下載應用程式
18.18% My Ex (melayu sabahan) / Chapter 2: My ex and his girl friend

章節 2: My ex and his girl friend

" Lara.. " Julia bagitau sambil pass senarai report yang kena minta. Terbeliak mata ku melihat. Kalau mau kasi siap.. sampai malam la aku mau stay back ni. At least sampai 10 malam paling awal.

" Saya saturang ja? Kau.. mana boleh saya siap ni kalau satu orang" aku jawab nda puas hati.

" Saya pun nda dapat tolong kau sebab saya kena suruh jumpa si Micheal sekejap lagi.. meeting lagi. Saya pun nda sure jam berapa habis meeting then nanti report bos lagi... ko try the best la. Setakat yang dapat.. nanti saya belanja kau piza" mau tidak mau aku terpaksa akun juga. Macam mana juga memang kerja. Tiba-tiba telephone ku bunyi. Aku nampak nama Malia di screen handphone ku.

" Lara .. hari ni boleh awal sikit? Saya ada janji keluar makan dengan kawan ... " pengasuhku Malia bagitau. Mahu nda mau hari ni aku terpaksa balik awal sikit.

So aku cepat-cepat kemas meja. Dan cepat-cepat bergerak ke lift. Masa di parking aku ternampak kereta Jason tidak jauh dari tempat aku park. Aku nampak macam ada perempuan berdiri dekat kereta Jason.. aku cuba tidak mau ambil peduli.. tapi bila aku masuk dalam kereta ku.. aku perasan badan Jason dan perempuan tu mendekat. Then, aku nampak kedua pasangan tu bercium di depan mata ku. Otak ku bilang. Jangan tengok dan cepat drive keluar. Tapi entah kenapa aku terus renung adegan tu macam orang tengok wayang. Free live kissing show. Bukan hari-hari nampak.

Habis cium si gadis masuk dalam kereta. Jason tiba-tiba menoleh ke arah kereta ku. lebih tepat ke arahku. Aku tersentak dan cepat-cepat pura-pura tidak nampak. Ambil handphone pura-pura tekan-tekan phone. Lama juga aku pura-pura tekan phone sampai aku yakin durang suda cau baru aku angkat kepala. Fuh.. lega. Teda sudah dia..syukur! awkward ba. Cium saja la ba.. nda juga saya jeles ni! Biar pun saya single sekarang!

Sampai rumah Malia cepat minta diri. Tinggal la aku dengan Kaira anak ku yang berumur 5tahun.

" jom kita makan luar hari ni.. pegi tukar baju" dengar makan luar. Kaira senyum lebar.

" yayyy" memang lama sudah aku nda bawa dia makan luar. Dia lari masuk tukar baju.

" Kaira mau makan apa?" Aku tanya bila kami di kereta suda.

" Roasted chicken wing!" Aku ketawa. Teda lain itu ja menu yang Kaira akan sebut.

" so kita pigi restaurant uncle Jemy?" Kalau roasted ciken wing. Kaira paling suka tempat si Jemy. My bestfen. Partner in crime. Kawan gila-gila.

" ya.. tempat uncle Jemy" jawab si kecil Kaira. Then kami drive ke tempat si jemy. Sampai sana ngam-ngam si Jemy ada di restaurant. Kaira yang memang manja dengan Jemy terus minta dukung.

" lama ko nda pi sini " bilang Jemy sambil dukung kaira yang minta perhatian.

" sibuk ba.. kami tukar bos suda.. you know what.. saya banyak mau story sama kau pasal tu.. bos baru tu is my ex ..." terbuka luas mulut jemy dengan mata terbeliak. Tekajut.

"Astagaaaa... ex ko yang mana satu..? Siapa.. adui.. hot story macam ni ko nda cerita di watsap.." Aku ketawa. Memang suda agak riaksi si Jemy.

" Kita masing-masing busy juga ba.. ngam la ni hari ko ada di kedai ko, dapat la saya kasi story mory.." aku baru mau duduk. Tiba-tiba aku teringat ada jacket si Jemy aku mau kasi balik. Sudah 3 bulan aku mau kasi balik tapi malar lupa.

" eh.. sebelum tu saya mau ambil dulu sana kereta jacket ko. Bebulan-bulan sudah malar lupa mau kasi kau.." aku bingkas bangun dari tempat duduk.

" Jacket apa? Oh.. itu" dia recall juga. Aku tengok kaira dan cakap sama Kaira.

" jap ah.. Kaira. Ko sama uncle jap mami pi kereta kijap"

Aku bergegas ke parking. Tapi entah apa la malam ni. Sampai parking masa aku masuk kereta ambil jacket si Jemy, tiba-tiba ada pasangan di kereta depan ketawa-ketawa gurau senda dengan mesra. Suara lelaki tu aku macam kenal. Tersirap darahku. Andy. My ex husband. Berat dadaku tiba-tiba.

 My ex and his girlfriend. 

Rupanya dia sudah move on dan sudah ada penganti.  Entah kenapa aku rasa ada jarum tajam cucuk sana di jantung ku. Andy nampak sangat happy, senyum sampai telinga. Bunyi ketawa yang bukan dibuat-buat. Derang nda sedar pun aku sedang perhatikan durang. Andy mesra betul, aku notis macam dekat betul muka durang macam... derang kissing? dup! ah sudah.. macam sakit pula hati aku.

Buduh betul hari ni sampai dua orang ex, aku nampak berciuaman bercumbuan depan mata. Kenapa kah? Dua-dua ex ku bergabung mau kasi jeles aku ka ni? Sial betul! Tadi Jason, sekarang Andy.. dua-dua pun di parking lot!!

Nda sedar ada air mata bertakung di bibir mata ku. Aku? Macam mana? Sorang-sorang teda boyfren teda sepa-sepa.. tiba-tiba aku kesian diri sendiri. Everyone move on dengan orang baru. Aku ja lonely. Sambil pujuk hati aku keluar dari kereta. Andy dan lovernya sudah drive keluar. Terbayang senyuman Andy yang bahagia tu buat aku jeles.. bahagia sudah my ex... tiba-tiba aku rasa diriku pathetic. I want to be love by someone too!!

" lama juga kau.." Jemy tengok muka ku heran. diam ja aku try cover perasaan yang masi down

" Ko nangis? Mata ko mirah." tegur Jemy

Aku geleng. Bagi jacket ke tangan nya dia sambut jacket tu dengan muka tanya tanya.

"Aku nampak Andy sama girlfren barunya tadi.. berkissing-kissing lagi sana di parking kereta.." Jemy tutup mulutnya yang terngaga. Muka tekajut.

"ex ko ? Betul ba.. durang bercium-cium sana?" Tanya Jemy dengan muka concern.

"Iya.. macam la.. nda juga clear saya nampak.. tapi macam kissing .. depan mata saya lagi tu. Macam la teda tempat lain lagi mo kissing. Geteh betul suda. Derang nda perasan pun saya nampak durang.. macam durang dua ja yang ada dalam dunia ni masa tu.. betul-betul hangat di lamun cinta la tu ..." jelas ku lagi.

"Aduh.. patut la ko merah mata. Ko sakit hati tu kan.. " Nada Jemy kesian. Tambah aku rasa mau nangis. adui..

" nda pa la.. teda hak juga saya mau sakit hati atau marah. Kami cerai sudah.. cuma rasa jeles sikit la sebab dia cepat betul move on.." Jemy tepuk bahu ku untuk kasi comfort. Tapi yang sebenarnya aku rasa sakit hati juga, biar pun kami sudah cerai, tapi Andy selalu call tanya khabar. Walaupun mula-mula dia tanya pasal Kaira tapi sebelum hang up dia selalu tanya sama ada aku ok. aku sihat kah? kadang dia tanya. why we end up like this? aku selalunya tidak jawab lepas tu cakap good night pastu hang up. Andy seolah-olah bagi kesal yang kami bercerai. kadang aku fikir, untuk Kaira aku patut consider rujuk balik dengan Andy. Tapi bila nampak Andy sudah ada penganti.. aku jadi speachless.

"Ko pun suda move on ba . Move on nda semestinya ada new couple.. ko cuma take it slow and steady ja.. nda mau rushing..." Bilang Jemy memujuk.

Aku jadi senyum.

" Thank you.. kau la juga yang paling pandai pujuk saya.." then kami duduk meja paling hujung yang paling tersorok. Sambil layan kaira makan sambil tu aku kasi cerita sama Jemy pasal Jason. Tapi masa aku baru half way cerita pasal Jason. Tiba-tiba panjang umur betul si Jason. Punya tekajut bila aku nampak dia di pintu masuk dengan satu orang perempuan. Macam perempuan yang saya nampak di kolam mandi tu hari. Staff si Jemy cepat-cepat sambut derang dan cari kan tempat duduk. Sial betul staff tu bawa Jason nda jauh dari meja aku dengan Jemy. Macam mana juga bukan tu staff tau pun aku nda mau durang Jason dekat-dekat kami. Mau ja aku suruh Jemy kasi signal suruh staff dia bawa pergi meja jauh dari kami. Tapi terlambat sudah.

"Shit.. panjang betul umur dia?" Jemy terkejut. Dia tengok tempat yang aku tengok.

" Maksud kau?" Jemy ikut tengok Jason dan pasangan nya yang duduk nda jauh dari kami.

" Jason.. " bisik ku perlahan. Jemy tutup mulut terkejut dan sekali lagi menoleh ke arah derang.

" eh jangan kasi ketara.. ko pura-pura ja nda nampak!" Jemy tahan ketawa.

" Baiklah madam.."

Kami terus pura-pura sibuk bercakap-cakap. Aku tidak nampak Jason notis kami. Dia macam sibuk dengan perempuan tu.

" Jemy.. minta tolong dulu.."

" Apa?"

" ko pura-pura jadi boyfren saya ah.. " Dahi Jemy berkerut kijap. Heran. Tapi last-last dia senyum.

" Okay bah.. my dear girlfren" Jawab Jemy. Aku tau Jemy memang sporting.

" Eh.. tapi kenapa pula saya mau ko pura-pura jadi boyfren ko ah?" Aku tanya Jemy. Dia nda tahan ketawa. Kami sama-sama ketawa.

"Entah ko.. apa kisah kalau pun ko single kan.. teda kaitan pun sama dia.." pastu Jemy sambung ketawa lagi. Rasa insecure pula bila malar jumpa my ex sama-sama couple durang.

"Eh.. buduh kan.. tapi saya ingat oh ko dulu saya pura-pura jadi tunang kau.. pasal ko nda mau sama tu satu perempuan.. gila-gila juga ni perangai.." aku ungkit lagi hal aku tolong Jemy. Ada satu perempuan yang 10 tahun lebih tua dari Jemy berabis mengurat si Jemy. Banyak duit tu perempuan. Mula-mula si Jemy layan sebab suka bagi hadiah bagi duit. Tapi lama-lama lain macam gaya tu perempuan, Jemy rasa rimas. Nah sana la dia minta tolong aku pura-pura jadi tunang si Jemy untuk lepaskan diri dari perempuan tu.

"Ui tu jangan sebut.. taubat saya!" Last-last kami ketawa. Lupa suda aku yang si Jason duduk meja nda jauh dari kami.  Tiba-tiba telephone ku bunyi. Ada video call masuk. Andy!!

" Hello.. Lara.."

"hey.. Hello. ya.. Andy"

" er.. Kaira mana? dia sudah makan" Tanya Andy.

" ya.. sedang makan..." Kaira perasan Dady dia yang call terus dia cakap.

" hai dady.."

lepas tu aku automatik pass telephone sama Kaira. Biar la kaira berbual sama dady dia. Aku sama Jemy berpandangan saja tengok kaira cakap dengan dadynya di telephone.

Abis makan aku terus mo pulang. Lewat suda. Hari ni mo balik awal mo rest awal sebab bisuk aku mo stay back. Betimbun ba keja kena bagi. Bikin stress.

"Awal juga mo balik. Blum habis lagi gosip kita" Komplen jemy.

"Mo rehat awal ba.. sengsara saya keja hari-hari saya balik lambat.. betimbun keja saya tiba-tiba.. mcm ada yang sengaja kasi susa saya ni.." spontan aku jeling ke arah Jason. Tiba-tiba rupanya dia pun sedang tengok aku tajam lagi tu. Cepat-cepat aku pi tengok Kaira.

" Jom baby.. suda siap makan kan? " kaira angguk.

" Suda kanyang mami"

Kami bangun beredar.

"Ba.. next kita lepak tempat biasa ah.. Lara!" Bilang Jemy.

 Aku angguk sambil kasi ibu jari sama Jemy. Dia pun start busy ada satu kumpulan regular customer dia masuk dia mo layan.

Masa limpas meja Jason aku rasa macam tu si Jason keep on tengok. Tapi aku keep on ignore macam kunu nda perasan dia tengok aku. Lain oh rasa kena tengok sampai macam tu. Sampai pintu aku silik ke arah Jason. Dup! Dia masi tengok!! Gulp. Apa ba tengok-tengok ni? Ada hutang ka?  


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C2
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄