下載應用程式
51.61% Fantasy FairyTaniah For Are Lost Journey / Chapter 16: Chapter 15

章節 16: Chapter 15

HUTANG LARANGAN 

Hutang larangan merupakan hutan kedua yang dijaga ketat oleh oleh Pusat Pemerintahan dan Pemantauan Sihir Sedunia ( Menara Sihir).

Hutan larangan menjadi habitat kepada beberapa jenis spesis yang terancam. Selain itu, hutan ini turut menjadi lokasi tempat tinggal bagi para moster yang terkenal dengan keganasan serta memiliki tingkat bermula dari A hingga SSS.

{ Binatang dan moster merupakan spesies serta bersifat berlainan. Binatang mempunyai 2 jenis yang dipanggil binatang normal class Animal yang terdiri dari spesis yang biasa dijumpai serta tidak memiliki mana sihir. Harga untuk class ini tidak terlalu tinggi kerana mudah diperolehi. Contoh binatang Normal Class Animal, lembu, arnah, ikan, ayam dah sebagainya.

Keduanya dipanggil sebagai High Class Animal, spesies ini merupakan spesies yang kian pupus ataupun terancam. Kebanyakan binatang ini tinggal di hutang Suci. Dimana disana mereka dijaga secara khusus oleh pari-pari hutan serta bangsa Elf. Binatang ini jugak memiliki kekuatan mana di tubuh mereka dan memiliki khasiat tertentu serta kegunaannya. Harga untuk High Class Animal mempunyai harga yang tinggi kerana sukar diperolehi. Contohnya adalah Rusa, kijang dan arnab putih.

Moster merupakan spesies yang berbahaya kepada manusia kerana sifatnya yang sukar menyerang dalam melindungi diri mereka, tidak seperti binatang normal atau suci. Mereka lebih suka melarikan diri berbanding moster yang akan menyerang manusia tanpa mengira baik ataupun tidak.

Moster turut memiliki tingkat tertentu yang bermula dari kelas bawah iaitu tingkat 

4 (Class E & F)  sehingga ke tingkat paling tinggi level High Master }

Di hutan tersebut memiliki beberapa jenis tumbuhan herba yang turut teramcam serta sukar dijumpai dan hanya dijumpai di kawasan tertentu. Malah tumbuhan itu turut memiliki kelas tertentu, begitu jugak dengan harganya.

Kebanyakan tumbuhan itu dipanggil dengan perkataan TUMBUHAN LANGKA atau TUMBUHAN KELAS A.

{Untuk semua jenis tumbuhan herba mahupun sihir hanya memiliki 3 class sahaja iaitu Normal plant. Tumbuhan ini tidak memiliki racun mahupun mana. Sebaliknya tumbuhan ini hanya bersifat biasa dan normal. Tumbuhan ini mudah diperolehi serta boleh ditanam sendiri. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam kehidupan seharian umat manusia untuk dijadikan bahan-bahan masakan.

Magic plant or herb class 2, sejinis tumbuhan yang memiliki mana sihir ataupun jenis herba yang digunakan oleh para perubatan. Tumbuhan ini mudah diperolehi di mana-mana hutan terutama di hutan suci. Harga untuk tumbuhan ini sedikit tinggi dari tumbuhan dari kelas 3 normal plant. Tumbuhan ini turut boleh ditanam andai tempatnya bersuaian.

Kelas akhi adalah kelas pertama, Rare plants or Class A plants (Tumbuhan langka dan Tumbuhan kelas A) Tumbuhan ini merupakan jenis yang mempunyai kekuatan mana ataupun herba yang mampu memberi kelebihan kepada setiap pemakanannya. Habitat tumbuhan ini sukar dicari kerana mereka tumbuh secara liar dan hanya berada di hutanh larangan ataupun di hutan suci. Kebanyakan tumbuhan ini dijaga oleh sesuatu yang dipanggil sebagai PENJAGA. harga untuk tumbuhan ini adalah sangat tinggi.}

Sekiranya seseorang pengembara mahu memasuki hutan ini, maka orang itu haruslah memiliki keizinan dari menara sihir.

Setiap orang yang dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut akan diberikan tanda kebenaran dari menara sihir dalam perbagai bentuk.

Antaranya adalah, surat rasmi, pingat yang memiliki lambat menara sihir serta satu logam bersalut emas yang dibentuk merupai logo rasmi Menara Sihir. Logam kecil itu dimiliki secara langsung oleh ketua pengasas Menara Sihir iaitu Yang Mulia Sihir Agung.

Dan di lokasi ini yang menjadi lokasi untuk seorang anak muda menghabiskan masa pada setiap hujung minggu.

Orangnya adalah Ryunosuke Nishimura/Hishimura. Sosok itu sedang duduk di sebatang pokok sambil memejamkan kedua matanya.

Dia mengambil keputusan untuk merehatkan tubuh lelahnya di sepohon pokok yang cukup besar dan berada di kedudukan yang cukup tinggi.

Malah, Ryunosuke sempat terlena selama beberapa jam. Sehinggalah kedua kelopak matanya terbuka secara perlahan.

Dia meregangkan tubuhnya yang kini dapat dia rasakan ketegangan akibat tidur dalam posisi duduk. Tidak sedar, hari ini telah genap 1 bulan dia menghabiskan masa cutinya di hutang larangan.

Malas keadaan fiziknya turut berubah sedikit, tapi perubahan itu tetap dia rahsiakan pada umum. Dia masih dengan pendiriannya untuk menutup kelebihan serta kekuatan sebenarnya yang di miliki. Cukuplah hanya beberapa orang tertentu yang mengetahui kebenarannya.

Dia masih ingin hidup dengan jalan yang dia telah pilih seawal dia menjejakkan kakinya ke kerajaan ini.

"Argghhh!! Dah nak malam. Rasanya aku dah boleh balik sekarang." Kata Ryunosuke kepada dirinya sendiri.

Dia meregangkan otot-ototnya sebelum melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Sewaktu perjalanan, kedua anak matanya tidak lepas memandang keadaan sekeliling serta sentiasa mempersiapkan diri dari serangan master yang mungkin akan menyerangnya.

Krak! Krak!

Langkah kaki Ryunosuke terhenti bila telinganya dalat menangkap satu suara ratin patah yang datang dari arah kirinya.

Krak! Krak!

Lagi sekali telinganya dapat mendengar bunyi yang sama dan datang dari tempat yang sama. Bezanya bunyi itu kian jelas.

Kerana curiga, dia mengeluarkan sedikit kekuatan sihir anginya. Niatnya, dia akan menerbangkan haiwan tersebut lalu menidurkan mereka tanpa memasang niat untuk membunuh mereka.

Awww...

Sekita dia terpegun bila mendengar bunyi seakan dalam kesakitan. Malah bunyi itu berasal dari tempat yang sama. Lagi sekali dia mendengar bunyi tersebut tapi kian lama makin melemah.

Ryunosuke mengambil lamgkah kearah bunyi tersebut kerana keinginannya sendiri. Mana tahu binatang itu dalam masalah. Walaupun dia tahu spesies mereka tidaklah mudah lembut dengan manusia. Tapi nak salah kan mereka pun tak boleh! Salah kan jugak pada manusia yang kerap memburu mereka.

Dengan berhati-hati, Ryunosuke menyelak tumbuhan rumput yang menyembunyikan haiwan tadi yang kini didalam mindanya dalam keadaan cedera.

Grrrr...Awww...Grrr!!

Ryunosuke dapat melihat seekor haiwan kecil yang seakan kucing. Dari matanya, keadaan haiwal kecil itu sangat menghibakan. Seluruh tubuh kecilnya dibaluti oleh darahnya sendiri.

Ada dibeberapa anggota tubuhnya yang terdapat luka kecil dan besar. Keadaan haiwan itu sungguh menghibakan bagi Ryunosuke.

"Hei! Kau sorang ke. Mana induk kau?" Soal Ryunosuke yang kini mencangkung di hadapan haiwan kecil tersebut.

Tangannya terhulur kearah haiwan kecil tersebut. Tapi mendengar raungan si kecil tersebut, tangannya berhenti diatas kepala si kecil.

"Hei jangan takut! Aku tak akan apa-apa kan kau. Rileks lah. Aku nak tengok keadaan luka kau. Jangan risau aku bukan musuh kau." Ucap Ryunosuke dengan senyuman manisnya.

Haiwan kecil itu seakan memahami apa yang diucapkan oelh Ryunosuke. Dia membiarkan tubuhnya di sentuh oleh Ryunosuke sehinggalah Ryunosuke menyudarkan niatnya pada tubuhnya.

Seperti yang diucapkan oelh Ryunosuke, dia mengubati luka yang dialami oleh haiwan kecil tersebut dengan penuh lemah lembut dan kaish sayang.

"Baiklah! Luka kau aku dah tolong tutupkan dengan kain ni.

Tapi lagi ke tiga hari luka kau baru akan pulih sepenuhnya.

Buat masa ini, kau kene mintak bantuan induk kau agar jaga diri kau dan makan minum kau dalam tempoh pemulihan." Kata Ryunosuke yang kini telah bangkit berdiri tapi anak matanya tidak lepas memandang kearah haiwan kecil tersebut.

"Sekarang bagi tahu aku mana induk kau!" Soal Ryunosuke kepada haiwan tersebut. Seperti tadiz haiwan tersebut memahami apa yang diucapkan oleh manusia. Kedua mata tersebut berubah arah ke sebuah laluan yang terdapat titisan darah yang berasal dari tubuh kecilnya.

Ryunosuke memandang kearah yang ditunjukkan oleh sikecil. Seakan faham, dia membawa tubuh kecil itu kedalam dakapannya.

Setelah memastikan haiwan kecil itu selesa dalam dakapannya. Barulah dia melangkah kearah laluan yang ditunjukkan oleh sikecil.

Semakin dekat kawasan yang ingin dituju, semakin kuat aura sihir yang mengcemkam. Ryunosuke sedar bahawa tempat yang ingin dituju memiliki aura yang berlainan dan aura tersebut merupakan aura yang ganas. Seakan haus dengan darah.

Ryunosuke melirik sekilas kearah si kecil yang kini sedang mengigil ketakutan di dalam dakapannya. Melihat sikap si kecil, makin kuat tangkapannya bahawa tempat tinggal sikecil telah diserang oelh sekumpulan moster dari spesis lain dan belaian tingkat.

"Jangan takut! Aku ada dengan kau." Pujuk Ryunosuke kepada haiwan kecil yang kini sedang meringkuk ketakutan didalam dakapannya.

Seakan suara itu mujarab, si kecil merasakan keamanan yang diperolehinya walaupun dia masih memasang kewaspadaan pada Ryunosuke mahupun suatu sosok yang berbahaya di hadapan mereka.

Ryunosuke tersenyum kecil lalu meneruskan perjalanan nya. Tapi dia telah pun mengalir kekuatan mana dalam kuantiti kecil agar menjadi senjata bagi menjadi perisai semasa mereka diserang.

Selama 25 minit berjalan, akhirnya Ryunosuke tiba di suatu tempat yang cukup luas dan lapang. Tapi begitu tempst itu tidak lah seindah mana kerana telah dibanjiri oleh aliran darah yang berasal dari sebuah sarang.

Di sana terlihat beberapa moster di kelas kedua sedang berkumpul sambil menikmati daging dari mangsa mereka yang kini tidak bernyawa. Sudah dikenal pasti mangsa tersebut adalah induk dari haiwan kecil yang kini dibawanya.

Ryunosuke meletakkan tubuh kecil tersebut di suatu tempat dan melindungi tubuh tersebut dengan satu likaran sihir perlindungan.

"Duduk sekejap disini. Ibu kau perlu di tanam. Jangan risau ini tidak lah lama!" Ujar Ryunosuke sambil mengusap sayang di kepala haiwan kecil tersebut yang dia lihat tidak rela melepaskan dirinya. Mungkin haiwan kecil itu telah mula selesa dengannya.

"Aku janji! Lepas selesai masalah ini.

Aku bawak kau balik. Kau tak akan keseorangan.

Tunggu lah, ini tidak akan mengambil masa yang lama." Kata Ryunosuke lalu melangkah kearah sekumpulan moster yang dikwnali sebagai serigala hitam.

Moster yang hidup secara puak dan suka memburu haiwan lain untuk dijadikan makanan. Malah puak serigala hitam turut membaham manusia, seandai manusia itu mampu mereka tawarkan. Moster ini berada di kelas kedua.

"Wahh!! Seronok nampak dengan makan petang korang.

Korang sedar tak! Korang dah buat si kecil kat sana jadi yatim piatu.

Sape yang nak jaga dia kalau korang dah santap keluarga dia!

Kejam lagi! Si kecil tu pun korang cedera kan. Sungguh buas korang ni." Kata Ryunosuke dengan senyuman sinisnya.

Malah aura gelapnya turut dipamerkan. Kini dia berubah menjadi sosok aslinya bukan sosok seorang pelajar lemah.

Grrr!!  Gruoahhh!!

"Hmm...otak korang ni kalau tak fikir nak menyerang dan makan tak boleh ke!

Aku baru ingat nak selesai cara baik. Tapi apa kah daya.

Bukan salah aku tapi korang sendiri yang mintak. Jadi SAYONARA!!" Ucap Ryunosuke sebelum melibaskan tangan kanannya dengan sekali ayunan.

Dalam kiranya singkap, sekumpulan serigala hitam itu tumbang ke tanah dengan badan yang tersiat dua. Darah terpecik keluar dari tubuh kesemua tubuh.

Ryunosuke hanya menatap datar kearah sekumpulan moster tersebut yang telah mati ditangan nya. Dia melangkah kearah tubuh tanpa nyawa milik induk si kecil yang diselamatkan olehnya.

"Bersemandi lah dengan tenang. Aku akan jaga anak kau dengan baik. Maaf aku terlambat untuk selamat kan kau. Maaf kan aku!" Ucapnya sayu lalu menanam tubuh tersebut di kawasan yang sama.

Setelah selesai, dia mengambil beberapa ekor bangkai serigala yang telah dia bersihkan untuk di jual di guild sihir. Dengan keadaan serigala yang dibunuh secara cantik, maka dia akan memperolehi harga yang cukup tinggi.

"Hei si kecil! Aku akan ke suatu tempat dahulu barulah aku akan bawak kau balik.

Tapi jangan risau. Tenpat yang aku nak bawak kau ni tempat yang aman. Jadi tak perlu takut ye!"  Kata Ryunosuke kepada si haiwan kecil. Dan haiwan itu hanya mengiyakan sahaja tanpa menunjukkan sikap perlawanannya.

Sebaliknya dia terlena dalam kehangatan tubuh Ryunosuke sepanjang perjalanan.

Di sebuah guild, Ryunosuke meletakkan tubuh beberapa bangkai serigala hitam dalam kondisi baik tanpa sebarang sayatan di tubuh tersebut di atas meja yang berlapik kain.

Manakala di seberang meja, Ryunosuke meletakkan satu bakul kecil yang bertutup yang di mana didalam terdapat haiwan kecil yang diselamatkan tadi.

Setelah tibanya di guild, Ryunosuke memindahkan hasil pencarian tumbuhan langkanya  di atas kaunter lalu meletakkan tubuh si kecil kedalam bakul tersebut agar haiwan itu dapat kembali terlena.

"Terbaik anak muda! Kali ini kamu dapat habuan besar." Kata ketua guild dengan nada yang semangat.

Ryunosuke hanya menganggukkan kepalanya tanpa banyak bersuara. Tujuan dia daftar ke guild hanya untuk memudahkan dia keluar masuk kerajaan. Jadi dia hanya akan mengambil tugas, menyelesaikan tugas lalu mengambil upah dari hasil menyelesaikan misi dengan baik dan sempurna.

Itu sahaja yang menjadi tujuannya, untuk bergaul itu ada, cuma dia masih tidak berapa terbiasa bergaul dengan orang lain. Apatahlagi punca kejatuhan kerajaan berpunca dari sikap seseorang yang tak berotak sampai berani khinat pada kerajaannya.

Disebabkan itu, dia mula was-was dengan orang sekelilingnya. Sukar untuk memberi kepercayaan secara menyeluruh kepada seseorang. Apatahlagi dia tidak mengetahui niat seseorang itu samada ada baik ataupun sebaliknya!

"Tahniah Ryu! Kamu memperolehi 1,250  credit dan 10 koin coper." Kata seorang kerani yang bertugas di kaunter guild.

Sosok yang terkenal manis dan sexy itu dikenali dengan nama Melody. Malah sosok itu sebaya dengan Ryunosuke dan turut bersekolah di academy. Seperti Ryunosuke, melody turut merahsiakan pekerjanya yang seorang anggota guild sihir.

"Terims kasih Melody." Balas Ryunosuke dengan perlahan tapi sikap dinginnya masih dia kekalkan. Tapi masih boleh dikatakan mesra berbanding sebelumnya.

"Untuk sikecil yang kamu bawa, Saya sudah periksa keadaan dia. Luka dia boleh tahan teruk, nasib baik awak cepat tolong dia kalau tak dia mungkin tidak akan bertahan. Apatahlagi racun dari segala hutam telah separuh menyerangnya." Sambung Melody sambil matanya menangkap sosok si kecil didalam bakul yang dibawa oleh Ryunosuke.

Dia agak terkejut, bila pemuda bersikap dingin itu datang kepadanya untuk meminta bantuannya agar mengubati luka yang berada di tubuh haiwan kecil yang dia bawa dari hutan larangan.

Lagi diam terdiam bila haiwan kecil yang dibawa oleh pemuda itu merupakan salah seekor spesies kucing magic yang kian pupus, Navybluenight Cat.

Navybluenight Cat merupakan salah satu spesis yang kian jarang ditemui kerana mengalami kepupusan akibat dari aktiviti berburu. Spesies ini tingggal secara puak kecil tapi lebih kepada bersendirian. Itu kerana dari spesis mereka hanya akan tinggal bersama induknya semasa mereka berusia bayi setelah dewasa mereka akan bergerak secara bersendirian.

Haiwan ini turut memiliki mana di dlam tubuh mereka serta mampu menghasilkan racun yang mematikan sekiranya mereka di dalam bahaya. Namun kelebihan mengeluarkan racun dan mana akan dimiliki bile mereka genap 20 bulan yang merupakan usia matang mereka.

Namun ada sahaja di antara spesies ini yang mengeluarkan kelebihan serta mana sebelum mereka matang. Tapi selalunya itu terlalu mustahil, andainya haiwan kecil itu melakukan perkara tersebut maka dia akan di incar oleh haiwan buas lain. Kerama di tubuh mereka akan mengeluarkan aura yang cukup memikat bagi pihak pemangsa.

"Jadi dia ni Navybluenight Cat!" Soal Ryunosuke lalu melihat ke arah sikecil yang sedang kena. Baru dia perasan bahawa bulu yang dimiliki oleh si kecil itu berwarna navy blue yang cukup cantik dan berkilat.

Apatahlagi malam itu kedua bola mata si kecil berwarna emas. Jadi terbukti bahawa haiwan kecil ini berasal dari spesis Navybluenight Cat yang kian teracam. Antara dua ciri bagi spesies tersebut.

"Ya dan ini senarai makanan yang mereka makan dan tidak lupa lesen untuk memelihara haiwan di kelas atas." Kata Melody sambul menghulurkan satu buku kecil kepada Ryunosuke. Buku pengakuan kebenaran untuk memelihara haiwan yang berada di kelas atas.

Ryunosuke membelek-belek buku kecil tersebut sebelum masuk ke dlama saku seluarnya. Setelah selesai menguruskan urusannya. Dia meminta diri meninggalkan guild lalu pulang ke asrama.

Sebelum balik ke asrama, Ryunosuke singgah ke dua kedai iaitu kwdai haiwan untuk membeli peralatan si kecil dan akhirnya dia singgah di supermarket untuk membeli makanan hariannya dan tidak lupa makanan untuk si kecil.

Setibanya di biliknya, dia meletakkan kesemua belanja di atas meja makan lalu dia mengeluarkan tilam kucing untuk haiwan peliharaannya.

Dia meletakkan katil itu di samping tempat tidur. Setelah itu dia meletakkan tubuh kecil tersebut di sana tanpa menganggu lena kecil.

Ryunosuke tersenyum kecil sambil mengusap-usap kepala si kecil debgan penuh sayang. Betul orang kata kucing Navybluenight Cat mudah memikat hati seseorang. Apatahlagi lagi mereka turut terkenal dengan kepandaian yang mereka miliki.

Hmmm huaaa.. miauu, si kecil kini telah bangkit dari lenanya lalu bola mata emasnya tidak lepas memandang kearah Ryunosuke yang kini menjadi tuan barunya.

Malah si kecil itu bangkit dari tilam dan melompat kedalam dakapan Ryunosuke yanpa menghiraukan keadaan tubuhnya yang maish terluka. Dia selesa dengan hangat tubuh tuanya yang mampu menghilangkan suasana sunyi yang kini dia rasakan.

"Hei luka kau belum kering lagi!" Marah Ryunosuke tapi tetap memeluk erat tubuh si kecil itu lalu di bawa ke atas katil.

Dia cuba meletakkan tubuh kecil itu ke tilamnya tapi si kecil kembali melompat kearahnya.

Akhirnya Ryunosuke hanya membiarkan sahaja kemahuan si kecil itu dalam dakapan hangatnya. Mungkin haiwan kecil ini merindukan induknya yang kini telah berganti posisi dengan dirinya.

"Mulai sekarang aku akan panggil kau dengan nama Shiro!" Kata Ryunosuke sambil mengusap-usap bulu halus kepunyaan Si kecil yang kini di beri nama SHIRO.

"Semoga kau selesa tinggal bersama aku di sini Shiro!" Ucapnya kepada Shiro tanpa menghentikan aktiviti.

Malam itu dia tidur bertemankan dengan teman kecilnya Shiro dan berharap malam seterusnya kekasihnya akan terima bila posisinya telah dibagi sedikit ke Shiro.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C16
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄