下載應用程式
65.95% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 587: Menampar Orang Ramai (5)

章節 587: Menampar Orang Ramai (5)

編輯: EndlessFantasy Translation

Orang yang mendapat pengiktirafan Gu Li Sheng pastinya merupakan seseorang yang memiliki pengetahuan sebenar dalam hal ini!

Sebelum ini, sikap pilih kasih Gu Li Sheng terhadap Li Zi Mu amat jelas pada sesiapa sahaja yang melihatnya. Hampir semua orang di situ meneka yang satu-satunya pelajar yang dia iktiraf tak lain tak bukan adalah Li Zi Mu!

Kalau tidak, mengapa Gu Li Sheng hanya akan menerima seorang pelajar sahaja tahun ini iaitu mendiang Li Zi Mu? Gu Li Sheng telah menjaga Li Zi Mu dengan cermat dan penuh perhatian. Dia juga telah melayan Li Zi Mu dengan lebih baik berbanding pelajar lain di fakulti Pemulih Roh.

Semua pelajar di situ memikirkan yang kemarahan Gu Li Sheng hari ini adalah disebabkan oleh kematian Li Zi Mu.

Satu-satunya pelajar yang Gu Li Sheng sendiri iktiraf, telah mati dalam keadaan misteri. Gu Li Sheng pastilah berasa amat berang!

Semua pelajar Akademi Zephyr berasa gerun mendengarkan ketegasan di dalam suara Gu Li Sheng. Tetapi mereka tidak lagi takut kerana mereka tahu, orang yang bertanggungjawab di atas kematian Li Zi Mu adalah Jun Xie dan hal ini tak ada kena-mengena dengan mereka. Kemarahan Gu Li Sheng itu semuanya tertumpu pada Jun Xie!

Mereka hanya perlu bersabar dan menikmati situasi ini.

Ning Xin bersembunyi di celah kerumunan pelajar itu dan tersenyum pada dirinya sendiri. Matanya dipenuhi kejahatan sewaktu dia merenung Jun Xie.

Tetapi Yin Yan yang berdiri di sebelah Ning Xin merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Hakikatnya, memanglah Gu Li Sheng telah bersikap pilih kasih terhadap Li Zi Mu. Tetapi jika ada yang mengatakan pemahaman Li Zi Mu tentang Teknik Pemulihan Roh itu telah melangkaui pemahaman Gu Li Sheng, Yin Yan sedikit pun tidak percaya.

Selama Li Zi Mu berada di fakulti Pemulihan Roh, dia tidak mampu memahami aspek yang paling asas sekalipun. Mustahil pengetahuan Li Zi Mu dalam Teknik Pemulihan Roh akan mengatasi pemahaman Gu Li Sheng! Itu jenaka yang paling hebat!

Yin Yan tak dapat menahan dirinya daripada merasakan ada sesuatu yang tak kena. Tetapi walau sebanyak mana pun dia fikirkan, dia tetap tidak dapat mengesannya.

"Saya sentiasa memikirkan, memandangkan Akademi Zephyr ini berada di kelompok tiga institusi pembelajaran terbaik, pastilah memiliki para pelajar yang berfikiran logik, bijak dan tinggi tatasusila. Tetapi nampaknya saya sudah silap." Gu Li Sheng yang tegas itu tiba-tiba tertawa mengejek.

"Hari ini, saya ingin memperkenalkan seseorang kepada kamu. Orang ini ialah si raksasa luar biasa yang telah melangkaui pemahaman saya dalam Teknik Pemulihan Roh!" Sambil dia bercakap, Gu Li Sheng sudah pun mula berjalan menuju kerumunan itu.

Semua pelajar Akademi Zephyr itu terdiam dan suasana di situ diselubungi perasaan terkejut.

Memperkenalkan?

Apa maksudnya tu?

Bukankah Li Zi Mu sudah mati? Gu Li Sheng berniat mahu menggali semula mayat Li Zi Mu? Untuk mengurniakan pangkat rasmi kepada Li Zi Mu?

Para pelajar itu menjadi bingung melihatkan Gu Li Sheng mendekati mereka. Kemudian dia tiba-tiba menukar arah sewaktu berada pada jarak kira-kira sepuluh meter daripada mereka!

Para pelajar itu merenung dengan penuh kebencian sewaktu Gu Li Sheng tiba pada dua orang yang berdiri jauh, terasing daripada yang lain.

"Jun Xie, pasti kamu sudah banyak terseksa selama ini." Gu Li Sheng berdiri di hadapan Jun Xie dengan wajah yang memohon kemaafan. Kerumunan pelajar itu menarik nafas dengan kuat.

Namun Jun Wu Xie menggelengkan kepalanya.

Gu Li Sheng menghulurkan tangannya dan mengiringi Jun Wu Xie untuk berjalan bersama-samanya sehingga mereka sampai di hadapan kerumunan pelajar itu.

"Jun Xie ialah pelajar genius yang saya sebutkan. Pemuda ini telah menenggelami saya dengan pemahamannya yang tidak terjangkau dalam Teknik Pemulihan Roh!" Dada Gu Li Shen kembang dengan bangganya sewaktu dia membuat pengumumuan yang menggemparkan seluruh pelajar dan guru Akademi Zephyr yang berkumpul di sini!

Pada ketika itu, seluruh dataran itu senyap sunyi. Sekelip mata kemudian, suasana di dataran itu meletus dengan kekecohan yang amat kuat sehingga hampir membelah langit!

"Jun Xie!?"

"Mana mungkin orang itu Jun Xie!?"

"Bukankah dulu Gu Li Sheng katakan semuanya hanya salah faham? Dia kata yang Jun Xie itu bukan pelajar yang dia pilih! Apa yang sedang berlaku ni!?"

Berita yang mengejutkan ini mencetuskan suasana yang menggila apabila semua orang di dataran itu memahami kata-kata Gu Li Sheng. Kegilaan ini tersebar sepantas kilat, mencapai ke penghujung lautan pelajar di situ.

Terkejut, sangsi, ngeri…. Pelbagai emosi yang rumit melanda para pelajar ini ketika mereka menyedari apa yang telah mereka lakukan selama ini!


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C587
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄