下載應用程式
95% Hanya si Dia / Chapter 19: Bab 19

章節 19: Bab 19

Afif tersenyum melihat isterinya yang peluk lengannya. Afif menarik perlahan tangannya dari pegangan isterinya. Dia pandang jam tangannya di atas meja. Sudah pukul 6:40, terus Afif turun dari katil dan keluar dari bilik.

Lima belas minit macam tu, Afif masuk semula dalam bilik Wanie. Di jenguk tubuh isterinya yang masih lena. Afif jalan menghampiri tempat tidur Wanie dan duduk di birai katil. Tangannya menyentuh lembut dahi Wanie dan tolak perlahan rambut yang menutup wajah isterinya. Di pandang wajah isterinya yang lebam.

Afif dekatkan wajahnya dengan dahi isterinya. Di cium dahi isterinya lama. Wanie merengek sedikit apabila ada sesuatu menyentuh dahinya. Matanya terbuka perlahan-lahan, di pandang wajah Afif yang tersenyum kepadanya. Wanie bangun secara perlahan dekat kepala katil.

"Nak pergi kerja?" Tanya Wanie yang separuh mamai.

"Erm.. Maaf buat tidur sayang terganggu." Afif senyum kepada isterinya. Wanie memandang ke arah lain, senyum pun tak di balasnya.

"Wanie nak solat subuh." Wanie turun dari katil dan terus menuju dalam bilik air. Afif mengeluh perlahan sebelum memandang pintu bilik air yang sudah tertutup. Afif bangun dari katil dan menuju ke pintu bilik air, tangannya di cuba capai tombol pintu.. Tapi dia berhenti dari pulas pintu. Dia memandang lama pintu bilik air lama. Keluhan kecil di lepasnya, dia terus menuju ke pintu dan keluar dari bilik Wanie. Wanie sandar lemah di sebalik pintu. Di pandang cermin yang berada di hadapannya lama. Dia tak sanggup lihat wajahnya yang tak serupa wajahnya dulu.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Makan lah sikit Wanie lagi.. Penat tahu kak masak ni untuk Wanie." Illa sentuh perlahan tangan Wanie, Wanie senyum perlahan kepada Illa.

"Tak apa lah kak. Wanie dah kenyang." Wanie bangun dari kerusi dan menuju ke biliknya tapi di halang oleh Amar.

"Awak.. Saya nak minta maaf. Di sebabkan saya.. Awak kena pukul macam ni."

"Saya maafkan awak. Jangan jumpa saya lagi." Wanie mula berjalan.

"Kenapa? Kenapa awak masih bertahan dengan Fif? Saya dah bincang dengan keluarga saya.. Mereka terima awak jadi.."

"Saya tak nak awak.. Saya nak suami saya.. Saya nak dia bahagiakan saya.. Bukan orang lain." Wanie mengetap bibirnya geram.

"Sampai bila awak.. Fif dah sekali tak suka.. Dia tak akan suka.. Awak percayalah, saya kenal sepupu saya.. Dan tak salah saya.. Sepupu awak pun tahu kan pasal Afif?"

"Ya.. Abang Aiman tahu pasal abang Fif. Tapi saya degil.. Saya degil nak kahwin dengan abang Fif, sebab saya cintakan dia.. Saya tahu semua tentang dia.. Saya tahu Raish.. Tapi saya pekakkan telinga saya.. Tahu sebab apa? Sebab saya nak dia berubah.. Saya nak dia berubah jadi suami yang baik.. Suami yang baik untuk kak Illa. Saya sanggup jadi bahan pukul dia.. Janji dia tak pukul kak Illa.. Dan saya tahu.. Abang Fif tak cintakan saya.. Hati abang Fif hanya untuk kak Illa. Hanya kak Illa.. Dan saya akan paksa abang Fif jatuh cinta dekat saya.. Jadilah untuk beberapa hari." Wanie memandang wajah Amar geram. Ya. Dia geram dengan Raishdin Amar, jenis yang tak faham bahasa. Wanie terus masuk dalam biliknya. Amar memandang bilik yang baru sekejap Wanie masuk.

Illa terdiam dengar kata-kata Wanie tadi.. Begitu juga Puan Fatimah dan Tuan Shariz.. Rupa-rupanya menantu mereka tahu tentang anak mereka yang mereka tak pernah tahu perangai sebenar anak mereka. Amar genggam penumbuknya geram. Dia nak selamatkan gadis itu dari seksaan Afif. Tapi.. Dia di tolak.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Beberapa hari, Wanie fak keluar langsung dari bilik. Dan beberapa hari juga Afif tetap memukul Wanie, dengan alasan Amar datang ke rumahnya untuk berjumpa dengan Wanie. Afif yang geram dengan kewujudan Amar dalam rumahnya, di tumbuk wajah Amar geram. Afif mengetuk perlahan pintu bilik Wanie.. Tapi tak di buka.

"Sayang jangan sampai abang buka pintu sendiri.. Abang ada kunci pendua.." Afif masih mengetuk pintu bilik Wanie.. Tapi pintu bilik Wanie masih tak di buka. Afif terus menuju ke arah tempat mengunci dan di ambil kunci pendua bilik Wanie.

"Fif.. Jangan macam ni Fif. Biarkan Wanie tenang dulu Fif.. Bawa mengucap nak.." Puan Fatimah cuba berhentikan langkah Afif yang sedang menuju ke arah dapur.

"You.. Sudah! Apa salah Wanie? Kalau you cakap di sebabkan Raish datang rumah ni, tak masuk akal you.. Wanie tak keluar pun dari bilik dia.. Tolonglah.. Kesian lah dekat Wanie.. Dia tak tahu apa-apa you.." Illa memeluk lengan Afif untuk berhentikan langkah Afif.

"You.. I tak nak cederakan you."

"Pukul I, you.. Pukul I.. I sanggup.. I tak sanggup tengok Wanie kena seorang you.. Please.. Don't." Illa cuba berhentikan langkah Afif. Afif memandang isterinya.

"You.." Afif mengusap lembut pipi isterinya.

"I tak nak calarkan wajah cantik you ni. Jadi lepas!" Tengking Afif geram. Dia menuju ke pintu bilik Wanie dan buka pintu Wanie luas. Wanie yang duduk di birai katil memandang pintu yang di buka oleh Afif, terus dia lari ke arah bilik air. Tapi Afif cepat-cepat sambut tubuh isterinya.

"Nak pergi mana?" Afif peluk tubuh isterinya, Wanie hanya menggeleng kepalanya dan mampu menangis. Illa dan Puan Fatimah cuba lepaskan pelukan Afif dari cepung tubuh Wanie.

"Keluar ummi, Illa. Fif ada benda nak cakap dengan isteri Fif." Puan Fatimah dan Illa menggeleng kepala mereka.

"Tak, Fif.. Ummi tak nak kamu sakiti isteri kamu lagi Fif, cukuplah Fif. Cukup!" Marah Puan Fatimah dengan perangai anaknya.

"Ummi.. Fif ok. Fif ok." Afif senyum kepada Illa dan Puan Fatimah.

"Kamu tak ok.. Lepaskan Wanie, Fif. Lepaskan isteri kamu." Afif berjalan perlahan ke arah bilik air dengan Wanie dalam pelukannya. Puan Fatimah dan Illa turut berjalan menghampiri Afif.

"You.. Cukup.. Istigfar you.. Istigfar." Illa menarik lengan Wanie. Wanie turut tarik tangan Illa, dia tak nak di pukul lagi. Afif menolak tangan Illa dari tangan Wanie dan dia terus bawa Wanie masuk dalam bilik air.

"Fif buka pintu ni Fif!" Puan Fatimah dan Illa mengetuk pintu bilik air, Illa memandang Puan Fatimah yang tak putus mengetuk pintu bilik air sambil setitis demi setitis air mata mereka berdua jatuh apabila dengar jeritan Wanie.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie duduk di birai katil sambil menahan suaranya dengan tapak tangannya dari berbunyi. Air matanya tak henti-henti mengalir, dia melihat lengannya yang lebam dan mengurut perlahan kakinya yang lebam di betih dan buku lali di kaki sebelah kanan. Kaki kirinya yang sakit di tapak kakinya mungkin terkena sesuatu dalam bilik airnya petang tadi. Dia hapuskan air matanya dengan kedua tapak tangannya.

Wanie bangun dari katil dan menuju ke arah suis lampu tetiba pintu bilik air terbuka dan tubuh Afif yang pakai tuala di pinggangnya yang baru lepas mandi. Afif menuju ke arah isterinya yang berdiri di tepi suis.

"Tak apa.. Nanti abang tutup suis lampu.. Sayang tidur dulu." Afif bantu isterinya menuju ke arah katil semula, Wanie yang menahan kaki yang sakit di jalan perlahan-lahan ke arah katil dengan bantuan suaminya. Afif yang kesian tengok isterinya berjalan, di angkat tubuh isterinya menuju ke arah katil dan baringkan isterinya. Wanie hanya biarkan sahaja, malas nak panjangkan cerita ni.

"Sayang tidur dulu ok?" Afif selimut tubuh Wanie sampai ke bahu dan mula nak cium dahi isterinya. Wanie cepat-cepat mengiring badannya ke arah kiri. Afif manarik nafas dalam, dia duduk di sebelah isterinya sambil di usap lembut kepala isterinya.

"Sayang.." Panggil Afif. Wanie terus pejam matanya rapat-rapat supaya dia cepat lena dan tak payah dengar kata-kata dari Afif pembohong ni. Afif dekatkan wajahnya tepi telinga Wanie.

"Abang dah mula cintakan sayang.. Abang harap sayang jangan tidur lagi malam ni." Terus mata Wanie terbuka luas dan di pejam semula matanya apabila Afif melihat wajahnya. Afif ketawa kecil, di cium pipi isterinya. Lagi rapat mata Wanie tutup, Afif bangun dari katil dan tutup suis lampu dan kembali semula ke arah isterinya. Di tarik perlahan selimut dari tubuh Wanie, di peluk tubuh isterinya dan membuka butang baju Wanie dengan perlahan-lahan.

"Jangan tidur lagi tahu.." Afif bisik lagi di tepi telinga Wanie.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C19
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄