下載應用程式
64.94% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 578: Persediaan untuk Memberi Tamparan (1)

章節 578: Persediaan untuk Memberi Tamparan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Kata-kata yang dihamburkan dengan suara yang kedengaran sungguh terseksa mengasak satu pemikiran yang tidak boleh disangkal ke minda orang ramai ini. Mereka mula berfikir yang bukan-bukan.

Semua orang tahu yang Fan Zhuo adalah anak kandung Fan Qi manakala Fan Jin yang memiliki kemahiran yang hebat serta keperibadian tinggi itu hanyalah anak angkat. Mereka tak ada pertalian darah!

Perbezaan hubungan ini membuatkan agak ramai pelajar membuat tanggapan buruk. 

Nama Jun Xie telah dibenci dan dikeji tanpa henti tetapi Fan Jin tetap teguh mempertahankannya. Malah dia juga membawa Jun Xie ke hutan buluh yang telah dikhaskan untuk pemulihan Fan Zhuo. Mungkinkah….ada niat buruk yang sebenarnya tersembunyi di sebalik tindakan Fan Jin? 

Seketika kemudian, tanggapan ini mula mekar dalam minda para pelajar Akademi Zephyr. Reputasi Fan Jin yang cemerlang itu semakin merosot.

Semua ini tidak diketahui oleh Fan Jin. Dia telah melangkah menuju hutan buluh itu dengan perasaan marah, tetapi kemudian berhenti berjalan setelah tiba di kawasan halaman. Dia bimbang raut wajahnya yang berang itu akan mengejutkan Jun Wu Xie dan Fan Zhuo. Lama dia berdiri di halaman itu sebelum akhirnya memutuskan untuk masuk ke dalam.

Dia mendapati Fan Zhuo bersendirian di dalam bilik itu.

"Abang dah sampai," Fan Zhuo menyapa abangnya dengan ceria.

Fan Jin mengangguk. Selepas memastikan perasaannya sudah kembali tenang, dia bertanya, "Mana Jun Xie?""

"Keluar." Fan Zhuo sedang memegang Tuan Embek Embek di dalam tangannya. Dia tersenyum bahagia sambil menjawab pertanyaan abangnya. Tangannya mengusap-usap perut Tuan Embek Embek yang gebu.

Tuan Embek Embek mengeluh perlahan, seolah-olah "terpaksa" menerima belaian daripada Fan Zhuo.

Fan Jin terdiam seketika.

"Keluar? Bila dia keluar?" Pada ketika ini, kalau Jun Wu Xie bertemu dengan para pelajar Akademi Zephyr, mungkin keadaan akan menjadi buruk.

"Dah lama juga. Abang janganlah risau. Duduk berehat dan minum teh dulu," kata Fan Zhuo sambil menolak secawan teh ke hadapan Fan Jin.

Fan Jin mengetap gigi. Memandangkan dia tidak tahu ke mana Jun Wu Xie telah pergi, dia hanya mampu duduk dan tunggu sahaja.

Ketika Fan Jin masih berasa gelisah di hutan buluh itu, Jun Wu Xie sudah pun duduk di pejabat Gu Li Sheng.

Jun Wu Xie membawa kucing hitam kecil itu di dalam dakapannya. Wajah Jun Wu Xie kelihatan tenang sewaktu dia memandang Gu Li Sheng yang sedang termenung.

"Jun Xie, apa sebab di sebalik kunjungan kamu hari ini?" Gu Li Sheng tersenyum lebar memandang Jun Xie. Sejak pelajar itu telah menunjukkan pemahaman menyeluruh terhadap konsep-konsep yang berkaitan dengan Pemulihan Roh, Gu Li Sheng mendapati dia tidak dapat lagi berlagak seperti guru yang disegani di hadapan anak muda kecil molek ini.

Jun Wu Xie membalas tanpa tergesa-gesa, "Penambahbaikan yang diperlukan untuk Teknik Pemulihan Roh sudah pun siap."

Mata Gu Li Sheng terbeliak. Dia memandang Jun Xie dengan perasaan tidak percaya.

[Baru berapa lama tempoh masa berlalu? Dia sudah pun selesaikan semuanya….]

Gu Li Sheng memikirkan proses ini akan mengambil tempoh masa yang panjang dan dia tidak menyangka yang Jun Xie dapat menyiapkannya dengan begitu pantas. Dalam masa yang singkat ini dia sudah menyelesaikannnya?

[Budak ini manusiakah?]

"Betul-betul dah siap?" Gu Li Sheng menelan air liurnya dengan kuat.

Jun Wu Xie mengangguk sedikit.

Gu Li Sheng begitu teruja sehingga tangannya yang berada di atas meja itu mula menggeletar.

"Kini saya sudah bersedia untuk kembali ke Fakulti Pemulih Roh." Jun Wu Xie menambah.

"Ya! Sepantas yang boleh! Kembali ke sini bila-bila saja kamu mahu" Gu Li Sheng bersetuju tanpa teragak-agak. Sewaktu dia mula-mula melepaskan Jun Xie dari fakulti Pemulih Roh, tindakan itu dilakukannya kerana dia bimbang orang yang berniat jahat akan menghalang anak muda ini dan cuba mengganggu kemajuan dalam penambahbaikan Teknik Pemulihan Roh. Tetapi kini apabila teknik itu sudah disiapkan sepenuhnya, Gu Li Sheng tidak lagi berasa ragu-ragu.

Tidak ada yang lebih dia mahukan selain menyematkan lambang fakulti Pemulih Roh itu pada Jun Xie sekarang juga. Waktu ini juga. Sepantas mungkin. 

"Bukan begini." Jun Wu Xie perlahan-lahan mengangkat kepalanya.

Masanya hampir tiba. Masa untuk dia memulakan tindakan balas.

"Apa maksud kamu?" Gu Li Sheng menahan kegembiraan di dalam hatinya lalu bertanya. Dia tidak faham apa yang Jun Xie maksudkan.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C578
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄