下載應用程式
73.7% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 656: Membayar Harganya (3)

章節 656: Membayar Harganya (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

Selepas menguruskan kumpulan lelaki tersebut, Jun Wu Xie menyuruh binatang hitam itu membawa Mu Qian Fan yang masih tidak sedarkan diri dan kembali ke kawasan perkhemahan. Tuan Embek Embek mengikut dari jauh, terkedek-kedek mengekori Jun Wu Xie sambil sekali-sekala berhenti untuk memerhatikan tuannya itu. Apabila menyedari yang ia tidak akan mendapat respons apa-apa daripada Jun Wu Xie, Tuan Embek Embek tunduk dengan sedih. Sepanjang jalan itu Tuan Embek Embek berasa kecewa dan patah hati.

Tuan Embek Embek merasakan kejadian dia menghempas lelaki pertama tadi bukanlah salahnya. Manalah ia tahu yang manusia ini begitu lemah dan mudah penyek? Hanya dengan sentuhan yang perlahan dan lembut sahaja pun dia boleh mati!

Rong Ruo dan Fei Yan sudah pun kembali ke kawasan perkhemahan itu. Lima rakan itu duduk di tepi unggun api sambil berbual-bual.

Sewaktu terdengar bunyi tapak kaki, mereka berpaling sambil tersenyum. Tiba-tiba mereka menyedari yang Jun Wu Xie tidak pulang sendirian, tetapi membawa Mu Qian Fan bersamanya!

Apa yang lebih membingungkan ialah Mu Qian Fan dalam keadaan berlumuran darah!

"Apa yang dah berlaku!?" Qiao Chu terus berdiri.

Jun Wu Xie memberitahu rakan-rakannya tentang hal Mu Qian Fan terserempak dengan sekumpulan lelaki yang kemudian menyerangnya. Dia menjelaskan dengan amat ringkas sebelum menyerahkan peta berlumuran darah itu pada Hua Yao.

Hua Yao membandingkan peta yang tidak lengkap itu dengan peta-peta lain. Lama dia meneliti sebelum akhirnya berkata, "Kalau tak silap saya, peta ini adalah satu daripada lapan bahagian peta yang menunjukkan jalan menuju makam Maharaja Kegelapan. Sayangnya peta ini telah dikotori darah. Kalau tidak, kita ada satu lagi bahagian dalam genggaman."

Setelah berkata begitu, Hua Yao terus mengeluh.

Setiap bahagian peta itu tidak mudah untuk diperolehi. Disebabkan peluang sempurna ini terlepas dari tangan mereka kali ini, pasti mereka memerlukan masa yang lama dan usaha berterusan untuk menebusnya.

Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa tetapi menghalakan pandangannya pada Tuan Embek Embek yang berada di sisinya. Tuan Embek Embek mendongak lalu terpandang renungan mata Jun Wu Xie yang amat dingin. Badannya yang bulat berbulu itu terus menggeletar.

"Embek embek embek!"

[Saya tak berniat buat begitu! Betul-betul tak sengaja!]

Tuan Embek Embek terus meluru masuk ke dalam hutan dan bersembunyi di sebalik pokok.

"Ap… apa kenanya dengan Tuan Embek Embek tu?" tanya Rong Ruo sewaktu terlihat Tuan Embek Embek melarikan diri dengan gelisah. Namun begitu, Rong Ruo juga terasa ingin ketawa melihatkan badan bulat berbulu itu berlari terkedek-kedek. 

[Comel betul.]

"Jangan pedulikannya." kata Jun Wu Xie dengan perlahan.

"Walaupun peta ini tak boleh digunakan, sekurang-kurangnya kita dapat maklumat yang bagus, bukan? Nampaknya bahagian keempat peta ini kini berada dalam tangan Putera Mahkota Negara Yan. Sebaik kita dapat bahagian peta yang berada di Akademi Zephyr, kita boleh bergerak menuju Negara Yan pula," kata Hua Yao dengan penuh optimistik dan sambil ketawa. Mujurlah nasib mereka tidak begitu malang. Mendapat maklumat tentang bahagian peta yang seterusnya telah menjimatkan masa mereka.

"Tapi Negara Yan itu agak jauh juga dari Akademi Zephyr." Fei Yan berfikir secara mendalam ketika peta Alam Bawahan yang telah dihafalnya itu muncul di dalam mindanya.

Di antara Negara Yan dan Akademi Zephyr terdapat beberapa negara kecil. Berdasarkan jarak di antara kedua-dua tempat tersebut, mereka memerlukan masa lebih dari sebulan untuk sampai ke Negara Yan yang jauh itu. Itu pun kalau mereka menunggang kuda dengan pantas.

"Tak perlu terburu-buru. Tak lama selepas kita balik daripada pengembaraan ini, kita akan dapat masuk ke kampus utama Akademi Zephyr. Paling lama pun seminggu sahaja lagi. Kemudian pasti kita akan menemui peta tersebut." Hua Yao menjelaskan dengan tenang.

"Kamu syak siapa di Akademi Zephyr yang berkemungkinan memegang peta itu?" tanya Fei Yan dengan perasaan ingin tahu.

"Ning Rui," tiba-tiba Jun Wu Xie menjawab.

Jun Wu Xie terus menyambung, "Ketika Dua Belas Istana datang mencari kambing hitam di Alam Bawahan, mereka tak akan bertemu dengan orang yang tak ada kuasa. Kalau bukan Guru Besar, pastilah orangnya Naib Guru Besar."


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C656
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄