下載應用程式
17.41% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 155: Pertunjukan Bermula (2)

章節 155: Pertunjukan Bermula (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie menaikkan matanya dan memandang Mo Qian Yuan yang sedang teruja.

"Tentera Yu Lin sudah berkurung di dalam Istana Diraja selama ini dan orang ramai fikir ada pengkhianat di kalangan anggota tentera. Mereka sudah membuat petisyen untuk meminta Beta menyingkirkan pengkhianat itu!" kata Mo Qian Yuan, tidak mampu menahan perasaan terujanya. Dia tahu tentang rancangan Jun Wu Xie. Gadis itu telah mengawal Tentera Rui Lin dan menantikan saja saat Mo Qian Yuan mendapatkan lebih banyak sokongan daripada rakyat.

Berdepan dengan kemungkinan yang tipis, tindakan Jun Wu Xie menyuruh Mo Qian Yuan mengedarkan penawar dan membiarkan dia mendapatkan segala pujian, telah berhasil. Sokongan penuh yang diperolehi Putera Mahkota itu telah melenyapkan imej lamanya iaitu seorang putera raja yang tidak cekap dan tidak terurus.

Jun Wu Xie merancang mahu menukarkan rejim pemerintahan. Tetapi dia juga menghargai reputasi Istana Lin. Jadi dia telah menanti peluangnya. Kini Bai Yun Xian sudah menyerahkan peluang ini kepadanya, tidakkah Jun Wu Xie akan dianggap tidak beradab jika menolak peluang ini dan melukakan hati Bai Yun Xian?

Sekarang Mo Qian Yuan dan Tentera Rui Lin mempunyai alasan yang kukuh untuk masuk ke dalam Istana Diraja.

Jika Maharaja menghentikan mereka, baginda terpaksa berdepan beberapa tuduhan berat.

Cubaan meracun seluruh penduduk bandar ialah satu jenayah. Maharaja sekalipun tidak dapat bertahan di atas tuduhan seperti ini!

"Baiklah." Jun Wu Xie membalas dengan tenang sambil menyibukkan diri dengan teratainya.

Wajah Mo Qian Yuan menjadi merah kerana teruja, "Bagaimana kamu boleh kekal tenang? Kamu tidak berasa teruja?" Keadaan menjadi begini ialah sesuatu yang tidak disangka dan tidak pernah diimpikan oleh Mo Qian Yuan. Dan orang yang merancang segalanya ialah Jun Wu Xie!

Semuanya berlaku mengikut apa yang dirancang. Tentera Rui Lin ada sebab yang sah untuk masuk ke dalam Istana Diraja dan hal-hal lain akan menjadi mudah sahaja!

Jun Wu Xie hampir mencapai matlamatnya, mengapa dia masih begitu tenang?

"Teruja? Kenapa?" Jun Wu Xie melentokkan kepalanya. Rambutnya yang hitam dan licin melepasi bahunya, matanya penuh tanda tanya.

Mo Qian Yuan terdiam.

"Memang itu rancangannya, tiada sebab untuk jadi teruja." Jun Wu Xie kembali meneruskan kerjanya. Dia tidak memerlukan emosi yang boleh mengaburkan pertimbangannya. Dia hanya perlu berfikir masak-masak dan mengkaji semula setiap langkah dalam rancangannya untuk memastikan dia tidak melakukan kesilapan. Cukuplah jika dia dapat buat begitu.

Pada pandangannya, Maharaja itu sudahpun mati. Kini dia perlu memikirkan bagaimana mahu membalas 'hadiah' yang Bai Yun Xian berikan kepadanya.

Mo Qian Yuan tidak tahu apa yang patut dia katakan. Sejak malam sewaktu Tentera Rui Lin merempuh masuk ke dalam Istana Diraja, dia tidak melihat ada banyak perubahan pada ekspresi wajah Jun Wu Xie.

Senyuman yang dia lihat pada malam itu membawa kematian dan kekosongan, sangat cantik tetapi juga menakutkan.

"Bila kamu mahu mengetuai angkatan tentera masuk ke dalam Istana Diraja?" Mo Qian Yuan sedar, sebaik Jun Wu Xie membawa Tentera Rui Lin masuk ke dalam Istana Diraja, takhta Kerajaan Qi akan bertukar tangan.

"Dalam masa dua jam," balas Jun Wu Xie.

"Begitu cepat?"

"Sementara rakyat masih marah" Buah sudah masak dan boleh dipetik, sudah tiba masanya.

Mo Qian Yuan faham. "Beta akan pergi beritahu Long Qi." katanya sambil berlalu pergi untuk melakukan persiapan.

Jun Wu Xie duduk di kerusi, matanya kelihatan dingin.

[Cik mahu pergi mengamuk lagi?] Kucing hitam kecil itu melompat ke atas meja dan menjilat-jilat kakinya. Suara kucing hitam kecil itu menjadi nyaring menjadi nyaring dengan penuh harapan.

Simfoni kematian yang ditulis dengan darah segar, amat cantik.

Jun Wu Xie menjeling sekilas ke arah kucing hitam kecil itu dan berkata, "Saya hanya mahu Keluarga Jun selamat."

Jika tidak diganggu, dia tidak akan menggigit. Jika ada yang memijaknya, dia akan mengoyakkan mereka menjadi cebisan, membuatkan roh mereka bertaburan dan melenyapkan kewujudan mereka!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C155
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄