下載應用程式
80% Hanya si Dia / Chapter 16: Bab 16

章節 16: Bab 16

Selepas berjalan di taman rama-rama dan Aquaria KLCC, Afif, Wanie, Aiyin, Aenin dan Aiman singgah di taman KLCC.

"Terima kasih abang.." Wanie peluk lengan suaminya, mereka berjalan di sekeliling taman KLCC. Afif senyum kepada isterinya sambil mengangguk kecil.

"Hampa bila nak pi Honeymoon?" Tanya Aenin dari belakang mereka. Terus senyuman Wanie hilang, dia tidak pandang wajah Afif. Tangannya mula lepas dari peluk Afif, Afif cepat-cepat pegang tangan isterinya. Wanie diam.

"Tak tahu lagi.. Tengoklah macam mana." Jawab Afif.

"Apa kata hampa pi hujung minggu ni. Abang Fif ambillah cuti bapa hari.. Takkan tak mau duduk berduaan dengan Wanie.." Aiyin menolak bahu Wanie perlahan. Wanie hanya diam, Afif pandang isterinya yang tidak bersuara.

"Tengoklah macam mana. Bos abang tu bukan bagi sangat abang cuti." Kata Afif sambil sengeh kepada Aiyin dan Ainin.

"Hang bodeklah bos hang. Tak kesian ka kat sepupu aku.. Dia mesti teringin nak bersama dengan hang." Aiman senyum melihat Wanie yang diam.

"Eh. Mana ada.. Wanie tak nak pun.." Wanie pandang wajah Aiman, Afif berhentikan langkahnya dan secara automatik Wanie pun turut berhenti. Matanya memandang ke arah Afif yang diam, Wanie mengetap bibirnya perlahan.

"Haishh.. Tak akan tak mau.." Aiyin mula sengeh kepada Wanie, Wanie tidak kisah dengan usikan Aiyin. Matanya sedang fokus melihat wajah Afif. Aiman perasan dengan pandangan Wanie, dia terus sambut tangan Wanie dari di genggam oleh Afif. Mereka berjalan meninggalkan Afif, Aiyin dan Aenin di belakang. Afif pandang tangan isterinya yang berubah tangan. Matanya bertembung dengan mata Wanie.

"Man!" Jerit Afif. Wanie pejam matanya, Aiyin dan Aenin terkejut dengan suara garang Afif. Aiman berhenti dari terus berjalan, pandangannya hanya memandang hadapan. Semua di sekeliling mereka, memandang mereka pelik.

"Milik aku." Kata Afif perlahan, dia melangkah berjalan kearah Aiman dan Wanie. Matanya hanya memandang Wanie yang turut memandangnya.

"Kau tak ada hak pegang tangan isteri aku." Afif menarik tangan Wanie dari pegangan Aiman. Wanie pandang Afif lama.

'Abang tak akan pukul Wanie kan?' Wanie berkata dalam hatinya.

"Jom balik." Afif senyum kepada Wanie, Wanie terkejut dengan kata-kata Afif.

"Abang Fif cakap nak pergi tasik." Aenin menarik perlahan lengan baju Afif sedikit. Aiyin memandang Aenin geram.

"Balik." Afif menarik tangan Wanie, Wanie pandang ketiga sepupunya takut. Aiman mengepal penumbuknya geram, di pandang Wanie lemah. Aiyin menepuk perlahan belakang abangnya.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Wanie duduk di birai katil dengan suaminya Afif. Afif mengeluh perlahan sambil menelan air liurnya.

"Abang nak apa sebenarnya ni?" Wanie memulakan pertanyaan setelah mereka berdua asyik berdiam.

"Tak tahu." Jawab Afif. Selepas mereka balik dari taman itu, dia tarik tangan Wanie masuk dalam bilik dan sampai sekarang dia dan Wanie berdiam macam ni.

"Erm.." Afif garu kepalanya. Wanie bangun dari katil, Afif memandang isterinya bingung.

"Wanie.. Keluar dulu lah. Nanti abang dah ingat, beritahu Wanie ok?" Wanie terus keluar dari biliknya. Wanie bersandar tubuhnya di pintu, di urut perlahan dadanya. Afif memandang pintu yang sudah lama tutup. Tetiba dia ketuk kepalanya sendiri.

"Bodoh!" Kata Afif perlahan.

"Cakap sahajalah lain kali." Afif bisik pada diri sendiri sambil mengetuk kepalanya banyak kali. Dia mula bangun dan usap kepalanya yang terasa sakit akibat ketukannya. Dia buka pintu dan memandang Aiman yang baru nak ketuk pintu.

"Yang kau kenapa?" Afif memandang wajah kawannya yang berdiri di hadapannya.

"Yang hang dah pasaipa? Siapa kena pukul? Hang ka Wanie?" Aiman memandang kawannya pelik.

"Belasah diri sendiri." Afif masih mengusap kepalanya.

"Dah pasaipa?" Aiman mengangkat keningnya. Afif berhenti mengusap kepalanya.

"Sini. Aku nak beritahu kau sesuatu." Afif menarik tangan Aiman masuk dalam biliknya.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Wanie!" Jerit Aiyin dari luar.

"Apa?" Wanie memandang luar melihat di mana ada Aiyin.

"Bunga api weh!" Aiyin menunjukkan sesuatu di atas.

"Wanie terus bangun dari sofa dan berlari menuju ke arah Aiyin. Di lihat langit yang cerah dengan bunga api di hadapan mata mereka.

"Cantik.." Wanie senyum melihat bunga api yang tak putus-putus bunyi di langit. Afif datang ke arah belakang isterinya sambil di peluk mesra pinggang Wanie, mata Wanie tak lepas dari memandang warna warni di langit.

"Happy birthday sayang." Wanie terus memandang wajah Afif di sebelahnya. Satu ciuman hinggap di bibir isterinya.

"Macam mana abang tahu.." Wanie masih terkejut dengan ucapan dari mulut suaminya.

"Sampai hati sayang tak beritahu hari jadi sayang dekat abang." Afif cebikkan bibirnya, Wanie senyum memandang suaminya.

"Dah abang tak tanya." Wanie jeling Afif yang turut senyum kepadanya.

"Cantik tak hadiah abang?" Wanie memandang Afif sekali lagi.

"Abang ka yang buat?" Tanyanya terkejut. Afif senyum melihat riak wajah isterinya. Satu ciuman di bibir Wanie sekali lagi.

"Serius?" Tanya Wanie lagi. Satu ciuman lagi di bibir Wanie. Wanie gigit bibir bawahnya geram dengan Afif.

"Suka?" Tanya Afif pula.

"Mestilah suka. Terima kasih abang." Wanie senyum kepada suaminya. Pelukan Afif erat di pinggang Wanie. Wanie membalas pelukan Afif.

"Hadiah lain?" Tanya Wanie lagi. Afif senyum kepada isterinya.

"Ini Hadiah lain!" Aiyin jerit di belakang Wanie dan Afif. Afif pisahkan tangannya dari pinggang Wanie. Aiyin calit jarinya di pipi Wanie.

"Wei!" Wanie ketap giginya geram. Dia menuju ke arah kek yang di pegang Aiman di calit sedikit jarinya kepada krim kek dan calit di pipi Aenin dan Aiman.

"Apa ni!" Aenin pegang pipinya. Dia calit di kek dan calit di pipi Aiyin yang duduk di sebelahnya. Ketawa Wanie pecah. Wanie memandang suaminya yang memeluk tubuh sambil bermain dengan hpnya. Wanie diam seketika, dia memandang kedua sepupunya yang masih bermain dengan krim kek.

Kek yang sudah di potong di bawa ke arah suaminya yang sedang cakap telefon dengan seseorang, Wanie berhenti melangkah. Memandang belakang Afif lama, dia letak piring di sebelah Afif. Afif yang terkejut dengan kehadiran isterinya memandang wajah Wanie yang senyum kepadanya. Wanie masuk semula dalam rumah, dia menghampiri ketiga sepupunya yang seronok borak sesuatu.

"Esok korang balik?" Tanya Wanie kepada Aiman, Aiyin dan Aenin.

"Ha'ah." Jawab Aiman sambil melayan cerita. Wanie mengangguk perlahan.

"Kirim salam dekat maksu dan paksu dan.. Kak Yana." Wanie senyum kepada ketiga sepupunya. Aiyin bangun dan duduk di sebelah sepupunya.

"Aku yakin.. Lepas hati kak Yana dah lembut, dia sendiri akan minta maaf dekat kau. Kau sabar ja lagi ok. Kau doa banyak-banyak supaya hati keras kak Yana lembut macam hati tokwan." Aiyin senyum kepada sepupunya, Wanie senyum dengar kata-kata Aiyin. Dia mengangguk perlahan.

↪↩↪↩↪↩↪↩

"Afif terjaga dari lenanya. Mimpi yang menakutkan, di pandang isterinya yang tidur di sebelahnya. Dia memeluk isterinya lama.

"Jangan tinggalkan abang sayang." Di cium dahi isterinya, dia rapatkan pelukannya. Wanie merengek sedikit, mungkin tidurnya terganggu. Afif pandang wajah isterinya lama.

"Itu hanya mimpi. Tak mungkin benda tu boleh jadi. Astaghfirullah al-azim." Afif memejamkan matanya sebelum di pandang wajah Wanie lama.

Afif mengusap lembut wajah isterinya, dia tersenyum sendiri. Dengkuran kecil yang keluar dari bibir Wanie membuatkan Afif ketawa kecil.

"Kalaulah.. Hati abang milik sayang.. Mesti abang tak akan buat macam ini dekat sayang kan?" Afif kembali peluk tubuh isterinya.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C16
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄