下載應用程式
40.56% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 361: Saya yang Buat. Jadi? (3)

章節 361: Saya yang Buat. Jadi? (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Ketua pemuda itu sudah terlalu lemah sehingga tidak mampu bersuara sekalipun. Pemuda-pemuda lain pula terlalu terkejut melihatkan apa yang berlaku sehinggakan tidak dapat bergerak.

Malah Qiao Chu dan mereka yang lain juga dalam keadaan terkejut.

Serangan secara tiba-tiba itu… amat ganas!

Rong Ruo kembali tersedar dan cepat-cepat berbisik pada Qiao Chu, "Kita tak boleh biarkan Jun Xie membelasah dia lagi. Buruk akibatnya nanti."

Qiao Chu menyedari apa yang Rong Ruo cuba katakan dan bergegas meletakkan tangannya di antara Jun Wu Xie dan pemuda yang sudah dibelasah teruk itu. "Xie Kecil, cukuplah tu." Qiao Chu memegang Jun Xie dengan mata yang lembut. Jun Xie sedang melindungi mereka berempat.

Mereka tak boleh melawan dan Jun Xie melakukannya bagi pihak mereka.

Qiao Chu tak mampu berkata apa-apa pada ketika itu dan perasaannya membuak-buak dengan tidak terkawal di dalam dirinya.

Penumbuk Jun Wu Xie masih lagi diangkat dan cahaya jingga berpusar di sekelilingnya. Seluruh penumbuknya berlumuran darah. Dia mengangkat kepala untuk memandang Qiao Chu. Jun Wu Xie memegang pemuda yang sudah pengsan itu seketika lagi sebelum membiarkan dia jatuh ke tanah. Dia berpusing menghadap pemuda-pemuda lain di sekelilingnya yang sedang ketakutan lalu berkata, "Berambus."

Pemuda-pemuda itu bergegas membawa rakan mereka yang sudah pengsan itu dan melarikan diri.

Tak ada seorang pun daripada mereka yang menyangka pengecut-pengecut dari Sayap Timur itu, yang biasanya tidak berani melawan walau sekuat mana sekalipun dibuli, tiba-tiba mempunyai orang yang kejam, tidak boleh dibawa berbincang dan sombong. Budak tak guna yang berbadan kecil itu terus meluru dan membelasah mereka semua. Langsung tidak memberikan mereka peluang untuk bersuara.

Selepas pemuda-pemuda itu beredar, suasana di halaman itu dipenuhi bau darah. Keadaan tiba-tiba menjadi senyap sunyi.

Qiao Chu berasa tersentuh tetapi menahan perasaannya. Tanpa sebarang kata, dia memegang tangan Jun Wu Xie yang berlumuran darah itu lalu mengelapnya menggunakan hujung bajunya yang koyak-rabak itu dengan berhati-hati.

"Kenapa kamu pukul mereka? Kotorkan tangan kamu saja."

"Rasa macam nak pukul tadi," kata Jun Wu Xie dengan tenang sambil niat membunuh di matanya semakin berkurangan.

Qiao Chu tersentuh lagi dan tidak berkata apa-apa. Hanya selepas membersihkan tangan Jun Wu Xie barulah Qiao Chu mendongak. Dia tak berkata apa-apa, hanya menggaru-garu kepalanya.

Jun Wu Xie berpusing dan berjalan ke arah Rong Ruo. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan.

Rong Ruo terkejut seketika sebelum menerimanya. Dia menggumam mengucapkan terima kasih dengan perlahan sambil mengelap mukanya yang telah diludah tadi.

"Seronok betul rasanya." Hua Yao membawa kucing hitam kecil itu dan berdiri di hadapan Jun Xie. Dia memulangkan kembali kucing yang tidak sedarkan diri itu ke tangan tuannya.

Jun Wu Xie memeluk kucing hitam itu dengan tangannya dan menundukkan pandangan. Matanya kini kelihatan tenang, amat bertentangan dengan apa yang mereka lihat tadi iaitu keadaan yang kejam dan boleh membawa maut.

"Kalau Qiao Chu tak hentikan Jun Xie tadi, matilah si Liu Chan tu." Fei Yan berbisik perlahan ke telinga Rong Ruo.

Badan Jun Xie ini kecil dan kurus saja. Dia juga tak banyak bercakap. Tetapi boleh tahan berangin juga dia ni. Jun Xie bercakap menggunakan penumbuknya, mudah dan jelas.

Rong Ruo merenung Jun Xie sambil berfikir. Satu senyuman terukir di bibirnya.

Budak ni... baik hati juga.

"Hei! Masalah apa pula yang kamu semua dah buat sekarang ni?" Yan Bu Gui yang baru saja meninggalkan mereka sebentar tadi, kembali ke situ setelah mendengar bunyi kekecohan. Apabila dia terlihat Jun Wu Xie berdiri di tengah-tengah empat anak muridnya, dia berhenti bergerak. Dia dapat menghidu sedikit bau darah di udara dan tercari-cari di kawasan sekeliling sebelum terlihat percikan darah di luar pintu masuk ke halaman itu.

"Tuan Guru, Liu Chan bawa orang dari Sayap Selatan datang ke sini lagi." Qiao Chu menjadi tegang apabila terlihat kemunculan Yan Bu Gui dan dia menjawab persoalan gurunya itu dengan jujur.

Yan Bu Gui berkerut sedikit. Tetapi janggutnya yang lebat itu menutupi sebahagian besar mukanya. Jadi mereka tak dapat membaca riak wajah guru mereka itu.

"Kamu melawan?" Suara Yan Bu Gui tiba-tiba menjadi dingin.

Qiao Chu membuka mulutnya sedikit kemudian berhenti. Dia kemudiannya menundukkan kepala dan berkata dengan suara yang rendah, "Mereka terlalu biadab dengan Rong Ruo. Saya tak dapat menahan diri."

Qiao Chu menanggung segala-galanya sendirian.

Mata Yan Bu Gui menjadi tegas dan satu kilauan cahaya meledak dari tangannya lalu terkena tepat ke dada Qiao Chu. Letupan ini mencampakkan Qiao Chu merentasi halaman.

"Saya dah banyak kali beri amaran pada kamu semua! Kamu tak boleh menyentuh pelajar Akademi Phoenix yang lain! Pesanan saya tu tak masuk dalam kepala kamu ke!?"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C361
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄