下載應用程式
71.42% Kapten Adnan Pahlawan Kegelapan / Chapter 3: PULAPOL Part 2

章節 3: PULAPOL Part 2

-UJIAN PERTAMA-

Para Pendaftar Perlu mejalani ujian pertama iaitu ~Ujian Bertulis~ Ujian ini lebih mengguna kan otak dan agak mudah berbanding ujian seterusnya.Setiap Pendaftar akan di berikan Kertas dan Setiap dari mereka perlu menjawab setiap soalan dengan benar.Ujian ini menguji kepintaran para pendaftar

Adnan mengalami beberapa Masaalah dengan Ujian ini kerana dia tidak beberapa Pandai namun dia berjaya menjawab separuh soalan dengan betul sementara Danish Berjaya menjawab semua soalan dengan mudah dan cermelang.Sementara itu Brooke pun menjawab soalan tersebut.Semua orang terkejut melihat Brooke selepas di di belasah oleh Cif Khairul,Benjol merah yang besar berada di kepalanya.Beberapa orang yang menjawab soalan itu cuba menahan gelak namun terus terdiam apa bila di pandang oleh Brooke dengan muka marah.Brooke,Adnan dan Danish berjaya lulus Ujian pertama tersebut

-UJIAN KEDUA-

Ujian Kedua ialah Ujian Fizikal dan Mental.Di dalam ujian ini beberapa ujian di jalankan dan di laksanakan untuk menguji Stamina Para Pendaftar dan menguji kesihatan mental mereka untuk memastikan mereka berada dalam fizikal dan mental yang sihat untuk melaksanakan tugas sebagai anggota

Dalam Ujian ini Pihak Polis akan memeriksa Ketinggi,Berat badan,Stamina,Kesihatan Psikologi dan sebagainya.Adnan dengan mudah menyelesaikan ujian ini.Sama juga dengan Danish dan Brooke

Dalam Ujian Larian,Adnan,Brooke dan Danish bersama 2 orang peserta lain,adalah orang pertama yang akan melakukan ujian ini.Dalam Ujian tersebut mereka harus berlari kira-kira Dalam 5 Round berpusing di padang yang luas.Dalam ujian tersebut Adnan,Danish dan Brooke lah yang paling menyerlah dan menjadi Pusat perhatian di keranakan Kelajuan mereka.

Sementara itu mereka di perhati oleh Jeneral Farouk dan Cif Khairul di suatu Bilik office yang di lengkapi dengan sofa dan mempunyai tingkap besar yang menunjukkan keseluruhan padang.

"Lihatlah mereka bertiga,Kelajuan mereka sangatlah luar biasa dan menakjubkan"Kagum Cif

"Benar,Nampaknya aku benar memilih mereka sebagai Ahli"Balas Jeneral dengan bangga

"Aku tidak terkejut dengan Brooke kerana dia sudah di latih oleh kau sejak kecil,Juga dengan Danish kerana aku sudah melatihnya atas permintaan bapanya Namun aku lebih berminat dengan Adnan...cucu Senior kita bukan? cucu Inspektor Hafifi"Tanya Cif

"Ya Khairul"Balas Jeneral

"Tak sangka si Harimau itu ada cucu,aku tertanya-tanya adakah dia mewarisi belang Atoknya? Apa pendapat kau Farouk?"Tanya Cif

"Hmm,Kita perlu melihat lagi kebolehan dia untuk memastikannya"Balas Jeneral

Terlihat Brooke di tempat pertama berlari melepasi Adnan dan Danish di keranakan Kepantasannya.Adnan pula berjaya mendapat tempat kedua manakala Danish mendapat tempat ketiga.Larian pun berakhir Adnan rebah jatuh berbaring manakala Brooke masih lagi berdiri dan bersemgat namun hampir terjatuh,Danish duduk sambil meminum air botolnya

"Fiuh! Tadi tu hampir-hampir! korang laju juga!"Kata Brooke dengan bersemangat

"Sikit lagi aku hampir melepasi kau Brooke!"Balas Adnan

Danish pula diam di tepi semetara Adnan dan Brooke bercakap

'Nampaknya walau bagaimana pun aku mencoba,aku masih lagi bawah dari Brooke dan Adnan dalam segi kelajuan.Aku harus lebih berlatih untuk melampaui mereka supaya aku boleh...Balas dendam atas Kematian Ayah aku!'Kata Danish dalam hati

Mata Danish dengan tajam melihat Adnan dan Brooke sambil dia mengengam botol air nya dengan kuat,menghancurkannya.

"Nampaknya Danish terlihat tidak senang"Ucap Cif

"Ya...Danish mempunyai masa lalu yang kelam dia di dorang dengan dendam selepas kematian Ayahnya"Balas Jeneral dengan muka sedih

"Ya...Lama sudah tak jumpa dia...Yushak,Ayahnya Danish"Balas Cif

"Aku tak sangka dia boleh meninggal Dunia,dia adalah rakan baik kita dahulu.Kita bereempat,Aku,kau,Yushak dan senior kita Hafifi.Kes pembunuhan ini masih lagi belum selesai kerana kita tidak tahu siapa pembunuhnya dan kenapa dia membunuh Yushak"Balas Jeneral

"Pembunuhnya licik,tiada kesan cap jari di jumpai dan tiada saksi,Kau rasa siapa yang akan melakukan semua ini Farouk?"Tanya Cif

"Mungkin salah seorang musuh kita"Balas Jeneral

"Tapi yang mana satu,Musuh kita banyak Farouk"Balas Cif

"Aku pun tidak tahu...tapi yang pasti sesiapa yang melakukan nya akan menjadi ancaman yang bahaya kepada kita"Kata Jeneral

-UJIAN KETIGA-

Ujian ketiga adalah Ujian menembak setiap dari pendaftar telah di bawa ke Tempat Menembak untuk melaksanakan Ujian ini,Setiap pendaftar diberi sepucuk pistol untuk menembak di sasaran yang telah di sediakan.Mereka di beri hanya 6 Peluru.Setiap Tembakkan akan di beri Point jika tersasar mereka tidak akan mendapat apa-apa point

Point yang di kira Lulus:

6 Point - Cermelang

5 Point - Baik

4 Point - Purata

Point yang di kira Gagal:

3 Point - Tidak memuaskan

2 Point - Gagal

1 Point - Tidak Layak

Perkara Di atas di tulis di kertas yang di letakkan di papan Tanda di Tembak menembak itu.Semua pendaftar mengambil sepucuk pistol masing-masing dan yang akan melakukan Ujian nya serta akan di berikan Earmuff untuk melindungi telinga dari bunyi tembakkan

"Apa kita akan terus melakukan Ujian menembak? KIta baru saja mendaftar"Tanya Adnan

"Ya,Kerana Ujian ini amat penting untuk menguji kau punya Skill menembak dan untuk melihat bagaimana kau menanggani pistol itu.Jika kau takut untuk memegang dan mengigil untuk menembak bagaimana nak jadi polis bukan?"Balas Danish

"Benar juga kata kau"Kata Adnan

"Hahaha! Aku tidak sabar dengan Ujian kali ini"Teruja Brooke

"Kau tak payah nak semagat sangat kerana peluru yang dia bagi bukan peluru sebenar"Maklum Danish

"Apa! ala tidak Syoklah kalau begitu"Kecewa Brooke

"Siapa saja yang nak percayakan kau dengan peluru sebenar"Sindir Danish

"Ish Diam la kau Danish! Dahlah Pengkhianat"Marah Brooke

"Kau yang buat Masaalah"Balas Danish

"Sudahlah korang.Sekarang ini kita perlu Fokus dengan Ujian kali ini"Ingat Adnan

"Heh,jangan risau bab-bab menembak ni aku hebat!"Kata Brooke

"Hebat la sangat.Kau menembak pun membabi buta"Sindir Danish

"Apa kau Ca-"Kata-Kata Brooke terpotong

"Woi yang bertiga di sana tu! Berhenti bersembang! Dan lakukan Ujian ni"Marah salah seorang polis

"Baik Tuan"Kata Adnan,Danish dan Brooke serentak

Mereka Bertiga pun mulakan Ujian tersebut.Brooke dengan semberono menembak pada sasaran nya.Di keranakan Sifat semberononya Brooke hanya dapat menembak 4 Point dan terlepas 2 point

"Aduh! Kenapa boleh tersasar"Kesal Brooke

"Sudah aku kata"Sindir Danish

==Danish POV==

6 Peluru...6 Point. Jarak di antara aku dan tempat sasaran adalah 75 kaki.Akan agak susah untuk kena pasa sasaran.Target 1 point adalah Dot Hitam pada Sasaran tersebut.Jika aku tembak 6 kali pada masa yang sama ada peluang untuk aku mendapat 6 Point namun...Ia amat berisiko untuk tersasar.Jika aku tembak satu per satu peluru pula boleh beri aku peluang untuk mendapatkan 4/6 atau paling banyak pun tersasar satu peluru iaitu 5/6 Point

Itu semua jika tiada ganguan seperti tangan aku berpeluh kerana gementar atau di sebabkan habuk,dan aku bersin semasa menembak juga boleh menjadi masaalah...

Aku harus memastikan tiada apa-apa yang menghalang dan menjadi punca...

Danish memeriksa peluru-peluru di dalam pistol tersebut dan kemudian dia kemudian menghalakan pistol itu ke atas dan ke bawah pada sasaran untuk mencari posisi yang sempurna.Dia kemudian meninjau pesekitaran

Adnan...ini adalah kali pertamanya memegang sepucuk pistol namun dia langsung tidak terlihat gentar...Apa kata aku lihat dulu bagaimana cara dia menembak dahulu

Danish memerhati Adnan.Adnan menghalakan pistolnya dan memastikn ia tepat pada sasaran.Adnan kemudian Melepaskan 3 tebakkan yang kena pada sasaran

3 Point! bagaimana dia dapat menembak 3 tepat pada sasaran!? Bukan ke dia pemula?

==End Danish POV==

"Dalam Ujian kali ini,aturan yang mengatakan kau harus dapatkan sekurang-kurangnya 4 point untuk lulus hanyalah satu gertakkan untuk membuatkan para pendaftar untuk bersungguh-sungguh mendapatkan point untuk Lulus.Tapi sebenarnya 1 atau 2 Point pun di kira lulus,di keranakan mereka masih lagi lemah dalam bidang menembak jadi ujian ini hanya untuk menguji kebolehan mereka sahaja.walaupun kau dapatkan 0 point sekali pun kau tetap akan di terima masuk dalam akademi.Tapi Jika kau dapat lebih banyak point,reputasi kau akan meningkat"Ucap Jeneral

"Benar,Tapi Farouk bagaimana budak Adnan itu boleh dapat 3 point dalam satu masa.Sama ada dia bertuah atau adakah kau pernah melatihnya?"Tanya Cif

"hahahaha.Aku mungkin ada melatihnya sedikit semasa di kampungnya"Balas Jeneral

"Dalam 3 minggu sahaja?"Tanya Cif

"Dia cepat belajar"Balas Jeneral dengan senyuman

Danish terkejut melihat Adnan dan ia membuatkan dia lebih terdesak untuk dapatkan lebih banyak point dari Adnan

"Aku harus lebih fokus dan dapatkan lebih banyak point"Kata Danish

Danish melepaskan 3 tembakkan pada masa yang sama dan kertiga-tiganya terkena pada sasaran

"Ha! Bagaimana itu!"Gelak Danish

Namun Apa bila dia melihat ke arah Adnan semula setiap peluru sudah di tembak oleh Adnan dan setiapnya kena tepat pada sasaran

"Bagaimana Mungkin!"Terkejut Danish

"Wow Adnan,6 tepat pada sasaran!"Sorak Brooke

"Cis! Jangan pikir aku akan kalah!"Kesal Danish

Danish kemudian tembak 3 peluru nya pada masa yang sama.dua peluru kena tepat sasaran namun satu lagi tersasar

"TAK GUNA!"Marah Danish

"Tengoklah itu,dan mula persaingan Antara Adnan dan Danish"Kata Jeneral

"Itu tak akan jadi masaalah untuk ada sedikit persaigan bukan?"Balas Cif

"Selagi ia tidak menyebabkan pergaduhan"Ucap Jeneral

Setelah semua Pendaftar telah selesai Setiap Ujian mereka.Markah bagi setiap Ujian mereka telah di letakkan di Papan kayu yang besar di dewan.Semua Pendaftar berkerumun melihat Papan kayu tersebut.

76% Telah lulus dalam Ujian ini termasuk Adnan,Danish dan Brooke

Danish melihat pada papan tanda tersebut dengan perasaan tidak berpuas hati.Adnan mendapat peringkat pertama manakala Danish Telah mendapatkan tempat kedua

"Nampaknya aku mendapat peringkat pertama.Tidak di sangka"Kata Adnan

"Cis...untuk kali ini kau menang Adnan"Ucap Danish pada Adnan dengan tidak berpuas hati

"Hey,janganlah marah sangat ini baru ujian pertama Danish"Ucap Brooke

"Kau diamlah nombor 3"Kesal Danish

"APA KAU CAKAP!"Marah Brooke

Bunyi mikrofon yang kuat mengalihkan perhatian mereka di atas pentas.Cif sudah berada di sana bersama beberapa orang pegawai.Di depan pentas terdapat 10 buah bakul di dalam terdapat banyak Baju-Baju T-shirt lambang Polis

"Tahniah kepada pendaftar yang telah lulus ketiga-tiga Ujian.Kamu sekarang akan di gelar pelajar Akademi PULAPOL.Setiap dari pada kamu akan mengambil satu pakaian.Ini ialah Pakaian yang kamu akan pakai selama kamu berada di PULAPOL,Faham?"Ucap Cif

"Faham Cif!"Nyahut semua Pendaftar

Mereka semua kemudian mengambil Pakaian Mereka tersebut.

"Di sebalik baju kamu tersebut,kami telah memberikan nombor Bilik kamu.Jadi sekarang kamu semua akan terus ke bilik masing-masing.Ada Dua Dorm di akademi ini satu Dorm wanita dan satu lagi Dorm lelaki.Kedua-dua Dorm Ada lebih kurang 10 tingkat.Setiap orang di beri bilik secara rawak dan kamu akan berkongsi bilik.jadi berkawanla dengan rakan sebilik kamu,itu sahaja Faham?"Jerit Cif

"Faham Cif!"nyahut yang semua

"Bersursai!"Jerit Cif

-Di Dorm Lelaki Tingkat 4-

Adnan sedang berjalan sambil membawa beg galasnya.dia kemudian melihat kertas yang memnunjukkan nombor biliknya

"110 Hmmm,Aku rasa yang di sini la kot"Kata Adnan

Adnan kemudian masuk ke dalam dan terlihat 4 Katil yang telah tersedia.Adnan kemudian terkejut melihat siapa yang ada di dalam

"Oh Adnan!"Jerit Brooke

"Takkan Kau di bilik ini juga!"Kesal Danish

"Hey! kita jumpa lagi!"Gembira Adnan

"Oh Adnan aku nak perkenalkan seorang lagi rakan sebilik kita"Kata Brooke dengan teruja

Brooke kemudian menarik seseorang lelaki yang berbadan sado dan sangat tinggi

"Nama Dia Nik! dia adalah kawan lama aku dan dia adalah orang yang dapat tempat keempat dalam ujian tadi"Kata Brooke

Adnan terkejut melihat Ketinggian Nik.Badan dan Fizikalnya sangatlah sasa seperti Bodybuilder

"Apa Khabar nama aku Nik"Tegur Nik dengan suara yang lembut

"Ah- Oh Apa Khabar"Balas Adnan

"Hahaha,Nik Badan saja besar tapi suara dia lembut aja"Kata Brooke

"Adnan,Katil kau di bawah katil aku,itu saja katil yang tinggal"Kata Brooke

"Kau Brooke pahal kau tak ambil katil bawah?"Tanya Adnan

"Aku Takut Hantu,Kalau ada hantu nanti,dia akan serang kau dulu"Balas Brooke

"Cih,Karutlah kau ni Brooke,Kata je lah penakut!"Perli Danish

"Ada...Hantu ke di Akademi ni?..."Takut Nik

"Kau tak payah dengar sangat Brooke ni Nik.Dia Saja nak menakut-nakutkan kau"Balas Adnan

"Dah Korang ni.Pergi tidur,pagi esok akan ada latihan pertama kita,jadi kena bangun awal"Ingat Danish

"Ek eleh tak habis-habis tidur awal.Cam budak-budak la kau ni,malam ni aku nak pergi cari hantu sape nak ikut!"Kata Brooke

"Cari Hantu? Dekat mana?"Tanya Adnan

"Hehe korang tahu tak Tandas Tingkat 10? Ada senior kata yang di sana ada banyak benda ghaib terjadi"Kata Brooke

"be-benda Ghaib?"Takut Nik

"Karut! Tak payah keluar waktu malam kan aku dah kata esok kena bangun awal!"Marah Danish

"Kau kalau tak nak ikut diam lah!"Balas Brooke

"Haih,Mampus korangla"Ucap Danish

Danish pun tidur di katilnya

"Ok Siapa nak ikut?"Tanya Brooke

"Aku tak ada apa nak buat jadi aku ikut sajalah"Balas Adnan

"A-a-aku Ikut Brooke"Balas Nik

"Baiklah jom kita pergi!"Kata Brooke

-Dorm Lelaki Tingkat 10-

[12:00 AM]

Adnan,Nik dan Brooke pun berjalan menaiki tangan ke Tingkat 10.Brooke Mengetuai Perjalanan mereka.Sekeliling mereka gelap gelita,Brooke memegang Torchlight untuk mencahayai jalan

"Aku tak sedap hati lah Brooke"Kata Nik

"Jangan risau.Aku kan ada,kalau ada hantu,biar aku belasah-"Kata-kata Brooke terhenti oleh Bunyi air di dalam tandas tersebut

"Tengok tandas ni orang masih lagi guna,jom masuk"Kata Brooke

Brooke terus berlari masuk meninggalkan Adnan dan Nik di belakang

"Brooke! Tunggu!"Takut Nik

Nik dan Adnan Pun pergi masuk dan tiba-tiba mereka terkejut kerana mendengar bunyi jeritan yang kuat di dalam tandas "AHHHHHH" Jeritan tersebut seperti jeritan Brooke

"Apa jadi di dalam!"Kata Adnan

Adnan dan Nik masuk ke dalam dan melihat Brooke sedang terduduk ketakutan melihat satu sosok badan Tukang cuci Berdarah di kepalanya

"Brooke ap terjadi!?"Tanya Adnan

"A-aku tak tahu,aku masuk-masuk saja aku nampak pakcik ni sudah tumbang"Kata Brooke

"Apa kau buat lagi! cepat angkat dia!"Marah Adnan

[12:30]

Adnan memberitahu apa yang terjadi pada Jeneral Farouk.Jeneral pergi ke tempat kejadian bersama beberapa anggota dan doctor

"Jadi...Apa Pakcik tu tak apa-apa?"Tanya Adnan

"dia cedera agak parah namun masih stabil.Dia sudah di bawa ke Hospital jadi kamu tak perlu Risau"Balas Jeneral

"Alhamdullilah"Balas Adnan

"Nasib baik"Lega Nik

"Fiuh"Ucap Brooke

"Tapi apa kamu lihat sesiapa yang mencederakan Pakcik cleaner tersebut?"Tanya Jeneral

"Tidak pula,saya masuk-masuk sahaja sudah nampak dia terlantar di lantai"Balas Brooke

"Nampaknya ini akan menjadi kes cubaan membunuh"Balas Jeneral

"Tapi mengapa ada orang cuba membunuh Acik Cleaner?"Tanya Nik

"Saya pun tidak tahu,pihak kami akan lakukan penyiasatan.Tapi mengapa kamu bertiga keluar waktu larut malam begini?"Balas Jeneral

"Oh Bro-" Belum sempat Nik habiskan kata-kata Brooke sudah menutup mulutnhya

"Shhh jangan cakap!"Bisik Brooke

"Kami di ajak oleh Brooke untuk mencari hantu"Kata Adnan

"Bodoh Adnan!"Marah Brooke

"Ish-ish Larut malam begini buat benda sia-sia,sudahla pergi balik ke bilik kamu"Kata Jeneral

"Baik Jeneral"Balas Ketiga-tiga mereka

Adnan,Brooke dan Nik pun balik ke Dorm mereka

Di Bilik 110

"Aduh Hantu tak jumpa,Apa-apa pun tak jumpa"Balas Brooke

"Lain pula yang kita jumpa"Kata Nik

"Nanti dulu mana Danish?"Tanya Brooke

"Hah? Mana pula dia ni,Kata dia tidur awal"Kata Brooke

-Di Dewan-

"Tak Guna Betul lah! Cleaner tu mengacau saja,Sekarang Polis pasti akan cari aku!"Kata Seorang lelaki

"Mana kau nak pergi? Pembunuh Upahan"Tanya Danish Dari Atas Pentas

"Apa!"Terkejut pembunuh itu

"SIAPA KAU!"Jerit Pembunuh itu

"Aku sudah agak akan datang juga pembunuh Upahan...Apa kau di upah oleh Mafia Rosalina?"Tanya Danish

"Bagaimana Kau Tahu- nanti dulu...Kau Danish?"Tanya Pembunuh itu

"Ya,Aku sudah tahu.Mereka menyasarkan aku selepas membunuh Ayah aku"Kata Danish

"Apa kau tidak takut pada aku Budak!"Kata Pembunuh itu

Pembunuh itu mengeluarkan pistolnya dan menghalakan ke arah Danish.Namun tiba-tiba Lampu di dewan terbuka dan Ramai Polis masuk dari setiap pintu yang ada di dewan dengan membawa Pistol dan menghalakan pistol ke arah Pembunuh itu

"Angkat Tangan kau!"Jerit Seorang anggota

"KAU PERANGKAP AKU! SIAL!"Marah Pembunuh itu

Pembunuh itu menjatuhkkan pistolnya dan terus di tahan.

"Terima kasih Danish kerana memberitahu kami dari awal,kalau tidak mungkin ramai yang akan Mati"Balas Salah seorang anggota

"Sama-sama"Balas Danish

Danish kemudian bergerak balik ke Dorm nya

[Danish POV]

'Aku telah cuba Mencari tentang Mafia Rosalina selama ini.Mereka mengetahui yang aku ada tahu tentang setiap rahsiah mereka,Ayah aku meletakkan nya di dalam pendrive ini...Dan sekarang mereka cuba mendapatkannya kembali dan ingin aku terus di hapuskan.Namun aku tidak akan membiarkan perkara tersebut terjadi'

'Selepas kematian Ayah aku.Aku cuba segala kata laluan untuk membuka isi yang ada di dalam pendrive ini namun aku langsung tak berjaya untuk membukanya.Namun suatu hari aku berjaya menghack dan membuka Maklumat-maklumat yang berada di pendrived tersebut.Semua nama ahli-ahli mereka dan Pelan-pelan mereka ada di dalam.Aku tidak ingin memberitahu kepada pihak polis tentang ini kerana aku ingin hapuskan mereka sendiri.

'sesuatu membuatkan aku terkejut di keranakan,ada satu nama yang tidak asing di dengar iaitu...Nama Ayah aku sendiri di antara Ahli-ahli Rosalina.Yushak...Apa yang ayah aku sembunyikan sebenarnya dan mengapa...Aku harus cari jawapan tentang semua ini'

[End Danish POV]


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C3
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄