下載應用程式
25% DEAR MY LOVE ROSAE NATALIA / Chapter 1: Bab 01
DEAR MY LOVE ROSAE NATALIA DEAR MY LOVE ROSAE NATALIA original

DEAR MY LOVE ROSAE NATALIA

作者: Im_Raimah

© WebNovel

章節 1: Bab 01

SEOUL, KOREA SELATAN

MATA Rosae berkaca-kaca bila lelaki dihadapannya mengucapkan kata perpisahan. Hampir lima tahun dia menjalinkan hubungan bersama Min Hyung Won dan dia tak pernah terfikir yang percintaan mereka akan berakhir seperti ini.

Matanya tak lepas memandang tepat ke wajah tenang Hyung Won. Sepertinya lelaki itu tak menyesal dengan perpisahan mereka sebentar tadi. Manakala dia merasakan jiwanya telah mati disebabkan lelaki kejam itu.

Dia sedar bercinta dengan lelaki yang berbeza agama dengannya adalah satu cabaran yang besar. Tambahan pula Hyung Won ialah seorang model dan pelakon yang dikenali ramai. Ada sahaja perkara yang melukakan perasaannya. Tetapi dia sanggup berhadapan dengan semua itu asalkan Hyung Won berada disisinya.

Dia masih ingat dengan jelas saat media mendedahkan hubungan mereka dua tahun lepas kepada umum. Hidup Rosae menjadi huru-hara kerana selalu diganggu oleh peminat Hyung Won dan sampai ke satu tahap dia tak berani keluar dari apartmentnya kerana bimbang dicederakan.

Namun bila semuanya sudah tenang dan sesetengah peminat jejaka kacak, tinggi melebihi 180 sentimeter itu mula menerima hubungan mereka. Hyung Won pula berubah hati tanpa dia duga sama sekali.

Apa salahnya sehingga Hyung Won membmuat keputusan seperti itu? Dia telah menyerahkan segala-galanya pada Hyung Won. Bukan sekadar cinta, jiwa dan raganya. Tetapi tubuhnya juga kerana dia percayakan lelaki itu akan terus mencintainya dan berkahwin dengannya.

"Mianhae Roase-yah (Rosae maafkan saya)" Hyung Won kembali bersuara setelah diam untuk sejenak.

"Geunde wae? Naega mwo jalmothaesseo? (Tapi kenapa? Apa salah saya?)" suaranya mendatar sahaja. Air mata terasa tak mampu lagi untuk ditahan dari mengalir.

"Nega jalmot anya. Geunyang uri saiga andoel geotgata (Bukan salah awak. Cuma kita tak boleh teruskan hubungan ni)" jawab Hyung Won. Jujur dia juga sedih kerana terpaksa memutuskan hubungannya bersama Rosae setelah hampir lima tahun mereka bersama.

"Tell me the reason why?" pintanya

"Reason?" Hyung Won terkedu saat mendengar Rosae mahukan sebab atas perpisahan itu.

"Yes reason" rosae mengangguk. Dia percaya

Dia percaya setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai sebab. Sejak kata perpisahan itu diungkap oleh Hyung Won. Lelaki itu tak memberikan sebab yang boleh dia terima. Dia mahu tahu kenapa mereka tak boleh meneruskan hubungan yang sudah hampir lima tahun terjalin? Semuanya pasti bersebab.

Namun Hyung Won sepertinya tak dapat memberikan jawapan terhadap pertanyaan yang mudah itu. Kopi di cawan dia teguk sedikit lalu kembali memandang tepat ke wajah kecewa Rosae.

"Daedaphae Min Hyung Won (Min Hyung Won jawab soalan saya)" desaknya dengan nada sedikit keras. Dia sepertinya tak kisah jika pelanggan dalam kafe mendengar perbualan mereka.

"Mianhae (Maafkan saya)" hanya itu yang mampu Hyung Won ucapkan saat ini.

Tiba-tiba Rosae mengukirkan senyuman sinis sebelum ketawa. Bukannya ungkapan maaf yang berulang-ulang kali dia mahu dari Hyung Won. Dia cuma mahukan penjelasan yang jujur. Setelah itu dia sendiri angkat kaki dari sini dan bersumpah tak akan berjumpa lelaki dengan lelaki itu.

Bak kata pepatah melayu sekali dia meludah keluar, dia takkan jilat ludahnya semula. Sekali Hyung Won meninggalkan dirinya tanpa sebab yang kurang pasti, dia tak akan kembali pada lelaki itu lagi. Meskipun lelaki itu melutut merayu dihadapannya.

"Tak apalah kalau awak tak nak jawab soalan tu. Saya takkan paksa" Rosae mengambil sudu kek di pinggan dan mula makan tanpa menghiraukan Hyung Won yang sedang memerhatinya.

Jantan tak guna! Aku dah serahkan segala-galanya pada kau termasuk dara aku. Tapi sanggup kau buat aku macam ni! Dasar lelaki semua sama. Mama takkan maafkan aku kalau tahu apa yang berlaku. Aku tak sepatutnya percayakan kau Min Hyung Won. Luahnya dalam hati.

Air mata ditahan akhirnya mengalir jatuh saat mulutnya penuh dengan makanan. Dia terus menyuap kek tanpa henti sehingga mulutnya tak mampu lagi menampung kek dan dia tersedak. Habis tersembur keluar kek dari mulut ke meja dan ada yang terbang ke muka Hyung Won.

"Uhuk! Uhuk!" hara menepuk-nepuk dadanya sendiri bersama air mata yang terus mengalir keluar tanpa henti.

Hyung Won yang diselebungi rasa bersalah memberikan air untuknya. Kemudian dia mencapai tisu dan membersihkan muka Hara yang comot. Tetapi pantas Rosae menepis tanganya.

"Just mind your own business"  tajam dia merenung.

Hyung Won menarik tangannya lalu membersihkan muka yang terkena semburan percuma kek dari mulut Rosae tadi menggunakan tisu. Selama mengenali gadis bernama Rosae Natalia dia tak pernah melihat Rosae marah seperti ini.

"Saya..." Hyung Won teragak-agak untuk meneruskan ayatnya.

Rosae angkat muka memandang tepat ke wajah Hyung Won.

"Saya tahu saya dah lukakan hati awak, saya hancurkan harapan awak. Tapi hubungan kita takkan sampai ke mana. Saya tak bersedia untuk lepaskan dunia glamor saya dan saya tak mampu untuk tinggalkan tabiat minum, makan makanan kegemaran saya. Kalau saya pilih untuk terus bersama awak, saya mungkin akan lepaskan semua tu. Tolong maafkan saya" Hyung Won tunduk.

Rosae membalas dengan senyuman sinis selepas mendengar alasan Hyung Won. Sekarang barulah dia selama ini Hyung Won terbeban dan bimbang jika dia terpaksa melepaskan semua yang dia miliki sekarang hanya disebabkan dirinya dan dia juga sedar tak semua lelaki sanggup berkorban untuk seorang perempuan.

Min Hyung Won yang dia sangkakan mencintainya sepenuh hati dan berjanji bersedia untuk mempelajari agama Islam dan budaya Melayu ketika di awal percintaan mereka hanyalah janji-janji manis yang ditabur untuk membutakan matanya. Akhirnya dia yang hanyut dalam lautan dosa kerana terlalu mencintai lelaki itu.

"Terima kasih..." ucap Rosae.

Hyung won angkat muka pandang Rosae.

Rosae melepaskan hembusan nafas berat sebelum meneruskan ayatnya.

"Terima kasih sebab tinggalkan saya, terima kasih sebab buat saya percaya awak betul-betul cintakan saya. Saya memang bodoh sebab..."

"Saya ikhlas cintakan awak" potong Hyung Won.

"Berhenti cakap awak cintakan saya sedangkan awak nak berpisah dengan saya. Berhenti buat saya keliru" pantas juga Rosae membangkang kata-kata Hyung Won.

"Maafkan saya"

"Berhenti minta maaf sebab saya tak nak dengar semua tu. Just leave me alone now" pinta Rosae dengan serius.

"Rosae saya..." Hyung Won cuba mencapai tangan Rosae.

"Saya kata pergi. Jadi pergi ajelah. Saya terima penjelasan awak dan saya terima perpisahan ni. Jadi tolong pergi sekarang sebab saya dah tak nak tengok muka awak. Please" rayunya. Suara Rosae kedengaran turun naik saat itu. Emosinya juga bercampur baur.

Hyung won mengangguk disertakan dengan helaan nafas berat. Kerusi dia tolak lalu bangun. Sebelum pergi sempat juga dia menatap Rosae yang melarikan pnndangan ke luar jendela.

"Saya pergi dulu" Hyung won minta diri.

Sejujurnya kaki terasa berat untuk melangkah pergi. Tetapi dia dah pun buat keputusan untuk berpisah dengan Rosae dan tak mungkin dia berundur semula. Namun baru beberapa tapak dia melangkah. Tiba-tiba seseorang memegang pegelangan tangannya.

Hyung Won menoleh. Kelihatan Rosae mengambil tapak tangannya lalu memberikan sesuatu.

"Saya tak perlu benda tu lagi. Go to hell" kata Rosae. Kemudian beredar dari situ meninggalkan Hyung Won.

Perlahan-lahan Hyung Won membuka tapak tangannya dan melihat sebentuk cincin yang dia hadiahkan untuk Rosae sebagai tanda cinta mereka dikembalikan. Dari cincin, dia melarikan anak mata pada Rosae yang berjalan keluar dari kafe. Sedikitpun dia tak menoleh ke belakang. 


創作者的想法
Im_Raimah Im_Raimah

Love and break up is hard to understand.

next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C1
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄