下載應用程式
60% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 534: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (2)

章節 534: Berpasangan dalam Mencari Seksaan (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Fan Zhuo masih mesra seperti biasa, seolah-olah langsung tidak menyedari perangai biadab Yin Yan. Dia menjemput mereka berdua masuk untuk minum teh.

Ning Xin duduk seketika. Tetapi apabila dia tidak terlihat kelibat Jun Xie, dia mula gelisah lalu berkata, "Kenapa Jun Xie tak ada di sini?"

Fan Zhuo menjawab dengan tenang, "Saya rasa dia ada di biliknya."

"Jun Xie nampaknya sukakan ketenangan. Yin Yan pernah tinggal bersama-sama Jun Xie buat seketika dulu. Pasti dia merindui Jun Xie setelah sekian lama," kata Ning Xin sambil tersenyum dan memandang Yin Yan. Raut wajah Yin Yan menjadi kaku. Dia amat keberatan, tetapi apabila teringatkan arahan Ning Xin sebelum ini, dia tidak ada pilihan selain menggumam, "Mmm." 

Dia tidak pernah duduk sebumbung dengan Jun Xie sebelum ini. Pada malam pertama Jun Xie diterima masuk ke akademi, Yin Yan tidak kembali ke asrama. Setelah dia pulang pula, Jun Xie sudah berpindah keluar.

Boleh dikatakan selain sewaktu kali pertama mereka bertemu, Yin Yan tidak pernah lagi melihat Jun Xie di kawasan asrama.

Fan Zhuo hanya ketawa dan tidak membalas apa-apa.

Ning Xin cuba melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Fan Zhuo menjemput Jun Xie datang ke situ, tetapi Fan Zhuo nampaknya tidak faham. Dia hanya tersenyum pada Ning Xin dan bercakap tentang semua hal kecuali tentang Jun Xie.

Ning Xin semakin gelisah tetapi dia tidak berani bersikap terlalu jelas dan terburu-buru.

Ini membuatkan Yin Yan bertambah marah. Dia terpaksa menyaksikan Ning Xin beralah dengan Fan Zhuo dan bercakap dengan nada yang lemah-lembut dan begitu mesra. Hati Yin Yan hancur berkecai.

Beberapa jam kemudian barulah Jun Wu Xie akhirnya muncul. Ning Xin dan Yin Yan merasakan diri mereka diselubungi kelegaan.

"Jun Xie." Sebaik Ning Xin terlihat Jun Xie, dia cepat-cepat memberikan senyuman paling cantik dan menguis lengan Yin Yan secara sembunyi-sembunyi. Ekspresi di wajah Yin Yan agak kaku sewaktu dia terpandang Jun Xie. Yin Yan terus teringatkan kejadian yang disaksikannya di dalam Hutan Roh Pertempuran tempoh hari. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat dan bibirnya kelihatan lebam.

Jun Wu Xie menjeling sekilas pada Ning Xin sebelum berjalan menuju ke sebuah kerusi untuk duduk. Tapak kaki Tuan Embek Embek berbunyi-bunyi di atas lantai sewaktu mengekori Jun Wu Xie. Apabila Tuan Embek Embek terlihat Ning Xin dan Yin Yan, badan kecilnya itu tiba-tiba berhenti bergerak.

Tuan Embek Embek mengenali pemuda yang mengganggu rehatnya tempoh hari.

"Embek"

[Cik Pemberi Makan! Mereka orang jahat!]

Wajah Yin Yan menjadi suram sebaik terpandang kambing biri-biri kecil yang merenungnya dengan marah. Bibir Yin Yan terus menggerenyet sedikit. "Jadi ini Binatang Roh yang kamu bawa pulang dari Hutan Roh Pertempuran? Agak….comel juga."

Memandangkan dia langsung tidak sukakan Jun Xie, Yin Yan menyebut sebarang topik yang ada sebagai cubaan untuk memulakan perbualan.

"Embek Embek, mari" Jun Wu Xie tidak menoleh ke arah Yin Yan sekalipun dan melambai-lambai pada Tuan Embek Embek. Kambing biri-biri itu berlari-lari anak di atas lantai, sehingga akhirnya berhenti di sisi kaki Jun Wu Xie. Gadis itu menghulurkan tangannya dan mengambil kambing biri-biri kecil itu lalu memeluknya. Tuan Embek Embek terus merenung marah pada Yin Yan.

[Orang jahat! Aku nak makan kau!]

"Ahem, Jun Xie, bila kamu berniat nak kembali semula ke asrama?" Yin Yan begitu gelisah kerana dia amat terkejut dengan kejadian di Hutan Roh Pertempuran tempoh hari. Dia tidak lagi berani bertindak terburu-buru di hadapan Jun Xie.

Jun Wu Xie memandang Yin Yan yang berasa cemas dengan renungan itu tetapi cuba bersikap teruja. Selepas seketika akhirnya Jun Wu Xie berkata, "Siapa kamu?"

Ekspresi wajah Yin Yan yang tegas terus berubah sebaik terdengar kata-kata Jun Xie.

Ning Xin terus terkejut. Dia tidak sangka Jun Xie tidak mengenali Yin Yan.

Bagaimana boleh jadi begini!?

Bukankah selama ini Jun Xie menolaknya disebabkan oleh Yin Yan? Kenapa Jun Xie nampak seperti langsung tidak mengenali Yin Yan.

"Jun Xie, kamu tak kenal Yin Yan? Dia berkongsi bilik dengan kamu di asrama sebelum ini, bukan?" Ning Xin berkata dengan lembut sambil tersenyum. Dia memerhatikan reaksi Jun Xie.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C534
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄