下載應用程式
30% MAAFKAN AYAH ALYA / Chapter 3: Perkahwinan Yang Tak Disangka

章節 3: Perkahwinan Yang Tak Disangka

Setelah mereka pulang kerumah masing-masing,Dr.Izham pula pulang kerumah untuk berehat sementara menunggu waktu dia bekerja malam ini.

"Aduh letihnya.Aku mesti berehat sebelum masuk waktu kerja."Kata Izham seorang diri.

"Ehh?Kamu ni kenapa Iz.Mama tengok semenjak dah nak kahwin ni makin pelik je.Kerja pun lebih masa.Dah tak cukup rehat."Kata Ibunya.

"Itu la tu.Papa pun tengok Iz ni selalu pulang lewat.Selepas tu kalau waktu pagi susah nak nampak kamu dekat rumah.Awal-awal lagi dah keluar.Izzah saya rasa Iz ni nak kena kawal balik macam masa dia budak-budak dulu."Kata Ayahnya.

"Ishh.Apa papa dengan mama ni.Tadi Iz keluar nak jumpa kawan lepastu tiba-tiba je kawan cancel tak jadi jumpa.Iz pun dah sambil-sambil kat situ Iz minum-minum la tiba-tiba Iz nampak kawan lama.Iz pun tegur la sebab lama tak jumpa tanya khabar.By the way,i'm really sorry mama sebab pagi-pagi dah menghilang."Jawab Izham.

"It's okay my sons and papa pula tak penat ke bekerja je.Kata abang Iz yang uruskan tapi tak pernah nak ada dalam rumah ni.Ni satu lagi Izzat pun sekarang makin susah nak nampak dia melekat kat rumah ni.Kemana dia pergi ya pa?Izham kamu tahu tak kemana Izzat pergi ni?"Kata Datin Izzah.

"I don't know ma.Biar jela abang tu.Lagipun kalau dia ada dalam rumah ni.Iz juga jadi mangsa kuli dia.Mama gan papa bukannya tak tahu yang dia selalu suruh Iz buat itu buat ini.Walaupun dia selalu nampak garang pada Iz tapi dia tetap abang yang paling terbaik sebab Iz tahu dia marah Iz sebab nak Iz jadi budak yang baik."Jawab Izham.

"Baguslah kalau macam tu.Inilah yang dikatakan air dicincang takkan putus."Jawab Dato Kamal.

"Hah.Along tahu korang mengutuk along kan.Jangan tipu,along dengar tau apa yang korang borakkan.Lagipun along bukannya kemana-mana pun along ada je dalam bilik along.Hah!Iz tadi along dengar ko sayang along.Betul ke?"Kata Izzat.

"Hah!Mana ada,tu aku main-main jela.Dah la long aku nak bersiap pergi kerja ni.Nanti lambat pula aku pergi kerja."Kata Izham.

"Malu lah tu.Anyway Selamat Pengantin Baru adikku tersayang."Kata Izzat.

"Sudahla tu along.Kamu ni ada-ada je nak kenakan Iz kan.Dia kahwin bulan depan long.Lambat lagi dan belum berbincang lagi dengan keluarga belah perempuan.Along nanti kena ada sekali bila mama dengan papa pergi meminang pihak perempuan.Ingat ya along minggu depan dan satu lagi jangan bocorkan identiti adik kamu.Kita pergi sabtu depan.Faham tak?"Kata Datin Izzah.

"Baik mama.Anything for you."Jawab Izzat.

Setelah Datin Izzah berbincang bersama keluarganya.Semuanya berjalan lancar dan tibalah hari yang ditunggu-tunggukan oleh Izham.Izham sangat tak sabar menunggu keputusan daripada pihak perempuan dan sepanjang hari tu dia berfikir adakah pihak perempuan menyetujuinya atau tidak.

Setelah selesai berbincang semasa majlis tersebut.Dato Kamal dan keluarganya pun pulang dan beritahu segalanya pada Izham yang sedang menunggu jawapan.

"Izham,harap bertenang ya.Pihak perempuan kata dia setuju kalau keluarganya setuju dan keluarganya sudah pun setuju.Jadi,kami sudah pun berbincang hal perkahwinan kamu.Semua dah dibincangkan.Jadi,hari perkahwinan kamu akan berlangsung awal bulan depan.Kamu mesti pergi khusus kahwin nanti.Jadi ambil cuti siap-siap ya Iz."Kata Datin Izzah.

"Okay mama.Saya setuju."Jawab Izham.

Setelah ibu Iz memberitahu semua hal tentang perkahwinan itu.Suria pula stress berfikir siapakah bakal suaminya itu.Dia terus berfikir sehinggakan kawan-kawannya terabai.Dia juga tidak balas mesej yang dihantar oleh kawan-kawannya dan sampai la satu hari mereka datang kerumahnya dan tanyakan khabar Suria kerana mereka risaukan Suria yang menghilangkan diri dari media sosial.

Suria berfikir dengan sangat lama dan akhirnya dia pasrah dan redha dengan takdir itu.Suria juga mengikuti khusus perkahwinan.Setelah habis khusus perkahwinan dia bercadang untuk berjumpa dengan kawan-kawannya di sebuah kedai makan.

"Assalamualaikum.Hai Su,ko apa khabar?Lama tak dengar cerita ni.Ko okay ke tak ni?Kitorang semua risaukan kau."Kata Siti.

"Waalaikumsalam.Aku sihat alhamdulillah.Okay tak okay buat-buat okay la.Cuma aku masih lagi tak tahu siapa bakal suami aku dan aku rasa aku patut terima takdir ni yang aku akan berkahwin pada minggu depan.Korang nanti tolong aku ya."Jawab Suria.

"Baguslah kalau macam tu.In syaa Allah aku akan tolong kalau takde apa-apa minggu depan tapi aku mesti tolong punya lah.Bukan aku saja yang tolong.Kawan-kawan ko ni mesti tolong punya sebab bukan senang nak tengok ko kahwin.Yalah ko kan kalau orang tanya bila nak kahwin je mesti ko tukar topik sebab nak lari dari jawab soalan."Kata Syaza.

"Eh ko ni.Apa cakap macam tu pula tapi memang betul pun.Hahahahaha.Okay sorry Su."Kata Syafiqah.

"Takpe lah aku tahu korang bergurau je pun.Sebenarnya aku ni nak balik nak rehat sekejap.Sorry susahkan korang."Kata Suria.

Setelah Suria katakan begitu pada kawan-kawannga,mereka pun pulang kerumah masing-masing kerana letih baru pulang dari kerja.Walaupun mereka letih tetapi mereka tetap datang kerana mereka tahu yang Suria perlukan mereka untuk memberi semangat kepadanya.

Hari yang ditunggu-tunggukan pun sampai dan majlis berjalan dengan lancar pada awalnya sehinggalah Suria pingsan kerana pengantin lelaki itu sendiri adalah Dr.Izham.Setelah Suria pingsan majlis makan berjalan lancar seperti biasa.Sementara menunggu Suria sadar dari pingsan seluruh ahli keluarga itu melayan tetamu kecuali Irham,Umaira dan kawan-kawannya.Kawan-kawan Suria dan Umaira menjaga Suria sehingga dia sadar.Irham pula cuba menenangkan Dr.Izham.

"Sabarlah ya Iz.Su mungkin terkejut sikit tu.Dia pingsan tak lama tu."Kata Irham dengan lembut.

"Aku bukan apa Am.Aku cuma takut dia tak terima aku je."Jawab Izham.

Tak lama kemudian Suria pun sadar dan teruskan majlis perkahwinan dengan fikiran yang menganggunya sehinggalah tamat majlis bersanding.Setelah majlis perkahwinan itu tamat Su terus masuk mandi dan tidur kerana ia tak mahu bercakap dengan suaminya itu.

Dalam beberapa jam kemudian Suria tersadar kerana berasa tidak selesa dan dia terkejut kerana melihat ada seorang lelaki tidur di sebelahnya dan dia menjerit sambil berlari keluar sehinggalah dia berfikir bagaimana itu berlaku.Akhirnya dia ingat yang dia tidur jam 9 malam dan dia ternampak abangnya di ruang tamu.

"Abang.Aku nak tidur bilik ko boleh tak bang?"Tanya Suria.

"Mana boleh.Ko dah kahwin dik jadi ko pergi tidur dengan suami kau tu."Jawab Irham.

Suria sangat marah kerana abangnya kata begitu dan dia mendapat idea untuk tidur dibilik anak saudaranya.

"Aik maksu.Kenapa masuk sini?"Tanya Aril.

"Aril maksu nak tumpang tidur sini tau.Dah dah,Aril pergi tidur cepat kejap lagi papa marah pula."Kata Suria.

"Tapi maksu.Kan ramai yang tidur kat sini.Maksu nak tidur kat mana?Dah la maksu pergilah tidur dengan paksu tu.Bye maksu."Jawab Aril.

Setelah itu Suria terpaksa balik ke biliknya dan tidur di kerusi dalam biliknya sehinggalah Izham pelik.

"Aik.Lah kenapa tidur kat sini.Baik awak tidur atas katil.Biar saya je tidur kat sini.Baik awak pergi sana sebelum saya angkat awak letak kat sana."Kata Izham.

"Tak payah la.Saya ada kaki boleh jalan sendiri.Tapi..."Jawab Suria.

"Tapi apa?"Tanya Izham.

"Tapi kalau awak dah tenung saya macam ni macam mana saya nak pergi sana?"Jawab Suria dengan marah.

"Oh sorry sayang.Saya tak perasan pula.Selamat malam isteriku tersayang."Kata Izham.

Suria pun jawab selamat malam dan semoga mimpi ngeri sambil jeling pada Izham.Izham pula senyum kerana gembira sangat bahwa impiannya tercapai.


Load failed, please RETRY

每周推薦票狀態

Rank -- 推薦票 榜單
Stone -- 推薦票

批量訂閱

目錄

顯示選項

背景

EoMt的

大小

章評

寫檢討 閱讀狀態: C3
無法發佈。請再試一次
  • 寫作品質
  • 更新的穩定性
  • 故事發展
  • 人物形象設計
  • 世界背景

總分 0.0

評論發佈成功! 閱讀更多評論
用推薦票投票
Rank NO.-- 推薦票榜
Stone -- 推薦票
舉報不當內容
錯誤提示

舉報暴力內容

段落註釋

登錄