下載應用程式
53.93% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 480: Seorang Oportunis (3)

章節 480: Seorang Oportunis (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Walaupun sebahagian hutan Roh Pertempuran bersempadan dengan Kerajaan Qi, Long Qi serta ahli kumpulannya tidak begitu arif tentang keadaan di dalam hutan tersebut. Mereka tersesat sewaktu masuk ke dalam hutan dan telah diserang beberapa kali oleh Binatang Roh. Perjalanan Long Qi dan ahli kumpulannya ke dalam Hutan Roh Pertempuran boleh dikatakan sebagai berlumuran darah.

Istana Lin tidak memerlukan batu-batu roh. Setelah Mo Qian Yuan menaiki takhta sebagai Maharaja Kerajaan Qi, dia meletakkan kepercayaan penuh ke atas Istana Lin. Dia juga telah memberikan kebanyakan sumber negaranya kepada Tentera Rui Lin, mengutamakan mereka. Long Qi telah bercadang untuk memberikan batu-batu roh yang telah diperolehnya sepanjang perjalanan ini kepada Jun Qing dan membiarkan Jun Qing membuat keputusan tentang apa yang mahu dilakukan dengan batu-batu tersebut.

Tetapi kini, demi mendapatkan lokasi Tasik Bulan Roh, dia tidak mempunyai pilihan selain bersetuju dengan permintaan Ning Xin yang tidak munasabah itu.

"Jeneral Long, kami benar-benar sudah menyusahkan kamu," kata Rong Heng sambil termengah-mengah. Agak sukar bagi dia untuk mengikut kepantasan kumpulan itu bergerak. Dia telah mengikut Mu Che ke Istana Lin dan mereka mula belajar menyesuaikan diri di tempat baru. Kini hubungan yang agak baik sudah terjalin di antara mereka dan Tentera Rui Lin.

Para pengikut yang datang dari Puncak Menjejak Awan tidak mempunyai kuasa rohani yang kuat. Selain kemahiran mereka dalam merawat dan memupuk urat darah serta arteri, mereka tidak jauh bezanya dengan orang biasa. Situasi semasa ini memerlukan mereka mengembara melalui hutan yang tebal dan berbahaya ini. Tugasan ini menjadi semakin sukar buat mereka. Kalau bukan kerana Tuan Lin berpandangan jauh dan mengaturkan supaya Long Qi dan orang-orangnya mengiringi mereka, mungkin kini, sebelum sampai ke Tasik Bulan Roh pun mereka sudah menjadi setimbun tulang-tulang.

"Kamu semua berada di sini untuk mencari herba bagi menghasilkan eliksir untuk Tentera Rui Lin. Sekurang-kurangnya kamu mestilah melindungi kamu." Long Qi membalas dengan serius. Nadanya bersahaja dan biasanya membuatkan orang beranggapan yang dia bercakap dengan tegas. Tetapi setelah bergaul lama dengan mereka, Rong Heng dan pengikut-pengikut lain tahu yang beginilah tingkah laku lelaki-lelaki tegap yang sentiasa bersiap-sedia untuk berjuang ini..

"Saya harap kita akan temui sejumlah Rumput Roh Akuamarin untuk menghasilkan eliksir yang secukupnya," kata Rong Heng. Dia hampir tidak mampu senyum kerana sedang berusaha mengikut kelajuan kumpulan tersebut.

Long Qi mengangguk sedikit. Kemudian dia memberikan isyarat kepada enam orang askar Tentera Rui Lin. Enam orang askar tersebut terus berpecah berpasang-pasangan dan bergerak ke sisi Rong Heng dan dua orang pengikut yang lain. Askar-askar ini tiba-tiba memegang para pengikut yang sedang tercungap-cungap itu dan meneruskan perjalanan sambil mengangkat pengikut-pengikut tersebut.

"Terima kasih banyak." Rong Heng sekali lagi berterima kasih kepada askar-askar itu.

Ning Xin yang sedang memimpin kumpulan itu memerhatikan situasi di belakangnya secara senyap-senyap. Lu Wei Jie mempercepatkan langkahnya untuk mendapatkan Ning Xin lalu bertanya dengan perlahan, "Ning Xin, orang-orang ni tak nampak seperti peniaga herba dan pengawal-pengawal mereka." Lu Wei Jie tidak begitu pasti tentang hal-hal lain. Tetapi berdasarkan aura Pengiring Long yang menggerunkan itu, Lu Wui Jie yakin yang orang ini bukanlah pengawal biasa. Lu Wei Jie berjaya mencapai tempat kedua dalam Kejohanan Roh Akademi Zephyr, jadi tentulah dia dapat mengesan orang yang berkuasa.

Hanya dengan berdiri di hadapan Long Qi sahaja Lu Wei Jie sudah terpegun dengan penampilannya yang menggerunkan. Perasaan ini bukan sahaja datang dari perbezaan ketara di antara kuasa rohani serta roh berkontrak mereka, tetapi juga datang dari aura yang menyelubungi lelaki tersebut.

Kehadiran lelaki itu membuatkan orang lain berasa gerun dan hormat. Mata lelaki itu yang tajam juga mampu membuatkan seseorang berpaling akibat tidak sanggup untuk terus memandangnya.

"Perlukah peniaga herba biasa datang jauh-jauh ke Hutan Roh Pertempuran? Itu namanya menempah maut. Kalau tak salah tekaan saya, kalau mereka ini bukan datang dari salah sebuah negara berdekatan, mereka pasti sebahagian daripada kuasa besar di negara ini." Ning Xin mengecilkan matanya. "Perhatikan lelaki-lelaki yang lebih tinggi dan sasa itu. Badan mereka tegap dan muka mereka tegas. Pasti mereka dah lalui sejenis latihan berat. Mungkin pakaian mereka biasa sahaja, tetapi senjata yang tergantung di pinggang mereka itu bukan pedang biasa. Tak kiralah apa yang mereka cari, kini kita tahu yang mereka amat kuat dan berkuasa."

Ning Xin mempercayai nalurinya dan dia tahu yang lelaki-lelaki ini bukanlah sekadar orang biasa.

"Kalau begitu, kenapa kamu minta lima batu roh gred tinggi?" tanya Lu Wu Jie dengan bingung. Jika orang-orang ini benar-benar berkuasa, bukankah lebih baik untuk cuba mengambil hati mereka. Sebaliknya, Ning Xin telah meminta bayaran yang tinggi daripada mereka.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C480
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄