下載應用程式
61.32% cempaka dirembulan / Chapter 65: cempaka dan nadia bersubahat.

章節 65: cempaka dan nadia bersubahat.

" cempaka.. kau dah nak balik ke?" tanya puteri nabila terasa tidak sedap hati pula melihat cempaka yang ingin segera berlalu dalam keadaan marah. zikri ni memang suka merosakkan majlislah. dia memberi jelingan maut kepada zikri yang membuat muka tidak berdosa.

" sorry puteri.. aku rasa tak sedap badan.." cempaka meminta maaf kerana terpaksa meminta diri awal.

" babe.. jangan macam ni.. kita semua baru nak berseronok.. pedulikan dengan kata zikri tu.. aku kenal kau..cukuplah.." nadia cuba menghalang cempaka.

" betul tu.. kalau ada kekeliruan..kita boleh selesaikan baik-baik.." ainurin turut sama menghalang.

rata-rata yang berada di dalam itu mengangguk. ada yang percaya dengan cerita zikri dan ada juga yang tidak percaya. pasti semuanya ada penjelasan. kalau cempaka tak bersalah,dia harus pertahankan dirinya.

cempaka menarik nafas dalam. telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. nama ikran tertera.

" dekat mana..?" tanya ikran seperti biasa. nalurinya seperti merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya itu. lagi-lagi selepas mendapat panggila daripada jefri sebentar tadi.

" tengah makan dengan kawan sekolah lagi.." cempaka melembutka suaranya.

" makanlah dulu.."

" okey... abang dah makan?" tanya cempaka melembutkan suaranya.

" sudah.." ikran tidak tahu hendak cakap apa sebenarnya. dia tidak tahu ingin mulakan dari mana sebenarnya. lagipun cempaka tidak bertanya kepadanya.

" okeylah.. abang jaga diri dekat sana.. miss you.." bisik cempaka sayu. dia terasa ingin menangis. otaknya berserabut. kepalanya terasa berpusing. dia mahu pulang awal ke rumah dan tidur.

" okey.. balik awal..." pesan ikran. taliannya sudah mati. cempaka masih seperti pagi tadi. mematikan panggilan tanpa dapat ikran habiskan ayatnya.

cempaka melihat rakannya di ruang makan itu. satu persatu.

" sorry guy.. aku minta diri dulu.. lagipun husband aku dah call suruh balik awal.." cempaka akhirnya membuka mulut tentang suaminya. kalau ikutkan dia tidak mahu berkongsi cerita yang dirinya sudah bersuami.

mahu terbeliak mata semua rakannya mendengar perkataan suami. keliru diantara cerita cempaka dan zikri. mana satu yang benar?

nadia akhirnya pamer senyum sinis kepada zikri. padan muka kau zikri.

cempaka tanpa banyak cakap terus berlalu. dia sudah tidak menoleh lagi. biarlah selepas ini nadia yang tolong menjawap segala pertanyaan mereka. ikut suka nadialah nak cerita dalam versi macam mana pun. dia sudah tidak tertahan menahan pusing di kepala.

selepas cempaka hilang dipandangan. semua orang memandang nadia. meminta penjelasan.

" kenapa? betullah tu.. cempaka dah selamat menikah dengan big boss tid.." maklum nadia sambil terus menyuap makanan ke dalam mulutnya. tidak memperdulikan riak rakan-rakannya. dia pun bukannya suka sangat pun dengan rakan-rakannya ini. kebanyakannya gila gosip. agaknya kalau tidak bergosip boleh berbuih mukut mereka.

" big boss tid? tengku ikran?" tanya idham terkejut juga.

nadia angguk kepalanya. masih sibuk menjamah semua hidangan yang ada. untunglah nadia jenis susah nak naik badan. makan macam mana pu badannya masih maintain cantik.

" habistu.. video tadi tu?" ain kamila masih tidak berpuas hati lagi dengan kisah video tadi.

" yang tu korang tanyalah zikri sendiri.. mana dia dapat.. sebab setahu aku.. perempuan tu pembantu merangkap bodyguard yang diupah suaminya untuk ikut cempaka.."

semua yang ada mengangguk. mereka memandang zikri dengan perasaan yang berbuku.

" lah.. aku mana tahu.. dah aku tengok diorang mesra semacam.. so.. aku pun fikir diorang memang les.. lagipun cempaka tak pernah cerita apa-apa pun.." zikri membela dirinya. sejujurnya dia masih terkejut. entah-entah cempaka dan nadia bersubahat. takkan seorang oun tidak tahu cempaka sudah berkahwin. hatinya masih cuba menidakkan kata-kata nadia. dia masih menyimpan harapan untuk meperisterikan cempaka.

cempaka hanya diam sepanjang perjalanan pulang. matanya dipejamkan. menahan diri dari menangis di hadapan jefri dan dayana. dia betul-betul serabut. emosinya sangat bercelaru. lagu-lagu berentak perlahan yang terpasang di corong radio seolah-olah menyindirnya. dayana dan jefri juga turut sepi. hanya helaan nafas masing-masing yang kedengaran.

telefon bimbit cempaka berbunyi menandakan ada panggilan masuk. nama nadia tertera.

" hmm..." dengan malas nadia menjawap.

" babe.. kau okey tak... sorry.. kalau aku tahu jadi macam ni.. aku takkan paksa engkau datang.." nadia cuba memujuk cempaka.

" aku okey.."

" babe... aku tahu kau tak okey.. jom kita jumpa.. aku datang rumah kau.." nadia tahu bila cempaka berjauh hati atau marah,dia suka memencilkan diri danmenangis sendirian.

" takpe babe.. nanti ada apa-apa aku akan call kau.." cempaka menolak niat baik nadia. dia tidak mahu diganggu sekarang.

" suami kau ada?" tanya nadia. kalau ada ikran,sekurangnya boleh ikran tengokkan cempaka.

" business trip.. " sepatah cempaka menjawap.

" babe.. confirm kau okey.." nadia bertanya lagi sekali inginkan kepastian.

" nad... kalau aku tak okey.. dah terbalik meja aku kerjakan tadi.." betul. kalau ikutkan hati cempaka sudah lama zikri dan rakannya ditumbuk satu persatu.

" babe.. kau tahu kan zikri tu.. dia gila sikit.." nadia mempertahankan zikri. baginya zikri salah faham. lagipun salah cempaka juga sombong tidak bertempat.

" babe.. aku letak dulu.. lagipun aku dah sampai ni.. tentang hal zikri tu..aku harap tamat dekat sinilah.. aku taknak dengar apa-apa lagi.." cempaka cuba menamatkan perbualan.

" iyelah.. take care babe.." nadia menamatkan perbualan. talian dimatikan oleh cempaka.

nadia memandang cermin besar di depannya.bibirnya menyimpul senyum sinis yang hanya dia sahaja fahami. matanya bersinar galak. gembira dengan kejadian hari ini. tidak sia-sia dia datang hari ini.

dayana dan jefri saling berpandangan apabila cempaka menghilang masuk ke dalam villa.

" nampaknya macam ada benda tak kena jer.." tegur dayana memandang pintu utama.

" dah dapat maklumat tentang mamat nama zikri tu?" tanya jefri sambil menapak ke dalam villa.

" semua maklumat tu ada atas meja dalam bilik kawalan." jawap dayana yang sentiasa efisen dengan tugasnya.

" good.. sekarang aku ada urusan penting.." jefri menghilang ke dalam bilik kawalan. dia ingin menyiasat peristiwa yang terjadi di restoren sebentar tadi. naluri serigala dalam dirinya menyatakan hari ini cempaka dalam masalah.

selepas jefri menghilang,dayana menghampiri pembantu rumah yang sibuk bergosip sesama sendiri. aktiviti waktu lapang.

" kenapa dengan cik puan?" tanya mak pah kepada dayana yang baru muncul.

dayana mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" balik-balik terus menonong jalan ke bilik.. kita tegur pun dia buat tak nampak.." cerita mira.

" dia ada masalah lah tu.. " dayana membuat kesimpulan. ketiga-tiga mereka mulalah bergosip. satu persatu isu dikupas dengan penuh teliti.


next chapter
Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C65
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄