下載應用程式
78.31% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 697: Menjelmanya Awan Gelap (4)

章節 697: Menjelmanya Awan Gelap (4)

編輯: EndlessFantasy Translation

Gu Li Sheng menjadi panik dan cepat-cepat menghalang pintu. Mukanya terus berpeluh sejuk..

"Orang dari Istana Lin! Seseorang dari Istana Lin suruh saya datang bertemu dengan Senior Wen!"

Riak wajah Wen Xin Han berubah sedikit dan matanya kelihatan aneh. Dia diam seketika sebelum melangkah ke belakang dan akhirnya berkata, "Masuklah. Kita bercakap di dalam."

Jantung Gu Li Sheng melonjak kegembiraan. Dia tidak pasti sama ada kata-kata Jun Wu Xie akan memberikan kesan. Namun sebaik menyedari reaksi Wen Xin Han sewaktu terdengar nama "Istana Lin" tadi, harapan terus berbunga di dalam hati Gu Li Sheng.

Gu Li Sheng masuk ke dalam bilik itu dan Wen Xin Han menjemputnya duduk.

"Orang Istana Lin benar-benar suruh kamu datang cari saya?" tanya Wen Xin Han sambil memandang Gu Li Sheng dengan curiga. Matanya tajam merenung Gu Lis Sheng, seperti pisau belati yang sedang melayang ke arah lelaki itu.

Gu Li Sheng dapat merasakan kuasa yang tidak terlihat tiba-tiba menyelubungi tubuhnya. Dia terus berpeluh-peluh kerana berasa gerun.

[Beginikah rasanya aura menekan daripada pemilik roh ungu?]

[Sangat menakutkan!]

"Saya… saya tak pasti. Tapi itulah yang dia suruh saya beritahu Senior Wen." Gu Li Sheng tidak berani berbohong di hadapan Wen Xin Han. Dia tidak bersedia menerima akibat daripada berbohong pada seorang pakar roh ungu.

"Dia?" Kening Wen Xin Han terangkat. "Siapa dia?"

"Jun Xie. Namanya Jun Xie dan dia adalah pelajar Akademi Zephyr," balas Gu Li Sheng dengan tergesa-gesa.

Ketika Wen Xin Han terdengar nama "Jun Xie", matanya bersinar kilas dengan cahaya yang aneh sekali lagi.

[Jun Xie... Jun Wu Xie...]

[Mungkinkah orang yang Gu Li Sheng sebutkan ini sebenarnya adalah Cik Muda dari Istana Lin?]

Wen Xin Han tidak mungkin dapat melupakan mata anak gadis itu yang kelihatan dingin dan tegas.

"Berapa usianya?" tanya Wen Xin Han dengan berhati-hati.

"Kira-kira empat belas atau lima belas tahun…"

"Rupa parasnya?"

"Halus dan menawan…"

"Halus? Menawan?" Mata Wen Xin Han mengecil. Gadis muda yang diingatinya itu sememangnya cantik dan memukau. Walaupun wajah kecil itu masih belum matang, rupa parasnya yang luar biasa menawan dan mempesonakan itu sudah dapat memikat hati orang lain.

Selain rupanya, umur yang disebut tadi tepat. Namanya juga hanya berbeza satu perkataan.

Wen Xin Han tidak berkata apa-apa. Dia hanya diam sahaja sambil ligat berfikir.

"Senior Wen, dia hanya minta untuk bertemu di fakulti Pemulih Roh pada waktu tengah hari esok." Melihatkan Wen Xin Han jauh berfikir, Gu Li Sheng menyingkirkan perasaan ragu-ragunya dan terus meluahkan permintaan Jun Wu Xie.

"Hanya nak bertemu?"

"Ya."

"Baiklah, saya setuju." Wen Xin Han akhirnya mengangguk.

Di seluruh dunia ini, orang-orang yang tahu dia ada kaitan dengan Istana Lin sudah pun berada di dalam kubur dan menjadi hantu yang merayau-rayau.

Kalau orang itu berani membuat dakwaan seperti itu, pasti dia ada kaitan dengan Istana Lin.

Tak kiralah jika orang itu adalah Jun Wu Xie atau tidak, Wen Xin Han memutuskan untuk bertemu dengannya.

"Bersyukur saya mendengarnya!" kata Gu Li Sheng. Tak ramai orang dalam dunia ini yang mampu membuatkan Wen Xin Han bertindak. Sebagai pakar roh ungu yang amat dihormati, dia bukannya sekadar orang biasa. Wen Xin Han tak perlu tunduk dengan arahan sesiapa dan boleh bertindak sesuka hatinya.

Setelah berjaya membuatkan Wen Xin Han bersetuju, Gu Li Sheng dapat melihat sedikit sinar harapan.

Sebelum dia berlalu pergi, Gu Li Sheng memandang Wen Xin Han dengan teragak-agak dan bergelut dengan dirinya seketika sebelum dia mampu bersuara, "Kalau saya diizinkan membuat satu permintaan yang terburu-buru, saya mohon Senior Wen dapat bersetuju." 

"Apa dia?" Disebabkan perasaan berterima kasihnya terhadap Istana Lin, Wen Xin Han berlembut sedikit terhadap Gu Li Sheng.

"Fan Jin… tak mungkin akan melakukan jenayah yang berbahaya seperti ini. Saya sedar dia dapat kekal selamat sehingga ke hari ini disebabkan perlindungan Senior Wen. Saya rayu Senior Wen terus berusaha memastikan keselamatan Fan Jin. Dia… memang budak yang baik." Gu Li Sheng merayu sambil mengetap giginya. Dia tunduk hormat dengan ikhlas di hadapan Wen Xin Han.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C697
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄