati.

Namun begitu, kecederaan Gu Ying melemahkannya. Sebaik selesai bercakap, dia tiba-tiba muntah darah sekali lagi. Gu Ying tidak dapat kekal sedar dan selepas merenung Jun Xie sekali lagi, dia terus jatuh pengsan.

"Bawa dia balik dulu," kata ketua kumpulan itu kepada lelaki di sebelahnya. Dia berkerut ketat memandang Gu Ying yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Lelaki itu terus mengangguk dan menggendong Gu Ying di belakangnya. Badannya memancar sekilas kemudian dia tiba-tiba terus lenyap dari kawasan itu!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C736
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄