下載應用程式
20.33% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 181: Kekuatan Kumpulan Qing Yun (3)

章節 181: Kekuatan Kumpulan Qing Yun (3)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Bagaimana dengan persiapan di pihak kamu?" tanya Jun Wu Xie sambil memalingkan pandangannya.

Mo Qian Yuan menjawab, "Semuanya telah diatur mengikut rancangan kamu. Bai Yun Xian telah dipindahkan ke Kediaman Putera Mahkota dan di sana semuanya sudah diuruskan untuk mengelak timbulnya sebarang keraguan di pihak Kumpulan Qing Yun walaupun setelah mereka bertemu." Mo Qian Yuan mendongak memandang Jun Wu Xie dan teragak-agak seketika sebelum bertanya, "Kamu benar-benar yakin yang Bai Yun Xian akan berpegang pada janji? Bagaimana kalau dia mungkir janji sebaik bertemu mereka dan membocorkan rahsia kita?"

"Apa yang telah dilihatnya selama beberapa hari ini akan membantunya membuat pilihan." Jun Wu Xie menghirup tehnya. Haruman teh itu semerbak di udara.

"Kamu menukarkan Mo Xuan Fei menjadi raksasa hodoh itu semata-mata atas tujuan ini?" Mo Qian Yuan terkejut apabila menyedarinya. Keadaan Mo Xuan Fei telah membuatkan ramai orang yang melihatnya dalam masa beberapa hari ini menjadi pucat kerana ketakutan. Daging pada badannya sudah reput. Sewaktu dia dikurung di dalam penjara bawah tanah yang kotor itu, lukanya menarik tikus, semut dan ulat untuk datang memakan dagingnya dan ini mempercepatkan lagi kesan pereputan itu.

Mo Qian Yuan telah menyaksikan sendiri keadaan Mo Xuan Fei. Satu lapisan daging yang nipis cukup-cukup sahaja meliputi tulang-tulangnya. Ada banyak bahagian badannya yang tidak berdaging dan terdedah di udara. Dia nampak seperti mayat tetapi daging-dagingnya tumbuh semula dan kitaran pereputan itu terus berulang.

Itulah yang membuatkan Bai Yun Xian mengalami trauma di dalam penjara bawah tanah. Dia terpaksa menyaksikan semuanya kerana bilik kurungannya betul-betul menghadap kurungan Mo Xuan Fei. Walaupun dia sudah memalingkan pandangannya, bau busuk yang kuat dan bunyi gigitan tikus mengganggunya sepanjang masa.

Tidak kira betapa betapa kuatnya seseorang itu, setelah menyaksikan seksaan hebat ke atas Mo Xuan Fei, tidak siapa yang berani mengambil risiko untuk menerima nasib yang sama.

"Bai Yun Xian terlalu sayangkan nyawanya. Biasalah kalau dia mahu memungkiri janji. Tetapi sebelum dia melakukannya, dia perlu pastikan Kumpulan Qing Yun boleh menghasilkan penawarnya." Jun Wu Xie mengangkat kening sambil menopang dagu. Dia melihat ke arah konvoi yang semakin hilang daripada pandangan..

"Itu sebabnya kamu suruh saya lepaskan Mo Xuan Fei, melantiknya sebagai Duke Diraja dan meletakkan dia di dalam Istana Diraja? Untuk membenarkan Bai Yun Xian mempergunakan Mo Xuan Fei sebagai mangsa uji kaji Kumpulan Qing Yun dan memastikan mereka dapat mencari penawar racun itu?" Mo Qian Yuan bertanya kerana dia kagum dengan perancangan teliti yang telah dibuat. Dua hari lalu, Jun Wu Xie telah melepaskan Bai Yun Xian dari penjara bawah tanah. Dia juga telah mengheret Mo Xuan Fei, yang sudah seperti mayat hidup itu, dan meletakkan kedua-duanya di istana tempat kediaman Mo Qian Yuan dahulu.

Mo Qian Yuan tidak memahami sebab di sebalik tindakan Jun Wu Xie sebelum ini. Namun kini segalanya sudah jelas. Seksaan ke atas Mo Xuan Fei hanya bertujuan untuk mengugut Bai Yun Xian.

"Kamu benar-benar yakin yang orang-orang Kumpulan Qing Yun itu tak akan dapat merungkai dan menyembuhkan racun kamu?" Mo Qian Yuan bertanya dengan hati-hati.

Perkara ini amat penting untuk membuatkan Bai Yun Xian menutup mulutnya.

"Dengan kebolehan mereka?" tanya Jun Wu Xie dengan dingin. Soalannya itu menjelaskan semuanya.

"Saya yakin dengan kata-kata kamu! Kereta kuda Kumpulan Qing Yun akan tiba di Istana Diraja tak lama lagi. Maharaja perlu kembali ke istana untuk menyiapkan diri dan 'menerima' kedatangan tetamu kehormat." Walaupun sudah menjadi Maharaja, Mo Qian Yuan tidak bermegah dengan Jun Wu Xie dan tidak mempedulikan formaliti yang menyusahkan.

Jun Wu Xie melambaikan tangan dengan bersahaja dan Mo Qian Yuan terus berlalu pergi. Long Qi yang sedang mengawal di tingkat bawah melihat pemergian lelaki itu, lalu bergerak ke tingkat atas.

"Nampak apa-apa yang luar biasa?" tanya Jun Wu Xie.

Long Qi memberi laporan, "Pemandu kereta kuda semuanya orang biasa. Penumpang di dalam kereta kuda itu pula tidak menunjukkan diri mereka. Tetapi di dalam salah sebuah kereta kuda tadi, saya nampak ada gadis muda di tingkap."

"Anak perempuan Pemerintah Kumpulan Qing Yun?" Jun Wu Xie mengangkat kening kerana terhibur.

"Saya tak pasti."

"Ekori mereka, tapi jangan terlalu dekat dan jangan sampai kamu dikesan."


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C181
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄