下載應用程式
90% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 801: Berita Orang Dalam (2)

章節 801: Berita Orang Dalam (2)

編輯: EndlessFantasy Translation

Selama ini Kejohanan Pertempuran Roh sentiasa dianjurkan oleh Negara Yan. Tetapi sejak kejohanan ini dimulakan, belum ada lagi kes campur tangan dalaman. Walau bagaimanapun tahun ini, Putera Mahkota Lei Chen telah menyalahgunakan kedudukannya untuk mencapai kemahuannya. Dia menggunakan pangkatnya untuk menindas para peserta lain dan memastikan Jun Xie terus mara dalam kejohanan ini!

Inilah berita paling menggemparkan yang meletus di Ibu Negara Diraja!

Ada orang masih ragu-ragu dengan kesahihan berita tersebut. Tetapi apabila mereka terlihat pelajar yang sepatutnya berlawan dengan Jun Xie di pusingan ketiga muncul di jalanan dalam keadaan yang cedera, semua keraguan itu terus lenyap.

Berita ini dengan pantasnya sampai ke telinga para pelajar dari seluruh akademi yang bertanding.

Hakikat yang Lei Chen baru-baru ini semakin rapat dengan Akademi Zephyr amat jelas dapat dilihat. Gelaran mesra "Adik Jun" yang Lei Chen gunakan di jamuan makan dulu masih segar di ingatan semua orang. Apabila hal ini difikirkan, semua orang mula faham niat tersembunyi Lei Chen.

Dia menyalahgunakan kuasanya untuk memastikan Jun Xie akan terus mara dalam Kejohanan Pertempuran Roh!

Tidak lama kemudian, para peserta kejohanan itu mula menjadi berang. Kejohanan Pertempuran Roh ini telah menarik penyertaan begitu banyak akademi kerana kejohanan ini sentiasa adil dan saksama. Mana-mana anak muda yang memiliki kemahiran yang bagus bebas datang ke situ untuk menunjukkan kebolehan terbaik mereka.

Tindakan Lei Chen pula, tanpa dapat diragui lagi, telah memecahkan sisi keadilan yang membuatkan kejohanan ini begitu terkenal.

Dalam sekelip mata, kehormatan yang baru dapat dicapai oleh Akademi Zephyr terus ditenggelami suara-suara yang menentang dan marah dengan situasi ini!

Jun Wu Xie hanya mendapat tahu tentang berita ini dari Fei Yan. Sewaktu pusingan pertama, ketika Lin Qi menarik diri, dia tidak fikir ada apa-apa yang tak kena. Hanya ketika dua perlawanan seterusnya di mana kedua-dua lawannya turut menarik diri pada hari mereka sepatutnya bertanding barulah Jun Wu Xie berasa pelik.

Apabila memikirkan kembali kata-kata yang Lei Chen sebutkan pada hari sebelum perlawanan pertamanya, Jun Wu Xie dapat mengagak bagaimana hal ini boleh berlaku.

Namun begitu...

Tindakan Lei Chen langsung tidak membawa kegembiraan padanya walau sedikit pun.

"Putera Mahkota tu Dungu sangatkah? Apa yang dia dah buat ni!?" kata Qiao Chu dengan kecewa. Dia duduk di kerusi dan wajahnya kelihatan marah. Dalam masa beberapa hari kebelakangan ini, dia, Hua Yao serta yang lain telah mencapai kemenangan dengan gemilang. Akhirnya mereka dapat meningkatkan kemasyhuran Akademi Zephyr ke kemuncak yang baru. Kini Lei Chen telah memusnahkan segala-galanya. Keputusannya untuk menyeleweng kuasa yang ada padanya itu telah mensia-siakan usaha mereka serta memalukan nama Akademi Zephyr!

Pada ketika itu, apabila nama Akademi Zephyr disebut, orang ramai tidak lagi bercakap tentang anak-anak muda yang telah berjaya mencapai tahap roh biru itu. Sebaliknya mereka mencemuh dan mengejek anak-anak muda ini kerana menyerah diri pada Putera Mahkota bagi mendapatkan kelebihan yang tidak layak mereka terima. Sekarang ini kalau mereka keluar, para pelajar dari akademi lain akan terus menunding jari pada mereka dan berbisik-bisik, melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar.

Fan Jin mengeluh dengan lesu. Reputasi Akademi Zephyr naik dan turun dengan mendadak dalam masa beberapa hari ini. Mereka mulanya berada di gaung yang dalam. Kemudian Hua Yao dan yang lain bertungkus-lumus menaikkan reputasi mereka. Baru sahaja mahu menikmati hasil usaha mereka, Lei Chen pula menarik mereka ke bawah sekali lagi.

Sejak hari Akademi Zephyr ditubuhkan, mereka tidak pernah lagi perlu menanggung perasaan malu akibat tuduhan sebegini.

Akademi Zephyr lebih rela mengalami kejatuhan daripada membuang kemegahan dan ketegasan. Mereka tidak pernah pun mahu mengampu dan membodek orang lain!

"Kalau dilihatkan pada cara Lei Chen, saya tak rasa dia akan benarkan sesiapa pun bertempur dengan Adik Xie. Saya tertanya-tanya juga kaedah apa yang akan digunakannya untuk menarik kita ke pihaknya. Cuma saya tak sangka pula dia melakukannya secara terang-terangan," kata Fei Yan dengan jijik. Dia benar-benar benci dengan penindasan Lei Chen.

"Lei Chen selalunya amat melindungi reputasinya sendiri. Walaupun dia benar-benar mahu merekrut kita, dia tak sepatutnya melakukannya secara terang-terangan dan begitu melampau, bukan…" Mata Fan Zhuo mengecil. Entah mengapa dia merasakan cara yang digunakan itu tidak sepadan dengan imej yang Lei Chen sentiasa mahu tonjolkan pada orang ramai.


next chapter
Load failed, please RETRY

禮物

禮品 -- 收到的禮物

    每周推薦票狀態

    Rank -- 推薦票 榜單
    Stone -- 推薦票

    批量訂閱

    目錄

    顯示選項

    背景

    EoMt的

    大小

    章評

    寫檢討 閱讀狀態: C801
    無法發佈。請再試一次
    • 翻譯品質
    • 更新的穩定性
    • 故事發展
    • 人物形象設計
    • 世界背景

    總分 0.0

    評論發佈成功! 閱讀更多評論
    用推薦票投票
    Rank NO.-- 推薦票榜
    Stone -- 推薦票
    舉報不當內容
    錯誤提示

    舉報暴力內容

    段落註釋

    登錄