下載應用程式
66.66% PENJARA / Chapter 6: Rasyid dan Badul

章節 6: Rasyid dan Badul

Aku  tak dapat menahan diri dari terus membaca tentang pertemuan pertama bapa dengan puaka dari dalam unit Sel Seg. Soalan yang sama kerap timbul. Bagaimana puaka boleh masuk ke kawasan penjara. Bukan tak boleh tapi belum pernah dengar. Sebabnya ialah penjara adalah tempat berkumpul semua manusia yang melakukan kesalahan. Dan jika puaka itu adalah jelmaan Iblis takkan dia nak kacau manusia yang dia telah sesatkan. Memang kita tak akan tahu bagaimana dunia ni berfungsi. Tetapi apa benda pun mesti ada penjelasan . 

Menurut bapa pada malam itu bila dia mendengar dan melihat puaka itu berjalan ke arahnya, jika bukan disebabkan fikirkan anak isteri yang menunggu di rumah dia pasti menyerang puaka itu terlebih dahulu. Jika dia menunggu puaka itu sampai dahulu maka dia tak akan dapat berbuat apa apa. Nasib menyebelahi mereka kerana bekalan elektrik berjaya di sambung pada saat akhir ketika puaka itu sudah hampir dengan nya. Dan dia dapat saksikan rupa puaka yang ditakuti itu dengan jelas. 

Sedang bapa sedia melibas pembuka paip besi di tangan, tiba tiba dia ditarik ke belakang dengan kuat hingga dia terjatuh dengan punggung terhentak ke lantai. Bila dia tengok depan puaka tu dah hilang. Yang tinggal cuma tapak kaki penuh darah merata tempat. Khabarnya malam itu saja ada 5 tahanan terbunuh, mata mereka dikorek, sebahagian pipi ada bekas gigitan dan leher mereka semua dikelar dengan benda tajam. Dua lidah banduan hilang manakala seorang hilang kedua lengan. Bagaimana dalam masa singkat begitu puaka tu dapat bunuh 5 tahanan yang semuanya mempunyai rekod jenayah berat sambil cuba menyerang bapa dan Koperal Halim. Ada dua puaka yang bergerak sama? Mustahil. Puaka ni umpama binatang yang bergerak sendiri. Tak suka berteman. Tak ubah macam singa jantan. Mana pernah dengar dalam satu kawasan ada dua puaka. Kalau Jin tu mungkin tapi ini puaka. Roh manusia yang ditipu oleh Iblis untuk mengerjakan suruhannya.

Koperal Halim dapat gelaran baru. Tiap kali tahanan nampak dia, mereka akan cakap Pegawai Ponek sebab hampir telan kemaluan banduan bila pengsan malam tu. 

Sebulan lepas kes tu bapa terserempak dengan Badul ketika sedang buat paip di tandas pejabat pentadbiran. Masa tu Badul sedang mop lantai. 

"Psst...Dul meh sini jap." bapa panggil Badul.

"Wow, hero Rasyid panggil kita." Badul ejek.

"Kalau aku sumbat pam tandas ni dalam mulut kau baru tau."

"Apa kau nak Rasyid?"

"Kau ada kan malam tu. Apa kau nampak masa bersihkan Sel Seg?"

"Ada tapi tak lama. " Badul jawab acuh tak acuh.

"Dah tu apa kau nampak?" Bapa tanya sambil dekatkan diri dengan Badul.

"Okay sebelum aku jawab, apa habuan kau bagi?"

"Habuan dia aku tak ketuk kepala kau dengan pemutar skru ni." bapa jawab.

"Aku nak biskut Marie kau selama seminggu. Adil?"

"Ahhh boleh lah." Juadah minum petang banduan biasanya teh o kosong dengan 2 bungkus biskut Marie. Bermakna seminggu bapa minum teh tanpa cicah biskut tapi sebab nak tahu apa yang berlaku bapa halalkan. 

"Sebenarnya aku tak lama dalam tu. Bila kau kena tarik keluar tu, empat anggota bersenjata berat masuk dalam periksa semua sel tapi tak jumpa pun puaka tu. Tapi memang darah merata tempat. Aku diarahkan mop darah dari hujung Sel 13ulai dari Sel 25 sampai 13"Apa kau nampak masa mop dalam sel 25?" bapa tanya.

"Sel 25? Macam kau tau je Rasyid. Aku nampak dinding sel tu banyak tapak kaki. Bila aku jejak tapak tu memang dari corong atas tu mula. Tapi masa aku mop dalam Sel 13 lain pula…"

"Banyak darah naik ke atas kan?" bapa bisik.

    "Eh, kau…..meh sini kau Rasyid. Kau macam tau je mana puaka tu naik mana dia turun." Badul tarik bapa ke tepi pejabat dan bercakap dalam nada perlahan. Beberapa pegawai wanita yang bertugas dalam pejabat perhatikan mereka berdua. Bila nampak badul senyum mereka sambung buat kerja. Bapa cakap sebab kalau siapa pun nampak Badul ni senyum memang lupa dunia sekejap. Dengan gigi yang cuma tinggal dua taring, sebatang gigi bawah dan sebatang gigi atas diantara dua taring tu sila lah buat penilaian sendiri. 

"Eh jangan lah main kasar. Aku kan ada di sana dan aku sorang yang masih berdiri masa puaka tu sedang merayau kat lantai sel. Aku nampak badan puaka tu. Walau tak jelas macam aku tengok muka kau sekarang ni. Muka tak nampak lah sebab gelap."

"Betul ke Rasyid? Jadi apakah…"

"Aku nak biskut Marie kau selama seminggu termasuk biskut yang kau ambil dari aku. Itu habuan aku nak kalau kau nak dengar." 

Badul mendengus beberapa kali menyebabkan pegawai wanita tengok arah mereka sekali lagi. Bila Badul lebarkan senyuman dia, terus semua pegawai wanita tu macam terkena kejutan elektrik sebab bapa nampak bahu mereka terangkat bersama satu jeritan yang bapa teka dari arah depan yang berbunyi seperti…"Aaahhh, nak muntah rasanye."

"Kau jangan buat bising Badul. Tengok tu anggota wanita macam tertelan lidah tengok senyuman kau." 

"Alah, biasa. Peminat aku je semua tu." Badul balas sambil angkat keningnya beberapa kali sambil senyum pada bapa. Bila nampak Badul macam tu, giliran bapak terangkat bahu sebab kehodohan tu di depan mata. 

"Eh, Dul lain kali cerita. Aku rasa mual nak muntah." bapa cuba larikan diri sebab memang rasa nak muntah.

    Haipppp, jangan kau nak lari Rasyid. Okay aku terima usul kau dan kau boleh ambil biskut aku dan biskut kau semula selama seminggu. Sekarang cakap bagaimana rupa bentuk puaka tu?"

"Napa kau nak tau sangat?" bapa mushkil. 

"Sebab ada modal aku nak cerita dengan pegawai wanita semua tu. Asyik tanya aku pasal puaka."

"Baik lah...meh sini aku bisik kau. Muka puaka tu...kejap aku cuba ingat...muka dia sama macam kau tapi gigi dia penuh atas dan bawah." bapa jawab kemudian keluar dari pejabat tu sambil ketawa. Yang sempat bapa dengar ialah suara Badul jerit bisik, "Nanti kauuuuu Rasyiddddd." 

"Dah tu macamana bentuk puaka tu pak"? Zainal tanya. Rasyid terdiam dan cuba ingat kembali wajah puaka yang dia nampak malam tu. 

"Bapa tak jelas nampak muka dia cuma tubuh dia je. Bayangkan manusia tapi hidung dia kemek ke dalam macam hidung singa, telinga dia tajam di atas kemudian ada tanduk kecil di penghujung ketajaman telinga tu, mulut dia hanya satu garis kecil yang dicoret hingga ke telinga, takde bibir cuma darah yang mengalir. Mata dia bulat besar seperti dia sedang menghayal atau melihat sesuatu tetapi anak mata dia bergerak laju, pipi cengkung hingga nampak tulang keluar dari kedua sisi bawah mata dan tubuh dia walaupun kurus hingga nampak tulang paru paru tapi berotot. Leher dia panjang tetapi tegak dan dia bergerak dengan langkah yang pelik. Bila kaki kiri dia ke depan, pinggang dia pusing kanan bila kaki kanan dia ke depan pinggang dia ke kiri. Sama juga gerakan tangan. Kedua lengan kepit pada sisi setiap masa. Rambut dia keriting sampai paras bahu tetapi bapa tak pasti rambut dia ke tu atau darah yang bergumpal melekit. Jari dia basah dengan darah atau minyak hitam, kuku dia tak panjang sangat dan runcing dekat hujung."    

"Tak ubah macam manusia fizikal dia. Mungkin bekas banduan yang jadi puaka."

"Dengar macam tu. Ada seorang banduan nama Bachok yang kena hukuman mati lepas tu ada cakap dia kena hukuman penuh."

"Hukuman apa tu?"

"Hukuman penuh ialah istilah bagi banduan yang menerima hukuman 40 tahun penjara 24 sebatan. Biasanya banduan macam ni kes jenayah aniaya macam rogol liwat anak sendiri atau rogol liwat budak bawah umur. Dan kesalahan tu berulang maknanya sampai beratus kali dia buat. Hah tu tetap kena"

"Aduh patut macam puaka kalau perangai pun dah begitu."

Menurut bapa, puaka itu tak lagi muncul diri selama hampir setahun. Mungkin dia dah kenyang ambil nyawa 5 banduan sekaligus. Bila mereka dah hampir lupa tentang kejadian malam tu, satu lagi pergolakkan yang bapa lalui setahun lepas tu. Ada banduan baru yang tiba di Penjara Pusat dan ditempatkan dalam bangunan A. Tak pasti apa yang berlaku semasa perbicaraan tapi banduan baru ni semuanya terdiri dari kumpulan yang sama. Bapa cakap banduan ni semuanya muda. Usia dalam 30 tahun ke bawah. Ada yang 20 tahun. Banduan baru ni dalam 30 orang sekali masuk dalam Bangunan A buat penjara jadi sesak. Bila banduan baru ni masuk mereka cuba nak ambil alih kuasa dengan buat kacau, buat bising, selalu berkumpul masa makan, selalu ugut banduan yang dah tua. Banduan dalam bangunan A ni walau ramai dah senior tapi masih gempak. Tapi saja tak buat hal sebab takut kena sumbat dalam Sel Seg. Masa tu banduan senior semuanya orang lama dari zaman kongsi gelap sedang berkuasa di seluruh negara jadi kira banduan baru semua ni tempah maut juga. Ketika tu banduan geng India satu pihak, geng Melayu satu pihak, geng Cina Semenanjung, geng Palembang, Aceh, geng Maybank semua ada. Tapi semua buat tak kisah sebab siapa yang bodoh nak masuk dalam Sel Seg tak kira kuat macam mana pun. Tapi budak baru semua tak tau lagi pasal puaka yang ada dalam tu. Bak kata orang, kalau orang lama ni banyak diam dan perhatikan keadaan. Orang baru pula mulut celupar bising tapi takde isi. Kalau jalan sorang kepala tengok lantai. Kalau dah ada kawan jalan tengok langit. Banduan yang lama ni dah mula bosan sebab makin naik minyak bila dibiarkan macam tu. Dengar khabar akan ada geng yang nak bagi panduan dengan banduan baru ni. Ada yang cakap geng Kopiah, ada yang cakap geng India ada cakap geng Melayu yang nak serang sampai Penguasa Penjara atau P.P arahkan semua anggota berwaspada sebab bila ada rusuhan yang jadi mangsa orang yang pakai baju seragam. Masa tu ketua tahanan yang baru masuk nama Riki. Orang dia kecil je macam Badul tapi dia kawal semua budak muda tahanan baru. Dia dah siap suruh pesan yang dia nak ambil kuasa dari geng lama tapi dia tak tau perpaduan ketika itu sebab semua satu hati walau agama bangsa tak sama. Ye lah dah duduk sebumbung sampai berpuluh tahun nak musuh apa. Lebih rapat lagi kawan satu sel dari keluarga sendiri sebab 24 jam hadap muka sama sampai bila masa dia nak kentut pun dah tau siap tutup hidung sedia. Riki ni pula takde rasa hormat langsung dengan orang tua macam selama ni dia duduk dalam hutan. Bila ada banduan senior tu lalu depan mesti dia sengaja jerit kuat, tak pun tepuk meja, tendang kerusi ke saja nak bagi orang marah tapi oleh kerana P.P dah bagi amaran siapa yang gaduh akan masuk Sel Seg selama 30 hari maka semuanya sabar makan hati. Ye lah dari kena baham puaka. Tapi sabar manusia ni sampai tahap mana je. Satu hari tu Riki kena bagi amaran lisan oleh P.P agar jaga tingkahlaku sebab dah ramai banduan baju biru pantau dia. Tapi Riki ni siap bagi amaran pula dengan P.P kalau ada apa jadi dengan dia, keluarga dia akan saman P.P dan orang dia akan buat kacau dalam blok tahanan.  30 orang tu setakat ketuk meja boleh lah, P.P ejek Riki. 

Nak jadi cerita, satu malam tu masa kami nak baik ke sel lepas makan, kami nampak sorang tahanan ni jalan huyung hayang dari hujung koridor. Dari jauh nampak macam orang mabuk tapi takkan ada banduan mabuk. Wadar yang kawal koridor pun tak nampak. Bapa dengan banduan dari sel lain tak bergerak cuma perhatikan orang tu jalan ke arah mereka. Bila dah dekat baru cam orang tu ialah Riki.  Masa dijumpai tu dia bogel, telinga sebelah kiri berjuntai, dada sebelah kanan luka besar seperti ditoreh, kulit hidung bergantung dekat dengan pipi dan kedua mata tinggal rongga, dikorek bersih..urat pun tak tinggal. Kepala dia retak sampai masuk ke dalam seperti tayar yang dah keluar angin dan tangan dia angkat usus perut yang bergantung dari belahan di tengah perut. Bila ditanya, dia dah tak boleh jawab sebab lidah kena kerat. Sebelum anggota sampai dia dah mati kat situ juga. Semua saksi cuma dapat tengok je dia mengelupur atas lantai sebab takut nak pegang atau tolong, tak nak dituduh ada kaitan dengan kematian dia. Yang bapa dan banduan lain dengar ialah dia menjerit  tapi tak faham apa yang dia cuba nak cakap. Bila Riki dah mati macam tu P.P arahkan siasatan cari suspek tapi menurut cerita, Riki tu mati diserang puaka. Mata dia dikorek keluar dan lidah dikerat sebab itu memang makanan kegemaran puaka. Tapi yang hairan, dia juga ditikam 12 kali. Puaka tak pernah pula guna pisau setau bapa. Dia ni jenis terus serang je guna tangan dan gigi. Bila seminggu tak dapat cari siapa yang bunuh Riki, P.P keluarkan arahan. Semua banduan tak kira baru atau lama akan dimasukkan dalam Sel Seg di bangunan A dan B selama 45 hari. Bila kami dengar arahan tu, masing masing mula tulis surat wasiat kepada keluarga kat kampung sebab mungkin tak akan dapat keluar dari dalam Sel Seg. Walaupun bantahan dihantar oleh anggota dan banduan merayu pada P.P tapi dia tetap juga dengan keputusan. Maka pada hari Isnin tu, kesemua banduan berkumpul di padang kemudian dipisahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap Sel Seg akan dihuni oleh 4-5 orang tahanan. Bila bapa dipanggil ke depan, Wadar eskot bapa seorang je masuk ke Sel. Bapa ingat ada banduan lain kongsi sel tapi kosong. Bila bapa tanya mana yang lain, Wadar  tu jawab dalam sel bapa sorang je sebab senang nak panggil kalau ada kerja. Bapa rasa nak mati pun ada, rasa nak jerit pun ada. Tapi dah nasib macam tu. Tau tak bapa kena sel apa?"

Zainal geleng kepala berkali kali.

"Bapa kena Sel Seg 12. Sebelah ialah Sel Seg 13."


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C6
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄