下載應用程式
93.82% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 835: Putera Keempat (2)

章節 835: Putera Keempat (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Lei Fan selalunya hanya berada di dalam Istana Diraja dan jarang keluar. Jika dia keluar pun, dia sentiasa diiringi satu kontinjen, sama seperti hari ini.

Jun Wu Xie menyilangkan tangannya ke dada. Dia kekal tenang dan tidak terkesan dengan kekecohan yang berlaku di sekelilingnya. Jun Wu Xie memerhatikan Lei Fan yang tiba-tiba muncul di arena pertempuran tersebut. Sejak hari Kejohanan Pertempuran Roh itu bermula sehinggalah sekarang, Putera Keempat Negara Yan ini tidak pernah sekali pun muncul. Malah pada hari Lei Chan menganjurkan jamuan makan dan menjemput semua peserta pun dia tidak ada. Lei Fan tidak datang ketika itu dan kemunculan secara tiba-tiba hari ini telah memberi kejutan pada ramai orang.

Orang yang bertanggungjawab menguruskan daerah pertempuran pertama bergegas mengalu-alukan tetamu penting ini. Semua orang tahu Maharaja amat berat sebelah dan menyayangi Putera Keempat. Malah perhatian khas yang dicurahkan padanya juga menenggelamkan layanan terhadap Putera Mahkota!

"Patik tidak tahu Yang Mulia Putera Keempat telah tiba jadi Patik terlewat datang mengalu-alukan Tuanku. Patik mohon ampun!" kata lelaki itu dengan gerun.

Mata Lei Fan mengecil sedikit, seolah-olah dia langsung tidak terkesan. Sebaliknya dia nampak naif seperti anak kecil. "Tuan terlalu sopan. Beta ke sini hanya mahu melihat-lihat saja. Beta mohon Tuan biarkan semua orang meneruskan pertandingan dan usahlah ambil peduli tentang Beta."

Lelaki itu cepat-cepat mengangguk.

Perasaan yang ditimbulkan oleh Lei Fan jauh berbeza dengan Lei Chen.

Imej yang Lei Chen sengaja cuba bina adalah sebagai seorang pemimpin yang sederhana dan mesra. Ini membuatkan dia mudah didekati tetapi orang ramai tetap ingat tentang kedudukan dan statusnya. Lei Fan pula tidak jauh beza dengan remaja lain dan kelihatan lurus serta naif. Wajah kecil yang sentiasa tersenyum itu akan membuatkan orang lain dengan mudahnya dan tanpa sedar, melupakan identitinya sebagai putera raja yang mulia.

Nampaknya selepas Lei Fan bercakap, suasana yang amat tegang di arena itu terus reda. Ramai dalam kerumunan itu yang tiba-tiba berasa suka dengan Lei Fan yang bersikap lurus dan naif itu.

Lei Fan menjumpai satu tempat duduk di dalam arena. Kebetulan pula dia duduk betul-betul bersebelahan Qu Ling Yue.

Qu Ling Yue agak rapat dengan Lei Chen. Identitinya sebagai Cik Muda Bandar Seribu Binatang juga membolehkan dia sering keluar masuk ke Istana Diraja. Jadi dia mengenali putera-putera raja negara itu. Sewaktu Lei Fan duduk di sebelahnya, Qu Ling Yue tidaklah begitu terkejut.

"Kakak Ling Yue akan ambil bahagian dalam pertandingan hari ini?" tanya Lei Fan. Dia memandang Qu Ling Yue sambil tersenyum dan bertanyakan soalan dengan bersahaja, tanpa teragak-agak.

Qu Ling Yue mengangguk. Dia tidak begitu kenal dengan Lei Fan, tetapi entah mengapa sikap Lei Fan itu membuatkan orang lain tidak boleh berasa sakit hati dengannya.

"Giliran saya yang terakhir. Masih awal lagi ni."

Lei Fan menopang dagu dengan kedua-dua tapak tangannya. Matanya terkebil-kebil sewaktu memerhatikan para pemuda yang sedang berlawan di pentas tempur. Walaupun pandangan matanya kelihatan seperti acuh tak acuh, dia sebenarnya dalam diam sedang memerhatikan semua orang di dalam arena pertempuran itu. Matanya sudah memerhatikan keadaan sekeliling tetapi tetap tidak menemui sasarannya. Dia tidak dapat menahan hatinya daripada berasa sedikit ragu-ragu. Lei Fan berpaling memandang Qu Ling Yue dan bertanya, "Ayahanda kata ada beberapa peserta hebat di Kejohanan Pertempuran Roh tahun ini. Beta disuruh datang ke sini untuk menonton dan belajar beberapa perkara. Ayahanda kata Bera sudah semakin besar dan tak patut selamanya hidup tanpa tujuan. Jadi Beta datang untuk lihat sendiri. Kakak Ling Yue, Beta dengar ada genius tanpa tandingan telah muncul di daerah pertempuran pertama Namanya… Jun Xie? Betulkah?"

Qu Ling Yue memandang Lei Fan. Putera Keempat ini agak muda sedikit berbanding dengannya. Tambahan pula nada suaranya kedengaran naif. Qu Ling Yue tidak terlalu memikirkan hal ini dan menganggap Lei Fan hanya terlalu bosan di Istana Diraja.

"Betul. Itu dia Jun Xie." Qu Ling Yue mengangkat tangan dan menuding pada seorang pemuda yang sedang berdiri di belakang kerumunan ramai. Susuk tubuhnya yang kecil itu hampir tidak kelihatan.

Sebaik renungan mata Lei Fan tertumpu pada Jun Xie, matanya sekilas memancarkan sinar yang aneh. Bibirnya dengan bersahaja digerakkan dan membentuk satu senyuman.

"Nampaknya Jun Xie sebaya dengan Beta. Beta patut pergi belajar daripadanya." Sambil bercakap, Lei Fan berdiri dan berjalan menuju Jun Xie.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C835
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄