下載應用程式
33.59% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 299: Roh Jingga (3)

章節 299: Roh Jingga (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Mereka semua hanya pemuda yang masih di usia belasan tahun. Bermula selepas kebangkitan roh mereka pada usia empat belas tahun, kebanyakannya sudah berlatih paling lama sekalipun dalam masa hanya tiga tahun. Dalam tempoh yang singkat itu, kebanyakan orang masih tersekat di tahap merah, tahap jingga itu masih jauh daripada jangkauan mereka dan dianggap sebagai mimpi.

Para pemuda yang datang ke Kumpulan Qing Yun selalunya terdiri daripada orang yang mempunyai kekuatan dari segi ilmu perubatan dan telah belajar dalam bidang itu. Masa dan tenaga mereka dihabiskan dalam pembelajaran ilmu perubatan, memaksa mereka mengabaikan perkembangan tenaga rohani. Oleh itu kebanyakan pengikut Kumpulan Qing Yun yang berusia di bawah dua puluh tahun selalunya masih berada di tahap merah.

Tapi kenapa pula budak tak guna ini berbeza?

Dia nampaknya baru berusia empat belas atau lima belas tahun, tetapi dia sudah mencapai tahap jingga!

Kuasa rohani mula muncul pada usia empat belas tahun, dan budak ini dapat memecahkan rintangan kuasa roh tahap merah dan mencapai tahap jingga dalam masa setahun?

Permuda-pemuda yang lain semuanya terkejut sehingga terdiam. Walaupun jika mereka tidak mengabaikan ketinggian ilmu Jun Xie dalam bidang perubatan, terutamanya ketika dia menunjukkan pengetahuan mengenai pembangunan serta pemulihan urat darah dan arteri yang amat rumit di hadapan Mu Chen, dan menganggap Jun Wu Xie menumpukan seluruh tenaga dan usahanya untuk melatih dan membangunkan kuasa rohnya, masih lagi mustahil untuk seseorang mencapai tahap ini dalam masa yang amat singkat!

Dia ni diberi makan apa agaknya ya?

Jun Xie telah menunjukkan yang dia mempunyai ilmu perubatan yang hebat. Kini terbukti pula yang pembangunan kuasa rohaninya jauh melangkaui mereka yang lain. Apa yang sedang berlaku sebenarnya ni?

Perbezaan di antara kuasa rohani mereka lebih daripada cukup untuk membuatkan beberapa orang pemuda yang beberapa tahun lebih tua daripada Jun Wu Xie terus melutut menyerah kalah padanya. Mungkin hanya berbeza satu tahap, tetapi tahap merah itu sekadar membuka pintu untuk melihat keluasan kuasa rohani buat pertama kalinya. Tahap jingga pula sudah berada satu langkah ke dalam pintu yang membuka jalan masuk ke alam baru dalam pembangunan dan kekuatan tenaga rohani. Jurang di antara kedua-dua tahap itu tidak dapat dijelaskan hanya dengan kata-kata, tetapi hanya difahami oleh sesiapa yang telah melangkah masuk ke dunia itu.

Inilah kali pertama Jun Wu Xie menggunakan kuasa rohaninya di dalam suatu serangan. Kekuatan dan kekuasaan yang membara memenuhi seluruh tubuhnya dan memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan.

Jun Wu Xie memandang dingin kepada para pemuda berwajah pucat lesi yang bergelimpangan di atas lantai. Mereka mula menggigil secara tidak terkawal apabila mata yang menggerunkan itu memerhatikan mereka.

Dalam sekelip mata, para pemuda ini semuanya kehilangan sifat agresif mereka yang amat angkuh dan bangga diri. Pada mulanya para pemuda ini menyangkakan budak bernama Qiao Chu itu tidak mudah diuruskan. Namun mereka tidak menyangka pemuda bertubuh kecil molek itulah rupanya yang tidak sepatutnya dipermainkan!

Mereka tidak sepatutnya dipersalahkan kerana tidak menyedari hakikat ini. Benar, dari segi mana sekalipun, Jun Xie tidak kelihatan seperti seseorang yang akan mempunyai kuasa rohani yang amat kuat. Tidak sama sekali.

Kebenaran itu ternyata amat kejam. Kekuatan seseorang yang berada di tahap jingga menenggelamkan mereka sepenuhnya dan mampu menghentam wajah mereka sepenuhnya sehingga menjadi bengkak.

"Kamu semua sedang tunggu maut menjemput?" tanya Jun Wu Xie sewaktu melihat para pemuda ini masih lagi terpegun kaku di dalam biliknya. Wajah Jun Wu Xie semakin berkerut.

Para pemuda ini kemudiannya tersentak lalu terjaga. Mereka tergesa-gesa keluar dari situ, seolah-olah ada hantu mengerikan yang sedang mengejar mereka.

Qiao Chu baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik itu apabila dia menjadi bingung melihat sekumpulan pemuda berlari keluar dari bilik Jun Wu Xie dalam keadaan terkejut. Qiao Chu berdiri sambil terpegun, tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Apa yang mereka mahu dari kamu?" Qiao Chu menjenguk masuk melalui pintu itu dan bertanya kepada Jun Wu Xie. Dia meneliti pakaian Jun Wu Xie yang tidak renyuk dan ekspresi wajahnya yang kelihatan sama. Nampaknya Jun Wu Xie tidak dibuli. Tetapi pemuda-pemuda itu meluru keluar dengan laju sehingga menyebabkan Qiao Chu bimbang.

"Kematian." Jun Wu Xie membalas dengan ringkas dan kasar sambil menghilangkan cahaya jingga pada tapak tangannya.

Mata Qiao Chu yang tajam terperasan kilauan jingga pada tapak tangan Jun Wu Xie. Dia terkelip-kelip, tidak pasti dengan apa yang baru dilihatnya.

Xie Kecil ini baru berusia empat belas tahun, bukan? Kebangkitan roh berkontraknya berlaku tak sampai setengah tahun yang lalu, tak mungkinlah dia sudah dapat mencapai tahap jingga dengan begitu pantas. Betul tak?

Qiao Chu merasakan mungkin dia tersilap!

Dia baru sahaja mahu melangkah masuk melalui pintu itu apabila Jun Wu Xie menghempas pintu biliknya sehingga tertutup. Hidung Qiao Chu menjadi merah dan air matanya mengalir.

"Saya nak berehat." Suara Jun Wu Xie kedengaran dari belakang pintu dan Qiao Chu menggosok-gosok hidungnya yang lebam dan berjalan kembali ke biliknya dengan senyap.

Personaliti Xie Kecil ini memang terlalu kasar!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C299
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄