Langkah kaki Ryunosuke memasuki ke perpustakaan academy yang terletak di tengah bangunan academy WhiteFairy.
Dia mendongak ke atas dan anak matanya fokus pada satu tajuk di sebuah buku "HOW TO USE A MAGIC WAND" tanpa ragu dia mencapai naskah yang terdapat di barisan keempat diantara rak buku yang cukup panjang dan tinggi
Dia membelek-belek keadaan buku tersebut lalu membaca sekilas pengetahuan di belakang buku. Ibu jari kanannya menepuk-nepuk permukaan buku sambil memikir adakah buku ini yang sesuai untuk di buat rujukan.
"Haw to use a magic wand! Awak masih tak mahir guna tongkat sihir ke sayang?" Soal satu suara lembut milik Aiko yang sedang menatap kearah tajuk buku yang diambil oleh tunangnya.
Ryunosuke terkejut dengan sapaan dari tunangnya yang tiba-tiba berdiri di belakangnya tanpa dia sedari. Sedar dengan mata Aiko yang menatap kearahnya dan buku sele berganti, dengan cepat dia menyorok buku itu dari belakang tubuhnya.
Aiko tersenyum manis tapi terlihat sedikit mengejek di mata Ryunosuke. Dia sedikit malu bila kantoi dengan gadisnya bahawa dia masih tidak mampu menguasai penggunaan senjata bagi jenis bertongkat padahal senjata lain dia mampu menggunakan tanpa melakukan kesalahan sama sekali kecuali untuk semua jenis tongkat sihir.
Dia bukan ahli dalam bidang tu sebaliknya dia yang paling teruk menggunakan senjata jenis tersebut.
"Nampaknya awak masih sama macam dulu ya sayang! Padahal tongkat merupakan senjata class asas dan paling mudah untuk tingkat satu macam awak. Tapi sebaliknya hehe!" Dengan sengaja Aiko menyakat Ryunosuke yang kini terlihat kesal kepadanya.
"Who said I can't use a magic wand? I'm good at using it, but I'm not always good at it!" Sangkal Ryunosuke yang tidak mahu mengaku dengan kelemahannya malah wajahnya dilarikan dari menjadi pandangan Aiko yang kini sedang mengunci tubuhnya dengan kedua tangan Aiko.
Dia agak kesulitan untuk melarikan diri bila tubuhnya di kunci diantara tubuh Aiko yang berada di hadapannya dan di belakangnya terdapat rak buku yang cukup tinggi.
"Err Ai! Nanti orang nampak. Kita dah janji kan jaga batas" Ryunosuke cuba mengingatkan Aiko dengan perjanjian mereka yang pada mulanya hanya di persetujui oleh satu pihak.
"Saya tidak pernah setuju pun dengan perjanjian tu sayang! Lagipun tak salah kan kalau yang lain tahu. Cuma hubungan kita je yang akan terbongkar tapi about your true identity will remain a secret!" Balas Aiko bersahaja malah aiko dengan sengaja merapatkan wajahnya ke wajah Ryunosuke dengan niat mengucup manis ke bibir merah kepunyaan Ryunosuke.
Aiko cuba menahan gelaknya bila melihat riak Ryunosuke yang tidak mahu tapi dalam masa yang mahu. Sungguh ego lelakinya cukup susah untuk ditaklukinya.
"Ryu...Why...is your face red? Do you have a fever? Or you're shy!" Ucap Aiko dengan menggoda malah dia tertawa kecil bila melihat respon kekasihnya yang terpinga-pinga.
"You want me to kiss you baby! But this is public honey! Wait for me in your room tonight, I will give you the most romantic." Kata Aiko sekilas lalu kembali menegakkan tubuhnya dengan senyuman manisnya yang sentiasa mampu mencairkan hati milik Ryunosuke.
"Ehem! Sa..pe yang nak! But if you want to give me a kiss, what's wrong!" Ucap Ryunosuke gugup dan di hujung ayatnya dengan secara diperlahankan tapi tetap didengar oleh Aiko yang kini sedang tersengih malu.
Kerana malu dengan ayatnya yang keluar secara spontan, Ryunosuke lantas melarikan diri dari Aiko yang masih malu-malu tanpa sedar yang kini Ryunosuke sudah tidak ada di hadapannya.
"Hehehe awak ni kan nakal lah ryu! Ehhh Ryu!!" Terjerit Aiko bila melihat sosok itu tidak lagi di hadapannya. Dia menoleh ke tingkat satu, di sana dia melihat kekasihnya telah pun duduk di sebuah meja yang cukup tersembunyi dari pandangan umum.
Aiko mencebikkan bibirnya geram. Tapi dia tetap melangkah kearah Ryunosuke yang fokus kepada bacaannya. Setibanya di sana, dia mengambil tempat di sebelah Ryunosuke lalu seperti biasa bahu teman lelakinya menjadi sandaran kepalanya.
Aiko tersenyum kecil bila Ryunosuke mencium dahinya sekilas. Dia kembali mengheret kan lagi pelukannya. Apatahlagi, hanya mereka berdua sahaja yang ada di perpustakaan pada waktu petang.
"Awak tak ada pape aktiviti ke Ai! Awak free ek sekarang?" Soal Ryunosuke yang masih menatap kearah bukunya.
Aiko hanya menganggukkan kepalanya tanpa bersuara. Sesekali dia mengacau Ryunosuke dengan bacaannya tapi tidak pun tindakannya itu di tegur atau dimarahi oleh Ryunosuke.
Namun jika itu orang lain maka bersiap sedia lah untuk menahan telinga mendengar mulut Ryunosuke serta aura mana yang cukup gelap dan semestinya mampu membuat tubuh seseorang kedinginan.
"Malam ni free ke?" Soal Ryunosuke kepada Aiko yang masih dengan kegiatannya, sedari tadi dia hanya membiarkan gadisnya menolak buku-buku yang menjadi bacaannya. Dia tahu bahawa gadisnya itu memberi tanda bahawa dia mahu di beri perhatian.
"Malam ni tak ada pape selain kiss yang awak mintak?" Kata Aiko dengan selamba tanpa malu. Tidak untuk Ryunosuke yang kini wajahnya telah berubah merah sepunya.
"Ehem! Kalau macam tu" Ryunosuke melihat waktu di jam tangannya. Kini sudah tepat pukul 8 malam. Patutlah tidak ada sesiapa disini.
"Jom jejalan! Saya lanja awak makan kat restoran yang awak nak try tu." Pelawa Ryunosuke yang kini memandang kearah Aiko yang telah bangkit dari duduknya.
"A..adakah ini DATING SAYANG!" kata Aiko dengan teruja kepada Ryunosuke yang tertawa lucu sambil menganggukkan kepalanya.
Ryunosuke tersenyum melihat Aiko yang begitu teruja bila mendapat ajakan darinya. Mana tak teruja Aiko. Sepanjang mereka menjalin hubungan. Boleh dikira menggunakan jari berapa kali mereka keluar berdua selain hal pekerjaan. Tu pun selalu Aiko yang mengajak dan baru kali ini dia mengajak Aiko untuk keluar bersama.
"Let go!!" Ucap Aiko dengan teruja malah tangan kirinya di angkat ke udara dengan wajahnya yang cukup ceria.
Dengan bahagian mereka keluar beriringan dari perpustakaan dan menuju ke kota.
"Maaf Ryu! Saya tak sangka malam ni tiba-tiba dapat misi mengejut. Huwaaaa dating kita!" Aiko teresak-esak bila plan mereka terpaksa dibatalkan last minit akibat mendapat misi khusus dari Sakura.
Waktu itu mereka sedang menikmati makan malam yang cukup romantis di salah sebuah restoran makanan yang menawarkan pelbagai juadah dari barat.
Tapi kegiatan mereka terhenti bila mendapat panggilan dari Sakura yang mengatakan ada ceroboh yang telah masuk di salah satu kampung yang berada di bahagian barat.
Kini mereka sedang menuju kesana menariki sebuah kereta bermotor yang menggunakan kekuatan mana. Ryunosuke yang memandu kenderaan tersebut manakala Aiko menjadi pembonceng.
Ryunosuke tersenyum kecil sesekali menoleh kearah kekasih yang sedang memeluk tubuhnya kerana dia membawa kenderaan beroda pada had had laju.
"Lain kali kota boleh keluar berdua sayang! Sekarang fokus pada misi yang sensei bagi." Tak sangka misi pertama aku akan dapat misi kelas atas padahal aku daftar pada tingkat bawah kut! Sambung Ryunosuke dalam hati.
"Kamu kan patner Aiko. Lebih baik kamu jalankan misi berdua. Dari asyik kamu macam pencuri perhatikan Aiko dari jauh baik saya bagi misi yang sama dengan Aiko. Jangan risau hanya kamu berdua sahaja pling ramai bertiga itupun orang kanan kekasih kamu. Bukan orang lain. Lagipun agak sayang kalau tidak menggunakan kekuatan kamu tu! Sudah pasti misi kelas 1 kamu dapat selesaikan tanpa sebarang masalah kan!"
Ryunosuke tersenyum sumbing bila teringat perbualan akhirnya bersama Sakura sewaktu dia menjawab panggilan dari gurunya tadi.
Dia akhirnya faham akan syarat yang dinyatakan oleh Sakura kalau mahu rahsianya aman iaitu menjadi salah seorang pelajar yang menjalankan misi kelas satu ke atas.
"Nee Ryu saya dapat rasakan mana yang kuat!" Kata Aiko yang kini sudah berhenti bermanja. Pandangan fokus kearah depan di mana aura yang cukup kuat yang ada di hadapan mereka.
"Bersiap sedia Ai. Musuh kita bukan sebarangan kemungkinan sama kuat yang macam hari tu. Jangan jauh dari saya." Pesan Ryunosuke yang kini menambah kecepatan motorsikalnya.
Ryunosuke memberhentikan motornya bila melihat kepulan asap hitam dari satu arah yang merupakan lokasi misi mereka.
Dia turun dari motor bila melihat kekasihnya telah berdiri bersebelahan dengannya. Lantas dia turun lalu menyimpan kenderaan motor melalui ruang simpanannya.
"Kita bersembunyi untuk tengok keadaan dulu baru bertindak mengikut strategi yang kita bincangkan!" Arah Ryunosuke kepada Aiko yang selaku patner sihirnya.
"Ambik ni Aiko, ni rantai yang memiliki batu permata biru. Batu ni berfungsi untuk melindungi awak andai dalam bahaya. Dan batu ini jugak boleh menunjukkan arah andai kita terpisah masa menjalankan misi."
"Dan batu ni jugak akan memberi tahu pasangan kita dalam bahaya kalau bertukar warna merah dan kalau tidak bersinar biru itu tanda pasangan kita tidak lagi bernafas!" Sambung Aiko yang menatap ragu kearah kalung permata biru yang cantik berkilau di tengah loket berbentuk hati.
Ryunosuke hanya tersenyum nipis lalu menyelak rambut Aiko ke samping. Dengan lembut dia memasangkan kalung tersebut di leher putih milik Aiko.
Dia tersenyum bila melihat kalung itu bersinar cantik bila di pasangkan di leher Aiko. Nampak serasi sangat. Niatnya mahu menghadiahkan kalung tersebut tadi tapi situasinya terpaksa berganti.
"Jangan fikir yang tu. Awak nampak cantik sayang. Tak sia-sia saya tempah dekat pembuat kalung di kerajaan saya dulu. Maaf sepatutnya rantai ni dah saya bagi sebelum kejadian tu tapi apakah daya kerja saya sentiasa ada sehinggalah hari tu berlaku. Ikut kan saya mahu bagi kalung ni tadi tapi! Yelah ada hal macam ni lak. Kadi maaf saya bagi hadiah ni tak macam pasangan lain." Kata Ryunosuke sambil menggaru kepala walaupun kepalanya tidak gatal. Dia sedikit kekok di hadapan Aiko yang kini tersenyum manis yang senyuman yang cukup mengambarkan kebahagiaan di wajah manisnya.
" Tidak apa. Ni dah cukup buat saya bahagia. Terima kasih untuk hadiah ni.saya terharu!" Ucap Aiko lalu memeluk tubuh Ryunosuke dengan sebak. Seketika mereka terlupa akan misi mereka.
"Ermm Ai nanti kita sambung! Kita dalam misi sekarang." Ucap Aiko kepada Aiko yang kini telah berhenti menangis.
"Jom!" Ajak Ryunosuke setelah menghapuskan jejak air mata di wajah Aiko. "Hem!" Balas Aiko sambil tersenyum ceria..
Mereka melompat ke udara setelah menggunakan sihir perlindungan yang membuat benteng pertahanan serta di tambah dengan sihir menyembunyikan tubuh mereka dari pandangan umum.
Kini mereka berada di atas pintu masuk perkampungan kecil yang kini telah hampir musnah.
Aiko menutup mulutnya, dia cukup terkejut dan tidak pernah melihat situasi yang seperti ini kecuali Ryunosuke yang hanya menatap datar. Rahamnya mengeras bila melihat keadaan yang cukup mengerikan.
Dia menoleh kearah Aiko yang kini terlihat bergetar, dia sedari maklum bahawa kekasihnya tidak pernah dihadapkan dengan situasi yang seperti ini. Manakala untuk dia, dia kerap melihat keadaan seperti ini apatah lagi dia jugak pernah terlibat dengan peperangan bersama saudaranya.
"Ai jangan jauh dari saya. Maaf awak terpaksa lihat pemandangan yang macam ni." Ucap Ryunosuke yang kini memeluk tubuh Aiko dengan erat.
Dia menggosok belakang Aiko dengan lembut agar kekasihnya dalat menenangkan diri. Setelah melihat kekasihnya telah pulih barulah dia melepaskan pelukannya.
"Ryu adakah kita terlambat!" Ucap Aiko kepada Ryunosuke. Sungguh dia merasa bersalah sekarang. Kalau tadi mereka tidak lambat sampai mungkin situasi tidak seteruk sekarang.
"Tidak! Tapi kampung ni musnah dalam waktu 1 minit. Dan ini baru je berlaku" kata Ryunosuke yang melihat keadaan sekitar menggunakan sihir penjejak.
Dia ingin memastikan adakah masih ada yang terselamat dari serangan musuh. Walaupun agak tipis tapi dia akan tetap mencuba menjejak mana atau aura manusia yang masih tersisa.
" Arah timur Ryunosuke. Ada yang masih selamat." Aiko memberi tahu pada pasangannya setelah dia dapat mengesan kehadiran manusia di arah timur tapi keadaan orang tersebut tidaklah dalam keadaan baik.
"Berhati-hati! Saya dapat rasakan aura mana yang cukup kuat!" Pesan Ryunosuke lalu bergegas kearah yang diberi tahu oleh Aiko. "Baiklah!" Balas Aiko dengan patut lalu mengikut pasangan dari arah belakang.
Ryunosuke mendengus geram bila melihat tiga sosok berjubah hitam yang sedang mengelilingi satu keluarga.
Di mana, terlihat seorang budak perempuan yang menangis hiba bila melihat kedua ibubapa dibunuh dengan kejam oleh mereka bertiga.
Aiko terkejut bila melihat Ryunosuke telah mengeluarkan sebilah pedang berwarna silver melalui ruang simpanan tanpa memberi tahu kepadanya.
"Aiko lindungi budak tu, biar diaorang menjadi urusan saya!" Ucap Ryunosuke dengan serius malah aura membunuhnya telah pun terkuak dari tubuhnya sehingga Aiko sendiri merasa kedinginan.
"Baiklah. Hati-hati Ryu!" Balas Aiko tanpa bantahan, dia turut mengeluarkan senjata sucinya yang merupakan sebilah pedang silver berkilau.
"Huwaaaa! Mama! Papa!" Jerit gadis berumur 10 tahun yang kini sedang terduduk sambil menangis melihat pemandangan yang cukup mengerikan.
"Bising betul kau ni! Tak apa biar aku tolong kau budak! Untuk jumpa kedua ibu bapa kau kat NERAKA?" ucap sosok berjubah hitam lalu menghalakan bilah pedangnya kearah budak tersebut dengan kecepatan.
PRANG!
Tapi tindakannya itu di halang oleh sebuah pedang yang dipegang oleh satu sosok misteri yang muncul secara tiba-tiba di hadapannya.
Melihat musuhnya terleka, dengan pantas Ryunosuke menyerang pihak musuh menggunakan pedangnya sehingga musuhnya hilang kawalan dan jatuh ke belakang. Tapi lelaki berjubah itu dapat mengawal tubuhnya agar tidak jatuh dan kembali mempersiapkan diri andai dia mendapat serangan dari Ryunosuke yang menatap tajam ke arahnya.
"Malangnya bukan dia yang akan pergi ke Neraka, tapi kau yang akan aku hantar ke NERAKA DENGAN PENUH PENYESALAN!" kata Ryunosuke dengan niat membunuhnya.
"SIAL! SIAPA KORANG BERDUA HAH!" kata lelaki berjubah hitam yang kini sedang menahan kemarahan akibat di hina oleh Ryunosuke malah pandangan Ryunosuke cukup membuatnya gentar. Siapa dia sebenarnya!
"Kau tak perlu tahu siapa kami! Cukup kau tahu bahawa aku yang akan tolong kau pergi ke NERAKA!" ucap Ryunosuke lalu kembali menyerang musuhnya dengan kecepatan yang tidak mampu dilihat oleh musuhnya.
"Tutup mata kamu sayang! Kamu masih kecil. Tidur lah." Kata Aiko lalu meniup perlahan di wajah anak kecil tersebut sehingga beberapa saat kemudian, gadis itu telah pun terlena bersama esakan yang masih tersisa.
Masa yang diambil oleh Ryunosuke tidak lah lama, dalam masa 2 saat ketiga lelaki berjubah itu telah pun tumpas di tangannya. Ketiga dari mereka telah pun dibunuh olehnya manakala lagi seorang, dia mengetuk kepala tersebut sehingga pengsan.
Ryunosuke ingin memindahkan tubuh musuhnya yang terdampar pengsan di hadapan ke sebuah tempat. Tapi tindakannya tidak dapat dilaksanakan bila secara tiba-tiba satu serangan mengarahkan kearahnya.
Tidak serangan itu bukan diarah kearahnya tapi kearah lelaki yang berada di hadapannya yang kini tidak lagi bernyawa.
Dia undur kebelakangan. Dia menoleh kearah Aiko lalu memasang sihir perlindungan serta portal berjaga-jaga agar dapat meninggalkan kawasan kampung andai bahaya mendatang.
"Wah adakah ini takdir! Tidak saya sangka saya kan berjumpa calon isteri saya di kampung ni." Ucap satu suara yang kini sedang berdiri dihadapan Aiko yang tergamam melihat kehadiran sosok berjubah di hadapannya.
Sosok itu mengetuk lapisan perlindungan yang cukur sukar dia huraikan malah dengan lincah dia menghalang tebasan dari pedang milik Ryunosuke.
"Boleh tahan jugak! Tak sangka anggota kesatria dari kerajaan WhiteFairy cukup kuat dan tangkas. Tapi itu masih lemah." Ucap sosok itu lalu membalas serangan Ryunosuke dengan tangkas dan kuat.
Tapi Ryunosuke dapat mengimbangkan perlawanan mereka dengan caranya sendiri.
."Hahahaha menarik! Orang macam kau ni sesuai berada di pihak kami." Ucap sosok itu dengan teruja.
Dia agak menikmati pertarungan diantara mereka yang cukup mencemaskan bagi Aiko yang sedang memeluk tubuh gadis kecil yang kini sedang lena di pelukannya.
"Siapa kau! Kenapa kau serang kampung ni? Apa tujuan kau!" Soal Ryunosuke dengan tangannya yang tangkas menghayunkan pedangnya.
"Hanya untuk mengisi masa lapang." Ucap sosok itu yang kian asyik menikmati permainannya bersama Ryunosuke. Baru kali ini dia berjumpa dengan seseorang yang memiliki stamina yang kuat dan cukup ahli dalam pertarungan yang melibatkan senjata tajam.
Merasakan pihak lawannya yang hanya bersenang-senang, akhirnya Ryunosuke menamatkan pertarungan mereka dengan sekali pergerakan tubuh yang cukup cantik.
Dia membelit kan pedang musuhnya mengunakan pedangnya lalu menguatkan pegangannya lantas dia merentap pedang musuhnya sehingga pedang tersebut terpelanting jauh.
Ryunosuke mengarahkan mata pedang tepat di wajah musuhnya yang kini sedang tertawa. Dia mengenyit bingung melihat sikap pelik dari sosok berjubah di hadapannya.
"Sungguh menarik! Kau orang pertama yang berjaya menjatuhkan pedang aku. Syabas! Aku dengan senang hati menerima kau sebagai anak buah aku!" Ucap dia dengan sisa tertawa yang masih ada.
"Malangnya aku tidak tertarik. Bagi tahu tujuan korang! Aku tahu yang kau sengaja bunuh anak buah kau sendiri agar dia tak bukak mulut!" Balas Ryunosuke dengan bengis. Walaupun dia telah mengalahkan musuhnya tetapi dia tetap waspada.
Lagi dia geram bila sosok di hadapannya masih menggetawakan dia walaupun dia tangan tidak memiliki senjata.
"Kau jadi orang kami, segala kesenangan akan kau dapat! Malah kau tak perlu buang masa jaga tuan puteri tu." Kata lelaki itu sambil tersenyum sinis tapi senyumannya itu tidak dapat dilihat oleh Ryunosuke kerana terlindung dengan jubah yang menutupi seluruh tubuhnya.
" Oh ya! Berapa umur kau?" Soal lelaki itu dengan penuh minat. Tapi diabaikan oleh Ryunosuke yang masih menghunus kan pedang kearahnya.
"Hmm tengok gaya kau ni! Masih muda." Sambung dia lalu menghilangkan diri dalam sekelip mata dan kini tepat berada di belakang Ryunosuke.
"Kamu tahu tidak sopan kalau tak jawap pertanyaan dari seseorang yang atas dari kau budak!" Bisik lelaki itu tepat di telinga Ryunosuke lantas menyerang Ryunosuke menggunakan kekuatan angin yang cukup kuat.
Kerana tidak siap dengan serangan yang diberi oleh musuhnya, membuatkan tubuh Ryunosuke terpating jauh menghentam dinding tepat di sebelah Aiko.
Sakit! Seluruh tubuhnya merasakan sakit yang cukup menyesakkan. Ryunosuke terbatuk darah dari mulutnya.
Badannya mula lemah untuk bangkit.
Akibat dari serangan tersebut, pertahanan yang diberikan untuk Aiko sedikit terjejas tapi dia kembali mengarah seluruh tenaganya yang tersisa untuk melakukan sihir portal dengan kadar segera. Dia perlu melarikan diri bersama Aiko dan jugak budak perempuan yang kini sedang terlena di pangkuan Aiko.
"Ah! Nak larikan diri ya. Baiklah kali ni aku lepas kan kau budak! Dan untuk mu Aiko!" Tiba-tiba lelaki berjubah itu membuka penutup wajahnya menghadap kearah mereka bertiga dengan pandangan penuh hasrat kearah Aiko.
"Ingat wajah aku! Ingat nama aku!Sakurai Takashima. Kau akan jadi milik aku. Aku akan datang pada kau nanti. Nikmati kesenangan kau sebelum kau berada dalam dakapan aku Aiko Hayashi!" Ujar Sakurai sambil menjilat mulutnya dengan hasrat yang kuat pada Aiko.
Mendengar bicara itu membuatkan darah Ryunosuke meledak malah emosinya kian meledak. Dia bangkit tanpa menghiraukan tubuhnya yang semakin kesakitan, lalu menghalang pandangan Sakurai dari melihat Aiko yang kini sedang ketakutan.
Bukan itu sahaja, dia jugak menatap kearah Sakurai dengan niat membunuh. Seakan tidak gentar, mereka merenung diantara satu sama lain sehingga portal sihir yang dibuat oleh Ryunosuke kian muncul.
Sebelum mereka meninggalkan kawasan tersebut Ryunosuke sempat memberi amaran ataupun ancaman kepada Sakurai bersama aura gelapnya yang kian keluar dari tubuhnya.
"SIMPAN DALAM MIMPI KAU SAKURAI TAKASHIMA!
SEBELUM KAU JEMPUT DIA. AKU ORANG PERTAMA YANG AKAN HANTAR KAU KE NERAKA!
DIA MILIK AKU! SELAMANYA AKAN MENJADI MILIK AKU!"
Setelah menghabiskan ayatnya mereka bertiga hilang sekelip mata. Hanya meninggalkan Sakurai Takashima yang tersengih sumbing, dia tidak sangka seorang kesatria mempunyai hubungan dengan seorang puteri yang masih dalam status pertunangan dengan si mati. Lagi kelakar, dengan berani kesatria lemah itu mengancam dirinya yang memiliki tingkat dia atasnya.
"Kenapa kau lepas kan mereka! Bukan ke yang mulia tidak bagi sesiapa pun yang hidup." Soal satu suara lembut tapi tegas yang muncul di sebelahnya.
Sakurai menoleh sekilas, setelah itu dia melangkah meninggalkan kawasan tersebut tapi secara tiba-tiba langkahnya terhenti.
Sekilas wajah Ryunosuke terlintas di wajahnya. Dia tersenyum senang. Entah kenapa dia berkeyakinan dengan fikirannya.
"Sakurai! Kau kenapa?" Soal sosok berjubah yang merupakan temannya. Lelaki itu agak pelik bile melihat sikap Sakurai yang agak pelik. Tak ada sebab mengapa teman seperjuangannya itu tertawa bahagia.
"Aku dah jumpa dia! Tak sangka nyawa dia boleh tahan liat jugak hahahhahah!" Kata Sakurai dengan ketawa yang kian kuat.
"Apa yang kau jumpa! Aku tak faham?" Soal sosok itu kembali dengan 100 tanda tanya di mindanya.
"Ryunosuke Nishimura! He is still alive!The stupid coward is still alive. Sungguh mengejutkan!"
Rakannya itu terkedu bila sebaris nama yang disebut oleh Sakurai. Maknanya rakannya itu telah berjumpa dengan sosok yang mereka cari selama ini!
" Seriuslah!! Nampaknya pencarian yang mulia da.."
"Jangan bagi tahu yang mulia raja dan puteri! Aku nak kau tutup mulut!" Potong Sakurai dengan senyuman manisnya.
Kini mereka berhadapan diantara satu sama lain tapi dengan pemikiran serta keinginan yang berlainan.
"HAH! Kau nak senyap kan! Kau sendiri tahu yang mulia raja dan puteri mahkota dah lama mencari keberadaan dia. Ini berita baik untuk mereka." Kata rakannya dengan tegas.
"Ya aku tahu itu! Tapi aku nak bermain dengan dia dulu dah bosan baru aku serah kan dia pada yang mulia raja dan puteri ." Ujar Sakurai denagn tentang tanpa merasakan ketakutan akan akibat yang mungkin dia dapatkan.
"Kau jangan gila SAKURAI TAKASHIMA! kau lupa perintah dia! Bawak Ryunosuke Nishimura tanpa sebarang kecederaan di tubuh badan dia! Jadi berhen"
"Tapi yang mulia tak cakap hidup atau mati bukan Itachi!" Tangkas Sakurai kepada rakannya yang dipanggil Itachi yang kini manahan emosi.
" Tapi kau boleh pikir guna otak kan! Yang mulia mahupun budak tu dalam keadaan bernyawa tanpa sebarang kecederaan! Dan aku yakin kau pun tahu bukan niat tuan puteri pada budak tu!" Kata Itachi dengan geram. Hatinya betul-betul panas sekarang. Dia tak faham mengapa rakannya itu memiliki otak cukup low. Padahal dia merupakan salah satu dari 5 orang penting di sisi yang mulia.
"Cis! Aku tak faham. Apa yang puteri tengok kat budak tu sampai nak di buat laki! Kalau tengok aku lagi baik dari budak tu." Kata Sakurai dengan hati yang cemburu.
Ya sejujurnya dia memiliki perasaan pada Puteri mahkota. Salah! Bukan cinta pada Puteri Mahkota tapi Cinta pada kekuasaan yang bakal dimiliki oleh pasangan puteri lada masa akan datang.
" Aku tak tahu, tapi yang aku tahu budak tu anak sulung bagi keluarga Nishimura. Kemungkinan budak tu ada sesuatu yang mulia inginkan. Aku rasa benda tu tak perlu kita tahu. Cukup kita menjalankan tugasnya sahaja. Aku pun tanak kepala sepupu aku terlepas dari tubuhnya." Kata Itachi yang merupakan sepupu dari Sakurai Takashima.
Setelah menghabiskan ayatnya, Itachi lantas meninggal perkampungan malang itu menggunakan sihir portal.
Kini tinggal Sakurai yang menggenggam kedua tangannya. Hatinya betul-betul panas. Dia tidak terima bila segala pengorbanannya tidak mendatangkan hasil.
"Aku akan pastikan budak tu mati kat tangan aku!
Hanya aku yang boleh berkuasa!
Aku je yang layak!" Tekat Sakurai dengan penuh dendam pada sosok Ryunosuke Nishimura. Dia akn pastikan segala impiannya termakbul tanpa sebarang halangan. Walaupun dia terpaksa melakukan sesuatu tindakan gila.
Asalkan impiannya tercapai, maka akan dia lakukan walau apapun cara. Miskipun terpaksa mengorbankan beratus jiwa sekalipun. Dia sanggup, andai impiannya dapat dicapai kelak.