下載應用程式

章節 1: Mimpi

Gelap.

Seika tersedar dan hanya dapat melihat kegelapan, tidak ada sebarang cahaya di dalam kegelapan.di dalam kegelapan seika mula bertanya kepada dirinya sendiri.

'Bagaimana aku berada di dalam kegelapan ini?'

Seika tidak ingat apa yang melaku kepada-nya.tetapi,seika mula merasakan kesakitan di seluruh tubuhnya,terutama dibahagian mata kanan.

Otak seika mula merespon rasa sakit di seluruh tubuhnya dan meludah kan kata-kata di dalam hati.

'INI SAKIT!!, SAKIT!!, SAKIT!!. KENAPA INI SANGAT MENYAKITKAN!!!..'

Entah kenapa, seika tidak dapat membuka mulutnya seolah-olah tekaknya disumbat oleh sesuatu.sudah tentu di bahagian dalam tekaknya seika juga merasakan rasa sakit.

Dalam emosi yang kacau, seika mula merasakan takut akan situasi ini, seika takut akan kegelapan, seika takut akan rasa sakit yang ia alami.

Walaupun begitu, seika supaya upaya menggerakkan tubuhnya. Tetapi tubuhnya tidak merespon sama sekali.

Dalam rasa sakit, takut dan ketidakupayannya, seika meludah kan sekali lagi soalan yang terkumpul di dalam benaknya.Tetapi dengan lebih agresif.

'BAGAIMANA AKU BERADA DI DALAM KEGELAPAN INI!!!,KENAPA TUBUH AKU TIDAK DAPAT DIGERAKKAN!!!, KENAPA SELURUH TUBUH AKU TERASA MENYAKITKAN!!!'

Dalam berbagai soalan yang tidak dapat dijawab oleh seika. Seketika seika merasakan rasa sejuk, rasa sejuk ini tidak terasa diseluruh tubuh, tetapi di suatu titik iaitu, muka. Seika merasakannya itu sangat sejuk. Seolah-olah itu titisan air yang sejuk.TIDAK, itu memang sebuah titisan air yang jatuh di pipi seika. Itulah yang difikirkan seika.

Tetapi entah kenapa, titisan air yang jatuh di wajahnya membuat seika merasakan sebuah ketenangan, ketenangan ini membuat seolah-olah rasa sakit seika bukanlah apa-apa.tetapi rasa sakit seika diganti oleh satu perasaan yang aneh di hatinya.iaitu, perasaan takut, perasaan takut akan kehilangan sesuatu.

Seika tidak memahami kenapa ia tiba-tiba merasakan perasaan itu.tetapi entah kenapa, perasaan itu memberi seika sebuah kekuatan, kekuatan untuk menggapai rasa sakit dan rasa takut akan kegelapan ini.

Selain itu, seika juga mendapatkan sebuah dorongan untuk keluar daripada kegelapan ini. Disebabkan oleh perasaan takut akan kehilangan sesuatu.

Dengan kekuatan untuk menggapai perasaan sakit dan takut dan sebuah dorongan untuk keluar daripada kegelapan.

Seika keluar daripada kegelapan yang menyelimuti nya.yakni,seika membuka matanya untuk keluar daripada kegelapan.

Seika membuka matanya secara perlahan.

Perkara pertama yang seika lihat ialah sebuah wajah,wajah seorang gadis yang berada di hadapannya. dengan situasi ini seika dapat memastikan bahawa ia dalam posisi tidur, sedangkan si gadis berada dalam posisi atas tubuhnya.

Seika fokus matanya kepada wajah si gadis dan seika baru menyedari bahawa mata kanannya tidak terbuka sama sekali, dengan hanya bergantung kepada mata kirinya dan menggapai rasa sakit di mata kanannya. Seika melihat wajah si gadis.

Wajahnya sangat cantik dan menawan, kulitnya yang putih bersih dan halus, dan matanya yang hijau dan rambutnya hitam panjang, yang menggilinggi muka seika, seika mengeluarkan isi di benak.

'ah... ia sangat cantik..'

Seika tidak pernah melihat gadis secantiknya.

Hening...

Seika dan si gadis saling bertatapan. Tetapi kedua-duanya hanya saling melihat. Wajah si gadis tidak menunjukkan ekspresi muka sama sekali. Si gadis hanya menatap kosong ke arah wajah seika.

Walaupun seika tidak memahami situasi, entah kenapa melihat wajah si gadis membuat seika merasa tenang.

Tiba-tiba seika merasakan titisan air di pipinya yang sejuk sekali lagi, kali ini seika tahu dari mana punca titisan air itu.titisan air itu keluar dari mulut si gadis dan seika menyedari itu bukan titisan air, tetapi titisan darah yang keluar dari mulut si gadis.

Ketenangan Seika hancur.

Perasaan yang seika alami di dalam kegelapan kembali lagi iaitu perasaan takut akan kehilangan sesuatu.

Situasi itu membuat seika panik dan itu membuat seika memaksa mulutnya berbicara sekali lagi.tetapi tidak berjaya, hanya keluar berkataan yang tidak jelas daripada mulut seika.

Dalam kekacauan emosi seika,si gadis tiba-tiba menunjukkan sebuah ekspresi di wajahnya, si gadis menunjukkan ekspresi sedih di wajahnya.

Dalam beberapa detik, si gadis itu mula sedikit tersenyum dan entah kenapa itu membuat Seika tenang kembali.

melihat seika tenang, si gadis meludah kan kata-katanya kepada Seika yang berada di hadapannya.

"Ka...kakak.." seika baru teringat akan sesuatu, kenapa wajah si gadis ini terlihat seperti adik perempuanku? Si gadis sambung perkataannya "kakak..ban..gun..."

Ya, si gadis ini memang adik aku 'Luisa'

***

Gelap.

Kegelapan melimukti seika sekali lagi. Tetapi kali ini berbeda seika tidak merasakan apa-apa. Rasa sakit dan takut.hilang, seolah-olah tadi hanya sebuah ilusi.

Seika tidak merasakan tubuhnya. TIDAK, Seika merasa seolah-olah ia tidak pernah memiliki tubuh seperti roh terapung di dalam kegelapan tanpa tujuan.

Di dalam kegelapan yang tenang, tiba-tiba muncul sesosok badan yang menghampiri seika.

Sosok itu datang menghampiri seika, ia berjalan dalam kegelapan. Sosok itu berhenti berjalan. dalam jarak beberapa meter daripada pandangan seika, seika dapat melihat kaki,tangan dan badan tapi entah kenapa seika hanya dapat melihat separuh wajah sosok misteri itu.

Tapi seika dapat memastikan bahawa sosok itu seorang lelaki.

Seika melihat tubuh sosok itu.

Sosok itu memiliki tubuh berotot dan banyak parut di seluruh tubuhnya dan sosok itu tidak memiliki tangan kiri. Seika mula memfokuskan pelihatan nya kepada wajah sosok itu, tetapi seika hanya dapat melihat separuh wajahnya. di bahagian mata kanan sosok itu terlihat sedikit parut garis lurus seperti 'l' dan seika merangsumsi bahawa mata kanan sosok itu buta.

Setelah selesai melihat sosok itu. Tiba-tiba sosok itu membuka mulutnya dan berbicara.

"Waktunya sudah hampir tiba...seika..."

Seika tidak memahaminya. Fikirannya kosong seperti ia tidak di benarkan untuk berfikir makna dari kata-kata sosok itu.

Sosok itu menutup mulutnya dan digantikan dengan senyuman. Sosok itu senyum kepada seika.

Dan sosok itu membuka mulutnya sekali lagi sambil tersenyum. tetapi kali ini dengan suara wanita bukan lelaki.

"KAKAK..!!!! BANGUNNNNN!!!!!!"

AKU TERSEDAR DARI MIMPI ITU.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C1
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄