下載應用程式
57.81% DIA ANNOYING TAPI SWEET / Chapter 37: BAB 37:

章節 37: BAB 37:

#MALAM#

"Korang!!! Korang ade nampak ipod aku tak?" Soal Yaa.

"Takde, kenapa Yaa?" Soal Ecah.

"Ipod aku hilang." Ujar Yaa dengan gelisah.

"Adoi, cuba kau cari bawah bantal ker, mane la tau ade kat sana." Arah Ecah.

Aku hanya diam membatu, tengah sakit kepala memikirkan tentang isu nak kahwin ni. Ash and Yahh pulak dah hilang entah ke mana.

"Ecah!!! Kau curi ipod aku ea?!!" Marah Yaa.

"Erh sedap mulut kau!! Memang tak lah aku nak curi." Jawab Ecah dengan muka menyampah.

"Habistu? Kau Eka?!" Soal Yaa.

"Hum, korang, boleh tak bagi otak aku rest kejap? Kalau korang nak mulakan perang dunia Pertama or kedua korang buat la, aku just nak rest kan otak ku kejap. Please la korang." Rayuku.

"Humm!!! Ecahhh!!!" Jerit Yaa.

"Ape? Hah? Ape? Kau nak cakap aku curi?!" Marah Ecah.

Diorang pun main baling baling bantal. Aku menggelengkan kepala. Tak paham betul la aku.

Aku pun terus melangkah ke arah pintu dan turun ke bawah. Takleh duduk lama-lama dalam ni... Kang kena heart attack aku dibuatnya.😂

Aku pun duduk di atas bangku dan aku merenung bulan.

"Betul ker keputusan aku? Atau aku silap? Kenapa susah sangat untuk aku buat keputusan?" Keluhku dan air mata ku mengalir.

Tiba-tiba,

"Nah!" Seseorang menghulurkan air milo kotak kepada ku. Aku pun memusingkan badan ku melihat orang itu. Ash rupanya.

"Ape ni?" Soalku.

"Air la." Balas Ash.

"Thanks, Ash. Ni sayang ni." Ujar ku dan tersengih.

"Erk, asal aku belanja jer, sayang. Kalau aku tak belanja, tak sayang la kan?" Soal Ash dan memuncungkan bibir.

"Hahaha. Betul tu." Balasku dan tertawa kecil.

"Ni, asal kau duduk sini sorang-sorang?" Soal Ash dengan hairan.

"Aku nak tenangkan fikiran jap. Entahlah, sehari dua ni aku serabut." Keluhku.

"Hum, asal tak duduk dalam bilik je" Soal Ash.

"Huh, diorang bergaduh tadi, aku malas nak layan. So, aku keluar ke sini." Jawabku.

"Kau okey tak ni?" Soal Ash dengan lembut.

"Okey." Jawabku dan tersenyum paksa.

"So kau dah nekad kan nak kahwin dengan Idham?" Soal Ash.

"Hum, yer. Tapi, aku takut Ash. Aku takut kalau-kalau aku tersilap langkah." Ujarku.

"No, aku rasa kau tak silap langkah, Eka. Kau kena percaya, mungkin ini takdir kau. Mungkin betul Idham yang terbaik untuk kau. Segala yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya. Trust me." Ujar Ash dan menggosok belakang aku, memberi semangat.

"Kau ade kan nanti aku kahwin?" Soal ku dengan penuh harapan.

"Insyaallah aku ade." Jawab Ash dan tersenyum.

"Aku harap sangat korang semua ade kat majlis kahwin aku dua minggu depan, aku dah takde sape sape masa tu. Korang,Abang Airel,Papa and family belah papa aje. Mama and adik-adik aku pergi bercuti kat Paris. Aku rasa down sangat sangat." Ujarku dan air mataku mengalir dengan laju.

"Kitorang janji kitorang akan ade." Ujar kawan-kawan ku serentak dari belakang. Mereka pun datang ke arah kami dan menghadap aku and Ash.

"Kiter kawan sampai mati." Ujar Yahh.

"Yer, sampai mati. Walau apapun cabaran yang mendatang, kiter redah sama-sama. Susah senang kita hadap bersama." Ujar Yaa dan tersenyum.

"Betul tu, betul." Sokong Ecah.

Ecah pun meletakkan tangan kanannya di hadapan kitorang.

"Kawan sampai mati." Ujar Ecah.

Yaa pun meletakkan tangan di atas tangan Ecah, "Kawan sampai mati." Ujar Yaa.

Yahh pun meletakkan tangan di atas tangan Yaa, "Kawan sampai mati." Ujar Yahh.

Ash meletakkan tangan di atas tangan Yahh.

"Kawan sampai mati." Ujar Ash. Aku memandang kawan-kawan ku dengan sedih. Aku happy sangat ade kawan-kawan macam ni, sumpah aku tersentuh hati wei. Terharu sangat ade kawan-kawan macam ni.😭

Perlahan-lahan air mata ku membasahi pipi ku kembali.

Aku pun meletakkan tangan ku diatas tangan Ash.

"Yes, kawan sampai mati." Ujarku.

Kitorang berpeluk.

"Thankyou korang, sebab hiks.. hiks... ade dengan aku." Ucapku dengan tersedu sedan.

"No hal... Asal sedih gila malam ni?! Hiks..Hiks...? Soal yaa sambil menangis tersedu sedan.

Tiba-tiba,

"Ehem." Tengku Adrian berdehem. Kitorang pun memandang ke arahnya.

"Aku nak bincang something dengan Eka kejap." Ujar Tengku Adrian.

Kawan-kawan ku mengangguk dan terus beredar dari situ. Nak bincang ape benda lagi ni wei? Please la!

"Eka!" Panggil Tengku Adrian and dia duduk di sebelah aku.

Aku diam membatu. Tak tahu nak cakap ape. Kang kalau cakap lebih-lebih kang, jadi benda lain pulak.

"Betul ker kau nak kahwin dengan Idham dua minggu depan?" Soalnya. Aku mengangguk.

"Sebenarnya aku yang mintak papa kau untuk restukan perkahwinan korang." Terang Tengku Adrian. Ternganga luas mulut aku.

"Tapi kenapa?" Soal ku dengan hairan.

Dia tersenyum dan memandang aku. Alahai! Handsome nya!! Erhh, menyempat lagi yer kau Eka 😂

"Aku lepaskan dengan rela hati, jaga dirimu baik-baik, sebaik mana diriku menjagamu, aku tidak lagi bersama dirimu, nanti ketahuilah yang aku amat menyayangi dirimu." Ujarnya dengan air mata yang mengalir. Aku tersentak, kenapa aku rasa sebak sangat ni, ya tuhan, betulke keputusan aku ni?

"Anggap la ini pertemuan terakhir kita, sebelum tu, aku nak mintak something boleh tak?" Soalnya.

Aku mengangguk. Mataku berkaca. Aku tak tahu kenapa aku sedih sangat.😭

"Boleh tak kau panggil aku annoying?" Soalnya dan air matanya terus jatuh apabila dia menyebut perkataan annoying.

"Tapi kenapa?" Soal ku.

"Sebab melalui perkataan tu aku jatuh cinta dengan kau." Terangnya. Air mataku yang bertakung tak dapat lagi aku tahan, air mataku terus mengalir.

"Annoying." Sebutku dalam suara serak. Dia memandang aku,

"Thanks." Ucapnya.

"Kau pasti kau takkan menyesal dengan keputusan kau?" Soal Tengku Adrian.

Aku diam membatu.

Dia bangun dari bangku dan tersenyum,

"Jika pergiku yang kau harapkan, akan ku akhiri setia ini, jika chatku tak kau inginkan aku akan berhenti menghubungimu, kerana diam dan dinginmu, cukup memberi syarat kepadaku. Maafkan aku, Eka." Ujarnya dan berlalu pergi.

"Betulker keputusan aku? Ya tuhan, kau berikanlah petunjuk untuk ku, kembalikanlah ingatan ku, aku tak tahu keputusan aku betul atau tidak, hikss...hikss..." Bisikku perlahan dan menangis tersedu sedan.

Tanpa aku sedar, kawan-kawan aku ada kat belakang, dia mendengar segala perbualan aku and Tengku Adrian.

Diorang turut mengalirkan air mata.

Yaa ingin melangkah kaki ke arah aku, Ash dengan laju mengheret yaa.

"Kita kena bagi dia masa untuk tenangkan fikiran dia. Jom la kita naik atas." Bisik Ash.

Mereka mengelap air mata mereka dan terus naik ke atas.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C37
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄