下載應用程式
73.07% Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 19: I love you too

章節 19: I love you too

Raqif curi-curi merenung Nadia yang sibuk mengemas buku-bukunya. Hatinya digigit-gigit rasa manis bila melihat gadis itu- sukar di gambarkan dengan kata-kata. Matanya bersinar dan dia senyum ranum... terbayang Nadia terkedik-kedik ke hulu ke hilir melayan pelanggan di gerai kawannya Ferra. Oh.. So sweet! Raqif mengulum senyum. Macam mana tak jatuh hati dengan gaya comel gadis itu.

Bukan itu saja, beberapa bulan yang lalu- sebelum dia tahu lakonan Nadia jadi pekerja gerai ibu ferra, dia terlihat Nadia di seberang jalan raya. Nadia kelihatan hendak melintas jalan dan kebetulan ketika itu ada sepasang orang tua yang sudah berumur sekitar 70 tahun juga ingin melintas jalan. Nadia dengan gaya comelnya ke tengah jalan seperti polis trafik penuh yakin, memberi isyarat agar kereta di jalan raya berhenti dan memberi lalauan kepada pasangan warga tua itu melintas. Tanpa segan silu tanpa malu, escort pasangan warga tua melintas jalan. Semua orang di tepi jalan raya melihat gelagatnya itu termasuklah Raqif. Memberikan senyum comel kepada kedua-dua warga tua itu dan berpamitan sesudah itu. Pasangan warga tua itu kelihatan sungguh bersyukur dengan bantuan Nadia.

"nicenya budak ni.." katanya dalam hati. Comel dan baik hati. Tak di sangka kini gadis itu sudah berjaya mencuri hatinya. Raqif mengigit bibir. Dia mengeluh. Sudah banyak kali dia mengingatkan dirinya yang Nadia adalah pelajarnya. Mana boleh dia bercinta dengan pelajarnya. Itu melanggar etika nya sebagai pensyarah di kolej itu. Dia perlu bersikap professional!

Tapi.... Itu akal fikirannya. Lain pula kata hatinya. Jatuh cinta pada Nadia bukanlah termasuk dalam rancangan otaknya. Raqif mengeluh lagi. Dia membuang pandangannya dari terus memerhatikan Nadia. Gadis itu masih terlalu muda dan cantik. Masa remajanya masih panjang dan dia akan berjumpa ramai lagi pemuda lain di sepanjang hidupnya. Nadia mungkin akan jatuh cinta pada yang lain. Perasaan Nadia padanya mungkin akan berubah bila dia bergaul dengan lebih ramai orang dan membuka matanya pada kawan-kawannya yang lain. Dia cantik.. comel.. baik dan menarik. Nadia terlalu manis bagi Raqif pasti ada pemuda-pemuda yang akan cuba mendapatkannya. Raqif tidak berani berharap sangat yang Nadia akan terus mempertahankan 'perasaan'nya pada dirinya. Sebaiknya Raqif perlu bersedia. Terbang terlalu tinggi akan menjadi teramat sakit jika terjatuh!

"Maaf Aqif.. kita masih terlalu muda ketika kita mula bercinta. Aku rasa sebenarnya kita tak tahu pun apa itu cinta yang sebenarnya.. semakin menginjak dewasa semakin aku tahu apa yang aku inginkan dalam hidup ini.. dan cinta yang macam mana yang sebenarnya aku mahukan.." kata-kata Alia- kekasihnya ketika di kampus dulu. Ketika itu mereka sudah di tahun akhir.

" Cinta yang macam yang kau mahukan? Jadi aku bukan cinta yang kau mahukan Alia?" tuhan saja yang tahu sakitnya jantungnya bila Alia seolah-olah memberikan bayangan yang hubungan mereka akan berakhir. Serasa macam ditikam-tikam saja. Alia diam. Memalingkan mukanya, ada airmata di pipinya.

" Ini juga bukan mudah bagi aku Aqif.. menyakiti hati kamu bukan sesuatu yang aku ingin lakukan.. Tapi.. Aqif.. Aku tidak mahu menipu diri sendiri dan apa lagi menipu kamu.." suara Alia bergetar. Dada Raqif berdebar-debar. Kedengarannya seperti tidak ada apa yang dapat menghalang keputusan Alia.

" Kau sudah ada yang lain? Lelaki lain?" Teka Raqif. Marah. Sakit Hati. Segalanya.

" Tidak.. aku bukan curang dengan kau Aqif.. tapi ya. Ada lelaki lain.. aku jatuh cinta dengan orang lain. Aku dan dia bukan kekasih.. tapi aku tak boleh teruskan hubungan kita kerana..." kata-katanya terhenti. Memalingkan mukanya lagi.

"Apa maksudnya ini Alia? Kau putuskan aku untuk kau bersama dengan dia..? itu bukan curang?" Tanya Raqif menahan geram.

"Siapa lelaki itu? Biar aku bunuh dia.." Marah Raqif lagi sedangkan dia bukan jenis orang yang cepat melenting atau bertindak terburu-buru.

"Jadi kau bunuh dia.. lepas itu apa? Kau fikir lepas bunuh dia aku masih suka kau? Bukan begitu Raqif.. masalahnya.. aku sudah cuba lupakan dia dan cuba untuk sayang dengan kau seorang saja. Tapi hakikatnya hati aku sudah tidak di sini.. sudah bukan untuk kau! Tak kira bagaimana aku berada di sisi kau.. otak dan hati aku selalu untuk dia.. sama juga macam aku curang! Lagi tersiksa.. tidak adil untuk kau juga.. aku tak pinta semua ini. Ia terjadi tanpa sengaja.. tanpa di paksa!" Alia menangis. Dia kelihatan benar-benar tersiksa.

Raqif terduduk. Jelas. Dalam hati Alia memang sudah tidak ada nama Raqif. Raqif menumbuk-numbuk dadanya. Tapi sakit di hatinya tidak berkurang walau sedikit pun. Bermacam-macam cara dia buat untuk merebut hati Alia kembali. Tapi malah Alia semakin menjauh. Hingga dia sedar yang dia perlu melepaskan Alia pergi. Jika Alia adalah jodohnya.. dia akan kembali.. jika tidak moga dia mampu melupakan Alia. Apa yang Raqif ingat dia pernah berkata pada Alia..

" Bila nanti kau dan dia tidak menjadi seperti yang di harapkan.. dan kalau mungkin kau ingin kembali padaku.. aku akan selalu ada untuk kamu Alia.. kau akan selalu ada di hatiku.."

Sukar buat Raqif..tapi mereka berpisah dengan baik biarpun hancur luluh Raqif. Mungkin Alia akan kembali kepadanya dan dia berharap itu berlaku-namun Alia tidak pernah berpatah balik. Alia hidup bahagia dengan pilihannya. Raqif hanya melihat Alia dari jauh. Perlahan-lahan Raqif sedar Alia benar-benar ketawa dan senyum lebih bahagia. Dia kelihatan benar-benar gembira dengan pilihannya. Raqif cemburu. Dia tidak pernah mampu membuat Alia senyum gembira seperti itu. Mungkin benar.. lelaki itu jodoh Alia.

Kenangan tentang Alia selalu membuatkan Raqif sukar untuk mencari cinta baru. Bagaimana nanti Nadia bertemu pemuda lain? Masa itu mungkin barulah Nadia terfikir betapa membosankan pensyarah pujaannya ini. Masa itu mungkin Nadia menyesal menghabiskan usianya untuk Raqif yang entah apa-apa ini? Raqif takut itu terjadi. Jalan selamat.. biarlah Nadia habis belajar dulu. Dia perlu menjaga jarak dalam masa yang sama menjaga hatinya agar tidak terluka lagi.

***********

"Monyok je muka .. kenapa?" Tegur Ferra. Nadia tidak menyahut. Wajahnya masih muram.

"Minggu lepas bukan main berseri-seri happy.. tapi sekarang mendung apa hal?" sambung Ferra. Enggan mengalah. Bukan sehari dua kenal dengan Nadia. Masak benar dengan perangai dia. Orangnya selalu ceria. Kalau tiba-tiba muram memang ada la yang tak kena.

"Pasal Sir Raqif kau tu eh?"

Nadia Mengeluh. Panjang keluhannya. Dia kemudian mendonggak mengharap muka Ferra. Mukanya macam mahu menangis. Tapi dia paksa dirinya senyum. Senyum pahit.

"Kau tak bosan? asyik dengar aku mengadu dengan kau pasal isi hati aku ni.. ?" Tanya Nadia macam serba salah. Ferra ketawa kecil.

"eh.. sejak bila pula kau kisah? Ala.. cakap ajala.. itu kan gunanya kawan.. untuk di susahkan telinganya.. telinga je pun.. bukan mau bayar duit pun.. paling-paling air liur buat nasihat atau cotton bud bikin korek taik telinga" Nadia ketawa. Hilang sikit resah hatinya.

" Bukan apa Ferra.. hari tu sir Raqif macam bagi harapan kat aku yang aku boleh suka dia.. dan macam dia secara tidak langsung bagi hint yang dia pun suka kan aku.. TAPI...."

" Tapi apa? Dia ada syarat yang kau tak boleh tunaikan?" potong Ferra.

"Bukan la.."

"Tapi minggu ni Sir Raqif macam tiba-tiba jadi orang lain dah.. tiba-tiba macam dia cuba mengelak aku! Macam rasanya dia tolak cinta aku dengan cara lembut.. Tapi aku tak pasti sangat la.. tapi macam rasa-rasa begitu la.. kalau aku pandang dia.. dia cepat-cepat pandang tempat lain macam dia tak nampak aku.. Selalu tu kalau nampak aku., dia mesti senyum.. sekarang.. sama ada dia tiba-tiba tunduk atau buat-buat tak nampak.. sedih la" Nadia tunduk dengan muka muram. Ferra terkedu. Memikir ayat yang sesuai untuk komen yang masuk akal.

" Dia kan pensyarah. Dia kena la jaga tingkah lakunya.. mana boleh flirting dengan student, kau kena paham tu Nadia.." Mendengar kata-kata Ferra, Nadia mengeluh dan meraup mukanya dengan kedua-dua telapak tangannya.

" Aku happy sangat bila dia bagi harapan kat aku .. tapi sekarang aku rasa macam orang bodoh pun ada.. apa sebenarnya yang aku buat ni ah Ferra.. memalukan diri sendiri saja" suaranya bergetar. Ferra peluk bahu Nadia.

"Its okay.. you'll be okay.." Nadia balas pelukan Ferra.

"Suatu hari nanti bila kita dan tua dah jadi macik-macik atau nenek-nenek.. aku akan ungkit perkara bodoh yang kawan baik aku ni pernah buat.. salah satunya ialah jadi pembantu gerai demi memikat pensyarah idamannya.. sampai terkantoi.." Nadia tidak dapat menahan diri dari tergelak mendengar kata-kata Ferra. Mereka sama-sama ketawa.

"Thank you buat aku tergelak..!" kata Nadia sehabis mereka ketawa. Nasib la ada si tukang dengar keluh kesah nya ini. Lega sikit rasanya dah luahkan rasa hati. Tapi dalam hati Nadia rasa serba salah. Melihat tingkah laku raqif yang semakin menjauh dan berlainan.. perlu kah Nadia minta penjelasan. Terus berusaha atau paham-paham sendiri saja?. Arghh..malas la nak pikir. Bisiknya dalam hati.

*******

Raqif sedar Nadia selalu melihat atau merenungnya. Dari lirik matanya dia sedar Nadia memerhatikannya. Entah kenapa Raqif rasa tidak berani bertentang mata dengan Nadia. Raqif takut kalau dia bertentang mata dengan Nadia, matanya akan bersinar-sinar gembira dan dengan ketaranya Raqif menunjukkan perasaannya yang sebenar. Dan mungkin dia akan lupa diri nya sebagai pensyarah dan buat perkara bodoh yang memalukan. Dia perlu jaga keterampilannya. Imej sebagai pensyarah yang selama ini bolehlah di katakan pensyarah yang cool.. ewah! Tapi sampai bila? Sampai bila dia harus mengelak untuk bersemuka dengan Nadia? Dan yang lebih sukar.. sejak Nadia berterus terang akan isihatinya, Raqif jadi sedikit tak tentu arah. Serba serbi tak kena. Perkara paling susah dilakukan ialah menidakkan kata hati. Ikut kata hati Raqif nak ajak nadia kawin pun ada. Tapi mana boleh, nadia kan masih pelajar. Malah gadis itu bukan anak gadis sembarangan, dengarnya orang berada sudah semestinya bukan cincai-cincai ajak kawin macam tu saja. Tersedar yang dia berfikir sampai soal kahwin, Raqif menepuk dahinya dan mengulum senyum-Mentertawakan diri sendiri. Tiba-tiba Nadia terpacak di depan matanya..

" Tidak ada apa-apa yang kamu mahu tanya atau tidak faham Nadia?" Tanya Raqif. Dia perlu berlagak seperti dulu. Seperti sebelum dia tahu Nadia sukakan dirinya. Hal ini perlu di betulkan.

"Semuanya okay sir.." Sahut Nadia sambil mendongak dan memandang terus ke matanya, Raqif tergugup. Tapi cepat-cepat membuat wajah tenang. Tersenyum nipis dan mengangguk.

"Baik.. baiklah kalau begitu" Raqif mengangkat buku-bukunya dan beredar. Nadia meneguk air liur. Sah.. Raqif sedang menolaknya dengan cara halus.. berlagak hal-hal lepas seakan-akan tidak wujud. Pengakuan Nadia tentang perasaannya hanya satu asam garam sebagai pensyarah? Entah-entah memang sudah ramai student yang buat pengakuan dengan sir Raqif? Tiba-tiba Nadia merasa sungguh malu. Oh my god! Sir Raqif yang hensem itu memang la bukan dia seorang saja yang menaruh hati.. pasti ada pelajar perempuan lain pun ada yang menaruh hati! Terus muka Nadia Blushing! Malunya.. sir Raqif dengan selamba lagi tadi.. Aduh..macam mana ni... Nadia cepat-cepat keluar. Mahu rasanya Nadia pindah kolej kalau boleh. Mesti dalam kepala Raqif, Nadia ni kedudak-budakan dan jenis remaja yang social suka kejar-kejar lelaki, tidak pandai malu-fikir Nadia. Bertambah lagi Nadia rasa down. Rasa-rasa mau ponteng kelas sir Raqif pun ada..

"Ferra... rasanya betul la... sir Raqif tu nak bagi hint yang dia tolak aku secara lembut.. mesti hari tu pasal aku nangis jadi dia tak sanggup tolak cinta aku mentah-mentah.. jadi dia cakap aku masih boleh sukakan dia.. tapi tak semestinya dia akan suka aku balik? Ei.. bodonya aku ni.." Adu Nadia pada Ferra.

" apa dia buat?" Tanya Ferra.

"Dia tanya aku.. kalau ada apa-apa soalan yang aku tak paham. Macam selalu tu.. macam biasa.. macam buat lagak macam tak ada apa-apa yang berlaku.. macam aku tak pernah konpes apa-apa dengan dia.." Nadia muram. Macam nak turun hujan pun ada.

"Jadi apa kau nak buat? Tapi kan Nadia.. aku lagi prefer tau dia tolak kau mentah-mentah daripada bagi harapan palsu.. Kalau dia rejek terus kan senang.. tak payah teka teki.. Aku bukan apa Nadia.. tapi Sir Raqif yang ko gila bayang sangat tu.. memang hensem! Tinggi macho.. Aku rasa pelik la kalau dia masih single. Jangan-jangan dia dah ada girlfriend tak?" teka Ferra.

" Ain kata tak ada.."

"Macam mana kawan kau Ain tahu?" Nadia angkat bahu. Bila di fikir-fikirkan semula. Memang tak ada orang yang tahu sangat kehidupan peribadi Sir Raqif. Ain kata dia tak ada girlfriend pun sebab tak pernah Nampak sir Raqif dengan sesiapa pun. Tapi bukannya mereka tahu sangat latar belakang dan kehidupan seharian Sir raqif.

Sejak hari itu bermula la episode baru. Nadia anggapkan saja cintanya di tolak oleh Raqif. Begitulah nasib orang yang suka main tarik tali. Menimbulkan salah paham. Akhirnya tiada sesiapa pun yang merasa gembira bahkan masing-masing memendam rasa. Nadia mahu pun Raqif berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah terjadi pengakuan perasaan dari Nadia. Semua itu hanyalah khayalan semata-raqif meyakinkan dirinya bila melihat Nadia tidak lagi cuba mendapatkan perhatiannya. Nadia sudah tidak kerap bertanya apa-apa soalan atau tunjuk ajar. Raqif sudah tidak ada alasan untuk datang ke gerai ibu Ferra lagi. Adakalanya Raqif rasa itu adalah lebih baik, tapi ada ketikanya dia kesal.. lihatlah betapa mudahnya anak gadis itu mengalah dan berhenti menyukainya. Macam Alia- rasa dadanya ngilu lagi. Entah kenapa sakit hati macam putus cinta sedangkan mereka tidak pernah bermula...

*****

"Meow...."

Raqif tercari-cari suara anak kucing itu. Bunyinya macam di bawah kereta. Dia takut roda keretanya tergilis anak kucing itu. Dia keluar mencari-cari, tunduk melihat ke bawah kereta. Tiada. Suara anak kucing itu sekejap dekat sekejap jauh bunyinya. Raqif teringat hal 3 bulan yang lalu, gelagat Nadia ketika berada di gerai makan ibu Ferra. Setiap kali ada kucing jalanan datang, Nadia akan memberi kucing itu makan dan berbual-bual dengan kucing itu seolah-olah kucing itu faham tutur bicaranya. Raqif yang memerhatikan tingkah laku Nadia, berasakan sikap Nadia itu sungguh comel dan mencuit hati. Tiga bulan berlalu selepas Raqif tidak lagi datang ke gerai ibu ferra yang menjadi rutinnya. Raqif mengeluh. Tidak sehari pun dia tidak terfikirkan Nadia.

"Meow.."

Sekali lagi. Raqif mencari-cari suara kucing yang di dengarnya. Akhirnya dia menemuinya di parit kecil bersebelahan dengan keretanya. Comel tetapi comot. Calico cat. Bulu tiga warna. Nadia pernah memberitahunya, kucing tiga warna biasan adalah betina. Jika ada jantan itu adalah satu dalam sejuta, biasanya kucing jantan berbulu 3 warna umur tidak panjang, cacat dan mudah sakit. Raqif tidak menduga dia masih mengingati hampir semua apa yang dikatakan Nadia kepadanya. Raqif memeriksa anak kucing itu, ia kelihatan tidak sihat..matanya seperti berair dan bengkak. Raqif Kasihan melihatnya. Kaki anak kucing itu juga kelihatan lemah. Jika dia meninggalkannya di sana, anak kucing itu mungkin akan mati begitu saja. Tidak kelihatan ibu kucing berdekatan.

" Kasihannya kau ni anak kucing.. apa la nasib kau kalau aku tak jumpa kau.. bagus jugalah kau jumpa aku yang tengah runsing ni.. lega pula rasa bila tengok kau yang comel ni " katanya sambil mengusap-usap anak kucing itu. Ia berhenti menangis dan mula mengeluarkan dengkuran manja bila diusap. Akhirnya Raqif buat keputusan untuk membawa anak kucing itu pulang. Sampai di rumah anak kucing itu dibersihkannya dengan tisu basah.

" Dari mana kau bawa anak kucing tu Qif?" Tanya ibunya.

" di tempat letak kereta mak.. mungkin kena buang... Kaki macam sakit.. tak boleh jalan. Bawa ke vet lah.." Raqif segera mengambil kunci kereta.

"Balik rumah bawa anak kucing balik.. kan baik kalau kau balik bawa menantu lagi elok.. bila la mak ni nak merasa dapat cucu.." Bebel ibunya. Raqif terkedu. Sudah lama ibunya tidak membangkitkan soal itu. Entah kenapa bila perkataan menantu disebut Raqif terbayang wajah Nadia. Tiba-tiba rasa rindu menusuk macam jarum mencucuk jantungnya. Sakit. Ngilu. Ah.. apa yang aku fikir ni! Dia cepat-cepat membuang fikirannya itu. Anak kucing dimasukkan ke dalam sebuah kotak kecil. Kereta keluar dari garaj dan meluncur ke klinik haiwan terdekat. Sampai di sana dia terus mendaftar dan menunggu giliran. Ketika mengambil salah satu tempat duduk dua orang lain juga duduk dengan pets carrier.

" Sir..." Raqif kenal benar dengan suara itu. Dia mendongak. Nadia! Ini kebetulan ataupun takdir? Terkejut ada gembira pun ia. Raqif teringin berterima kasih pada anak kucing yang dipungutnya itu-kerananya dia bertemu Nadia di sini!

"Apa Sir buat di sini.. oh.. bawa anak kucing?" Tanya gadis itu lagi. Merdunya suara. Gemersik saja bunyinya. Begitulah telinga Raqif mendengarnya. Baru tadi dia teringatkan Nadia bila ibunya membangkitkan soal menantu. Nampaknya mereka berdua masih berjodoh. Tanpa sedar raqif tersenyum lebar dengan mata bersinar-sinar memandang Nadia tanpa menyahut pertanyaan Nadia.

"Ini kucing sir?" Tanya Nadia lagi bila Raqif tidak menjawab tapi terus menerus menatap wajahnya. Raqif tersedar dan mendeham mengawal diri.

" bukan.. bukan kucing saya. Saya jumpa di parking. Macam sakit jadi saya bawa ke sini untuk dirawat.." Terangnya dan kemudian menjengguk pets carrier milik Nadia.

'Kamu pula? Ini kucing kamu ya?"

" Ah.. Bukan. Ini pun stray cat.. saya ada join animal rescue team and animal shelter.. dan ini adalah salah satu kucing yang diselamatkan.. Sir pun ada join animal rescue team?" Tanya Nadia sambil menunjukkan kucing yang sakit di dalam pets carrier di sisinya.

"Oh.. tidak. Ini kebetulan saja.. kasihan. Jadi bawa ke vet.. saya tidak pernah membela kucing jadi entah lah .. mungkin kamu boleh carikan orang yang akan ambil kucing ini nanti jika ia sudah sembuh.." Raqif membuka kotak dan menunjukkan anak kucing itu kepada Nadia.

"Comelnya.. you'll be okay meow.." Nadia mengusap-usap kepala anak kucing itu. ia mengiau lemah. Memang comel-bisik hati Raqif. Tetapi bukan kucing itu yang di maksudkannya, melainkan gadis di depan matanya ini. Bukan saja comel malah baik hati..Raqif rasa dirinya semakin jauh terjatuh.

" ah ya..Sir.. kenalkan ini kawan saya sama-sama rescue team.." Nadia tiba-tiba memperkenalkan kawannya yang duduk di sebelahnya. Raqif hampir tidak menyedari kewujudan orang lain. Hanya dia dan Nadia saja yang dia tahu ada di situ, mungkin kerana dia terlalu gembira bertembung Nadia di situ. Dia segera kembali ke dunia nyata. Mereka sebenarnya berada di klinik haiwan.

"Hi saya Shawn, kawan Nadia.. "

Raqif mendongak dan menyambut huluran tangan pemuda itu. bersalam. Orangnya tinggi putih dan macam kacukan mat salleh. Muda belia macam penyanyi Shawn Mendes. Nama pun Shawn.

"Saya Raqif. Pensyarah di kolej Nadia belajar.. Sudah lama join rescue team? Bagus lah youngster macam kamu ada kesedaran untuk kerja-kerja NGO dan sukarelawan.." Puji Raqif iklas. Kedua Nadia dan Shawn tergelak kecil mendengar pujian Raqif.

"It's a right things to do Sir.." Sahut Shawn kemudian menoleh ke arah Nadia dan senyum. Raqif mengangguk-angguk tanda setuju tetapi entah kenapa dia rasa tidak enak melihat cara Shawn menatap Nadia..Mungkin kah mereka bukan setakat kawan biasa? Ah.. mudahnya hati manusia berubah. Raqif cuba bersikap sewajar mungkin. Kucing jalanan yang dibawa Nadia kemudiannya dipanggil pembantu klinik untuk diperiksa.

" Saya masuk dulu sir.." Nadia minta diri. Raqif mengangguk. Sewajarnya bersikap biasa dan tenang. Come on Raqif.. youngster memang begitu.. mudah berubah hati. Bisik hati Raqif menahan batu berat yang tiba-tiba seperti menindih dadanya. Melihat dari ruang menunggu, Nadia berbual-bual sambil senyum lebar dan sesekali ketawa sebelum masuk ke bilik rawatan haiwan.

" Hey.. Raqif.." Raqif menoleh ke arah empunya suara. Amy, kawan secampusnya dulu. Tak sangka jumpa Amy di situ. Dulu dia memang rapat dengan Amy.

" Eh.. hai.. Amy. Apa Kabar?"

" Baik.. kau? Lama tak jumpa" Tanya Amy kembali.

" Baik juga.. ya.. lama tak jumpa"

"Dari tadi saya perhatikan kau renung gadis di dalam tu.. Ada apa-apa ke?" Amy senyum mengusik.

" Ah.. student saya..." Balas Raqif agak malu.

"Iya..?" Macam tak percaya bunyinya.

" Ya.. student saya. Kenapa tak percaya?" Amy angkat bahu. Senyum lagi.

" Cara pandang tu lain macam.. ingat saya budak kecik tak tahu apa makna pandangan macam tu.." Raqif tergelak mendengar kata-kata Amy. Amy memang kuat mengusik dari dulu lagi.

" Eh.. saya dengar kau sudah kawin..?" Raqif ubah topik.

" Ya... sudah. Anak satu. Tapi biar saya beri nasihat kau sikit..." Kata Amy sambil melihat sekilas ke arah cermin kaca di bilik rawatan di mana Nadia berada.

" Nasihat?"

" Ya... bukan apa. Saya harap apa yang jadi dengan saya tak jadi dengan kau Raqif.." sayu pula suara Amy.

" Maksud kau?" Raqif tidak faham.

" Maksud saya.. kau tu! Bila lagi nak tamatkan zaman bujang? Kalau kau suka dengan budak cantik yang kat dalam tu.. student ke apa ke... tell her! Jangan asyik zip mulut biar mata saja berbicara..." Tegur Amy.

Raqif jadi ketawa.

"Biar saya cerita..dulu.. masa saya tingkatan 4, ada satu budak junior tingkatan 2 suka kacau saya.. Nama dia henry.. kalau dalam bas dia suka tendang-tendang bangku belakang tempat saya duduk,, dia suka mencelah dan buat kacau bila saya berborak dengan kawan saya.. saya benci sangat budak tu.. peliknya dia tidak kacau orang lain.. dia cuma kacau saya saja, tapi kemudian dia pindah sekolah. Bila lepas habis sekolah saya jumpa dia semula.. Saya terkejut yang budak kecik ikan bilis tu sudah jadi sangat hensem. Lepas tu dia bagitau saya, Sebenarnya dulu dia kacau saya sebab dia mahu tarik perhatian saya.. jadi dia minta maaf sebab bersikap kebudak-budakan. Kami mula rapat dan saya sangat suka kat dia, saya rasa dia juga sama.. Cuma dia tidak pernah luahkan secara terus terang.. kami kerap berhubung. Saya sambung belajar semula kerana dia.. Dia pelajar University.. jadi saya mahu sepadan dengan dia.. Eveything was sweet and perfect walaupun kami never confess our feeling to each other. One day dia nak jumpa saya.. katanya ada hal penting dia mahu beritahu dan he said he missed me so badly... Saya tunggu dia di tempat yang dijanjikan, tapi dia terlibat dalam kemalangan jalan raya everthing yang he wanted to tell me menjadi misteri for me untuk selamanya.." Amy berhenti. Seakan menekan rasa pedih dalam hatinya.

"Kita tidak tahu ajal kita. Kita tak tahu sama ada kita sempat atau tidak to tell the person we loved how we felt about them.. Jadi Raqif, if you like her.. tell her so you don't live in regret like me for the rest of my life... kalau saya tahu yang umurnya tidak panjang.. I really want to tell him that I love him so much and I missed him always.." Raqif terdiam. Sedih mendengar cerita Amy. Dia tak pernah tahu Amy ada cerita seperti itu.

" Im sorry for your lost Amy.." Amy senyum dan mengeleng.

" Tak.. its okay! That's life.. I just want you to be honest to yourself and just tell her how you felt.." Raqif agak terkesan dengan kata-kata Amy.

" Amy. thank you. Saya akan cuba.. I just afraid to get hurt. You know kan how Alia break my heart.. can't trust any girl after what she did to me.." Raqif terus terang.

" believe me.. its way painful if you in my shoes Raqif.. Missing some one you'll never see him anymore.. regret for wasting so much time and not telling him that I love him dearly.. really wish I can turn back time " Walaupun senyum tapi ada kesal dan duka dalam suaranya.

" Ah.. I need to go.. See you around Raqif" Amy Melihat jamnya dan bangun.

" Okay.. Amy.. take care"

******

Nadia melihat Raqif berbual mesra dengan seorang wanita cantik ketika di klinik haiwan tempoh hari. Hatinya dijentik rasa cemburu. Teringat renungan dan senyuman Raqif semasa di klinik haiwan buat hati Nadia berbunga-bunga, malangnya dalam sekelip mata saja bunga-bunga itu di cabut dengan kejam bila menyaksikan Raqif berbual mesra dengan wanita cantik itu. Siapa gerangan? Tunang dia? Kekasih?

" Kau kenapa? Dari tadi muka macam orang putus cinta?" Tegur Jane yang duduk di sebelahnya. Kawan baiknya selain Ferra. Ferra sibuk hanya Jane saja yang datang. Setiap dua minggu mereka mengadakan program 'feeding stray cats and dogs" untuk rescue team.. Tapi Nadia betul-betul tidak ada mood kali ini.

" saya sakit lah.."

" Sakit?"

Jane raba dahi Nadia. Biasa saja.

" Sakit hati.."

" Oh....." Jane peluk bahu Nadia. Nadia tetap muram.

" Mahu aku panggil doctor cinta tak?" Usik Jane. Nadia tergelak.

" Mengarut lah kau ni.." Jane ketawa.

" Kan manis kalau ketawa.." Jane sedar senyuman Nadia kelihatan pahit.

" Wanna talk about it?" Tanya Jane sambil melanggar bahu Jane dengan bahunya.

" I feel hopeless.. but cant get him out from my head"

" Owh.. Pensyarah hensem tu? I thought you decide to forget him.." Nadia mengeluh.

" Kan senang kalau semudah itu... sakit tau bertepuk sebelah tangan. Kau Jane.. jangan main api. I know Shawn very into you.. kalau kau memang tak ada hati dengan dia.. jangan bagi dia harapan. Nanti kesian dia merana macam aku ni.. bertepuk sebelah tangan..merana sorang-sorang" Last-last Jane pula yang kena. Jane ketawa kecil.

"Okay..okay.. faham. Eh.. jom! Tu Shawn dah sampai.." Nadia angkat bakul berisi makanan kucing dan anjing untuk di berikan kepada haiwan jalanan itu. Mereka masuk ke dalam kereta Shawn. Tiba-tiba mereka mereka di tahan boleh sekumpulan lelaki. Sebuah kereta pacuan empat roda melintang menghalang jalan. Shawn berhenti.

" Keluar..Keluar!" Jerit salah seorang lelaki yang bertatu.

" Apa ni.. kenapa?" Jerit Nadia. Mereka panik.

" Jack abang kau kan?" Salah seorang lelaki kepada Jane.

" Ya.. kenapa?" Jawab Jane ketakutan. Dia tahu abangnya sudah lama tidak pulang ke rumah, dengarnya dia mengelak pulang kerana dia berhutang dengan along.

" Hey.. stop! Apa yang kamu buat ni.. kamu siapa?" Shawn keluar.

" You two stay inside" Kata Shawn.

"Ini urusan kami dengan budak perempuan nama Jane dalam kereta kau.. kau jangan masuk campur" Marah lelaki berbadan tegap dan bertatu itu.

"Dia kawan saya.. jadi urusan dia adalah urusan saya juga. Mana boleh kamu buat sesuka hati begini.." Balas Shawn.

" Oh.. begitu!Kalau urusan dia adalah urusan kau juga.. apa kata kau bayar hutang abang dia dengan kami? Kalau tidak.. dia dan abangnya kena buat sesuatu untuk bayar hutang itu... Paling senang dia kerja untuk kami hingga hutang abangnya langsai" Ugut lelaki tadi.

" Yang berhutang tu abangnya.. tiada kaitan dengan Jane. kamu tak boleh buat begitu.. itu tidak betul. Kamu patut cari Jack bukan Jane "Jawab Shawn membantah.

"Oh.. begitu. Hal ini juga tiada kaitan dengan kau. Kalau kau masuk campur kau juga akan terlibat" Tiba-tiba satu tumbukan menghentam perut Shawn. Shawn rebah sambil memegang perutnya yang sakit akibat di tumbuk. Jane dan Nadia terkejut. Mereka segera keluar membantu Shawn yang kesakitan. Tetapi lelaki tadi tidak puas hati lalu menendang Shawn bertalu-talu. Nadia cuba menghalang tetapi malah dia di tolak lalu terpelanting kuat ke tepi jalan. Dia terhantuk penghadang jalan lalu pengsan.

" Nadia!" Jerit Jane cemas. Dia tinggalkan Shawn yang masih di belasah. Panik dan takut, Jane menangis.

" Cukup.. cukup! Saya akan bayar hutang Jack.. saya akan cari jalan bayar hutang Jack!" Jerit Jane kuat. Mereka berhenti memukul Shawn. Berpaling melihat Jane yang menangis memangku kepala Nadia yang berdarah.

" Owh.. betul? Baguslah kalau macam tu.. Hutang Jack bukan banyak sangat. Termasuk bunga.. lebih kurang 80ribu saja.. jadi kau mahu bayar lumpsum atau cuma bayar bunga saja? Bayar dengan badan kau pun boleh juga.. cantik memang boleh buat banyak duit" Tanya lelaki tadi. Dia tarik Shawn bangun. Jane terkejut terdengar jumlah tu.

" Sorry.. kalau dari awal lagi korang cakap nak bayar.. tak perlu la kami berkasar macam ni.." Katanya sambil ketawa.

" Please don't disturb her. Saya akan bayar hutang Jack" Kata Shawn sambil mengesat bibirnya yang berdarah. Dia melihat ke arah Nadia yang pengsan dengan cemas.

" Macam mana saya tahu kamu bukan kencing saya dengan janji kamu? Saya perlu sedikit bayaran untuk jaminan kalau tidak.. sorry kamu mati saja di jalan hari ni" Shawn ambil dompet dari poketnya. Dia keluarkan semua not tunai dari dalam dompetnya ada lebih kurang satu ribu lebih. Lepas tu dia buka jam tangannya. Mujurlah shawn ni kaya sikit.boleh selamatkan keadaan.

" Jam ni harga 16 ribu.. nanti saya atur bayaran yang selebihnya.. now please help that girl..." Shawn tunjuk ke arah Nadia.

" that your problem.. Kami tidak suruh dia ikut campur. sekarang saya tunggu bayaran seterusnya.. guys.. let go!" Duit dan jam tangan Shawn, mereka ambil sekejap saja mereka beredar. Tidak peduli Nadia yang pengsan di tepi jalan.

" Nadia.. bangun. Nadia" Jane cuba bangunkan Nadia. Shawn angkat Nadia masuk kedalam kereta dan bergegas ke gleneagle hospital. Apa mahu di jawab dengan parents Nadia? Shawn jadi gelisah. Jane bungkam. Dia lap-lap darah dari kepala Nadia sambil berdoa tidak jadi apa-apa yang bahaya dengan serius dengan Nadia. Telepon bimbit Nadia berbunyi. Jane angkat bagi pihak Nadia.

" Ini Jane kawan Nadia. Nadia pengsan.. kepala Nadia berdarah banyak.. panjang ceritanya. Kami on the way ke hospital gleneagle sekarang.." Jane memberitahu.

******

Patutlah Raqif rasa semacam saja. Rasa tak senang hati. Rasa macam ada masalah sedang berlaku, bila dia telepon Nadia, kononya mahu tanya pasal kucing yang di selamatkannya. Peliknya bukan Nadia yang sambut telepon tapi kawannya Jane. Raqif berkejar ke hospital sebaik saja mendapat tahu Nadia cedera dan di bawa ke hospital. Macam-macam dalam fikirannya bila teringat Jane beritahu kepala Nadia berdarah. Teringat nasihat Amy. Raqif jadi takut. Takut apa yang berlaku dengan Amy berlaku juga dengan dirinya. Macam mana kalau dia tidak sempat bagitau Nadia perasaannya yang sebenar.

" Mana parents Nadia?" Tanya Raqif dengan Jane.

" Parents dia oversea sekarang.. dia the only child.. abang sepupunya Faris yang rapat dengan dia but sekarang dia di KL besok malam baru balik.." Jawab Jane. Ferra duduk di sebelah Nadia.

"Sir.. Kami lapar. Mau turun bawah cari makan.. sir tolong jaga Nadia dulu ya. Doktor cakap dia ok. Cuma kena bagi ubat tahan sakit dan ubat berhentikan darah.. tadi banyak darah kepala Nadia" Lega Rafiq dengar yang keadaan Nadia tidak serius. Jane bagi isyarat dengan Ferra supaya bergerak. Kedua gadis tadi beredar. Tinggal Raqif sendirian menatap wajah Nadia yang sedikit pucat dengan dahi yang berbalut. Sedang Raqif menikmati setiap inci wajah nadia tiba-tiba Nadia membuka mata. Raqif terkejut dan kekok.

"Ah.. Nadia. Kamu dah rasa okay sikit?" Nadia memandang sekeliling. Pandangannya masih kabur-kabur, dia cuba melawan rasa mengantuk kesan ubat. Dia ingat ini mimpi sebab ada wajah lelaki yang di sukainya di depan matanya.

"Saya mesti sedang mimpi ni.. kenapa sir nak masuk dalam mimpi saya? Tak cukup-cukup ke sir sakitkan hati saya..? Saya penat lah sir.. saya tak larat nak mimpi kan Sir lagi.. " Tanya Nadia masih menganggap semua itu mimpi.

" eh.. bila saya sakiti hati kamu Nadia? Apa kamu cakap ni" Kata Raqif terkejut.

" Bila? Sir tolak cinta saya.. buat macam saya gadis bodoh saja. Sir ingat saya tidak sakit hati.. Sir ni kan muka saja hensem tapi hati kejam! Jahat! Apalah nasib saya suka sama lelaki macam sir ni.. suka mainkan perasaan perempuan" Luah Nadia yang masih menganggap ini hanya mimpi. Raqif terkejut dengan kata-kata Nadia.

" Tapi..tapi.. saya tidak pernah tolak cinta kamu Nadia" Raqif menjawab dengan serba salah.

" Owh.. jadi you love me too? Sir..? do you love me too?" Tanya Nadia dengan mata kuyu. Cuba melawan rasa mengantuk hasil dari ubat yang di suntik ke tubuhnya. Bayangan wajah Raqif semakin pudar. Terasa tangannya di sentuh perlahan. Kehangatan tangan itu begitu menenangkan. Sayup-sayup Nadia mendengar bisikan.

" I love you too Nadia.. tidurlah my love. You need rest.."

Nadia kembali terlena. Semua itu baginya hanya mimpi.Raqif tersenyum melihat wajah comel Nadia yang tidur nyenyak kembali. Tak lama kemudian Ferra dan Jane kembali. Raqif meminta diri. Esoknya Nadia benar-benar sedar. Kali ini dia nampak lebih sihat. Hanya ferra yang menjaga Nadia. Jane pula merawat Shawn yang juga teruk cedera.

" Last night.. Saya mimpi sir Raqif tau.. dia bagitau he love me too.. mesti pasal I miss him so much ni kan, sampai mimpi-mimpi" Ujar Nadia sebaik saja Ferra duduk di sebelahnya.

" Mimpi? Bukan mimpi la.. memang ada pun sir Raqif datang kemarin.." Mata Nadia terbeliak.

" Betul?"

" Iya.. betul. Kami turun kejap cari makan. Dia yang jaga kau while we not around.." Beritahu Ferra.

"Oh ya.. ada satu note dia tinggalkan di tangan kau.. saya takut terhilang so saya simpan sana di laci.. kau baca la sendiri..." Ferra bangun tolong ambil satu kertas kecil bagi dengan Nadia.

'Nadia.. I love you too. I love you more. Get well soon- From Raqif'

Muka Nadia terasa panas. Merah padam. Ferra ketawa melihat muka Nadia. Lucu. Macam udang kemerahan. Tiba-tiba telepon Nadia berdering. Nadia tambah berdebar bila lihat nombor telepon Raqif yang memanggil.

"Hello? Nadia .."Suara raqif.

" er.. Hello.. Sir?"

" ehemm.. ya. Nadia" Kedengaran suara Raqif teragak-agak.

" Nadia okay?" Tanya Raqif kemudian bila Nadia diam.

" Ya.. okay. Doktor kata boleh keluar hari ni"Nadia beritahu.

" Oh.. Syukurlah. Sudah boleh keluar"

" Itu saja yang sir mahu cakap?" Tanya Nadia. Sedikit geram.

" Er.. ada lagi.. ehemmm.." kedengaran gugup.

" Apa lagi sir nak cakap?" Tanya Nadia berani.

" er.. parents Nadia cerewet tak dengan jodoh Nadia?" Tanya Raqif memberanikan diri.

" Apa kena mengenakan hal tu dengan dengan sir?" Tanya Nadia dengan suara serius tapi dia sebenarnya tersenyum lebar.

"Nadia.. please. Jangan buat tak tahu.. I love you too. Loving you, mean I need to make sure youre mine. Maksudnya saya kena minta restu from your parents.. dunno if I can pass that knowing im just ordinary lecturer and you are the only child of rich parents.." Akhirnya Raqif meluahkan rasa hatinya.

"So.. you love me too?" Tanya Nadia tanpa memperdulikan hal-hal lain yang raqif katakan.

" Yes my love. I love you!" Raqif senyum malu. Dia rasa malu dan lucu untuk mengucapkannya. Mujurlah mereka hanya berbual di telepon saja. Nadia tersenyum menang. Ferra ketawa mendengar perbualan Nadia.

"Sir.. bila kita boleh dating?" Tanya Nadia nakal.

" Eh.. sembuh pun belum sudah ajak dating.." Kata Raqif sambil ketawa.

"Saya sembuh selepas dengar suara sir.." Kata nadia nakal. Ferra membuat mimik muka mahu muntah mendengarnya.

" Baik.. kita dating on the way hantar kamu balik hospital" Kata Raqif. Nadia terkejut Raqif sudah pun berada di biliknya.

" doctor kata kamu sudah boleh balik.. mari kemas barang-barang kamu" Kata Raqif tidak mengendahkan muka terkejut Nadia. Nadia kekok. Malu pun ada. Nadia dan ferra berpandangan.

" Tak nak balik?" Tanya Raqif. Cepat nadia dan Ferra mengemas. Dalam perjalanan ke letak kereta, tiba-tiba Nadia terasa tangannya di capai dan di gengam erat oleh raqif. Nadia terkejut dan memandang raqif. Raqif pura-pura tidak memandang Nadia. Tapi hangat tangan raqif membuat Nadia tersenyum. Nadia membalas gengaman tangan Raqif. Tak sangka romantik juga Raqif ni-bisik hati Nadia.

" Korang naiklah.. saya jumpa Jane.. bye Nadia" Tanpa menunggu jawapan Nadia, Ferra beredar. Dia sempat mengeyitkan matanya pada Nadia. Nadia hanya ketawa.

"Nadia.. maaf sebab buat Nadia fikir bukan-bukan pasal saya.. saya tak ada niat nak mainkan perasaan Nadia.." Kata raqif serius sebaik saja mereka masuk dalam kereta.

"Kenapa sebenarnya.. Sir sudah ada tunang? Hari tu di klinik saya Nampak sir cakap-cakap dengan perempuan cantik " Tanya Nadia sebab Nadia rasa raqif seperti merasiakan sesuatu. Raqif ketawa.

" Amy? Oh.. dia kawan saya saja. Dia sudah kawin. Dia pun ada nasihatkan saya supaya bagitau isihati saya dengan kamu Nadia?"Jawab raqif tenang.

"Kenapa kawan sir nasihat begitu?"

" Cuz obviously dia nampak cara saya tengok Nadia with tons of love! But zipping my mouth"Nadia tidak terkejut. Tapi dia gembira mendengar sendiri dari mulut raqif.

" Begini Nadia.. I was hurt by a girl long time ago.. hard to trust anyone after that. Avoid to involve with anythings about love.. tapi Nadia ketuk hati saya.. cant help fall in love with you..." Kali ini Raqif dengan berani menatap mata Nadia. Nadia tergugup menerima tenungan mata Raqif.

" Now please.." Raqif ambil tangan Nadia dan letak ke dadanya. Sambil terus menatap mata Nadia. Dada Nadia pula yang bunyi dup.. dup.. dup.. laju.

"Please have mercy on my heart.. its belong to you now" Kata Raqif. Nadia terkedu mendengar kata-kata Raqif. Tidak terkata-kata. Terpegun. Tapi kemudian Nadia senyum lembut.

"Saya tidak mimpi kan sir..?"Tanya nadia. Raqif tergelak.

" Tidak.. Nadia! Bukan mimpi. I love you my Nadia.. my Love.. boleh saya drive sekarang?" Tanya raqif sambil tolong memasang tali kaledar Nadia. Sempat lagi kepala mereka terhantuk. Nadia dan Raqif sama-sama ketawa. Kereta meluncur laju keluar dari parking gleneagle hospital. Sebelum hantar pulang Raqif bawa Nadia makan-makan di waterfront - dating!!

habis!


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C19
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄