Pada keesokkan harinya,Izham mahu pergi kerja dan Suria tiba-tiba tegur Izham tanyakan apa pekerjaan Izham yang sebenarnya.
"Izham saya nak tanya ni.Awak ni kerja apa sekarang?"Suria bertanya pada Izham.
"Pekerjaan saya biasa-biasa je.Saya doktor.Kenapa Sayang?"Jawab Izham pada Suria.
"Takde pape lah.Saya saja je tanya,tapikan kenapa awak tiba-tiba je eh cari saya balik.Lepastu siap jumpa daddy pula tu minta izin nak kahwin dengan saya."Tanya Suria pada suaminya itu.
"Alahai sayang saya ni.Kenapa salah ke kalau nak kahwin dengan awak.Tak salah kan.Dahlah sayang saya nak pergi kerja dulu nanti lambat pula."Jawab Izham pada isterinya dengan lembut.
"Aik semalam kahwin harini kena pergi kerja juga ke?"Tanya Suria pada suaminya.
"Yalah.Kalau saya ada dekat rumah ni pun awak nak ke layan suami awak ni.Mestilah tak kan sebab awak kan tak suka saya."Jawab Izham.
"Kenapa awak cakap macam tu.Saya bukannya tak suka kat awak tapi saya terkejut la sebab orang yang saya cinta dalam diam-diam masa dulu tiba-tiba dah sah jadi suami saya.Saya minta maaf ya Iz kerana tak hormat awak sebagai seorang suami."Kata Suria.
"Saya sentiasa maafkan awak.Lagipun salah saya kerana tak bincang dengan awak dulu.Okaylah kalau macam tu saya bagitahu hal sebenarnya.Saya ni bukan nak pergi kerja pun yang sebenarnya saya nak keluar kejap jumpa kawan tapi disebabkan awak dah okay saya tak jadilah keluar.Sekarang saya nak bincang dengan awak.Petang ni kita keluar nak tak pergi shopping?Lepastu esok kita tidur dekat rumah mama pula dan hari selasa kita balik rumah kita ya.Awak ada nak bantah apa-apa tak keputusan saya ni?"Kata Izham.
"Takde saya okay je.Saya ikut awak je."Jawab Suria.
"Amboi rancaknya berborak anak menantu mommy ni.Borak apa ni?Hai Su okay dah ke?"Tanya Sharifah.
"Takde papelah mommy.Kami bincang sikit-sikit,ni mommy saya ingat esok nak balik rumah mama pula bawa Su jumpa mama dengan papa.Boleh tak mommy?"Kata Izham.
"Eh mestilah boleh.Su ni dah jadi tanggungjawab kamu dah kan.Yang pasti mommy dengan daddy tak kisah."Kata Sharifah.
Setelah 2 bulan berkahwin Suria disahkan sudah mengandung 3 minggu dan mereka sangat bahagia.Ismail,Sharifah,Dato Kamal,Datin Izzah,Irham dan Izzat sangat bahagia apabila mereka dapat tahu yang Suria sedang mengandung.
"Su kamu mesti jaga kandungan tu betul ii ya."Kata Datin Izzah.
"Baik mama."Jawab Suria dengan gembira.
Mereka pun mengucapkan tahniah kepada Izham dan Suria.Izham juga sempat berpesan kepada ibu dan ibu mertuanya untuk tolong tengokkan-tengokkan Suria semasa dia berada diluar negeri nanti.
9 bulan kemudian,tiba-tiba Suria merasakan sakit diperutnya kerana sudah nak bersalin.Izham masih berada diluar negeri ketika itu.Irham dan isterinya kebetulan pergi ke rumah Suria waktu itu dan menemukan Suria di ruang tamu yang sedang menahan rasa sakit.Setelah itu,Irham sangat risau dan meminta isterinya tolong beritahukan Izham tentang hal ini dan juga kepada seluruh keluarga.Setelah mereka mendapat tahu berita ini semua pergi ke hospital dan menunggu Suria sampai selesai.Izham pula tergesa-gesa pergi ke hospital itu kerana risaukan isteri dan anak yang bakal lahir itu.
Setelah Suria selesai melahirkan anaknya,dia terus meninggalkan dunia buat selama-lamanya.Doktor keluar dari bilik bersalin itu dan Izham terus bertanya bagaimana keadaan isteri dan anaknya.
"Maafkan saya Iz anak awak selamat tetapi ibunya tidak dapat diselamatkan."Kata Dr.Salina.
Lalu Iz terdiam dan hanya termenung.Mereka yang sedang menunggu Suria juga sedih setelah mendengar berita itu.Izham terus melafazkan adzan di telinga anaknya.Sebelum isterinya meninggal ia sempat berpesan pada doktor Salina supaya katakan pada Izham bahawa anaknya bernama Alya Humaira.Selepas sahaja isterinya selamat dikebumikan Izham terus diam sehingga membuat keluarganya pening memikirkan apa kena dengan Izham yang sebenarnya.Izham diam sangat lama sehingga kerja dan anaknya diabaikan.Keluarga Suria yang menjaga Alya sehingga dia besar.Izham menderita sangat lama sehinggakan Irham makin marah terhadapnya.