下載應用程式
26.96% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 240: Semua untuk Kamu (2)

章節 240: Semua untuk Kamu (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Seperti yang dijanjikan, Jun Wu Xie telah meninggalkan penawar untuk Qin Yu Yan. Cumanya dia perlu mengasingkan penawar itu daripada timbunan serbuk yang sudah hangus dan serpihan porselin.

Walaupun Qin Yu Yan tidak berada di dalam keadaan terseksa kerana kesakitan akibat diracun, masih mustahil untuk dia mengasingkan penawar itu daripada timbunan sampah.

Sinar harapan yang tadinya mula memancar, dipadamkan tanpa belas kasihan dan dirampas daripada Qin Yu Yan seketika kemudian. Keadaan ini menyebabkan Qin Yu Yan semakin hilang semangat.

Jatuh daripada awan yang tinggi ke dalam lumpur di atas tanah, berada dalam situasi yang sia-sia. Semua ini membuatkan hati Qin Yu Yan hancur luluh dan dia terbaring sambil mengerekot, putus asa dengan nasibnya.

Kesakitan akibat racun itu memusnahkan badannya. Cemuhan Jun Wu Xie yang memberinya harapan kemudian menghancurkannya kembali, membuatkan Qin Yu Yan patah semangat.

Jun Wu Xie menawarkan jalan keluar?

Jangan mimpilah...

Selepas melihat keadaan Mo Qian Yuan, Jun Wu Xie mahu melapah Qin Yu Yan hidup-hidup.

Jun Wu Xie telah menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk membuatkan Mo Qian Yuan kembali sihat, namun kedatangan Qin Yu Yan telah memadamkan segala-galanya dengan satu langkah sahaja. Jun Wu Xie terpaksa bermula semula!

Qin Yu Yan tidak berani menaruh walau sekecil harapan sekalipun dan menjadi begitu kecewa sewaktu kesakitan itu terus memusnahkan badannya. Badannya menggigil-gigil dan menjadi kejang, tulang-tulangnya pula dirasakan seperti sedang digigit dan dikikis oleh berjuta-juta ekor semut.

Semua racun yang mempunyai kesan yang dahsyat ini dibuat sendiri oleh tangannya. Qin Yu Yan telah menggunakan racun-racun ini ke atas pelbagai orang sebelum ini, bagi menyeksa musuh-musuhnya. Dia tidak pernah menyangka suatu hari nanti, senjatanya ini akan memakan tuan!

"Semua orang perlu keluar dan meninggalkan dewan utama ini bagi membolehkan Cik Qin mencari penawarnya dengan tenang." Jun Wu Xie memberikan arahan dengan suara yang tidak bernada. Namun begitu, kata-katanya kedengaran sangat indah pada para pelayan istana dan sida-sida yang telah berhimpit-himpit di satu sudut. Mereka tidak dapat menahan air mata gembira sambil berlari keluar untuk meninggalkan mayat-mayat yang bergelimpangan, pertumpahan darah dan keganasan yang berlaku di dewan utama.

Bai Yun Xian tetap berada di satu sudut, tidak mempunyai tempat untuk dituju. Dia berdiri kaku sambil memandang Jun Wu Xie dengan perasaan gerun.

Jun Wu Xie berpusing menghadapnya dan Bai Yun Xian cepat-cepat melutut sebelum Jun Wu Xie dapat berkata apa-apa. Dia terus merepek-repek, wajahnya pucat-lesi, "Saya tak beritahu apa-apa! Sumpah! Qin Yu Yan paksa saya bunuh Mo Xuan Fei! Saya….. Saya….. Benar-benar tak ada cakap apa-apa! Sepatah kata pun tidak!"

Jun Wu Xie mengangkat keningnya. Dia tidak tahu pula Bai Yun Xian begitu takut dengannya sehingga ke tahap ini.

Tetapi…..

Mo Xuan Fei sudah mati? Senang betul dia terlepas.

"Bangun." Jun Wu Xie berkata dengan dingin. Bai Yun Xian masih ada gunanya dan Jun Wu Xie akan benarkan dia terus hidup, buat masa sekarang.

Kalau Bai Yun Xian telah mendedahkan segala-galanya kepada Qin Yu Yan, dia tidak akan berguna lagi. Tetapi nampaknya dia tidaklah sebodoh itu.

Badan Bai Yun Xian menggigil-gigil sambil dia berdiri. Dia tahu yang dia hampir-hampir sahaja mati.

"Kamu tunggu di sini dan pastikan dia tidak membunuh dirinya," kata Jun Wu Xie sambil menunjuk ke arah Qin Yu Yan.

Bai Yun Xian mengangguk dengan bersungguh-sungguh, tak berani memberikan sebarang komen.

Setelah selesai urusannya di situ, Jun Wu Xie berpusing untuk berlalu pergi dan Jun Wu Yao berjalan bersama-sama dengannya. Binatang hitam itu membawa Mo Qian Yuan di atas belakangnya dan menyusuli mereka berdua. Teratai Mabuk yang berada di belakang sekali, menarik pintu dewan utama Diraja itu dan menutupnya dengan kemas, menyembunyikan keadaan ngeri di dalam dewan tersebut.

Di dalam dewan utama itu hanya ada Qin Yu Yan yang sedang menggigil-gigil, dan Bai Yun Xian yang sedang mengeluh lega.

Darah merah pekat meleleh keluar dari sudut mulut Qin Yu Yan. Matanya kelihatan begitu berbisa sewaktu dia merenung Bai Yun Xian. Berdasarkan perbuatan Bai Yun Xian yang merayu pada perempuan jalang itu tadi, barulah dia sedar yang Bai Yun Xian telah berkomplot dengan Jun Wu Xie selama ini.

Bai Yun Xian berasa tidak selesa dengan renungan Qin Yu Yan dan berkata sambil mengerutkan mukanya, "Cik tak boleh salahkan saya dalam hal ini. Bukankah Guru dan Cik selalu mengajar saya, orang yang bijak itu perlu berubah mengikut keadaan?"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C240
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄