下載應用程式
25% Hanya si Dia / Chapter 5: Bab 5

章節 5: Bab 5

Kereta milik Afif memakir kereta di hadapan rumahnya. Wanie yang berada di belakang mula memerhati Afif dan Tuan Shariz sebelum melihat rumah keluarga Afif.

"Kita dah sampai nak. Jom keluar." Tuan Shariz memandang cermin hadapan melihat wajah Wanie. Wanie melihat cermin hadapan dan pandang wajah Tuan Shariz. Wanie senyum dan mengangguk. Afif membuka pintu yang isterinya berada. Wanie keluar dari perut kereta dan senyum kepada Afif.

"Ummi dengan Ira ada di dalam. Jom. Abang bawa sayang jumpa mereka." Afif senyum. Afif berjalan sambil membawa begnya dan beg bagasi Wanie dan meninggalkan Wanie dari belakang. Wanie hanya ikut langkah Afif dari belakang sambil matanya memandang hiasan di luar rumah. Sampai di hadapan pintu rumah Wanie membuka kasut dan memberi salam sebelum masuk.

"Waalaikumsalam." Jawab Puan Fatimah dan berjalan ke arah menantunya, mesra sungguh wajahnya melihat Wanie.

"Cantiknya menantu ummi Fif." Wanie salam tangan Puan Fatimah sambil senyum malu. Puan Fatimah pegang kemas tangan Wanie. Dan ajak Wanie duduk di ruang tamu yang di mana ada anak keduanya Hazira Falya.

"Ira.. Ini kakak ipar kamu. Cantikkan dia?" Puan Fatimah yang berdiri dengan Wanie di sebelah Ira yang sedang menonton drama korea. Di pandang sekilas Wanie yang senyum memandangnya. Di julingkan matanya ke atas. Wanie berjalan menghampiri Ira dan suakan tangannya di hadapan Ira. Ira memandang sekilas tangan Wanie dan terus bangun meninggalkan ruang tamu. Wanie memandang Ira yang berlalu pergi, di pandang wajah suaminya yang baru keluar dari biliknya yang sedang memandang ke arah Ira yang menuju masuk dalam biliknya.

"Kenapa tu?" Afif berjalan ke arah Wanie dan Puan Fatimah. Puan Fatimah memandang Wanie belakang. Wanie senyum kepada Afif yang berdiri di hadapannya.

"Wanie nak solat kejap." Wanie pandang wajah Afif yang bingung dengan situasi tadi.

"Err.. Bilik abang dekat hujung. Abang dah keluarkan telekung sayang. Abang nak ambil barang dalam kereta lagi. Kalau abang lambat sangat. Sayang solat dulu ok." Afif beritahu Wanie yang sudah mengangguk perlahan. Wanie terus bergerak pergi meninggalkan ruang tamu.

"Kenapa tadi itu ummi?" Afif menanya umminya yang turut memandang belakang Wanie.

"Kamu macam tak kenal dengan adik kamu. Dia tak berapa suka orang luar. Nanti lama-lama itu ok lah tu." Puan Fatimah berjalan menuju ke dapur. Afif mengangkat bahunya dan mencebik bibir bawahnya dan terus menuju ke pintu utama.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Dah dua minggu Wanie dengan Afif bersama. Wanie dah lama tak pergi kolej. Dengan mukanya yang bengkak tak dapat dia pergi sana. Dia ada telefon pensyarah yang dia tak dapat hadir selama beberapa minggu ni. Wanie menuju ke birai katil dengan jalan perlahan. Dia duduk di birai katil sambil termenung lama. Ketukan pintu dari luar mengejutkan Wanie dari mengelamun. Wanie buka pintu bilik dan wajah yang di sebalik pintu adalah Afif. Wanie menundukkan kepalanya, dia berjalan perlahan ke katil semula.

Afif yang simpati dengan isterinya, di pegang erat kedua bahu isterinya. Wanie terkejut dengan dua tangan di bahunya terbantut terus kakinya nak menuju ke katil. Afif memandang isterinya lama.

"Kenapa?" Afif menyelit rambut di telinga isterinya yang di tutup wajah Wanie. Wanie menggeleng dan berjalan ke arah katil dengan bantuan suaminya.

"Sayang dah letak ubat? Macam tak surut ja abang tengok." Afif pegang dagu isterinya. Wanie melarikan wajahnya dari tangan Afif.

"Kan abang buang ubat tu semalam." Jawab Wanie takut. Afif mengerut dahi.

"Nak salahkan abang?" Afif memandang tajam wajah Wanie. Wanie menggeleng.

"Dah tu?"Afif membawa dagu Wanie memandangnya. Wanie dengan perasaan takut di pandang wajah Afif. Wanie menundukkan sedikit kepalanya.

"Sayang.. Abang tengah tanya kan? Pandang abang." Afif mengangkat dagu Wanie. Mata Wanie memandang mata Afif.

"Abang beli ubat baru." Afif senyum kepada isterinya dan tunjukkan beg plastik di hadapan Wanie. Wanie memandang ubat yang baru bawa keluar dari plastik.

"Abang minta maaf sayang. Abang tak akan buat lagi em?" Afif senyum sedikit, ubat kuning yang dia sudah letak di kapas dan menyapu di muka Wanie.

"Tak apa abang. Wanie boleh buat sendiri." Wanie cuba mengambil kapas di tangan Afif tapi pandangan tajam Afif menghentikan niat Wanie.

"Sayang... Apa gunanya abang? Abang tolong em?" Wanie senyum perlahan dan mengangguk kecil. Afif menyapu ubat di bawah bibir, pipi, dahi dan Mata sebelah kiri. Wanie tarik sedikit air liurnya menahan sakit tapi tidak di pedulikan oleh Afif.

"Abang. Sa-sakit." Afif memandang Mata Wanie. Sebelah mata kiri tidak dapat melihat dengan jelas anak mata Wanie.

"Sakit sangat?" Tanya Afif risau. Wanie terdiam. Dia menggeleng kecil. Afif senyum mendengar jawapan Wanie. Dia terus dengan sapuannya.

"Abang nak cakap sikit. Esok abang kerjakan?" Pertanyaan Afif di jawab dengan anggukan Wanie.

"Semasa abang tak ada.. Sayang jangan keluar dari rumah. Ataupun jumpa ummi atau baba. Duduk dalam bilik. Faham?" Wanie mengangguk perlahan. Afif senyum dengan jawapan Wanie.

"Esok sahur. Macam biasa, abang bawa makanan dekat sayang.. Sekejap lagi nak buka puasa.. Abang bawa makanan dekat sayang tau." Afif senyum kepada isterinya. Wanie hanya mengangguk dengar kata-kata Afif.

↪↩↪↩↪↩↪↩

Afif bangun dari lenanya setelah dengar bunyi ketukan di pintunya. Afif berjalan ke arah pintu dengan keadaan mamai. Di pulas pintu biliknya sedikit.

"Bangun Fif. Ummi dah siapkan makanan, ajak isteri kamu sekali." Afif mengosok matanya. Puan Fatimah cuba menjenguk dalam ingin melihat keadaan menantunya.

"Erm. Kejap lagi Fif pergi." Afif menutup pintu biliknya. Puan Fatimah memandang pintu bilik anaknya tidak percaya. Dia berjalan meninggalkan tempat itu dengan perasaan risau. Afif berjalan ke arah katil di pandang tubuh belakang isterinya.

"Sayang.. Bangun." Afif goyang sedikit bahu Wanie. Wanie bangun dari baringnya. Afif melihat tubuh belakang Wanie lama.

"Sayang.. Ummi ajak makan sekali. Jom." Wanie hanya menggeleng kecil. Dia tak sanggup nak berhadapan dengan ibubapa Afif. Afif bangun dan menuju ke arah isterinya. Di duduk di sebelah isterinya.

"Abang kan ada? Lagipun ummi masak makanan sayang. Abang suruh ummi buatkan. Jom." Afif mengusap lembut isterinya. Wanie masih menggeleng.

"Sayang.. Abang tak suka cakap banyak kali." Afif seriuskan suaranya. Wanie pejamkan matanya rapat-rapat. Tak tahu macam mana nak mengawal perasaan marah suaminya. Dia dah tak sanggup dengan sifat Afif.

"Kita makan sekali em?" Afif mengembalikan suaranya. Wanie mengangguk kecil. Afif senyum dengan jawapan Wanie.

"Macam tu lah." Afif cium pipi kanan isterinya. Afif pegang tangan Wanie. Wanie memandang tangan Afif yang pegang kemas tangannya. Afif dan Wanie keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.

Wanie makan nasi dengan perlahan. Dari tadi nasinya seperti tak terluak. Tuan Shariz memandang menantunya yang makan sambil mengaduh sakit. Kadang-kadang di lihat pula anak sulungnya yang asyik cubit lengan Wanie apabila gadis itu mengaduh sakit semasa menyuap nasi ke dalam mulutnya.

Puan Fatimah dan Ira berpandangan. Di lihat Wanie yang makan nasi sambil menundukkan kepalanya. Ira ada nampak abangnya cubit lengan Wanie. Tapi tidak dia kisah. Dia melantak makanan di hadapannya. Entah tetiba rasa selera pula nak makan pagi-pagi macam ini. Mungkin semua di depan matanya lauk kampung.

"Sayang sudah makan?" Afif bertanya kepada isterinya. Wanie berhenti dari menyuap makanan, Wanie bangun dari kerusi di ambil pinggannya dan cawan dan menuju ke singki. Selesai basuh pinggan dan cawannya. Wanie terus berjalan meninggalkan dapur. Afif mengangguk kecil.

"Kenapa Fif ajar isteri Fif macam tu?" Tuan Shariz sedikit menyesal dengan perubahan anak sulungnya.

"Fif buat apa baba?" Tanya Afif pelik. Dia tak buat apa-apa pun.

"Kenapa kamu nak seksa Wanie? Kalau kamu tak suka dia.. Lepaskan Wanie Fif. Ummi dah tak sanggup melihat Wanie macam tu." Puan Fatimah pula berkata. Dia memandang wajah anaknya.

"Ummi.. Fif tak buat apa pun dekat Wanie." Balas Afif selamba.

"Sampai lebam macam tu kamu kata tak buat apa?" Tuan Shariz mula meninggi suaranya.

"Fif berhak pukul dia kalau yang dia buat itu salah." Afif membela dirinya.

"Apa yang Wanie dah buat Fif? Apa? Ummi tak nampak pun dekat mana kesalahan Wanie." Puan Fatimah memandang wajah anaknya lagi. Ira hanya mendengar sambil berselera makan.

"Itu hal Fif dengan Wanie ummi, baba. Fif tahu yang mana terbaik untuk isteri Fif." dengar kata-kata Afif. Tuan Shariz bangun dari kerusi geram.

"Terbaik? Sampai kamu pukul dia teruk macam itu kamu kata terbaik? Kalau isteri kamu ada buat salah. Tegur dia Fif. Tegur dia.. Kalau dia degil sangat. Kamu guna rotan dan pukul tangan isteri kamu. Bukan pukul, belasah isteri kamu begitu rupa. Baba tak pernah ajar anak baba macam ni. Tak pernah Fif. Tak pernah!" Tuan Shariz menepik geram. Afif yang dengar kata Tuan Shakriz dia terus bangun dan menuju ke arah singki basuh pinggan. Di langkah kakinya keluar dari ruang dapur.

Dia menuju masuk dalam biliknya. Dan memandang tubuh isteri yang sedang tidur di atas katilnya. Afif mengunci pintu bilik. Wanie pusingkan badannya melihat tubuh Afif yang berdiri di pintu. Afif mencapai penyakut baju dan berjalan ke arah Wanie. Wanie terkejut dan bangun dari baringannya.

"Apa abang nak buat ni?" Wanie melihat pergerakan Afif yang berjalan ke arahnya.

"Abang.. Sa-sakit." Wanie duduk hujung dinding. Afif yang duduk di birai katil meraup mukanya geram. Di pandang Wanie yang menangis dengan kesakitan yang dia baru memukul menggunakan penyakut baju.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C5
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄