下載應用程式
70.11% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 624: Mengundang Masalah (1)

章節 624: Mengundang Masalah (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Tetapi kedudukan Jun Wu Xie di Akademi Zephyr sangat istimewa. Dia pelajar Gu Li Sheng yang paling cemerlang dan yang paling disukai, oleh itu statusnya lebih menyerlah berbanding orang lain. Lebih-lebih lagi, dia selalu mengasingkan diri di hutan buluh itu dan tidak mempunyai hubungan dengan pelajar lain. Maka sudah tentulah hal ini tidak terlalu menyusahkan.

Sebab itulah Fan Qi telah bersetuju dengan aturan tersebut.

Fan Qi tidak sedar satu keputusan yang dibuatnya hari ini telah menjadi kunci untuk menyelamatkan seluruh Akademi Zephyr pada masa hadapan.

Apa yang lebih tidak dijangka adalah dalam masa terdekat ini Akademi Zephyr, yang baru sahaja kembali tenang, akan berada dalam bencana besar yang boleh menghancurkannya...

…...

Di pejabat Naib Guru Besar Akademi Zephyr, wajah Ning Rui kelihatan pucat lesi ketika dia duduk di belakang meja. Di hadapan mejanya terdapat pengusung yang mempunyai kesan tompokan darah. Kain guni berwarna putih menutupi seluruh pengusung itu, menyembunyikan susuk tubuh manusia di bawahnya. Kesan darah itu telah menukar kain putih in menjadi warna merah yang memedihkan pandangan mata Ning Rui.

Sejak malam tadi sehingga sekarang, Ning Rui langsung tidak berganjak dari mejanya. Matanya tidak bergerak daripada memandang pengusung berlumuran darah itu.

Ning Xin sudah mati. Satu-satunya anak perempuannya telah mati.

Kejadian itu terjadi di hadapan matanya sendiri. Ning Xin disebat sehingga mati. Ketika dia meninggal dunia, tubuhnya telah terputus dua dan dia mati dengan tubuhnya dalam keadaan tidak sempurna.

Selepas tentera Rui Lin berlalu pergi, Ning Rui sendiri telah mengambil semula jasad Ning Xin dan memerintahkan orang lain untuk membawa jasad itu ke pejabatnya. Sejak itu, dia telah mengurungkan diri dengan jasad Ning Xin, enggan makan dan minum. Fikirannya yang berkecamuk seolah-olah telah membawanya jatuh ke dalam jurang yang dalam.

Dia mahu menyelamatkan Ning Xin pada ketika itu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.

Dia dipaksa melihat dengan tidak berdaya sewaktu Ning Xin mati di hadapan matanya.

"Jun Wu Xie, Tentera Rui Lin... Yin Yan... Fan Qi... Saya tidak akan berputus asa dengan begitu mudah. Harinya akan tiba. Saya akan membuatkan kamu semua membayar kembali nyawa anak saya ini!" Ning Rui telah lama menahan perasaan sebelum dia akhirnya mengeluarkan kata-kata yang diselubungi dendam dan amarah ini sambil mengetap gigi.

Hatinya berasa amat berang dan dia berharap dapat membalas dendam untuk Ning Xin pada waktu itu juga.

Tetapi dia tak boleh buat begitu.

Ning Rui mengambil nafas panjang dan tiba-tiba berdiri. Dia mengambil sebuah kotak kayu kecil yang halus berukir dari rak buku di belakangnya, 

Dia membuka kotak kayu itu. Di dalamnya ada sebuah peta yang diperbuat daripada kulit manusia. Mata Ning Rui berkilauan dengan amat menggerunkan. Kemudian dia meletakkan kembali penutup kayu di atas kotak tersebut. Ning Rui menyelitkan kotak kayu itu ke dalam bajunya dan mengangkat tangan untuk menarik sebuah buku yang terletak di atas rak buku tersebut. Buku itu menekan tuil selepas ditarik keluar dan satu ruang kosong muncul di tengah-tengah rak buku tersebut.

Dengan satu bunyi klik, barisan rak buku itu perlahan-lahan bergerak ke sisi, mendedahkan sebuah terowong gelap di belakangnya.

Ning Rui memegang poket bajunya yang berisi kotak kayu tersebut dan matanya kelihatan semakin menggerunkan. Dia menyalakan satu jamung dan berjalan masuk ke dalam terowong hitam legam tersebut.

Ning Rui tidak tahu berapa lama dia berjalan dalam kegelapan. Dia hanya dapat merasakan kemarahan dan kebencian yang tersemat di dalam hatinya. Malah dia juga tidak sedar masa yang berlalu ataupun keletihan yang dialaminya. Sewaktu laluan yang panjang dan seolah-olah tiada berkesudahan itu akhirnya menunjukkan cahaya pada penghujungnya, Ning Rui melangkah keluar dari terowong itu.

Tiada seorang pun yang tahu yang betul-betul di dalam pejabat Naib Guru Besar itu terdapat sebuah terowong tersembunyi yang menuju terus ke dalam hutan. Pada satu hujung terowong itu terdapat pejabat Naib Guru Besar sementara hujung sebelah lagi pula menuju sebuah pondok kayu yang tersembunyi di dalam hutan.

"Bukankah itu Ning Rui? Apa yang membuatkan kamu mahu datang ke sini hari ini?" Seorang pemuda tampan duduk tersenyum di atas pagar di luar pondok kayu tersebut. Senyuman di mukanya berseri-seri, tetapi matanya mampu menimbulkan perasaan seram sejuk.

"Tuan Gu Ying." Sewaktu terlihat anak muda itu, Ning Rui segera bersikap hormat. Wajahnya kelihatan serius ketika dia tunduk menyapa anak muda tersebut.

Gu Ying yang kelihatan masih muda itu meletakkan dagu Ning Rui itu di atas tapak tangannya. Dia memandang Ning Rui yang kelihatan berwaspada. Sambil tersenyum dia bertanya, "Kenapa kamu berada di sini hari ini?"


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C624
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄