下載應用程式
94.11% Memori Mardhiyah / Chapter 16: Bab 14

章節 16: Bab 14

Malam Jumaat tepat jam 9 malam, Safiyah dan Tasya tiba di suatu dewan yang berukuran sederhana besar. Terdapat tiga biji kereta mewah berwarna hitam di tempat letak kereta yang terletak di hadapan dewan itu. Beberapa pengawal peribadi berpakaian serba hitam juga mengawasi kawasan di sekitar dewan tersebut.

Rai mengajak mereka bertemu di dewan itu untuk merealisasikan kata-kata Suraya tentang Taman Permainan Mimpi. Pada bahagian pintu masuk, Suraya yang sudahpun tiba terlebih dahulu bersama dengan Rai mengangkat tangannya ke arah mereka berdua. Safiyah dan Tasya menghampiri kedua insan.

"Kak… kau orang berdua dah lama tunggu?" Tasya menyapa.

"Tak, aku pun baru sampai. Rai yang sampai dulu daripada aku." jawab Suraya.

"Datang awal sangat buat apa?" Safiyah mengerutkan dahi.

Rai mendiamkan diri. Seketika, kedua matanya memandang Safiyah lalu pandangan itu dipalingkan semula.

"Jom…" Rai bergerak masuk ke dalam dewan tersebut diikuti dengan Suraya, Safiyah dan Tasya.

Usai pintu dewan besar itu dibuka, ruangan di bahagian tengah dewan itu terlihat sengaja di kosongkan. Di bahagian tengah dewan itu juga, terdapat sebuah meja kecil yang dikelilingi dengan enam buah kerusi yang disusun dalam bentuk bulatan. Rai mencapai salah sebuah kerusi dan bergerak duduk diikuti dengan Suraya di bahagian kirinya. Tasya mengambil tempat duduk di bahagian kiri Suraya dan Safiyah disampingnya.

"Mana permainan tu?" Safiyah mulai menyoal.

Suraya mengerutkan dahi memandang Safiyah.

"Sabarlah. Kita tengah tunggu seorang Pemimpi lagi. Pemimpi yang biasa dengan permainan ni."

Safiyah mengangguk-angguk.

"Ada benda lagi yang kau nak tahu tak tentang Alafun Ain? Tanyalah sambil-sambil nak tunggu dia." arah Rai.

Safiyah berdiam diri seketika cuba mengingat semula persoalan-persoalannya tentang Alafun Ain.

"Ermmm… saya ada satu persoalan lagi." balas Safiyah.

"Apa?" Suraya menyoal semula.

"Sebenarnya… macam ni. Jika ada tiga orang Pemimpi dalam satu kawasan tu, contohnya Pemimpi A, Pemimpi B dan Pemimpi C. Kalau Pemimpi A dah buka Alafun Ain untuk serang Pemimpi B, boleh tak Pemimpi C tu buka Alafun Ain yang baru untuk serang kedua Pemimpi tu?"

"Maksud kau ada dua Alafun Ain dalam satu tempat?" soal Rai.

Safiyah mengangguk.

"Tak boleh. Satu kawasan tu kena ada satu aje Alafun Ain. Jika Pemimpi A dah buka ruangan Alafun Ain untuk serang Pemimpi B, lepastu datang pula Pemimpi C. Pemimpi C tu akan masuk ke dalam Alafun Ain yang dah dicipta oleh Pemimpi A secara automatik. Dengan syarat, Pemimpi C tu sedar Pemimpi A dan Pemimpi B sedang berada dalam Alafun Ain." terang Suraya.

"Kalau Pemimpi C tu tak tahu atau tak perasan?" soal Tasya.

"Erm… macam mana pula ya. Aku pun tak tahu. Macam mana Rai?" soal Suraya.

Safiyah dan Tasya berpandangan muka. Ternyata, Suraya sendiri tidak terlalu mengetahui apa yang dia jelaskan.

"Kontak tubuh. Sentuhan dan pandangan kedua mata. Jika Pemimpi A dan Pemimpi B sedang bertarung dalam Alafun Ain, dalam beberapa minit Pemimpi C datang. Pemimpi C akan masuk ke dalam Alafun Ain yang dah ada tu, jika berlaku kontak tubuh. Sama ada, Pemimpi C sentuh Pemimpi A atau B. Ataupun, Pemimpi C terpandang kedua mata Pemimpi A atau B." terang Rai.

"Ohhh. Faham." Suraya menganguk-angguk.

Ai, Tasya yang tanya soalan dekat dia, dia pula yang faham. Pelik. Getus hati Safiyah.

"Tapi… dia mesti ada jarak kan. Walaupun Pemimpi C terpandang kedua mata Pemimpi B atau A, tapi kalau jarak dia orang tu 1 Km. Pemimpi C tetap boleh masuk ke dalam Alafun Ain tu?" soal Tasya.

"Wah… soalan kau. Dah macam study geografi." perli Suraya.

Tasya tersipu malu. Soalan Tasya itu juga membuatkan Rai tergelak kecil.

"Tak lah sampai 1 Km, Tasya. Setahu aku, jarak dia yang paling jauhpun 100 meter. Pemimpi A nak serang Pemimpi B pun jarak dia tak lebih daripada 100 meter. Pemimpi C nak masuk Alafun Ain yang dah ada pun jarak dia tak boleh lebih dari 100 meter. 100 meter tu jarak terjauh gelombang otak tu boleh capai manusia yang lain."

"Wow, luas juga tu." Safiyah mengangguk-angguk.

"Macam mana kau boleh tahu benda yang aku tak tahu Rai?" soal Suraya.

"Johan yang bagi tahu aku. Aku pun awal-awal dulu curious juga. Banyak benda yang aku tanya dengan dia. Maklumlah, dia yang paling tua dan berilmu diantara kita." Rai tersenyum kecil.

"Erm… patutlah. Dia pun sumber maklumat aku." Suraya memandang Safiyah semula. "Ada lagi soalan kau?"

Safiyah menggeleng. Secara tiba-tiba,

Pam!

Pintu dewan itu dibuka dengan kuatnya. Johan masuk ke dalam dewan bersama sebuah kotak berwarna hitam pada genggaman tangan kanannya. Dia bergerak mendekati meja kecil yang terletak di tengah bulatan. Dia meletakkan kotak hitam itu di atas meja lalu bergerak duduk di bahagian kanan Rai. Kedua matanya mengarah kepada Safiyah.

"Kau Pemimpi baru tu?" soal Johan.

Safiyah mengangguk dalam pergerakan tubuhnya yang agak kekok.

"Siapa nama kau?" Johan menyoal lagi.

"Saya… Safiyah."

Johan mengangguk-angguk.

"Apa maklumat yang kau bawa Johan?" Suraya menyoal.

Johan memandang pula ke arah Suraya lalu pandangan di arahkan ke arah Rai.

"Datuk Ameer yang kau minta aku serang tu… golongan Delta. Macam pembantu kau ni." jawab Johan.

Rai dan Suraya berubah tegang mendengar penjelasan Johan. Safiyah dan Tasya pula berpandangan muka tidak mengetahui maksud di balik golongan Delta tersebut.

"Apa yang… golongan Delta? Saya ke?" soal Tasya.

"Golongan Delta tu adalah sebilangan kecil manusia biasa yang Pemimpi tak boleh serang. Apabila Pemimpi cuba mengalirkan gelombang otak 201Hz untuk membawa mereka masuk ke dalam Alafun Ain secara paksa, otak mereka akan menghasilkan satu gelombang otak yang menghalang serangan tersebut secara semula jadi. Gelombang otak yang digelar Delta." jawab Suraya.

"Maksudnya… saya ni pun golongan Delta?" soal Tasya lagi.

"Alahai kau ni, Johan dah kata macam tu kan." Suraya mengerutkan dahi.

Tasya tersenyum kecil terkesan dengan ketegasan Suraya itu.

"Datuk Ameer?" soal Safiyah pula.

Johan menggelengkan kepala.

"Rai minta aku serang Datuk Ameer yang dikatakan sebagai ancaman buat kawan dia. Masa dia tengah keluar daripada syarikat dia tu…"

Dua jam sebelum pertemuan di dewan besar tersebut. Johan memerhatikan pergerakan keluar masuk daripada pintu utama Syarikat Amorba daripada salah sebuah lorong gelap. Dalam beberapa detik, Datuk Ameer keluar daripada bahagian pintu utama syarikat itu diiringi dengan lima pengawal peribadinya.

Johan bergerak menghampiri kedudukan Datuk Ameer. Tubuhnya disengajakan untuk berselisih dengan salah seorang pengawal peribadi.

Pap! perselisihan bahu pun berlaku diantara Johan dengan salah seorang pengawal peribadi yang berada di bahagian belakang

Pengawal peribadi itu menoleh diikuti dengan empat pengawal peribadi yang lain.

"Encik kenapa?" soal pengawal peribadi itu.

Johan berdiam diri sambil memerhatikan Datuk Ameer untuk melakukan kontak tubuh. Dikala Datuk Ameer menoleh, kedua mata mereka pun saling bertatapan. Tiba masanya, otak Johan menghasilkan gelombang Alafun Ain.

Tak!

Sekelip mata, gelombang Alafun Ain itu pun terhadang dengan satu gelombang yang digelar Delta yang terhasil secara tiba-tiba daripada otak Datuk Ameer. Tujuan membawa masuk Datuk Ameer ke dalam Alafun Ain pun sirna.

"Maaf. Saya tak nampak." Johan berlalu pergi tanpa menghiraukan reaksi keenam insan.

Safiyah dan Tasya menggelengkan kepala mendengar penceritaan tersebut.

"Maksud dia… kau cuba serang Datuk Ameer menggunakan kelebihan Pemimpi?" soal Safiyah.

Johan mengangguk.

"Pemimpi ada cara yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah. Namun dunia ni pun, ada caranya sendiri untuk mengekalkan kehidupan Pemimpi ikut serta dalam keseimbangan alam. Golongan Delta, adalah golongan yang tak akan mampu melihat Alafun Ain dan itu bermakna, Datuk Ameer tak boleh diserang dengan cara Pemimpi." keluh Johan.

"Bos… dah tahu, yang saya merupakan salah seorang daripada golongan Delta ni?" soal Tasya pula.

Rai menganggukkan kepala.

"Kau kerja dengan aku dah lama, aku risau juga kalau Pemimpi atau pun bukan. Risau kau buat sesuatu yang aku tak suka. Satu masa tu, aku cuba buka Alafun Ain dengan kau tapi otak kau halang. Dari situlah aku tahu yang kau ni golongan Delta."

"Golongan Delta lebih berharga daripada Pemimpi. Hanya golongan ni yang boleh menyelamatkan seorang Pemimpi agar mampu keluar daripada Alafun Ain dengan selamat. Golongan macam kau, perlu dihargai." terang Suraya.

Tasya menggaru pipinya yang tidak gatal. Terasa terharu dirinya dengan pujian yang Suraya berikan. Walaupun garang, ternyata wanita itu mampu memberikan pujian.

"Kita tak ada masa nak hurai tentang Golongan Delta sekarang sebab tak lama lagi Taman Permainan Mimpi akan dibuka. Sekarang, aku nak terangkan tentang Alafun Ain rekaan ni." terang Johan.

"Alafun Ain rekaan?" Safiyah mengerutkan dahi.

"Ya. Taman Permainan Mimpi ni juga digelar Alafun Ain rekaan. Alafun Ain yang dicipta oleh sekumpulan saintis gila yang digelar Pengabdi Kegelapan." jawab Johan.

"Pengabdi Kegelapan?" soal Tasya. Sepertinya, temuan tentang Alafun Ain yang dia lakukan juga bersumberkan daripada nama tersebut. "Tu…. sumber utama saya buat kesimpulan tentang kajian Alafun Ain." terangnya lagi.

"Hanya Pengabdi Kegelapan yang membuat kajian tentang Alafun Ain ni secara mendalam. Sebab tu, ilmuan yang lain menggelar mereka gila. Mereka sangat obses dengan sesuatu yang logika akal manusia biasa tak nampak." terang Suraya.

Safiyah dan Tasya kembali memandang Johan untuk meminta penjelasan yang lebih lanjut. Johan pula bergerak menghampiri kotak hitam itu semula. Dia membuka kotak tersebut. Telefon bimbit kecil berwarna hitam dikeluarkan.

"Alafun Ain rekaan ni adalah teknologi dia orang. Entah macam mana, mereka mampu mencipta satu alam mimpi yang boleh menghubungkan Pemimpi-Pemimpi yang lain hanya dengan gelombang bunyi yang terhasil daripada panggilan telefon kecil ni." Johan membelek-belek telefon bimbit tersebut.

"Saya pernah baca tentang gelombang bunyi yang boleh mempengaruhi gelombang otak manusia. Mungkin, dia orang ni berjaya cipta satu bunyi yang boleh terhubung dengan gelombang otak 201Hz Pemimpi. Apabila dah terhubung, dia orang buatkan gelombang otak 201Hz Pemimpi-pemimpi ni bersatu… atau bertemu dalam Alafun Ain rekaan milik dia orang. Kan?" Tasya cuba merungkai.

Johan berdiam diri seketika cuba menghadam maklumat yang Tasya terangkan itu.

"Entahlah. Mungkin. Aku pun tak tahu sangat. Yang aku tahu, dia orang ni memang gila. Alafun Ain milik dia orang ni juga digelar Taman Permainan Mimpi bersebab tau."

"Sebab… apa?" soal Safiyah.

"Sebab, dia orang mencipta satu alam mimpi yang membuatkan Pemimpi-Pemimpi ni saling berbunuhan. Dalam Taman Permainan Mimpi, ada dua hadiah yang jadi rebutan para Pemimpi. Hadiah pertama, Pemimpi akan berjumpa dengan Oracle, seorang Pemimpi yang mempunyai kelebihan khusus untuk meramal masa hadapan." jawab Johan.

Safiyah dan Tasya tergamam. Perbualan itu semakin menentang logika alam nyata.

"Tujuan kita adalah hadiah yang kedua. BloodHound." jelas Rai.

"BloodHound?" Tasya menyoal kembali.

"BloodHound. Seorang Pemimpi yang mempunyai kelebihan khusus untuk melacak keberadaan semua Pemimpi yang ada dalam dunia ni. Rai ada kata, kau orang sedang cari Pemimpi yang boleh mempermainkan memori manusia tu kan. Bloodhound adalah cara kita untuk melacak Pemimpi tu." jawab Johan.

Safiyah dan Tasya mengangguk penuh semangat.

"Sekarang, aku nak terangkan ciri-ciri Alafun Ain rekaan ni. Dalam Alafun Ain rekaan ni, sekali kau dah mati dalam alam tu kau takkan mampu masuk lagi ke dalam Taman Permainan Mimpi. Otak kau akan mengalami kesan sampingan tapi tak seteruk dalam Alafun Ain Pemimpi." sambung Johan.

"Kesan seperti… otak berubah mati?" soal Safiyah.

"Ada kemungkinan, tapi sangat sukar untuk terjadi. Lainlah, kalau kau jumpa Pemimpi yang suka menyeksa manusia macam Pemimpi yang digelar Psiko. Walaupun dalam Alafun Ain rekaan, dia masih mampu untuk membunuh Pemimpi yang lain." jawab Johan

"Psiko… nama pun dah seram." balas Tasya.

"Alafun Ain rekaan ni juga akan berlangsung sampailah permainan dalam Alafun Ain tu tamat. Tempoh masa Taman permainan tu dibuka adalah selama tiga hari dalam waktu Alafun Ain. Sejam dalam Alafun Ain sama dengan lima minit dalam dunia nyata. Jika kita berada dalam Alafun Ain selama tiga hari, kita akan hilang kesedaran dalam dunia nyata selama enam jam. Lagi satu, Alafun Ain rekaan ni hanya akan membawa masuk Pemimpi. Manusia biasa tak akan mampu masuk." terang Johan.

"Enam?" soal Safiyah dan Tasya.

"Haah enam. Sebab tu kita perlukan Golongan Delta, pembantu Rai ni. Sebab apabila kita berada dalam Alafun Ain tu, kita tak akan sedar selagi tak keluar daripada alam tu. Yang membantu kehidupan kita dalam dunia nyata sewaktu tak sedar ni adalah Golongan Delta yang tak boleh masuk ke dalam Alafun Ain." terang Johan.

Pandangan mereka kini tertumpu ke arah Tasya yang merupakan salah seorang daripada Golongan Delta tersebut.

"Saya?" Tasya menunjuk ke arah dirinya sendiri.

"Ya lah. Kau. Kau yang kena pastikan kami hidup dalam alam nyata ni." jawab Suraya.

"Tak perlu pun kau nak jaga kami sangat. Enam jam tu kiranya macam kami terlena dekat realiti ni. Cumanya, tubuh kami seakan masih terjaga. Itu aje beza dia dengan tidur." terang Rai menenangkan situasi itu.

Tasya mengangguk-angguk. Johan memandang jam tangannya pada tangan kiri. Waktu hampir menunjukkan jam 10 malam.

"Dah nak jam 10." terang Johan.

"Let's go." balas Suraya penuh semangat.

"Tepat jam 10, akan ada panggilan masuk dalam telefon kecil ni. Lepas aje aku angkat, dalam masa lima detik nada yang membawa gelombang bunyi Alafun Ain rekaan tu pun akan terhasil. Kita akan berpindah ke Taman Permainan Mimpi sekelip mata. Tentang cara permainan tu bekerja, aku akan terangkan nanti dalam Alafun Ain." terang Johan.

Safiyah dan Suraya menangguk faham.

Dring! Dring!

Telefon bimbit itu berbunyi menandakan panggilan masuk yang mereka nantikan itu sudahpun tiba.

Ting!

Johan menyambut panggilan telefon itu lalu meletakkan telefon bimbit tersebut di atas meja kecil. Dia bergerak duduk kembali dibahagian kanan Rai.

"We will enter the Dream Playground in five… four…" suara wanita yang terdengar daripada panggilan telefon tersebut

Safiyah, Suraya, Rai dan Johan bersiap sedia pada kerusi masing-masing.

"Two… one!"

Tinnnggg!

Berpindahan alam nyata ke Taman Permainan Mimpi pun berlaku selari dengan deringan bunyi kecil yang tidak henti dihasilkan oleh telefon bimbit tersebut.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C16
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄