下載應用程式
34.38% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 306: Hapuskan (1)

章節 306: Hapuskan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

Sebaik langit mula cerah, Qiao Chu berlalu pergi untuk berkawal di luar pintu bilik Jun Wu Xie.

Hua Yao dan Jun Wu Xie menantikan kehadiran Pemerintah Kumpulan Qing Yun, Qin Yue, di dalam Puncak Awan Tersembunyi.

Sewaktu Qin Yue muncul di Puncak Awan Tersembunyi, barisan rekrut yang baru itu menjadi amat kagum. Mereka mengekori Pemerintah itu dengan mata yang memuja.

Lelaki di sebalik kekuatan Kumpulan Qing Yun. Lelaki yang masyhur di seluruh dunia dan dikhabarkan berkemahiran tinggi di dalam bidang perubatan!

Selama beberapa generasi, Pemerintah Kumpulan Qing Yun semuanya mempunyai kemahiran luar biasa di dalam bidang perubatan. Pada zaman dahulu, pengasas Kumpulan Qing Yun ialah seorang tabib ajaib yang amat terkenal. Selepas dia menubuhkan kumpulan itu dan setelah beberapa generasi lamanya berlalu, orang-orang di seluruh dunia sudah terbiasa mengaitkan nama tabib terulung dengan Pemerintah Kumpulan Qing Yun.

Hampir setiap hari, orang ramai muncul tanpa diundang, mengharapkan Qin Yue untuk membantu mereka mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan penyakit. Selain permintaan tinggi untuk rawatan, ramai yang mengunjungi Qin Yue untuk mendapatkan eliksir.

Pembuatan eliksir serta penyembuhan penyakit saling berkait rapat. Tabib yang mahir selalunya mempunyai satu atau dua resepi eliksir unik.

Di dalam Kumpulan Qing Yun, kemahiran Qin Yue dipercayai boleh menyembuhkan seseorang yang hampir mati dan menyembuhkan segala kecederaannya. Eliksir Qin Yue menjadi rebutan ramai kerana semua orang pasti pernah jatuh sakit. Mereka yang hanya terlantar atau cedera parah pula mungkin tidak akan bertahan dengan perjalanan yang panjang dan mencabar untuk ke kawasan Kumpulan Qing Yun.

Tambahan pula, Qin Yue hanya menggunakan kemahiran perubatannya untuk seorang pesakit sahaja setiap bulan. Sebab itulah keistimewaan ini menjadi rebutan. Peluang ini selalunya jauh daripada jangkauan ramai orang, kecuali mereka mempunyai sesuatu yang Kumpulan Qing Yun mahukan.

Dalam usaha untuk meyakinkan Qin Yue supaya menggunakan kemahirannya dalam bidang perubatan, ramai pakar seni mempertahankan diri yang rela hati menawarkan diri untuk berada bersama-sama Kumpulan Qing Yun sebagai askar upahan. Tidak terkira ramainya keluarga-keluarga kaya yang telah kehilangan banyak barangan berharga demi mendapatkan eliksir itu.

Di mata orang ramai, Pemerintah Kumpulan Qing Yun itu tidak sekadar mahir dalam bidang perubatan.

Bukan sahaja kepakaran Pemerintah Kumpulan Qing Yun ini yang menjadi rebutan, orang ramai juga berusaha keras untuk membuatkan Qin Yue kagum dan seterusnya diterima masuk sebagai anak murid Kumpulan Qing Yun.

Para pemuda itu bersungguh-sungguh mahu membuatkan Qin Yue memandang tinggi pada mereka dan mahu terus mengekorinya. Tetapi memikirkan wajah Ke Cang Ju yang menakutkan itu, mereka membatalkan saja niat mereka.

Wajah Qin Yue yang mesra, tersenyum lembut sambil dia berjalan di dalam Puncak Awan Tersembunyi. Penampilannya yang terhormat tetapi tenang itu menjarakkan dia dengan pengikut kumpulan Qing Yun yang amat menghormatinya. Ramai di antara mereka berazam untuk mengikut jejak Qin Yue dan auranya yang berkuasa.

Sambil dipuja-puja oleh kerumunan itu, Qin Yue sampai ke ruang tempat tinggal Ke Cang Ju dan terus masuk. Senyuman di wajahnya lenyap serta-merta dan air mukanya berubah menjadi suram. Keningnya berkerut, jelas menunjukkan perasaan sakit hatinya dan angin yang tak baik.

Qin Yue bergegas masuk dengan muka yang muram. Nampaknya dia sudah biasa dengan tempat ini. Tak lama kemudian, dia sampai ke bilik bacaan dan mendapati Ke Cang Ju sedang membelek-belek sebuah buku lama.

Qin Yue menghempas pintu sehingga tertutup.

Hua Yao yang sedang duduk di meja, mendongakkan kepala. Wajahnya yang hodoh mengukir senyuman yang mengerikan. Seekor kucing hitam kecil sedang bermalas-malasan di atas meja tersebut. Mata kucing itu tertutup, seolah-olah sedang tidur.

"Nampaknya angin Tuan Pemerintah kita ni kurang baik hari ni?" kata Hua Yao sambil meniru nada sarkastik Ke Cang Ju.

"Aku mahu kau buat racun untuk aku. Racun yang akan membuatkan seseorang itu lebih terseksa daripada mati dan menanggung kesakitan yang dahsyat!" Muka Qin Yue herot-berot dengan kebencian yang tidak terselindung dan kata-katanya amat beracun.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C306
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄