"Berhentilah bersikap keanak-anakan," kata Ke Yunhai, cinta dirasainya semakin mendalam. "Tumpukan sepenuhnya pada pertapaanmu. Ia sesuatu yang baik. Aku Cuma harap kau bertindak sebegini lebih awal."
"Baik, pergi. Pagoda Dewa Syaitan terbuka dalam tiga hari. Kalau kau berjaya mendapatkan sebahagian kemahuanmu, tidak sia-sia aku cuba bukakannya untukmu." Dia memandang merenung Meng Hao.
Meng Hao menundukkan kepalanya dan menggenggam kedua-dua tangannya. Memegang erat beg kulit binatang dalam tangannya, memendam emosi dalam dirinya.
Ketika dia memerhatikan Meng Hao pergi, wajah Ke Yunhai tidak lagi kemerahan, tetapi pucat. Lebih banyak kedutan kelihatan dan aura kematian mengelilinginya semakin kuat. Api kehidupannya bagaikan akan terpadam bila-bila sahaja.