下載應用程式
82.47% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 734: Tamparan Kelapan (15)

章節 734: Tamparan Kelapan (15)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Oh? Kalau kamu rasa kamu mampu lakukannya, silalah," balas Fan Jin. Dia sedikit pun tidak kelihatan gerun, sebaliknya ketawa dengan kuat.

Mata Gu Ying semakin mengecil. Jawapan Fan Jin itu mengjengkelkannya.

"Kalau begitu saya akan cuba." Belum pun sempat Gu Ying selesai bercakap, badannya sudah bertukar menjadi pancaran cahaya. Di sebalik pergerakannya terdapat cahaya ungu.

[Itu roh ungu!]

Para pemuda yang ketakutan itu semuanya tergamam sebaik menyedari ada cahaya ungu di sebalik pergerakan Gu Ying yang samar-samar. Mereka tak faham mengapa Gu Ying yang hampir sebaya dengan mereka itu boleh memiliki roh ungu!

Berbeza dengan perasaan gerun para pemuda ini, Ning Rui sebaliknya memandang dengan mata terbeliak, begitu teruja dengan apa yang berlaku.

Dia tahu Gu Ying dan rakan-rakannya yang lain semuanya amat kuat. Tetapi dia tidak pernah melihat mereka bertempur menggunakan kuasa yang mereka miliki. Inilah kali pertama Gu Ying mempamerkan kuasa roh ungu itu di hadapan mata Ning Rui. Ini membuatkan dia berasa amat teruja!

[Selesai!]

[Dia sudah berjaya!]

Ning Rui begitu bersemangat sehinggakan dia menggigil.

Dia tidak sabar-sabar mahu melihat keadaan di mana kepala Fan Jin dan Fan Zhuo sudah terpisah dari badan mereka!

Sebaik Gu Ying mendekati Fan Jin dan Fan Zhuo, satu bayang-bayang hitam meluru dengan lebih pantas untuk berdiri di hadapan mereka berdua!

Satu bunyi hentaman yang kuat meletus pada ketika itu!

Gu Ying dapat merasakan satu kuasa yang kuat sedang menolaknya. Dia cepat-cepat mendongak untuk memandang lelaki tinggi lampai yang tiba-tiba berdiri di hadapan adik-beradik Fan ini!

Ye Sha merenung dingin pada Gu Ying. Badannya diselubungi pusaran kuasa rohani yang berwarna hitam.

Gu Ying terkejut dan tergamam memandang lelaki yang tiba-tiba muncul ini.

Kegembiraan di wajah Ning Rui terus menjadi kaku. Dia langsung tidak terfikir ada orang yang dapat menangkis serangan Gu Ying!

"Cuba mendiamkan musuh kamu? Mula-mula sekali kamu perlu tahu jika kamu mampu melakukannya." Kedengaran satu suara yang menggerunkan ketika satu susuk tubuh kecil molek melangkah turun dengan lemah-gemalai dari kereta kuda itu.

Gu Ying berpaling memandang orang yang sedang melangkah keluar itu dan matanya hampir ditenggelami api yang membara!

"Jun Xie!" Gu Ying meluahkan dua patah perkataan ini sambil mengetap giginya. Rahangnya diketap kuat. Matanya merenung Jun Xie yang berada di hadapannya.

[Akhirnya dia muncul!]

Jun Wu Xie perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam Akademi Zephyr. Dia memandang Gu Ying dan Ning Rui. Tidak ada sebarang riak perasaan yang terlihat pada matanya.

"Kamu yang bertanggungjawab membuatkan Wen Xin Han bawa Fan Jin pergi dari sini, bukan!?" tanya Gu Ying. Matanya tidak berganjak memandang Jun Xie. Dia benar-benar mahu tahu bagaimana dia boleh diperdayakan oleh Jun Wu Xie yang licik ini.

"Ya." Jun Wu Xie menjawab dengan jujur dan terus mengesahkan andaian Gu Ying.

"Kamu juga yang suruh Gu Li Sheng pindahkan semua orang dari fakulti Pemulih Roh. Betul tak?"

Ya."

"Kamu yang rancang kejadian hari ini?"

"Betul."

Soalan-soalan Gu Ying pantas dijawab oleh Jun Xie. Pada dasarnya mereka seolah-olah sedang berbual. Tapi tak lama kemudian semua orang dapat merasakan ketegangan yang semakin memuncak dan bakal meledak pada bila-bila masa sahaja!

Para pelajar yang ketakutan itu memandang pelik pada Jun Xie. Berdasarkan perbualan ringkas di antara mereka berdua, para pelajar ini mula menyedari sesuatu.

Anak muda bertubuh kecil molek yang sebelum ini mereka pandang serong telah mengubah seluruh situasi ini tanpa disedari sesiapa. Kalau Jun Xie tidak menyelamatkan Fan Jin, hal sebenar di sebalik kematian Fan Qi akan kekal tersembunyi. Mereka semua pula dengan naifnya akan dihantar ke Cenuram Penghujung Syurga oleh Ning Rui dan mati dengan hina tanpa pengetahuan sesiapa…

"Bagus! Kamu memang berani! Jangan risau. Saya tak akan bunuh kamu." Gu Ying tiba-tiba tertawa kuat. Matanya kelihatan dingin dan kejam sewaktu memandang Jun Xie. Pengetahuan Jun Xie dalam bidang Pemulihan Roh amat penting. Tentulah dia tidak akan dibunuh. Tetapi Gu Ying tahu banyak cara untuk membuatkan seseorang itu menghadapi nasib yang lebih buruk daripada kematian!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C734
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄