下載應用程式
60% Our Precious Moments / Chapter 6: ALRIGHT, I'M SORRY

章節 6: ALRIGHT, I'M SORRY

"Hah??!"

Hanya perkataan itu saja yang mampu keluar daripada bibir Aira. Mulutnya ternganga dan matanya tidak berkelip memandang guru wanita itu.

*****

"Ni semua salah kau la ni. Tak pasal-pasal aku kena duduk rumah seminggu!" Aira merungut sambil dibantu oleh Rafie Dasuki untuk keluar daripada Bilik Rawatan Pelajar.

"Dah, dah. Aku tau lah aku salah. Kan aku dah mintak maaf takdi." Bidas Rafie sambil memapahnya perlahan-lahan.

Aira hanya mencebik bibirnya sebagai tanda tidak puas hati. 'Alah! Kau tak kena aci lah cakap macam tu! Cuba kalau kau yang kena? Aku nak tengok kau sakit ke tak?' Protesnya dalam hati.

Rafie mengeluh sambil melihat Aira. 'Haa...Degil jugaklah dia ni! Aku dah kata mintak maaf banyak kali dah! Tapi tetap ungkit dan tak nak maafkan!'

*Ting!*

Tiba-tiba muncul satu idea daripada otak Rafie. Bijak jugak otak kau ni sampai boleh bunyi-bunyi bagai.

'Aha! Aku dah tau nak buat apa!'

Rafie menuju ke arah bangku yang terletak di tepi Bilik Rawatan Pelajar. Aira tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mengikut langkah kakinya. Yelah, kaki tengah sakit. Takkan nak pegi lari pulak! Takkan dia nak melompat ke sana ke sini dengan happy? Ni bukan citer Hindustan yang Kabhi Kushi Kabhi Gham punye! Nak menari bagai! Tak payah nak berdrama, Aira!

Rafie menyuruh Aira duduk di atas bangku tersebut. Kemudian dia berdiri dan berhadapan dengan Aira. Dia menundukkan pandangannya memandang wajah Aira sambil membuat muka Gwiyomi. Acah-acah comel dan sedih beb!

Aira terpaku di atas bangku sambil melihat wajah tersebut. 'Alahai, apahal comel sangat aku tengok dia ni?'

Rafie berdehem. "Ehem!" Dia membetulkan suaranya. Sepertinya dia akan membuat konsert nyanyian sebentar lagi. Kemudian, kedengaran suara merdu nan indah dinyanyikan olehnya.

"I'm sorry, yeah,

Sorry, yeah,

Sorry...

Yeah I know that I let you down,

Is it too late to say I'm sorry now?"

Usai dia selesai bernyanyi pendek, dia menyambung ucapannya. "Alright! I know I was wrong! I'm sorry, okay?"

Matanya yang coklat cair itu lunak memandang tepat ke arah muka Aira sambil tersenyum manis.

Senyuman memukau dia betul-betul membuatkan Aira terpegun macam batu. Macam tengah dengar lagu Negaraku. Tak bergerak langsung! Matanya terkebil-kebil memandang manusia yang terlalu tampan di hadapannya. Cair sangatlah bila dia ni senyum! Manis macam aiskrim Cornetto! Rasa macam nak picit-picit je pipi dia tu! Jantung Aira berasa mahu terloncat keluar daripada badannya. Seluruh tubuhnya pula terasa lemah sangat sampai rasa nak tumbang! Kakinya pun rasa longai macam jeli-jeli Nata De Coco!

'Ambik kau! Sekali dia keluar bahasa omputih dia, dah bergugur tangkai jantung! Adui, tolong! Aku dah tak kuat dah nak duduk sekolah! Mak! Aku nak balik rumah!!'

Apabila melihat tiada reaksi daripada pelajar perempuan di hadapannya, Rafie melambai-lambai tangannya. "Haloooo?"

'Takkan aku nyanyi takdi tak sedap kut? Aku dah sampai sanggup buat muka comel supaya dia dapat maafkan aku. Hmm, tak boleh jadi ni. Aku kena cakap sesuatu.' Rafie berfikir sambil memerhatinya.

"Aira, I'm sorry, okay?" Ujar Rafie dengan lembut sambil memandang Aira. Pandangan yang amat menusuk kalbu! Aira berasa seakan-akan terkena panahan jiwa!

"Hah? Oo..okay..." Aira tersedar daripada lamunannya dan mengangguk laju. Dia menundukkan pandangannya ke bawah sambil tersenyum-senyum sendiri. Hatinya senang usah dikira! Happy semacam nampak!

Hati Aira berbunga-bunga dan menjerit keriangan. 'Weh!!! Mamat Belanda panggil nama akuuu!! Dia mintak maaf kat aku! Sape je yang takkan terima maaf dia? Orang gila je takkan terima!'

Rafie tersenyum macho. 'Haa, tu baru betul!' Bisiknya dalam senyuman.

"Okay, kau duduk sini diam-diam. Aku nak pergi ambik barang dan beg kau dalam kelas kau! Lagipun kaki kau kan sakit! Tunggu aku, ya!" Selepas Rafie berkata demikian, dia berlari-lari anak ke arah bangunan di blok sebelah.

"Wahh..laju betul dia lari." Aira berkata-kata selepas Rafie hilang daripada pandangan matanya. Laju macam atlet pelari sekolah! Sekelip mata je hilang. Macam Chipsmore je! Aira hanya mampu tersenyum seorang diri.

*****

"Nah, barang dan beg kau." Rafie menghulurkan beg sekolah Aira dan barang-barangnya. "Kau dah telefon keluarga kau? Bila mereka ambik kau?"

Aira mengangguk-angguk sambil menggalas beg sekolah kesayangannya ke belakang badannya. "Dah! Aku dah panggil mak aku datang mari ambik kat sekolah. Aku guna telefon cikgu Adawiyah call mak aku."

"Ooo..okay." Rafie hanya membalas pendek. Dia memerhatikan tindak-tanduk Aira menggalas beg sekolahnya. Dia membuka mulutnya.

"Kau tak bolehlah galas beg macam tu, takkan kau lupa kalau kaki kau tu sakit? Mana boleh angkat benda berat. Kang tak pasal-pasal aku kena papah lengan kau balik!"

"Hah? Habis tu aku nak galas macam mana?" Soal Aira sambil mengerutkan kedua belah keningnya dan memandang Rafie.

"Macam ni lah!"

Rafie mengambil beg sekolah di belakang Aira dan menggalas beg itu di atas bahu kanannya. Aira memandang dia pelik.

"Jangan cakap kat aku, kau nak galas beg aku yang berat tu dekat bahu kau macam tu."

"Kalau aku cakap kau betul, macam mana?"

Aira membulatkan mata dan memandangnya. "Seriuslah?!"

"Of course." Selamba badak je Rafie menjawab. Ah lantaklah!

Rafie, Rafie, kau ni betul ke tak?

"I..Ikut suka hati kau lah! Jangan ngadu kat aku kalau beg aku berat nanti!" Aira memberi amaran sambil menuding ke arah Rafie menggunakan jari telunjuknya.

"Okay." Rafie membalas sambil menunjukkan emoji 'OK' menggunakan sebelah tangannya.

Confident tahap tinggi kau ni, Rafie!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C6
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄