下載應用程式
50% Stesen Terakhir / Chapter 4: Bab 4

章節 4: Bab 4

Nadia mengusap tangannya yang luka dengan lembut. Keadaan di luar sudah gelap. Mereka hanya ditemani lampu dari kereta kabel mereka sahaja. Keadaan di luar sepertinya mahu hujan.

"Aku nak tanya, Math korang berapa dalam SPM" tanya Fahmi.

"Aku, B+" kata Muaz.

"A+!" kata Nadia dengan bersemangat.

"A-" kata Sarah.

"B-" kata Kamal.

Fahmi mengangguk. "Nasiblah korang reti baca skala, nak kira masa."

"Alah, tu senang je." kata Nadia.

"Korang semua ok kan?" kata Sarah.

Mereka semua sekadar memandang Sarah.

"Bukan apa, sebab kita boleh dapat mental illness dari situasi kita. Korang tahulah, PTSD, atau yang lain-lain." kata Sarah.

Nadia mula mengalirkan air mata. "Aku nak balik rumah"

Sarah sekadar menenangkan dia.

"Takpe ya, Nadia. Insyaallah, kita akan balik." kata Muaz sambil tersenyum.

Nadia sekadar mengangguk perlahan. Sarah memeluknya untuk menenangkan dia.

Muaz memandang Kamal dan Fahmi. "Korang ok kan?" kata Muaz.

"Ye. Aku ok. Kita kena ada mindset kita kalau menghadapi situasi macam ni" kata Kamal.

"Walaupun kau penakut, tapi kadang-kadang kata-kata kau tak mencerminkan sikap kau tu pun" kata Fahmi.

"Biasalah tu" kata Muaz sambil mengusik Kamal.

"Ah ye, korang ada phone korang kan?" kata Muaz sambil menepuk tangannya dengan perlahan.

"Ada" sahut mereka sambil menunjukkan telefon mereka.

"Dah try call ke?" kata Muaz.

"Aku dah test dulu, tak dapat pun" kata Sarah sambil mencebik.

"Takde line eh. Hm, bateri phone korang berapa? Aku 73%" kata Muaz.

"Aku 35%" kata Sarah.

"65%" kata Fahmi.

"93%" kata Kamal.

"Ok, kita simpan bateri phone kita. Nanti dekat stesen seterusnya, korang cuba cari signal" kata Muaz.

"Aku ada dua powerbank. Boleh cas sebanyak tiga kali untuk satu powerbank." kata Sarah.

"Baik, simpan dulu. Jangan terus guna." kata Muaz.

Secara tiba-tiba, kereta kabel mereka berhenti secara mengejut dan membuatkan mereka nyaris terjatuh.

"Apa jadi?" tanya Kamal sambil melihat ke luar.

Muaz turut serta melihat ke luar. " Kenapa ni?"

Keadaan di luar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kamal mengangkat senapangnya dan bersedia untuk apa-apa yang boleh terjadi.

Mereka melihat sekeliling dan mendapat tiada apa-apa yang berlaku.

"Nampaknya, kita mungkin dihentikan di sini ataupun motor untuk kereta kabel kita rosak" kata Fahmi.

"Hm, mungkin juga. Tapi jomlah rehat dulu. Lagipun, dah gelap dah pun." kata Muaz.

"Kalau kita masih di sini esok pagi, tandanya motor rosak lah kan?" kata Nadia.

Fahmi mengangguk perlahan.

"Jangan fikir negatif dan stay positive. Kita berdoa pada Allah agar esok kereta kabel kita bergerak." kata Kamal.

"Baiklah, jom tidur. Kita jaga distance eh." kata Muaz.

"Ye, kitorang tahulah." kata Nadia dan Sarah serentak.

Keesokan harinya,

Muaz cuba untuk membuka pintu kereta kabel. Kamal terbangun dari tidur dan melihat Muaz sedang membuka pintu. "Kau buat apa tu?" kata Kamal.

Suara Kamal membuatkan yang lain terbangun.

"Kita masih di tempat sama" kata Muaz.

"Jadi, apa yang kau nak buat?" kata Kamal.

Mereka yang baru bangun melihat kepada Muaz. "Kita mungkin boleh cuba lihat apa masalahnya dekat motor kereta kabel di atas bumbung" kata Muaz.

"Motor kereta kabel ni bukan dekat bumbung. Tapi kat tiang sana tu." kata Fahmi sambil menuding ke tiang yang menyokong wayar kabel.

"Sana tu?!" kata mereka dengan terkejut.

"Ok, jap, korang ambik bidang apa? Aku ambik bidang animasi" kata Muaz.

"Bidang perubatan" kata Nadia.

"Engineering" kata Fahmi.

"Aik, kan kita sama-sama dalam satu bidang?" kata Kamal.

"Lakonan" kata Sarah.

Muaz mengangguk. "Jadi, Fahmi, ko retilah bab-bab repair barang ni?"

Fahmi mengangguk perlahan, merasakan sesuatu akan terjadi. "Biar aku teka, ko nak aku pergi sana dan cuba tengok apa yang problem dengan motor dia tu?"

"Ye" balas Muaz.

"Aku mungkin boleh tengok masalah yang mungkin terjadi, tapi, nak pergi sana tu susah, lagipun, aku gayat." kata Fahmi.

"Hm, toolbox yang ko jumpa kat stesen tu kau bawa kan?" kata Muaz.

"Ya, aku ada toolbox tu." balasnya.

Fahmi menghulurkan kotak peralatan itu kepada Muaz. "Kamal, tolong aku sekejap. Jangan kasi aku jatuh." kata Muaz.

"Ok-ok." kata Kamal sambil bersedia menolong Muaz, walaupun dia tidak tahu apa yang terlintas di fikiran Muaz.

Muaz berdiri di atas tempat duduk dan mengeluarkan tukul beserta paku. Dia mula menebuk lubang di siling dan membentuk sebuah corak seperti kotak. "Ok, patutnya saiz ni cukup." katanya.

Yang lain sekadar memerhati. Muaz membuka pintu kereta kabel mereka dan memanjat ke atas.

"Muaz, be careful!" kata Nadia dengan rasa risau.

"Fahmi, Kamal! Prepare untuk tangkap bahagian tu! Yang lain ke tepi!" jerit Muaz.

Mereka berdua bersedia untuk menangkap bahagian itu, sementara Nadia dan Sarah bergerak ke tepi.

Muaz menendang bahagian yang dia tebuk dan menghasilkan satu lubang di siling, muat-muat untuk mereka keluar masuk. Muaz memasukkan kepalanya ke dalam lubang itu.

"Everyone okay?" katanya.

Kamal dan Fahmi memberi isyarat mengatakan mereka baik-baik sahaja, manakala Nadia dan Sarah masih keliru dengan apa yang Muaz lakukan.

"Kau nak buat apa sebenarnya?" kata Nadia.

"Takkan kita nak tinggalkan Fahmi kat tiang tu?" kata Muaz.

"Hm, maksud kau?" kata Fahmi.

"Bila motor berjaya dibaiki, mesti kereta kabel akan terus bergerak. Dan kita akan melintasi tiang yang Fahmi akan berada" kata Muaz.

"Maksudnya, lubang ni adalah untuk Fahmi lompat masuk ke dalam kereta kabel?" kata Sarah.

"Betul tu. Tapi Fahmi tak boleh directly masuk terus ke dalam. Mungkin Fahmi boleh terjatuh ke bawah." kata Muaz.

"Abis tu, macam mana? Ni pasal nyawa aku tau!" kata Fahmi.

"Nah, aku dah ikatkan tali dekat toolbox ni, jadi, bila kau nak masuk, kau mesti baling toolbox ni ke dalam kereta kabel pada masa yang sama kau lompat." kata Muaz.

"Ini akan menjadi detik aku nyaris mati, atau memang waktu terakhir aku." kata Fahmi.

"Bertawakallah kepada Allah agar kau selamat. Ketentuannya ada ditangannya" kata Kamal.

"Jadi, untuk kembali ke dalam kereta kabel, kita dah ada cara, tapi untuk pergi?" kata Fahmi.

"Betul gak en. Cam mana ya?" kata Nadia.

Muaz menghulurkan sebatang besi.

"Aik, bila masa kau ambik ni?" kata Sarah.

"Adalah. Baiklah, Fahmi. Jom, aku tolong kau naik atas." balas Muaz.

"Baiklah" kata Fahmi.

Muaz menghulurkan tangan untuk membantu Fahmi naik ke atas melalui lubang di siling. Setibanya Fahmi di atas, Muaz membantu dia untuk meluncur ke tiang di hadapan mereka.

"Aku ada potong sikit besi ni, untuk kau meluncur ke sana. Nanti kau akan berhenti betul-betul di atas tiang tu, so, kau kena tengoklah apa problem dia. Nanti bila motor dah jalan balik, kau ikat besi ni dekat tali yang aku ikat kat toolbox ni. Ko ikat tali ni kat tali pinggang ko, kalaulah toolbox ni terjatuh ke bawah. Jadi, dah ready?" kata Muaz.

Fahmi berasa gugup untuk meluncur ke tiang tersebut, tetapi dia mengangguk perlahan.

"Ok. Let's go then" kata Muaz sambil menolak Fahmi ke bawah.

"Woi! Tunggulah b***" kata Fahmi sementara dia meluncur ke tiang tersebut.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C4
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄