"Marah betul kamu ni"Makcik kalsom menggelengkan kepalanya.
"Tu lah makcik Aleeza pun pelik kenapa Aleeza marah semacam"Aleeza membuat muka marah tapi masih lagi ditahannya.
"Dah dah jangan marah sangat nanti darah tinggi"Ucap Makcik kalsom kemudian pergi.
Tingting!!
Tiba-tiba bunyi notifikasi telefon Aleeza dia melihat Twitter dari sekolahnya yang menunjukkan sebuah berita hangat dan muka terpapar wajah Adrean dengan wajah yang luka.
Di situ tertulis jika Adrean sengaja mengajar semua lelaki disekolah bergaduh.
"Ga_gaduh!"Terkejut Aleeza melihat berita dari Twitter sekolah.
Laju menutup telefonnya dan bersiap mahu pergi ke suatu tempat.
.......
Tok tok
Aleeza mengetuk dua kali pintu itu lalu pose bergaya didepan kamera keselamatan.
Krik
Pintu itu dibuka oleh Adrean yang mukanya penuh luka nasib bukan lebam hilang hensem nanti.
Sebaik sahaja jejaka itu membuka pintu pertama kali dia lihat adalah wajah Aleeza yang sedang memandang tajam jejaka itu.
"Kenapa datang?"Pelik Adrean.Aleeza datang ke rumah tiba-tiba.
"Kau gaduh?"Tanya Aleeza dengan serius.
"Hmmm"Adrean menyentuh lehernya sendiri kemudian memandang tempat lain.
"Kenapa gaduh dah lama hidup ha?"Aleeza memandang tajam Adrean.
Adrean memandang sekilas Aleeza dan sambung semula memandang tempat lain.
"Kenapa kau nak marah yang kene pukul aku bukan kau"Menjawab Adrean.
"Emm faham so aku kene pukul jugak baru boleh marah okay senang cerita aku hentak je kepala aku kat pintu biar sakit sekali"Aleeza menatap yakin Adrean.
"Jangan"Adrean mengelengkan kepalanya.
"Luka tu nak suruh bernanah lepastu terkena jangkitan kuman baru kau ubat"Aleeza membuat muka tertekan.
Adrean terdiam entah kenapa si pembuli popular itu tidak boleh melawan cakap gadis yang dulu dia sepatutnya dibuli.
Akhirnya jejaka itu mahu membuka mulutnya.
"Balik lah kau buat penat je datang sini"Adrean mahu menutup pintu rumahnya tapi ditahan Aleeza.
"Nak lari mana"Kata Aleeza dengan nada tegas.
"Nak apa kau tak takut aku ada buat apa-apa dengan kau ha dah dah pergi"Adrean dengan kasar.
Pang!
Kepala gadis itu sengaja dihentak nya dipintu.
Terbelik mata jejaka itu laju dia membuka luas pintu dan melihat keadaan Aleeza.
Aleeza menutup kepalanya dibahagian yang sakit.
"Aleeza kau okay mana sakit sini aku tengok benjol ke tak?"Adrean mahu melihat kepala Aleeza tapi ditutup oleh gadis itu.
Adrean menarik nafas kemudian hembus dia cuba bersabar dengan tingkah laku gadis itu.Nasib sayang.
"Aku rasa kepala aku berdarah"Aleeza dengan wajah menahan sakit tangan masih lagi menutup kepalanya.
"Ha!? darah Aleeza bukak biar aku tengok NOW!"Jerit gelabah jejaka itu.
Aleeza pula dengki mula lah rancangannya untuk pura-pura sakit.
"Aku rasa nak mati ahhhh"Aleeza pura-pura pening.
"Nak aku call ambulans haa Aleeza kau okay ke tak"Semakin gelabah jejaka itu.
"Pffs Ahaha"Ketawa Aleeza melihat tingkah laku jejaka itu.
Adrean yang melihat Aleeza ketawa terus membuat muka serius.
"Kau tipu aku?"Adrean dengan nada serius.
"Hmm sorry sorry mana ada orang hentak kepala dekat pintu kepala terus berdarah"Senyum Aleeza memandang Adrean yang mukanya serius.
"Pergi je lah kau"Adrean menjeling Aleeza lalu memandang tempat lain.
"Taknak selagi kau tak suruh adik kau or ubat luka kau sendiri"Aleeza mengelengkan kepalanya.
"Okay duduk lah dekat luar ni sorang-sorang"Senyum Adrean kalau menutup pintu rumahnya.
"Ishhh eee nak je aku cekik cekik leher mamat ni nasib tak boleh"Aleeza sambil menggenggam tangan.
Di situasi lain Adrean sedang bersandar di pintu menunggu.Benarkah gadis itu akan menunggu disitu jika dia tidak mengubati lukanya.
Selepas beberapa minit dia menunggu dibelakang pintu sehingga terlelap laju Adrean bangun kemudian membuka pintu.
Terkejut apa bila memandang keluar sudah tiada lagi Aleeza.
"Haih takkan dia nak tunggu betul-betul Adrean"
Kata Adrean sambil mengetuk kepala sendiri tidak mungkin Aleeza gadis yang masih lagi tidak berhubungan apa-apa dengannya boleh menunggu jejaka itu.
Tiba-tiba Adrean merasa kakinya dipeluk sesuatu.
Pelan Adrean memandang kebawah dan melihat Aleeza yang mata terpejam memeluk kakinya.
"Ha?"Terkejut Adrean lalu pelan mengalihkan kakinya supaya tidak dipeluk.
"Aleeza luna bangun"Ucap pelan Adrean ditelinga Aleeza yang sedang tidur.
Aleeza bangun mata yang silau akibat mata hari diluar lalu meregangkan badannya seperti baru sahaja sedap tidur dikatil.
"Good good"Senyum Aleeza yang mamai pada Adrean.
"Sedap ke tidur dekat luar?"Tanya Adrean mata masih lagi tertuju kepada Aleeza yang memandangnya seperti tidak sedar dia tidur dimana.
"Sedap"Aleeza mengangguk.
"Dah pergi balik kau mengantukkan"Adrean dengan lembut.
"Emmm taknak ubat lah dulu luka dah macam apa dah muka"
Masih diingati Aleeza tentang muka Adrean yang calar dan luka.
"Ya,Love pergi balik tidur"Entah kenapa mahu disebut ayat itu mengambil kesempatan sementara gadis itu masih lagi mamai.
"Hmm okay Adrean bye bye jangan gaduh"Aleeza laju berdiri dan berjalan pergi.
Adrean berdiri dan melihat gadis itu berjalan tidak benar seperti orang mabuk.
Adrean mengelengkan kepala lalu laju pergi ke Aleeza.
"Biar aku teman nanti kene culik"Adrean mengikuti Aleeza dari belakang biarpun dengan wajah yang luka.
"Jarak 1 meter"Ucap Aleeza.
"Hmm okay okay"Adrean jarak satu meter dari gadis itu.
......
Tanpa sesiapa sedari rupanya Aleeza dari tadi diikuti seseorang.
Lelaki yang memakai jam mahal dan kot hitam dengan wajah cemburu memandang benci mereka berdua.
"Tuan Prince patut ke kita ikut diaorang lagi"Ucap pemandu yang membawa kereta.
Rupanya lelaki itu adalah Prince Rigel Avan jejaka popular kerana kekayaan dan sikap Playboy nya itu.
"Ikut,aku nak tengok dua orang murahan tu sama-sama.Bod*h"Prince dengan nada benci.
Cawan coffee yang kosong dari tadi memerhatikan Aleeza digenggamnya sekuat mungkin.
"Baik tuan"Pemandu itu menghidupkan enjin kereta dan mengikuti Aleeza perlahan-lahan Kerana tidak mahu tertangkap.
.......
Aleeza memegang coklat yang dibelikan oleh Adrean.Mata gadis itu yang sudah sedar dan tidak mamai lagi.
Adrean yang mengikuti Aleeza dari belakang biarpun yah boleh tahan penat juga berjalan kaki.
"Suka?"Soal Adrean.
Aleeza menoleh kebelakang dan berhenti.
"Seimbang"Senyum Aleeza.
Berkerut dahi Adrean.Ha seimbang!?
"Hemm seimbang?"Pelik Adrean.
"50% suka 50% lagi tak"Jawab Aleeza sambil memandang wajah pelik Adrean.
"Ouhh"Adrean mengangguk.
Sekilas pandang Aleeza melihat sebuah kereta yang dia perasan dari tadi kereta itu mengikutinya biarpun sedaya-upaya tidak mahu tertangkap.
Aleeza memandang balik ke Adrean.
"Adrean.."Panggil Aleeza dengan nada gembira.
"Hmm kenapa?"Jawab Adrean.
"Nak main lari-lari tak"Senyum nakal Aleeza.
"Lari buat apa?"Adrean mengelengkan kepalanya.
"Alah lari je kalau kau tak nak takpe aku je lari"Aleeza berkata dengan lembut bukan seperti dirinya yang sebenar.
Adrean pura-pura mahu mengikat kasut dan sempat melihat kebelakang sekaligus perasan akan kereta itu.
"Kita sembunyi sekali macam mana"Adrean berdiri dan senyum.
"Okay,
1
2
3"
Kira Aleeza kemudian mereka berdua laju berlari sekuat mungkin masuk ke suatu rumah usang yang kebetulan berada berdekatan mereka.
Di situasi Prince...
"Tuan diaorang lari"Ucap pemandu itu.
Terkejut Prince.
"Wah diaorang dah perasan kau bawak kan topeng aku"Senyum jahat Prince.
"Bawak tuan"Jawab pemandu atau sekali gus pengawal.
"Good biar aku pecah kan kepala dia"Prince dengan gembira.
Pemandu itu membawa kereta pergi ke rumah usang itu.