下載應用程式
72.02% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 641: Pengukuhan Roh (3)

章節 641: Pengukuhan Roh (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie melupakan idea itu setelah mendengar penjelasan Fan Zhuo. Kalau simbol-simbol ini serupa dengan apa yang terukir pada cincin roh Hua Yao, mungkin kesannya terhadap cincin roh mereka adalah lebih hebat lagi.

Malangnya, mereka tidak tahu apa-apa tentang maksud di sebalik simbol-simbol tersebut. Mustahil mereka dapat menggunakannya dengan baik.

Kemungkinan besar simbol-simbol ini memiliki kuasa yang hebat. Jadi adakah mereka hanya perlu membiarkan sahaja peluang berharga ini berlalu pergi di hadapan mata mereka? 

Jun Wu Xie terus berfikir. Tiba-tiba dia berpaling memandang Fan Zhuo.

"Ajar saya cara menempa cincin."

Fan Zhuo terkejut mendengarkan permintaan ini.

"Kamu nak cuba?"

Jun Wu Xie mengangguk.

Fan Zhuo mengeluh dan berkata, "Kalau kamu benar-benar berminat, selepas kita balik dari Cenuram Penghujung Syurga nanti saya akan ajar kamu. Boleh?"

"Baiklah."

Selepas mencapai persetujuan dengan Fan Zhuo, Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa lagi. Dia cuma duduk di satu sudut, merenung lakaran simbol yang dibuatnya dan meneliti setiap satu.

Sebaliknya Fan Zhuo pula terus menempa cincin roh untuk rakan-rakan yang lain.

Waktu siang mula berlalu dan kegelapan malam menyelubungi seluruh kawasan tersebut. Qiao Chu dan Mu Qian Fan pulang membawa beg-beg yang penuh berisi peralatan dan barang-barang lain. Selepas menyimpan semuanya dengan baik, Qiao Chu tidak sanggup menunggu sedetik lagi dan bergegas berjumpa dengan Fan Zhuo. Dia menyibuk-nyibuk mahu melihat Fan Zhuo menempa cincin-cincin roh tersebut.

Proses menempa cincin roh amat panjang dan sukar. Tempoh masa satu hari sahaja tidak cukup untuk Fan Zhuo menempa cincin roh mereka semua.

Jun Wu Xie melihat dan memerhatikan seluruh proses penempaan cincin roh. Apa-apa yang dia perlukan lebih pemahaman akan difikirkannya dengan berhati-hati.

Setelah kembali ke biliknya, Jun Wu Xie duduk di meja yang berada di tengah-tengah. Kucing hitam kecil itu sedang baring di atas meja tersebut dan memerhatikan tuannya yang sedang asyik berfikir. Tuan Embek Embek baru sahaja kenyang makan dan sedang tidur nyenyak dengan baring terlentang di atas katil.

"Seluruh ayat dalam satu muka surat atau ayat-ayat pendek yang digabungkan…?" Jun Wu Xie bercakap sendirian sambil dia berfikir. Dia sudah menemui cara untuk menggunakan Pengukuhan Roh tapi masih tidak dapat memajukannya satu langkah lagi. Hal ini amat mengecewakannya.

Tanpa berfikir, dia mencelup jarinya ke dalam cawan teh. Kemudian dia melukis-lukis di atas meja itu dengan jarinya yang basah. Mindanya dipenuhi simbol-simbol tersebut.

Kucing hitam kecil itu sedang baring dengan diam di satu sisi sambil menghayunkan ekornya dengan malas. Waktu sudah lewat malam. Jun Wu XIe tidak mengantuk tapi kucing hitam kecil itu sudah mula berasa letih. Kucing itu menggeliat kemudian berdiri dan mengambil dua langkah ke hadapan untuk terjun dari meja.

Namun begitu, satu kehangatan yang membara menderu naik dari bawah tapak kakinya!

Seketika kemudian satu bebola api menyelubungi kucing hitam kecil itu sepenuhnya!

"MEOW!!!"

[APA BENDA NI!]

Api yang tiba-tiba marak dan menjulang tinggi itu mengejutkan kucing hitam kecil itu sehingga terjerit dan bulunya kembang. Kucing itu cepat-cepat melompat turun dari meja tetapi bebola api itu masih menyelubunginya. Sambil mengiau dan memekik, kucing hitam kecil itu berlari dan melompat ke sekeliling bilik, cuba sedaya-upaya untuk memadamkan api yang sedang menjilat tubuhnya.

Mata Jun Wu Xie terbeliak kerana terkejut. Dia merenung bebola api yang sedang menyelubungi kucing hitam kecil itu.

Beberapa saat kemudian, bebola api itu tiba-tiba lenyap. Kucing hitam kecil itu berpeluh sejuk. Kukunya mencengkam kuat langsir di tingkap bilik. Ketajaman kukunya itu telah mencarikkan langsir tersebut.

"Meow….."

[Apa tu? Terkejut saya dibuatnya!]

Kucing hitam kecil itu melompat turun dari langsir lalu terus mengerekot dalam pelukan Jun Wu Xie. Kucing itu menggigil teruk, seolah-olah masih belum pulih daripada kejutan yang berlaku tiba-tiba tadi.

"Kamu tak apa-apa?" Jun Wu Xie memandang kucing hitam kecil dalam pelukannya itu. Fenomena yang berlaku pada kucing hitam itu menimbulkan perasaan ingin tahu pada dirinya.

"Saya tak tahu… tiba-tiba… saya dijilat api…" Kucing hitam kecil itu merang dengan sedih. Ia cuma nak pergi masuk tidur. Apalah salahnya?

Jun Wu Xie mengangkat kucing hitam kecil itu dan membelek-belek tubuhnya untuk memeriksa keadaannya. Dia mendapati kucing hitam kecil itu langsung tidak tercedera dan bulunya masih lembut dan gebu.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C641
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄