下載應用程式
88.88% Enternal Love Contract / Chapter 24: Tunaikanlah

章節 24: Tunaikanlah

"Alhamdullilah. Dapat juga aku jumpa bantal dan tilam ni." Kata Ayra sebaik kepalanya mencecah bantal malam itu.

Elok matanya dipejam rapat, dia teringatkan sesuatu. Serta merta matanya mencelik semula.

"Isy, mana pula aku letak telefon aku ni?" Dalam samar samar suasana bilik, tangan Ayra meraba raba permukaan tilam yang boleh dilipat itu. Dapat saja benda yang dicari, dia terus menekan butang telefon pintarnya. Sekelip mata skrin medium perhubungan itu menyala terang.

"Allah... Macam manalah aku boleh tak sedar El ada call aku? Kesian minah tu." Melihat lima panggillan Ella yang tidak dijawab, Ayra mengeluh perlahan.

Sejak nenjadi isteri Ash, masanya terada begitu terhad. Usahkan nak menjawab panggilan telefon, nak buka facebook, instagram dan seangkatan denganya pun dia sudah tidak berkesempatan lagi.

Dalam kata lain, dunianya hanya tertumpu kepada Ash dan kegiatan dalam rumah besar itu semata mata.

"Ni mesti tak lain. Pasti El nak beritahu pasal mak aku. Haila, bilalah aku berpeluang nak jenguk mak? keluh Ayra sambil gigit bibir sendiri.

Walau dia tidak menyuruh, namun Ella tidak perna lupa menjenguk maknya di hospital. Gadis yang bergelar kawan baiknya sejak kecil itu akan sentiasa memberitahu tentang perkembangan mak Ayra melalui WhatsApp mahu pun SMS.

"Ke dia nak beritahu yang aku dapat tawaran kerja kat mana mana tempay? Yalah. Aku kan dah mohon macam macam sebelum ni. Dah banyak tempat aku pergi interview. Manalah tahu kalau kalau ada rezeki kat salah satu tempat tu ke."

Ayra berbaring. Sejak zaman belajar lagi dia selalu berangan angan untuk menyandang jawatan pensyarah.

Minatnya untuk mengajar sudah lama tercetus, sejak dia berada di bangku sekolah lagi. Malah, Ayra pernah menjadi guru tuisyen kepada beberapa orang pelajar ketika menunggu keputusan SPM tidak lama dulu.

Ayra mengerling jam di skrin. Niatnya mahu menelefon sabahatnya itu namun dia mengeluh. Dah lebih dari tengah malam. Mesti minah tu dah masuk mimpi sekarang. Esok sajalah call kalau macam ni.

Ayra campak telefon di tangan ke tepi. Bantal di sisi dipeluk erat. Sambil memejam mata, dia berdoa perlahan.

"Yah Allah, jagalah mak sebaik baiknya. Berikanlah kesihatan dan kegembiraan, tak kiralah dalam apa juga situasi yang mak lalui sekarang. Semoga mak cepat sembuh dan kami berdua akan kembali hidup bahagia seperti dulu. Makbulkanlah doaku ini Allah."Ayra tersenyum kemudian.

Mak, Ayra rindukan mak. Moga moga kita bertemu dalam mimpi sekejap lagi. Katanya dalam hati sebelum matanya tertutup rapat.

Tidak sedar Ash yang memerhati gelagatnya dalam diam sudah melebarkan senyuman. Menjadi tebiatnya kini menghendap gelagat Ayra pada setiap malam sebelum melelapkan mata. Dia lakukannya tanpa pengetahuan isterinya itu.

Yakin Ayra sudah terlelap, Ash kembali mengalihkan pandangannya. Siling di atas kepalanya dipandang.

"Ya tuhan, tunaikanlah permintaan gadis baik itu. Sememangnya dia layak untuk menerima segala kebaikan-Mu"

Ash berdoa perlahan seraya menutup mata. Ikut melayari malam yang kian sepi.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C24
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄