下載應用程式
56.51% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 503: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (3)

章節 503: Tamparan Berturut-turut - Bentuk Keempat (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mereka berdua begitu pantas melarikan diri dan meninggalkan ahli kumpulan mereka yang lain di dalam kesusahan. Pasti mereka berniat menjadikan orang-orang ini sebagai kambing hitam dan berharap pembalasan dendam Long Qi akan selesai dengan kematian orang-orang ini dan Long Qi tidak akan memikirkan hal ini lagi.

Ini satu rancangan yang bijak. Menggunakan orang lain untuk menanggung kesalahan ini sementara mereka berdua terlepas dari kemarahan Tentera Rui Lin.

Tetapi rancangan ini boleh dianggap agak kejam. Mereka dengan mudahnya mengabaikan semua rakan seperjuangan mereka demi menyelamatkan diri sendiri.

Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya dan tidak memberikan apa-apa reaksi ketika itu.

Tindakan Jun Wu Xie yang hanya membisu membuatkan Fan Jin amat gelisah. Para pelajar yang sedang cemas menantikan nasib mereka juga berdebar-debar.

Sewaktu mereka terdengar Fan Jin memanggil Long Qi sebagai "Jeneral Long", para pelajar itu sedar yang mereka berada dalam masalah besar. Orang-orang ini bukanlah konvoi peniaga seperti yang didakwa, tetapi merupakan orang-orang yang mempunyai identiti luar biasa.

Jeneral…..

Ini panggilan untuk komander sebuah pasukan tentera!

Lu Wei Jie yang sedang menderita kesakitan akibat tendangan Long Qi tadi, memandang lelaki itu dengan penuh gerun.

Dia memang sudah tahu yang identiti Long Qi serta orang-orangnya itu lebih hebat daripada apa yang mereka tunjukkan. Tetapi dia tidak menyangka lelaki-lelaki ini mempunyai latar belakang ketenteraan. Tidak kiralah mereka datang dari negara mana sekalipun, seorang komander pasukan tentera mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil nyawa mereka pada saat itu juga. Merancang pembunuhan seorang komander tentera sesebuah negara ialah satu kesalahan jenayah. Akademi Zephyr yang berprestij itu juga tidak akan berani menyembunyikan hal ini!

Dalam saat yang menakutkan ini, Lu Wei Jie berharap dia boleh menangkap Ning Xin, mengheretnya ke sini dan menamparnya dengan kuat. Kalau tidak kerana Ning Xin yang sering menggoda dan memujuknya selama ini, dia tak akan menjadi mangsa cadangan gadis itu dan terlibat dalam masalah besar seperti ini. Apabila keadaan menjadi buruk, Ning Xin dengan senyap-senyap melarikan diri dan meninggalkan Lu Wei Jie dalam kesusahan sehingga dia ditangkap oleh lelaki-lelaki yang tidak mempunyai belas kasihan ini!

Sambil merenung pedang berkilauan di depan matanya itu, keinginan untuk membunuh Ning Xin mula mekar di dalam hati Lu Wei Jie.

Mujurlah Fan Jin sempat campur tangan. Namun melihatkan wajah Jeneral Long yang jelas tidak setuju, Lu Wei Jie tidak berani berharap. Tetapi seketika kemudian, dia menyedari Jeneral Long tiba-tiba berpaling untuk memandang seorang pemuda bertubuh kecil yang kelihatan biasa-biasa sahaja. Mata Jeneral Long seolah-olah seperti meminta persetujuan dan pendapat pemuda tersebut.

Lu Wei Jie mengikut arah pandangan mata Long Qi dan dia amat terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dia pernah melihat pemuda ini sebelum ini, sejurus sebelum mereka masuk ke Hutan Roh Pertempuran. Ketika itu Ning Xin secara sembunyi-sembunyi menunjuk pada pemuda itu dan memberitahu dia yang pemuda itulah yang telah menarik segala sumpahan dan kebencian para pelajar Akademi Zephyr.

Sebagai pemegang tempat kedua dalam Kejohanan Pertempuran Roh yang lalu, Lu Wei Ji menganggap kehadiran pemuda ini tidak layak untuk dia ambil peduli. Berkenaan cacian yang Jun Xie terima, Lu Wei Jie ada mendengar tentangnya tetapi dia membiarkan saja hal ini dan tidak mahu ambil tahu. Tetapi Ning Xin beria-ia mahu memperbesarkan hal ini sehinggakan timbul perasaan benci di dalam diri Lu Wei Jie terhadap Jun Xie. Dia yang langsung tidak pernah bersua muka sekalipun dengan Jun Xie sebelum ini, membenci pemuda itu disebabkan khabar angin tentang perbuatan jahatnya di Akademi Zephyr.

Lu Wei Jie tidak pernah menyangka yang hidup dan matinya akan ditentukan oleh pemuda yang dibencinya itu.

Sewaktu dia memandang mata Long Qi, dia sedar yang yang satu anggukan kecil dari Jun Xie sahaja sudah cukup untuk membuatkan dia kehilangan nyawa!

Lu Wei Jie tidak faham mengapa seseorang yang kuat dan tegas serta dipanggil "Jeneral Long" ini akan meminta pendapat anak muda seperti itu.

Tetapi Lu Wei Jie dapat melihat dengan jelas yang nyawanya ketika itu berada dalam tangan Jun Xie.

Lu Wei Jie sudah kehilangan semua sifat sombongnya dan tidak mampu lagi untuk mengambil peduli tentang kesakitan serta seksaan yang melanda tubuh badannya. Dia menolak dirinya untuk duduk tegak. Matanya diselubungi ketakutan dan kegelisahan sambil dia merayu pada Jun Wu Xie, "Jun Xie! Kamu Jun Xie, bukan!? Saya merayu pada kamu! Benarkan mereka lepaskan kami sekali ini saja. Saya jamin saya akan membalas budi kamu! Kejadian ini….bukan kami yang mahu lakukannya. Ning Xin, perempuan tak guna tu! Dia yang merancang semuanya! Dia beri arahan pada Yin Yan untuk menarik Binatang Roh Gred Penjaga itu ke sini! Hanya dia yang ada peta kawasan hutan ini. Tak mungkin kami tahu di mana adanya Binatang Roh Gred Penjaga!"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C503
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄