下載應用程式
35.29% TERGANTUNG SEPI / Chapter 6: BAB 6

章節 6: BAB 6

"what!!!"jerit Aira dengan kuat,"papa Aira langsung tak setuju dengan cadangan papa, kenapa papa nak libatkan Hanan dalam masalah Along ?" Bagi Aira cadangan Papanya langsung tak masuk akal.

"Aira, papa cuma nak Along kamu berubah" Aira membuat muka pelik. "Berubah?, jadi apa kena mengena dengan kahwinkan Along dengan Hanan" Aira masih tidak bersetuju. "papa yakin Hanan boleh mengubah Along kamu, sebab itu papa nak kahwinkan mereka berdua" terang Tan Sri Malek.

"Pa, ni satu penganaiyaan Papa. Aira tak rasa dengan perkahwinan ni. Along boleh berubah" Aira tetap dengan pendiriannya masih tidak setuju. "tapi Aira, kita belum cuba" Tan Sri Malek memujuk anaknya itu.

"cuba?, Papa ingat ni experiment ke?. main cuba cuba" Tan Sri Malek mengeluh. "Papa yakin Hanan boleh ubah Along kamu. percayalah Aira" Aira juga menghembuskan keluhan.

"Papa kalau Aira setuju sekali pun, belum tentu Hanan tu terima" berubah ceria muka Tan Sri Malek. "sebab tu Papa pujuk kamu, Papa nak kamu pujuk Hanan supaya setuju kawin dengan Along" terang Tan Sri Malek.

"Pa, apa ni. kenapa Aira?" Aira merungut kecil. "Aira sorang jer harapan Papa. sebab Aira kan rapat dengan Hanan" pujuk Tan Sri Malek "boleh ye Aira" pujuk Tan Sri Malek lagi. "yelah Aira cuba. tapi Papa kena bagitau sendiri dekat Hanan. kalau Hanan tak setuju baru Aira cuba pujuk Hanan" Aira mengalah. "baik, time dinner ni Papa akan bagitau" terus berubah ceria muka Tan Sri Malek.

Makan malam yang dinantikan Tan Sri Malek. semua ahli keluarga berkumpul di meja makan tidak terkecuali Puan Sri Katrina. "okay memandang semua ada dekat sini, Papa nak cakap sesuatu" ceria sahaja Tan Sri Malek.

"Hanan" panggilan Tan Sri Malek. "ye Papa?" jawab aku. "sudi tak Hanan berkahwin dengan Danial?" entah mengapa aku terasa badan aku seperti beku, tidak tahu mahu memberikan riaksi apa. otak aku seperti tidak berfungsi, "Hanan sudi tak nak kawin dengan Danial?" tanya Tan Sri Malek lagi.

aku melihat semua orang menunpukan pandangan kepada aku kecuali Puan Sri Katrina dia sahaja yang sedang menjamu selera. "Hanan... Hanan" apa yang aku perlu katakan ini.

"kau ni nak bagi jawapan pun susah ke?" Danial mula bersuara. "Hanan tak perlu bagi jawapan sekarang, Papa bagi Hanan masa ye. tapi jangan lama sangat" kata Tan Sri Malek.

"lebih elok tak payah setuju, lagi bagus. kau kenalah sedar diri yang kau tu tak setaraf dengan anak aku ni?" sampuk Puan Sri Katrina. "Katrina lebih baik awak tu diam sahajalah, kalau tak ada benda penting nak cakap, baik tak payah cakap" marah Tan Sri Malek. Puan Sri Katrina pulak membuat muka menyampah dengan suaminya itu

aku hanya makan dengan diam, sebenarnya selera makan aku dah mati lepas sahaja Papa bertanyakan soalan itu. aku melihat wajah suram Aira.

aku duduk termenung di dalam bilik. "Hanan" Aira menyentuh bahu aku. "kak Aira" aku melemparkan senyuman kepada. "Hanan fikirkan apa?" tanya Aira.

"Hanan tak fikirkan apa-apa pun, cuma Hanan teringat arwah ayah" aku menayangkan senyuman palsu. "kak Aira tahu Hanana tengah fikirkan pasal apa, ni mesti pasal Papa nak satukan Hanan dengan Along?" duga Aira.

"entahlah kak Aira, Hanan buntu sangat." luah aku. "kak Aira tahu perangai Along tu memang teruk, tapi Kak Aira yakin yang Hanan boleh ubah perangai Along"

"tapi kak" aku serba salah nak luahkan. "Kak Aira tak layak nak buat keputusan untuk Hanan, semua keputusan terletak di tangan Hanan. buat solat istikharah mintak petunjuk dariNya, InshaAllah itulah yang terbaik" Aira menasihati aku.

"Terima Kasih Kak Aira" aku memeluk tubuh Aira. sungguh aku bersyukur Allah hadirkan seorang insan yang seperti ini.

"kalau perempuan kampung tu tak setuju nak kawin dengan Danial, awak masih nak serahkan semua harta awak pada Aira?" tanya Puan Sri Katrina.

"Katrina, budak tu ada nama dan nama dia Hanan, jangan biadap sangat boleh?" tegur Tan Sri Malek. "whatever, apa yang saya tahu dia tetap perempuan kampung, jawablah soalan saya, kalau dia tak setuju awak masih nak bagi semua harta awak dekat Aira ke?"

"Yes, kalau Danial tak kawin dengan Hanan. saya akan bagi semua harta saya dekat Aira. Puas hati?" malas sungguh Tan Sri Malek ingin melayan isterinya itu. "apasal pulak, dah perempuan tu yang tak setuju. kenapa pulak awak masih nak serah kan semua harta dekat Aira?" Puan Sri Katrina tidak puas hati.

"sebab, itu syarat saya kalau Danial mahukan harta saya" tegas Tan Sri Malek. "ini tak adil untuk Danial, awak berat sebelah" kata Puan Sri Katrina.

"ouh yeke, semua harta ni termasuk rumah ni, saya yang punya. jadi ikut suka hati saya nak bagi dekat siapa. silap haribulan awak pun tak dapat harta saya" kata Tan Sri Malek. berubah muka Puan Sri Katrina.

"dah saya nak tidur, tepi sikit" Tan Sri Malek, merebahkan badannya di atas katil. 'ni tak boleh jadi, aku kena pastikan perempuan kampung tu setuju kawin dengan Danial' bisik hati Puan Sri Katrina. terus Puan Sri Katrina melangkah keluar daripada biliknya itu.

Puan Sri Katrina masuk kedalam bilik Danial. "Mama, buat apa dalam bilik Danial?" Danial terkejut dengan kehadiran Mamanya itu. "Mama ada berita penting nak sampaikan dekat kamu" Puan Sri Katrina melabuhkan punggungnya di atas katil anaknya itu.

"apa yang penting sangat tu?" tanya Danial. "Nak tak nak, kamu tetap kena kawin dengan perempuan kampung tu, kalau perempuan tu tak setuju. kamu kena buat sampai dia setuju. kalau tak jangan harap Papa kamu tu nak bagi harta dia dekat kamu" kata Puan Sri Katrina.

"kalau perempuan tu tak setuju, Danial tetap tak akan dapat harta Papa?" tanya Danial. "yes, kamu tetap tak akan dapat harta Papa" kata Puan Sri Katrina.

"apa ni Ma, langsung tak adil untuk Danial" rungut Danial. "kamu kawin jelah dengan dia, lepas jer kamu dapat harta Papa, kamu ceraikan dia. apa susah" cadang Puan Sri Katrina. "betul jugak, tak sangka Mama ni otak geliga" puji Danial.

"tapi kalau kamu kawin dengan dia tu, kalau boleh mama tak nak cucu daripada dia sangat tak ada class, kalau boleh kamu tak payah sentuh dialah" pesan Puan Sri Katrina. "kamu tak jijik ke nak sentuh perempuan kampung tu?" cukup hina kata kata Puan Sri Katrina.

"eeeee geli Danial, tengok pun tak ada selera. ni pulak nak sentuh. not my taste" sambung Danial.

"good boy, ni baru anak Mama, kalau boleh lepas jer kamu bercerai dengan perempuan tu. terus kamu kawin dengan Tessa tu. perempuan macam tulah yang Mama nak buat menantu" puji Puan Sri Katrina.

"of course Ma, Danial memang ada niat nak berkahwin dengan Tessa" luah Danial. hais Danial ni perempuan macam tu kau nak ish.

"Danial akan pastikan, harta Papa akan jatuh dekat tangan Danial" besar betul cita cita Danial Firdaus ni.

aku sedang membantu Mak Yam menjemur baju, "Mak Yam, tolong tinggalkan Danial dengan Hanan kejap" arah Danial. aku yang melihat, Mak Yam sudah pergi meninggalkan aku di situ bersama Danial. "Hanan, aku nak kau terima tawaran Papa tu, aku nak kita kawin minggu depan" terkejut aku apabila Danial berkata begitu.

"apa yang encik Danial cakap ni, saya tak nak kawin dengan encik Danial" luah ku, aku gerem dengan perangai orang suka mengarah ni. "kau tak ada keputusan lain, kau tetap kena setuju. kejap lagi kita jumpa Papa, dan cakap kita setuju nak kawin" arah Danial.

"apa ni encik Danial, saya tak nak" tolak ku, sungguh aku tak sanggup berkahwin dengan lelaki ini. Danial memandang tajam ke arahku. "aku cakap setuju setuju jelah!!!!" tengking Danial, sehingga terhinjut bahu aku mendengar tengkingan itu. "tapi saya ada hak nak setuju atau tidak" aku memberanikan diri berkata begitu.

"kau ni memang degil kan?" Danial menarik pergelangan tangan aku sehingga di store rumah yang berada di bahagian luar. aku berusaha untuk melepaskan diri, tetapi apakan daya tenaga aku tidak sekuat Danial.

Danial menolak tubuh ku kasar masuk ke dalam store itu. Danial membuka lampu store itu dan mengunci pintu store itu, "dengan cara ni jer, akan buat kau setuju" aku melihat Danial membuka bajunya, aku menggigil ketakutan, aku mengesot kebelakangan apabila Danial melangkah menghampiri aku. aku mengesot kebelakangan sehingga badan aku rasa tiada ruang lagi untuk aku mengundur kebelakang.

"encik Danial, tolonglah lepaskan saya" air mata aku sudah mengalir laju. "kau yang paksa aku Hanan" Danial mula ingin membuka baju Hanan tetapi di tepis kuat oleh Hanan. "baik saya setuju kawin dengan encik Danial" akhirnya Hanan mengalah, aku tidak sanggup di perlakukan seperti ini oleh manusia seperti ini.

Danial memberhentikan kerjanya, "good girl. kan senang kalau kau setuju daripada awal lagi" Danial mencapai bajunya dan memakainya semula lalu terus melangkah keluar meninggalkan Hanan di situ.

apabila melihat kelibat Danial sudah hilang, aku menangis sepuas puasnya. "ayah apa salah Hanan, sampai orang sanggup buat Hanan macam ni" aku menangis sehingga puas barulah aku keluar daripada store itu.

tok!tok!tok!

Danial mengetuk pintu kerja Tan Sri Malek yang berada di rumah, apabila mendengar arahan masuk barulah Danial membuka pintu itu dan masuk bersama aku.

"haaa Danial, eh Hanan pun ada sekali?" kata Tan Sri Malek. "ye Pa, Danial dengan Hanan nak cakap yang kami berdua dah setuju nak berkahwin" lancar sahaja Danial berkata.

ceria sahaja muka Tan Sri Malek mendengarnya, "Hanan betul ke?, kamu dah bersetuju" tanya Tan Sri Malek. "betul Pa, Hanan setuju untuk menjaga isteri Danial" kata aku.

"Hanan, Papa tak paksa kalau kamu tak nak, yelah kawin bukan boleh buat main kan?" ucap Tan Sri Malek.

aku mengangkat muka memandang Danial. aku melihat Danial sudah membuat muka dengan memberi amaran kepada aku. "tak Pa Hanan betul betul setuju" kata aku.

"Alhamdulillah, kalau Hanan betul betul setuju, Papa happy sangat" Tan Sri Malek memberikan senyuman yang manis kepada aku.

"kamu berdua dah rancang ke nak kawin bila?" tanya Tan Sri Malek. "minggu depan" jawab Danial. "awalnya Danial, persediaan langsung tak prepare tau" agak terkejut Tan Sri Malek.

"tu Papa tak payah risau, sebab Mama dengan Aira yang akan uruskan. lagipun benda baik tak elok lambat lambatkan" pandai Danial berkata kata.

"okaylah kalau macamtu, Hanan okay ke nikah minggu depan?" tanya Tan Sri Malek pada aku. "Hanan okay jer" jawab aku.

*********************

aku dan Danial sudah sampai di butik baju pengantin, hari ini kami berdua fitting baju pengantin, masuk sahaja dalam butik itu agak ternganga aku melihatnya. "mulut tu tak payah besar sangat, buat malu jer" tegur Danial.

"ya ada apa apa yang boleh saya bantu?" tanya pekerja kedai butik itu. "saya abang Aira Erdina, datang nak fitting baju kawin" kata Danial.

"ouh abang Aira, mari ikut saya" aku dan Danial mengikut pekerjaan itu. "haritu, Encik Aira dah pilih baju dah untuk nikah dan majlis. ni bajunya" pekerja kedai itu menunjuk baju itu. "Encik Aira, pilih baju warna putih untuk nikah, dan biru lembut untuk majlis sanding" terang pekerja itu.

"okaylah, boleh kami cuba?" tanya Danial. "of course boleh, pengantin perempuan mari ikut saya. yang pengantin lelaki pulak boleh tukar baju di sini ye" pekerja itu menghulurkan baju warna putih kepada Danial.

aku melihat penampilan aku di cermin. "wah!!, cantiknya encik Hanan pakai baju ni." puji pekerja kedai itu. "mari kita pergi tunjuk dekat pengantin lelaki" aku melihat Danial segak mengenakan busana pengantin itu cukup kacak. "mari kamu berdua bediri di hadapan cermin" kami berdua melihat pantulan di cermin.

"sekejap ye, saya nak ambil baju untuk majlis kahwin pulak" aku melihat pekerja itu sudah pergi menjauh

"KAU DENGAR SINI YE PEREMPUAN AKU KAWIN DENGAN KAU CUMA NAK ANAK DARIPADA RAHIM KAU DAN DAPAT SEMUA HARTA PAPA AKU, AKU NAK KAU SEDAR DARIPADA MIMPI JANGAN SESEKALI INGAT NAK HIDUP BAHAGIA BILA KAU KAWIN DENGAN AKU, SEBAB ORANG MACAM KAU TAK AKAN PERNAH ADA TEMPAT DALAM HATI AKU WALAUPUN SEBESAR ZARAH KAU TU JIJIK AKU TENGOK, AKU PUN PELIK APALAH YANG PAPA TU PANDNAG SANGAT DEKAT KAU NI" SANGAT HINA KATA² DANIAL FIRDAUS TERHADAP HANAN SOFEA

"BAIKLAH ENCIK DANIAL SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA, SAYA TAHU SAYA TAK LAYAK PUN NAK MENDAPINGI ORANG MACAM ENCIK DANIAL APA PULAK NAK BERTAHTA DI HATI ORANG MACAM ENCIK DANIAL UNTUK SIMPAN ANGAN² HIDUP BAHAGIA DENGAN ENCIK DANIAL PUN JAUH SEKALI SEBAB SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA CUMA PEREMPUAN KAMPUNG!!" PERLI HANAN SOFEA, SUNGGUH AKU TERLUKA DENGAN KATA KATA DANIAL.

Tan Sri Malek menyuruh aku keluar dahulu kerana ada pekara penting yang ia ingin bincangkan dengan Danial. "Danial jangan papa tak tahu, Danial paksa Hanan" kata Tan Sri Malek. berubah pucat muka Danial.

"apa Papa cakap ni?, Danial tak faham" Tan Sri Malek tersenyum sumbing. "Papa bukan sahaja nak Danial berkahwin dengan Hanan, tapi mahukan cucu daripada kamu berdua" terang Tan Sri Malek.

"apa ni Pa, kalau kata Hanan tak boleh mengandung macam mana, tu semua rezeki Pa" Danial tidak puas hati. "itu terpulang pada kamu, sekarang ni dunia dah moden. macam macam cara boleh lakukan, kalau Danial dan Hanan masih belum timang anak dalam masa 5 tahun, Danial boleh buat rawatan bukan?" kata Tan Sri Malek.

"baiklah Danial akan cuba" Danial pasti akan lakukan apa sahaja demi harta.

#############################

KESIAN HANAN.

ASSALAMUALAIKUM KALAU AINA MAMPU AINA AKAN UPDATE LAGI SATU BAB OKAY, KALAU TAK AINA MINTAK MAAF YE.... JANGAN LUPA FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C6
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄