Ryan membuka google meet dan menekan button mic untuk bersuara."Sorry Mr. Richard for cancelling our meeting yesterday. I didn't know that you have to went for an early flight yesterday."
"Tak ape, Ryan. I know that you have a lot of work to be done. We're old friends." jawab Mr. Richard.
Ryan tersenyum. Dia dan Mr. Richard memang sudah berkenalan lama. Sejak dia dilantik sebagai Vice President di company Tengku Darus, Mr. Richard atau lebih mesra disapa Ricky, menjalinkan persahabatan dengannya kerana sense of humor Ryan yang peramah dan juga senang bawa bincang. Katanya begitulah.
Ryan menutup camera komputer setelah tamat perbincangan dengan Mr. Richard. "Ian?" panggil Jannah dari arah pintu.
"Come in." sambut Ryan. Dia tak berani bertentang mata selepas apa yang dah berlaku semalam. "I just... I wanna say I'm sorry. I tak tahu apa yang dah jadi kat I."
Ryan hanya berdiam. Dia sendiri tak tahu macam mana nak menjawab. Setelah beberapa minit, dia bersuara. "Urmm... It is just an accident. Lupakan je. But don't tell anyone. It's just us."
Jannah menunjukkan muka lega. Mana taknya, tiba-tiba jadi macam tu memang la pelik. Jannah pun tak payah la over sangat. Yang dicium tu laki orang. Aduh! Nasib Hazhirah tak tahu. Kalau tak, nasib kau lah.
...
Usai mandi, Hazhirah ke dapur untuk masak. Tapi bila dia buka peti sejuk saja, dia jadi nak muntah. Entah kenapa. Dia duduk di kerusi dan terus order makanan. Nak kata malas masak, tak juga. Mungkin sebab dia mengandung kot.
Dania dan Amer masih lagi di rumah ibu dan bapa mertuanya. Datin Bahiyah tak bagi diorang balik kerana keadaan Hazhirah yang tak sihat. Lepas makan je, mesti muntah. Aduh!
Dia mendial nombor telefon Ryan. "Hi, b."
"Hi, sayang." jawab Ryan.
"You busy ke?"
"Not quite. I... I'm finishing the proposal."
"Ian, you nak keluar makan tak dengan I?" celah Jannah yang berada di muka pintu.
"Jap, sayang." katanya menyuruh Hazhirah menunggu di talian.
"Urmm... Tak kot. I want to go back early." Setelah mendengar jawapan Ryan, Jannah menoleh untuk berjalan keluar.
"Wait. You don't have transport right?. I'll send you home. I rasa besok you dah boleh ambil kereta you di bengkel."
Jannah tersenyum. Memang dia mahu ada orang tumpangkan. Nak naik Grab, mahal juga. Lebih baik tumpang Ryan. "Okay. Boleh juga."
Jannah berjalan keluar. "Yea, right back to you sayang. You were saying?" kata Ryan kepada Hazhirah.
Tiada jawapan. Hazhirah sudah menutup telefon terlebih dahulu. Ryan menghantar mesej. 'Kenapa you end call? Anything wrong?' Mesej dihantar.
...
Kereta proton X50 berhenti di hadapan sebuah apartment. "And we're here." kata Ryan.
"Thanks. I really appreciate it." jawab Jannah dengan senyuman lembut. Dia mengambil beg tangannya untuk keluar dari kereta. Tapi, rantai tangannya tersangkut pada butang baju lengan Ryan. "Oops." kata Ryan. Mereka ketawa bersama. Setelah meleraikan sangkutkan tersebut. Mata mereka bertentangan. Degupan jantung Ryan semakin laju.
Cinta lama bagaikan telah berputik kembali. Perasaan yang sama yang dia rasakan kepada wanita itu selepas dia meninggalkan wanita itu. Rasa bersalah, benci kepada diri sendiri dan berdosa kepada wanita itu semakin memakan dirinya.
"You, you cintakan I kan?" Ryan mengusap tangan Jannah lembut lalu mengucupnya. "Of course. You don't trust me ke?. I dah janji kasih dan sayang I hanya untuk you."
Jannah tertunduk malu. Ryan tersenyum lembut. 'Entah sampai bila aku nak kena hadap perempuan ni. Bila la aku boleh tinggalkan dia.' rungut Ryan dalam hati.
Sejujurnya, dia tak mahu pun terlibat dengan wanita itu. Kalau bukan sebab dia plan nak mainkan perempuan tu, memang tak pun dia nak ambil tahu. Sudah la Hazhirah reject dia. Semua ni pun punca Jannah. Kalau dia tak tolak Ryan di café kolej haritu, mesti thesis Hazhirah tak tertumpah kopi dan mesti wanita itu dah boleh terima Ryan.
Sakit hati dia tak hilang lagi. Dendam tu masih ada. Jadi, untuk hilangkan sakit hatinya, dia berpura-pura ingin menjalinkan hubungan persahabatan dengan Jannah dan seterusnya cinta. Dia perlahan-lahan mengubah pakaian dan menghadiahkan wanita itu pelbagai jenis hadiah. Nak ambil hati perempuan lah katakan! Pertama, dia bawak Jannah untuk bukak braces, lepastu pakai pakaian yang sesuai dengan fesyen dan trend terkini. Perkara yang terakhir yang dia nak buat ialah tinggalkan perempuan itu.
"You, jom kita pergi funfair malam ni. Lepas tu dinner kat hotel." Ryan merapatkan kerusinya ke sebelah Jannah. "After that?" soalnya dengan pandangan nakal. Wajahnya didekatkan dengan Jannah. Jannah beriak keliru. Dia berpura-pura tak tahu. "After that, what? You hantar I balik lepas tu kita jumpa besok." kata Jannah.
Ryan memuncungkan mulutnya. Merajuk. Jannah memandang ke kiri dan kanan. Dia mengambil buku di atas meja dan membukanya lalu menutup wajahnya dengan Ryan. "Jangan buat perangai, sayang. I kan cakap I tak ready. Lagipun it's not the right thing." bisiknya.
"Ian, I think we're okay now." tegur Jannah mengejutkan Ryan dari lamunan. "Sorry." Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Ryan sebelum bayangannya masuk ke dalam apartment miliknya.
...
"Ha, b. Baru balik?" soal Hazhirah. Matanya masih tertumpu kepada Dania. Si Dania ni baru je lepaskan bom. Habis satu badan kena. Terpaksalah Hazhirah mandikan dan tukar lampin baru. "Ye, tadi I nak cakap dengan you. You tutup."
"Ouh, Dania ni berak. Habis kena belakang dia. I kena cuci. Tu yang tak sempat nak bagitahu you. Sorry." Ryan mencium ubun-ubun isterinya. Kesian! Seharian di rumah mesti letih. Dia turun ke bawah untuk bancuh susu Dania dan setelah itu, dia mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk. Tugasnya yang terakhir ialah untuk buang sampah. Setelah habis melakukan semua kerja rumah, Ryan naik ke atas bilik dan terus tidur. Penat betul ni!
Telefon berdering. Ada mesej masuk. Ryan kalau tidur, gempa bumi pun belum tentu dia bangun. Hazhirah yang baru keluar dari bilik mandi mengelap rambutnya. Dia melihat mesej tersebut. 'Ian, thank you tau sebab hantarkan I. Jom lunch besok. My treat.' - Jannah. Siap ada emosi kenyit mata dengan bentuk hati sekali.
Hazhirah menahan marah. Sudah mula dia naik angin. Dia menggerakkan suaminya. "B, bangun." Ryan masih tak bergerak. Hazhirah ambil botol susu Dania lalu mengetuk kepala Ryan. "Aduh!" jerit lelaki itu.
"Tahu pun jaga. I nak bincang dengan you kat bawah." Ryan dengan wajah blurnya perlahan- lahan mengekori Hazhirah dari belakang. Hazhirah tak mahu nanti Dania terjaga. "Kenapa perempuan tu mesej you? Siap kenyit mata bagai. You mengorat dia ke? Atau you dah ada hati dekat dia? Baru 5 bulan kerja, dah menggatal."
"Huh? Siapa pulak?" tanya Ryan. Dia masih lagi keliru. "Jannah." jawab Hazhirah pendek. "Ouh, tak ada apa-apa lah. You je yang cemburu lebih. Kita orang colleague je. Biasalah tu." jawab Ryan selamba.
Hazhirah melihat wajah Ryan. Sakit hati! Dia menolak Ryan ke tepi. Dia bersiap dan terus keluar. Malas mahu melayan suaminya. Dia nak jumpa Syazrina. Terserempak dengan Iqbal. Sempat lagi dia ajak lelaki itu untuk dinner sekali dengan dia dan Syazrina.
Syazrina yang sedari tadi menunggu kedatangan Hazhirah melihat ke arah luar restoran. Wafiy yang ada di sebelahnya merenung wanita itu macam nak makan. "Stop. Tengok. I." kata Syazrina. Dahlah terpaksa duduk dengan belangkas tu. Berkepit 24 jam.
Setelah nampak kelibat Hazhirah, Syazrina melambai ke arah dia dan... Iqbal? Syazrina menggosok matanya dua kali. Memang sah Iqbal. Ingatkan hantu dia. "Hi, guys. Sorry lambat." kata Hazhirah.
"It's fine, babe. I okay je. Nasib you datang. Kalau tak, habislah I melekat dengan lintah ni." kata Syarina separuh berbisik. Wafiy bangun dan berjabat tangan dengan Iqbal.
Usai makan, Iqbal meminta diri untuk balik. Si Wafiy pulak dihalau untuk balik. Syazrina tak mahu lelaki tu ada. Mesti menyibuk. Hazhirah hanya diam sejak dari tadi.
"Kau diam je. Ada masalah ke?"
"Tak ada apa. "
"Shah buat hal ke?"
Hazhirah hanya menggeleng. Dia tak mahu aibkan suaminya. Dia lebih rela selesaikan sendiri masalah rumah tangganya.
Setelah sampai di rumah, Ryan yang duduk di ruang tamu menegurnya. "Sayang, you dah makan?" Hazhirah tidak menjawab. Dia pergi ke dapur dan mengambil segelas jus oren. "Apa masalah you sekarang ni? Kalau pasal Jannah tu, I minta maaf. I dan dia tak ada apa-apa hubungan pun."
Hazhirah hanya menjeling. Dia meletakkan gelas di atas kaunter meja dan berlalu keluar dari dapur. Ryan menarik tangan isterinya. "Leave me lah. You cakap emoji tu semua biasa- biasa? Kalau biasa sangat, apa hubungan dia dengan you? Kawan? Kawan tak lebih macam tu lah." jawab Hazhirah.
"Okay fine. I akan cakap dengan dia untuk tak hantar emoji macam tu dah. I'm sorry." kata Ryan. Dia memang tak mahu bergaduh dengan isterinya lama-lama. Sayang bini.
...
"Good morning, b."
Ryan menggosok matanya. "Morning."
"I nak mintak maaf... Sebab semalam."
Ryan mencium ubun-ubun isterinya. "It's okay." Dia bangun dan segera ke bilik air. Nak bersiap dan solat subuh. Dania pun bangun jugak. Nak solat subuh dengan papa dia. Comel je. Setelah solat subuh, Ryan bersiap untuk ke pejabat.
Telefonya berdering. "Hello?"
"Along, ni acu ni. Amer ni demam panas. Acu bawa dia pergi hospital. Doktor cakap, dia kena demam denggi."
Ryan mula gelisah. "Takpa, acu. Nanti petang along pergi dengan kak long untuk tengok Amer ya?. Calm down and relax. Jangan risau. Semuanya akan okay. Love you. " Panggilan ditamatkan.
Sampai di pintu pejabat, dia melihat Jannah keluar dari kereta Hafiz. Bila nampak je kelibat Ryan, Hafiz mencium pipi Jannah. Saja nak sakitkan hati Ryan. Jari- jemarinya bermain-main dengan rambut Jannah.
Jannah pula memang tak selesa. Rasa nak pukul je si Hafiz tu. Ryan yang mula bara masuk ke dalam office.
"Azrina, I nak ambil cuti hari ni. Apa-apa email I. Amer tak sihat." Azrina mengangguk tanda faham.
Khalil yang datang dari belakang Ryan menyampuk. " Dia sakit ke bos?"
"Ye, demam denggi." jawab Ryan selamba. Khalil bertanyakan wad dan alamat hospital. Senanglah dia nak melawat nanti.
Ryan berlalu keluar dan terserempak dengan Jannah. Dia tidak memandang ke arah wanita itu. Dia berjalan terus ke hadapan. Malas mahu melihat wajah perempuan itu. Murah!
Dia mengambil Hazhirah dan terus ke hospital.
"Acu, macam mana dengan Amer?" Amylia memeluk abangnya dengan linangan air mata.
Ryan memeluk adiknya. Dia menyapu belakang adiknya lembut. Hazhirah pula duduk di sebelah Amer. "Anak mama, I tahu you kuat. Cepat sembuh ye sayang." bisiknya ke telinga Amer. Kolam matanya semakin panas. Titisan air mata mula keluar. Hazhirah berlari keluar dari bilik wad. Dia sedih melihat keadaan Amer begitu. Selama dia menjaga Amer, tak pernah pula budak tu meragam, sebaliknya rapat dengannya.
Ryan keluar mendapatkan Hazhirah. Belum sempat dia menegur, telefonnya berdering. Notifikasi mesej dari Jannah. "Ian, I minta maaf pasal tadi. I... I am really sorry."
Ryan hanya bluetick. Malas mahu melayan. Sudahlah pasal dia Hazhirah merajuk dengan Ryan. Tak pasal-pasal dia kena makan makanan dari luar semalam. Kena order Grabfood. Dia cuba masak bubur nasi untuk Dania, tapi sudahnya gas habis. Terpaksalah dia order makanan baby food dari pasar raya terdekat.
Kalau diikutkan, dia sendiri tak faham kenapa dia cemburu. Bukannya Jannah itu isterinya. "Are you Amer's father?" sapa satu suara dari belakang Ryan.
"Yea, I am." jawab Ryan. Dia menoleh ke belakang. Lah, doktor rupanya. "I have given him antibiotics. He might sleep for few hours. His antibody is weaker when he came here. We will see in next few hours." kata doktor berbangsa cina itu dengan senyuman.
"B, let's go for a coffee. " tegur Hazhirah pula. Ryan mengangguk.