下載應用程式
63.63% Cinta Ulat Buku (bahasa melayu) / Chapter 7: Kamu okey?

章節 7: Kamu okey?

"So petang ni kau part time ganti Diana.." Kata Adam. Aku angguk dan sedut minumanku dengan straw yang terpacak dalam gelas bandung ais di depanku. Macam yang aku janji, tengah hari tu aku belanja Adam makan. Aku tunggu Ariman call dan datang hantar aku ke Pustaka Biru. Bagaimana pun aku sudah mesej Ariman yang aku berada di Cafe. Dia balas tadi yang dia akan ambil aku sekitar jam 1 petang.

" Petang ni kelas kau sampai jam 3 saja kan?" tanya ku pada Adam.

" hmmmm.. kenapa?" Adam angkat kening, sambil makan nasi kandar yang dia order tadi. Aku ambil phone dan tunjuk cover buku pada Adam.

" Tolong carikan buku ni.. Buku ni keluaran baru penulis yang aku minat. Tapi di kedai buku Pustaka Biru sudah habis licin kena beli sebelum sempat aku beli satu.. kat kedai Harisson ada rasanya" ujarku dengan nada sedikit kecewa.

" Baca ke mataku?" Adam sebut tajuk buku yang aku tunjuk dalam phone. Aku angguk.

" Eh.. macam jiwang saja buku ni.." katanya sambil ketawa mengejek. Spontan aku tumbuk ringan bahu Adam.

" Jiwang tak jiwang kau tolong lah carikan.. aku tak tidur lena selagi tak dapat buku tu.." Rayuku sambil buat muka kesian dan pandang muka Adam dengan mengkedip-kedipkan bulu mataku perasan lah konon comel macam pussy in the boot! ceh.. Adam ketawa.

" Ok.. Kalau aku rajin aku carilah lepas kelas nanti.. tapi macam biàsalah.. mesti ada pengerasnya.." Jawab Adam buat aku tersenyum simpul.

" Thank you.....!!"

Dan serentak dengan itu telephone ku berbunyi. Panggilan dari Ariman. Aku serta merta senyum lebar.

" Ariman call" Ujar ku Adam hanya mencebik melihat riaksiku.

" Neera! saya di depan tak jauh dari Cafe.. keluarlah sekarang, saya pandu kereta merah.." Kata Ariman. Aku lantas memandang ke arah jalan raya. Aku lihat sebuah kereta merah sedang bergerak perlahan. Aku nampak Ariman turunkan cermin dan melambai padaku.

" Okay.. saya nampak kamu" kataku lantas memutuskan talian. Aku balas lambaian Ariman kemudian berpaling semula memandang Adam.

" Adam.. aku cau dulu" Kataku pada Adam.

" Okay.. malam ni aku ambil kau di Pustaka Biru?" tanya Adam. Tayar motor aku kempis terkena paku, entah macam mana boleh terpijak paku. Macam ada orang yang pedajal aku pula. Adam tak sempat tolong tampal tadi pagi.

" Yes please.. thank you!" jawab ku sambil bagi dia flying kiss dan ketawa. Adam mencebik dan memutarkan bola matanya. Dia sudah biasa dengan gaya ku yang cuba ambil hatinya bila aku 'susah'kan dia dengan macam-macam hal seperti ini. Aku bergegas ke arah kereta Ariman yang menunggu di tepi jalan.

" Sudah makan?" tanya Ariman sebaik saja aku masuk ke perut keretanya.

" hmmm ya sudah" jawabku sambil pandang dia sekilas. Ariman nampak kacak dengan baju kemeja hitam dan cermin mata gelap. Cuaca panas terik patutlah dia pakai kaca mata hitam.

"Tapi saya belum makan.. Teman saya makan sebelum kita ke Pustaka Biru boleh?" Tanya Ariman sambil mula memandu.

" Oh.. er... Arisa.. dia tak makan dengan kamu hari ni?" Tanyaku ragu-ragu. Ariman spontan senyum.

" Dia tolong jagakan Pustaka Biru.. Aku dah tapaukan dia makanan sebelum datang ambil kamu tadi.. Dia sudah makan tu" Jawab Ariman.

" Kenapa? kamu tak sudi makan dengan saya?" Tanya Ariman buat aku tergugup.

" Ah.. er.. bukan macam tu. Saya cuma.. " Aku kehilangan kata-kata. Aku mahu cakap yang aku tak mahu Arisa salah faham. Tapi aku rasa serba salah mahu kata macam tu. Kami bukan buat apa pun cuma makan bersama sebagai pekerja dan majikan. Sepatutnya tak ada salahnya. Dengan sikap Arisa yang sangat rasional tu, aku tak rasa dia semudah itu bertindak cemburu buta!

" So... teman saya makan sekejap ya.. saya tak suka makan sorang-sorang.. " Kata Ariman dan aku akhirnya setuju. Perkataan 'sorang-sorang' dari mulut Ariman buat aku sedih. Aku ingat Adam kata Ariman sebatang kara. Ibu bapanya telah pergi akibat satu kemalangan. Kereta Ariman kemudiannya berhenti di sebuah cafe tidak jauh dari Pustaka Biru.

" Order minuman. Walaupun kamu sudah makan sekurang-kurangnya minum lah sesuatu.." ujar Ariman. Aku angguk dan melihat menu. Aku sebenarnya masih kenyang sangat. Kalau minum pun rasanya aku mahu minum minuman panas.

" Saya nak kopi latte lah" Ujarku sambil pandang sekilas ke arah Ariman yang sudah membuka kaca mata hitamnya. Ariman pandang aku sambil senyum bila dengar aku sebut kopi latte. Senyumannya seolah-olah 'berisi' sesuatu.

"Kopi latte?" ulang Ariman. Aku angguk. Rasa sedikit hairan.

" ke.. kenapa?" tanyaku dengan nada ragu-ragu. Ariman senyum lagi.

" Kopi latte.. sebenarnya minuman kegemaran saya" Jawapan Ariman buat aku ketawa kecil. So inilah kenapa senyumannya 'berisi' sesuatu tadi.

"Oh.. sama pula. Saya sebenarnya kopi lover. Dan kopi latte antara yang paling saya suka!" ujarku dengan nada teruja.

" Ah.. nice! saya pun peminat kopi. Apa lagi kalau masa mencari idea masa buat kerja! tanpa kopi semua rasa idea hilang..hmmm so.. kopi saja? tak mahu puding atau apa-apa yang lain?" Muka Ariman ceria. Senyuman dia nampak sungguh menawan.

" Its okay. Kopi saja" balasku. Ariman order pasta Marinara untuk makan tengaharinya. Sementara tunggu makanan Ariman sampai, dia mula tanya pasal hal menulis cerpen.

" Neera sudah mula menulis?" Tanya Adam dengan muka penuh minat. Aku terkedu. Aku sedikit pun tidak berniat mahu menulis apa-apa. cerpen.. novel atau apa saja yang sewaktu dengannya. Tapi hari tu aku iya kan saja bila Ariman dan Arisan panggil ikut serta menulis cerpen.

" Er.. be.. belum lagi. Saya tak tahu nak tulis apa.. saya tak ada idea" Jawabku malu-malu.

" Tak apa.. benda tu tak boleh paksa. Pada mulanya Neera tulis apa-apa saja. Apa saja yang terlintas di fikiran Neera" Dia berhenti seketika seperti berfikir. Kemudian menyambung lagi..

"Contohnya kalau Neera rasa sedih. Neera luahkan kesedihan tu ke dalam tulisan. Ceritakan ia. Atau kalau Neera happy.. Neera luahkan rasa happy tu ke bentuk tulisan. Bila Neera sudah biasa menulis.. perlahan-lahan Neera akan terbiasa menulis. Mula-mula Neera boleh cuba tulis apa yang ada dalam kenangan Neera. Contohnya kucing pertama yang Neera pernah bela. warnanya? gaya dan gelagat kucing tu? apa dia suka makan? lama kelamaan Neera akan ada idea.." sekali lagi Ariman berhenti dan matanya memandang tepat ke mataku. Aku berusaha untuk tidak kelihatan gugup. Aku angguk tanda aku dengar dengan baik kata-kata Ariman.

"Semua yang penulis-penulis terkenal dan yang berjaya hasilkan banyak buku, adakalanya mereka tulis dari pengalaman mereka sendiri.. atau dari sumber bacaan dan tentunya dari daya imaginasi.. "

Panjang lebar sekali kata-kata Ariman. Aku mendengar sambil menatap mukanya dengan serius sepertinya aku sedang cuba memproses tunjuk ajar Ariman itu dengan bersungguh-sungguh. Tetapi yang sebenarnya aku sibuk mengkagumi matanya yang cantik. Hidungnya yang mancung dagunya yang runcing dengan bibir merah muda yang nampak bersih.Tidak ada tanda-tanda bibir perokok. Ariman sungguh kacak! Patutlah aku masih tak boleh move on!

" Oh begitu.. saya belum pernah cuba cara itu. mungkin saya boleh cuba.. dengan menulis tentang lunch dengan kamu hari ni.." Kata ku sedikit bergurau. Ariman ketawa. Bunyi tawanya terdengar merdu dan menyenangkan di telingaku.

" Boleh juga.. itu idea yang baik" Balas Ariman. Dan makanan Ariman pun sampai. Sambil makan Ariman bertanya serta sedikit tentang latar belakang ku. Tinggal di mana. Adik beradik berapa. Ambil jurusan apa di kolej. Rasanya aku macam kena second interview pula!

Lepas makan kami pun pergi ke Pustaka Biru. Hari biasa tidak ramai pengunjung. Bila nampak aku dan Ariman masuk, Arisa senyum lebar. Dia bagi senyuman termanis pada Ariman. Mereka berpandangan. Pandangan yang hanya mereka berdua saja yang tahu maksudnya. Aku rasa tersisih bila melihat mereka berbalas senyuman. hmmmmm..

Lepas tu Ariman suruh aku ganti tugas Arisa jaga kaunter depan. Ariman ada kelas sekitar Jam 3 petang. Dia dan Arisa terpaksa tinggalkan aku sendirian menjaga Pustaka Biru. Arisa pun ada kelas sebelah petang. Pustaka Biru agak sunyi, hanya beberapa orang pengujung tetap yang biasanya membaca dengan senyap di tempat duduk mereka.

" Lepas kelas, dalam Jam 5 petang saya akan datang.. Pustaka Biru tutup jam 9 malam. Kalau Neera tak sanggup bertugas sampai malam, nanti jam 5 petang Neera boleh balik" Kata Ariman.

"Its okay.. saya boleh bertugas sampai jam 9 malam. Esok kelas saya start jam 10 pagi" Ariman senyum senang mendengar jawapan ku.

" Okay.. kalau begitu" Dia tunjuk ibu jari.

" Pergi dulu Neera. Kalau ada apa-apa.. nanti mesej saja ya.." Kata Arisa sebelum pergi.

******

"Kau dah cari ke buku yang aku pesan tu?" Tanyaku pada Adam.

" Sudah.. tak ada!" Jawab Adam. Aku merunggus. Kecewa!

" Apa yang kau tak sabar ni? buku tu ke yang Ariman rekomen suruh kau baca?" Tanya Adam seperti dapat baca apa yang dalam kepalaku. Aku pura-pura tidak dengar.

" Pasal si Ariman tu kau sibuk cari buku tu merata-rata. Tak lama lagi adalah buku ada lah stok baru sampai di kedai buku Pustaka Biru. Kau ni.. tak sabar betul. Lagi satu kan.. aku hairan betul. Ariman tu dah ada awek.. yang kau masih terhengih-hengih dengan dia tu buat apa..? kamon girl.. setahu aku! kau tak pernah macam ni! Sekarang kau sibuk dengan Pustaka Biru. Hujung minggu langsung tak ada masa nak pergi joli. Aku nak belanja kau tengok wayang avenger pun kau tolak.. kawan apa la kau ni!" Marah Adam lagi.

"Ala.. aku bukan tak nak. Aku busy la.. aku kan kerja.." Dalihku dengan muka minta kasihan. Rasa bersalah juga. Sejak jatuh hati dengan Ariman kekasih orang itu, aku terlupa pada Adam yang selalu jadi kembarku. Tapi ada baiknya juga, sebab aku rasa kerana kami asyik berkepit jadi aku tak ramai kawan lelaki, semua segan dengan Adam. Sebab mungkin mereka sangka kami pasangan kekasih!

"Takpelah.. aku faham. Siapalah aku.. Cuma melukut di tepi gantang.." Kata Adam sambil berpaling.

" Adam..! Kau boleh tak jangan cakap begitu..!" Marahku dengan nada geram. Adam berpaling dan menjelirkan lidahnya padaku lantas terus menghidupkan enjin motosikalnya dan menderum pergi! Dasar penyangak!

" Adammmm!" pekikku tapi Adam sudah berlalu. Aku tahu Adam bukannya merajuk betul. Selagi dia buat mimik muka menjelir macam tu, dia hanya nak menyakat aku! Tapi aku marah sebab dia lupa yang aku tak bawa motorsikal hari ini dan aku sepatutnya tumpang dia balik rumah. Aku tahu dia saja nak balas dendam. Bertuah punya Adam!!

"Kamu okey?" Suara Ariman dari belakang. Aku menoleh. Dia baru saja menutup Pustaka Biru. Jam sudah 9.30 malam.

" Kamu gaduh dengan dia ke?" Tanya Ariman dengan nada prihatin. Ah.. sudahlah! Semakin dia buat baik padaku. Semakin aku jauh terjatuh dalam cintaku.

" Tak ada apa-apa.. saya okey! Saya balik dulu..."

" Tapi kamu tak ada motorsikal.. kamu nak naik bas ke? Rasanya Bas pun dah tak ada.. Biar saya hantar kamu pulang" Tawaran itu aku tak mahu tolak sebenarnya. Tapi kerana teringat yang dia juga akan hantar Arisa pulang, aku lebih rela balik jalan kaki saja!

" Tak apa.. kejap lagi Adam akan patah balik.." Dalihku lantas melangkah turun. Aku pergi. Tak mahu berlama-lama di sisi Ariman. Berlakon selamba di hadapan orang yang aku suka bukan begitu mudah sebenarnya dan aku tahu aku bukanlah seorang pelakon yang baik. Lebih-lebih lagi aku terpaksa berlakon di depan Arisa. Itu amat meresahkan. Baru beberapa minit aku melangkah tiba-tiba rintik hujan mula terasa. Ah.. Jahanam,. Ini semua Adam punya pasal. Aku kalut. Berlari-lari menuju ke perhentian bas.

" Pon..." Kereta warna merah berhenti betul-betul di depanku. Aku lihat Ariman melambai-lambai padaku. Aku terkedu. Bila aku membalas lambaiannya dan memberi isyarat yang aku okey, dia bertindak keluar dari keretanya dan meredah hujan.

"Jangan degil..." Katanya dan menarik aku masuk ke dalam kenderaannya. Tidak ada Arisa di dalam kereta dan aku lega.

" Risa mana?"

" Ayahnya datang ambil tadi.. derang ada family dinner.. ah cakap pasal dinner. Saya rasa lapar sangat, jom pergi dinner.." Katanya tanpa memandangku. Tekun memandu.

" Er.. saya tak lapar.." kataku menolak. Aku terlalu jauh bermain api. Aku takut sudahnya aku terbakar sendiri kerana semakin aku dekat pada Ariman, aku khuatir nantinya aku hanya akan menyiksa diriku sendiri.

" Jangan bohong.. saya tak nampak Neera makan apa-apa tadi. Kamu sibuk dengan buku saja dari tadi.." Aku terkedu. Dia perhatikan aku???????????? Entah kenapa hatiku berbunga-bunga. Ewah.. aku lupa dia ni kekasih orang!

" Kamu gaduh dengan dia ke? Mungkin sebab kamu kerja dengan saya.. masa kamu banyak terbuang di Pustaka Biru.. Saya rasa kamu patut luangkan masa dengan dia.." Aku tahu hala tuju kata-kata Ariman. Tentulah tentang Adam. Aku kira Ariman juga menyangka yang aku dan Adam adalah pasangan kekasih. Tapi biarlah.. mungkin lebih baik begitu. Aku hanya memberikan senyuman nipis untuk balasan kata-katanya itu. Kalaulah dia tahu apa yang ada dalam hatiku terhadapnya.. mungkin dia tak akan tumpangkan aku malam ini. Tanpa sedar aku mengeluh perlahan.

" Kenapa? Kamu mengeluh.. kalau Neera ada masalah saya bersedia mendengar.. ingat, saya bukan saja boleh jadi bos kamu, senior tapi juga boleh jadi telinga yang boleh kamu harapkan.." Kebaikan yang ditunjukkannya hanya akan membunuhku secara perlahan-lahan. Dia tak sepatutnya buat baik denganku, sebab itu akan menjeratku lebih dalam lagi dalam permainan perasaanku sendiri.

" Tak apa.. aku dan Adam.. tak ada hal yang besar. Kami memang selalu macam ni.. er.. kita nak makan di mana?" Aku ubah topik. Ariman memandang sekilas. Sekali lagi dia tersenyum.

" Pandainya ubah topik.. ha.. kita makan di promenade café la.." Dan aku mengekori langkahnya dengan perasaan yang cukup bercelaru.

****

Nota noti ~ thank you so much for the power stone :)


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C7
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄